Klinik Perubatan Raudhah 24 Jam Besut

Klinik Perubatan Raudhah 24 Jam Besut Kami sedia membantu menjaga kesihatan anda sekeluarga dengan doktor yang berpengalaman, persekitaran klinik yang bersih dan selesa, serta layanan penuh mesra.

*JANGAN JADI MANGSA PIL KURUS*Nampak iklan ubat kurus, telan je terus langsing? Tunggu sekejap, mari kita semak dulu keb...
29/04/2026

*JANGAN JADI MANGSA PIL KURUS*
Nampak iklan ubat kurus, telan je terus langsing? Tunggu sekejap, mari kita semak dulu kebenarannya.

✅ Turun berat terlalu cepat bukan tanda sihat, tapi tanda badan mungkin tertekan.
✅ Produk kurus tidak berdaftar boleh ada bahan berbahaya (ganggu tidur, gelisah, menggigil).
✅ Boleh beri beban serius pada buah pinggang dalam jangka panjang.
✅ Jaga badan, elakkan produk kurus yang tak jelas dan tidak diiktiraf.

Mari mulakan langkah yang betul untuk kurus dengan sihat. Singgah ke Klinik Perubatan Raudhah untuk pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat pakar.


RM230 juta dari segi perubatan apa je boleh buat?
22/04/2026

RM230 juta dari segi perubatan apa je boleh buat?

BADAN BUKAN MESIN, JANTUNG PERLUKAN REHATBadan ini bukan mesin besi, ia ada hadnya. Bila kita selalu stres dan abaikan w...
21/04/2026

BADAN BUKAN MESIN, JANTUNG PERLUKAN REHAT

Badan ini bukan mesin besi, ia ada hadnya. Bila kita selalu stres dan abaikan waktu rehat yang cukup, jantung terpaksa kerja lebih masa. Jangan terkejut bila tiba-tiba badan mula beri amaran.

TOLONG AMBIL PEDULI KALAU ADA TANDA-TANDA INI:
• Jantung tiba-tiba berdebar sangat kuat tanpa sebab
• Rasa sakit dan ketat di bahagian dada
• Pening kepala atau rasa seolah-olah nak pitam
• Cepat sangat penat walau tak buat kerja fizikal yang berat

Masih ada sinar harapan untuk baiki keadaan. Jom hargai tubuh badan kita sementara masih diberi peluang bernafas.

Jom buat pemeriksaan jantung di Klinik Perubatan Raudhah hari ini untuk masa depan yang lebih tenang.


TIDUR TAK LENA, TEKAK TERASA PERIT, MULUT MASAM, SUARA JADI SERAK BILA BANGUN PAGI? Jangan biarkan badan menanggung rasa...
20/04/2026

TIDUR TAK LENA, TEKAK TERASA PERIT, MULUT MASAM, SUARA JADI SERAK BILA BANGUN PAGI?

Jangan biarkan badan menanggung rasa tidak selesa setiap hari. Masalah ini boleh diatasi jika kita mula jaga tabiat harian.

Cuba amalkan tips mudah ini:
• Beri jarak 2 hingga 3 jam sebelum baring selepas makan.
• Jika lapar waktu malam, pilih makanan yang ringan dan mudah dihadam.
• Elakkan makanan berminyak, pedas atau terlalu berat pada waktu malam.
• Makan dalam kuantiti sederhana, jangan terlalu kenyang sebelum tidur.

Jaga perut hari ini, supaya tidur malam lebih lena dan pagi lebih segar.

Sayangi badan kita bermula dari sekarang. Jom dapatkan nasihat kesihatan lebih mendalam di Klinik Perubatan Raudhah hari ini untuk mula tidur dengan lebih lena tanpa gangguan.


🔥 BEBAS DARI SIKSA GASTRIK & GERD 🔥Ramai yang masih keliru antara Gastrik dan GERD.Walaupun kedua-duanya melibatkan peru...
19/04/2026

🔥 BEBAS DARI SIKSA GASTRIK & GERD 🔥

Ramai yang masih keliru antara Gastrik dan GERD.
Walaupun kedua-duanya melibatkan perut, simptom dan rawatannya berbeza tau 👨‍⚕️✨

📌 Kenali Tanda-Tandanya:
🍽️ Gastrik
• Perut pedih bila kosong
• Mual dan rasa loya
• Kembung perut

🔥 GERD
• Rasa terbakar naik ke dada
• Tekak / mulut terasa masam
• Batuk berpanjangan atau kerap berdehem

💚 Bayangkan hidup lebih selesa tanpa pedih perut, tanpa gangguan tidur, dan boleh makan dengan tenang semula.

✨ Kesembuhan bermula dengan langkah pertama.

Pernah dengar mandi malam boleh sebabkan “paru-paru berair”? 🤔Sebenarnya itu mitos.Air mandi takkan masuk ke paru-paru —...
15/04/2026

Pernah dengar mandi malam boleh sebabkan “paru-paru berair”? 🤔

Sebenarnya itu mitos.
Air mandi takkan masuk ke paru-paru — paru-paru bukan span 😊
Paru-paru berair biasanya berpunca dari:
• Masalah jantung
• Jangkitan kuman (TB / radang paru-paru)
• Masalah buah pinggang

⚠️ Tapi bagi yang ada asma atau alergi sejuk, air sejuk boleh cetuskan sesak nafas & batuk.

Jangan abaikan simptom berpanjangan.
Dapatkan pemeriksaan awal untuk elak komplikasi.

💙 Jaga kesihatan, jaga diri.
Jom ke Klinik Perubatan Raudhah hari ini!


13/04/2026

Masuk je kereta kawan, tengok kaki kiri dia letak kat pedal brek, kaki kanan kat pedal minyak. Terus rasa nak mengucap panjang dan nak cancel jadi penumpang! 😱🚗

Kereta auto direka secara ergonomik untuk dipandu menggunakan SATU KAKI SAHAJA (Kaki Kanan). Bila kaki kiri anda mula 'campur tangan', ini 3 bahaya besar yang menanti

1. Otak Keliru Waktu Kecemasan

Yang kita takut bukan masa jalan clear. Yang kita takut ialah split-second bila motor tiba-tiba mencelah atau budak melintas. Masa panik, refleks semula jadi badan adalah menegang dan menekan KEDUA-DUA belah kaki serentak.

Kereta akan mengaum (minyak ditekan) dan tersentak (brek ditekan) serentak. Sangat berisiko untuk kemalangan maut

2. Memori Otot (Muscle Memory) Kaki Kiri 'Kasar'

Kaki kiri manusia biasa tak ada kepekaan (feel) yang halus untuk menekan brek dengan lembut.
Sebab tu bila orang bawa auto dua kaki, braking dia jadi sangat kasar, mengejut, dan buat penumpang rasa nak muntah

3. 'Riding The Brake' (Makan Brek)

Tanpa sedar, kaki kiri tu sentiasa berehat dan 'tertekan' sikit pedal brek tu sepanjang pemanduan.

Akhirnya? Pad brek cepat haus, berasap, dan lampu brek belakang anda asyik menyala buat pemandu belakang confuse.
Kalau bawa kereta auto, biasakan satu kaki sahaja.

✅ Kaki kanan untuk minyak dan brek.
✅ Kaki kiri REHAT (letak di dead pedal/ *
footrest)

Kadang-kadang, tabiat yang kita rasa "boleh je ni" itulah yang jadi punca penyesalan seumur hidup bila keadaan bertukar cemas.

“BIBIR KERING, KEPALA PENING? MUNGKIN BADAN KURANG AIR”Kadang kita ingat benda ni biasa padahal tu signal awal badan dah...
12/04/2026

“BIBIR KERING, KEPALA PENING? MUNGKIN BADAN KURANG AIR”

Kadang kita ingat benda ni biasa padahal tu signal awal badan dah mula dehidrasi.

Jangan tunggu sampai pitam baru nak sedar.
Tanda-tanda awal:
• Bibir mula kering & pecah
• Kepala rasa ringan / pening
• Badan cepat letih
• Air kencing jadi pekat & kurang

Ramai tunggu haus baru nak minum…
Sedangkan masa tu, badan dah “minta tolong”.

💧 Air kosong bukan pilihan, tapi keperluan.

Jaga sebelum jadi lebih teruk. Jangan ambil mudah.

Air manis tak gantikan air kosong - ini fakta ramai tak tahu.Ramai ingat bila dah minum air sirap, teh ais, atau kopi… k...
07/04/2026

Air manis tak gantikan air kosong - ini fakta ramai tak tahu.

Ramai ingat bila dah minum air sirap, teh ais, atau kopi… kira dah cukup air harian.

Hakikatnya, badan kita tetap perlukan air kosong untuk berfungsi dengan baik.

Air manis:
❌ Tinggi gula – boleh tarik air keluar dari sel
❌ Tak hydrate badan sebaik air kosong
❌ Minum banyak → cepat haus balik

Air kosong:
✅ Serap cepat dalam badan
✅ Kekalkan suhu badan stabil
✅ Bantu elak dehidrasi & strok haba

Dalam cuaca panas sekarang,
jangan “tipu” badan dengan air manis.

💧 Minum air kosong secukupnya sebelum badan mula beri warning.Jangan tunggu haus, baru nak jaga.

🥗 Dietitian kini di Klinik Perubatan Raudhah!Pelan makan ikut badan & gaya hidup anda — bukan diet seksa.✨ Fokus kami:✔ ...
06/04/2026

🥗 Dietitian kini di Klinik Perubatan Raudhah!
Pelan makan ikut badan & gaya hidup anda — bukan diet seksa.

✨ Fokus kami:
✔ Weight loss
✔ Kencing manis, darah tinggi, kolesterol
✔ Obesiti

👩‍⚕️ Bersama dietitian bertauliah, Miss Falihah

📲 Scan QR / WhatsApp sekarang!

Start jaga makan, sebelum badan “paksa” anda. 💯

JANGAN PANDANG REMEH TANDA-TANDA STROK HABA!Pernah tak rasa pening tiba-tiba lepas berjalan atau bekerja tengah panas te...
05/04/2026

JANGAN PANDANG REMEH TANDA-TANDA STROK HABA!

Pernah tak rasa pening tiba-tiba lepas berjalan atau bekerja tengah panas terik? Hati-hati, itu mungkin amaran awal strok haba yang sangat bahaya untuk kesihatan tubuh badan kita.

*LANGKAH PENCEGAHAN YANG MUDAH SETIAP HARI*:
✅ Wajib minum air kosong yang cukup walaupun tak rasa dahaga
✅Elakkan berada di luar rumah masa cuaca terlalu terik
✅ Pakai pakaian yang nipis, ringan dan selesa
✅Segera berehat di tempat teduh kalau mula rasa letih semacam

Jangan tunggu sampai keadaan jadi teruk baru nak bertindak. Strok haba boleh meragut nyawa kalau dibiarkan.

Kesihatan itu anugerah bernilai. Kalau rasa tak sedap badan lepas kena panas, terus datang ke Klinik Perubatan Raudhah untuk dapatkan rawatan segera.


Address

LOT PT 3374 & 3375, TINGKAT BAWAH, MUKIM LUBUK KAWAH, PUSAT BANDAR JERTEH
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Perubatan Raudhah 24 Jam Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share