07/02/2022
5 Tingkatan Untuk Melahirkan Anak Soleh.
1. Baik (toyyiban)
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah 2:168)
Maksud baik atau toyyiban pada ayat di atas adalah makanan yang halal dan baik perlu menjadi makanan utama anak-anak anda. Jadi, makanan yang halal lagi baik merupakan syarat pertama untuk melahirkan anak soleh. Justeru, ibubapa perlu memastikan ada tanda halal pada suatu barang tersebut dan datang dari sumber wang yang halal. Hal ini bertujuan supaya darah daging mereka tidak datang dari hasil yang haram.
2. Khoir (sifat)
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu p**a beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Ali-Imran 3:110)
Apabila fizikal mereka sudah dipastikan dari makanan yang halal dan baik, barulah sifat-sifat mahmudah pada diri anak soleh dapat dibentuk.
3. Makruf (sikap)
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali-Imran 3:104)
Seterusnya, ajari mereka melakukan amar makruf dan nahi mungkar sejak kecil lagi. Supaya anak-anak kita akan mula bersikap dengan sikap yang terpuji iaitu sikap mahmudah.
4. Ihsan (lakukan setiap perkara kerana Allah)
Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan