Susu kacang vegan merawat tulang dan sendi

Susu kacang vegan merawat tulang dan sendi Susu Bijirin OVISURE GOLD adalah satu kejayaan terapeutik. Serta membantu melindungi tulang dan sendi

02/06/2023

🙏TIDAK PERLU RISAU LAGI TENTANG KESAKITAN OSTEOARTRITIS
🥰Melegakan kesakitan cepat - penjimatan kos
✅ Tiada lagi sakit lutut
✅ Tiada lagi kesakitan lumbar
✅ Tiada lagi kebas, kaki dan tangan
✅ Makan dengan baik, tidur lebih baik
🟩 Boleh digunakan untuk orang yang menghidap diabetes dan tekanan darah
🛒 Beli-belah hari ini untuk mendapatkan penghantaran percuma.
🎁 Beli 3 Dapatkan 1 Percuma - Beli 5 Dapatkan 2 Tawaran Percuma
Dapatkan tawaran dan beli di sini : https://www.shopovisuregold.com/
https://www.shopovisuregold.com/
https://www.shopovisuregold.com/

02/06/2023

Cadangan pelaksanaan Generasi Penamat Rokok yang bertujuan melindungi individu yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007 daripada membeli, menjual dan menggunakan semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik atau v**e merupakan satu langkah yang tepat untuk melahirkan generasi yang bebas tanpa amalan merokok.

Namun, proses untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah kepada seseorang perokok dan memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi bagi melaksanakannya.

Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk menuju generasi masa hadapan yang bebas tanpa sebarang amalan merokok demi kesihatan dan kesejahteraan semua.

02/06/2023
02/06/2023

Bermula hari ini 1 Jun 2023, menerusi Inisiatif Imunisasi Catch-up Pneumokokal (CHUP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menawarkan pemberian vaksin pneumokokal secara percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 di semua fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara.

KKM komited untuk mengesan kanak-kanak yang cicir imunisasi dan terlepas jadual imunisasi rutin bagi meningkatkan liputan imunisasi sekaligus meminimakan risiko penularan jangkitan penyakit cegahan vaksin.

Tunggu apa lagi? Jom CHUP!😊

02/06/2023

Hipertensi merujuk kepada tekanan di dalam salur darah yang tinggi secara berterusan (sistolik sama dengan atau melebihi 140 mmHg dan/atau diastolik sama dengan atau melebihi 90 mmHg).

Pengambilan garam melebihi saranan merupakan antara faktor risiko utama hipertensi. Purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 7.9 gram bersamaan 1.6 sudu teh sehari (MyCoSS 2019). Jumlah ini melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram atau bersamaan 1 sudu teh sehari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan orang ramai melakukan saringan kesihatan melalui Insiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI). Disamping fasiliti kesihatan KKM, program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Klinik PeKA B40 dan Farmasi Komuniti, menyediakan perkhidmatan saringan secara meluas di seluruh negara. Pihak PERKESO juga menawarkan baucar bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat saringan percuma bagi pencarum yang layak.

Kerjasama ini diharapkan dapat memberi impak positif yang tinggi kepada sistem perkhidmatan kesihatan melalui pengesanan dan perawatan awal dan pencegahan komplikasi akibat hipertensi.

02/06/2023

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa surat edaran yang tular di media sosial ini adalah palsu.

KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti yang disebarkan ini oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman, KKM TIDAK MEMPUNYAI Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti yang ditularkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat yang tidak sah dan boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.



Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum diperpanjangkan.

02/06/2023

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM Mengalu-Alukan Pengamal Perubatan Swasta Umum (GP) Sertai Skim Perubatan Madani

02/06/2023

🌞Cuaca panas menyebabkan kulit seseorang terdedah kepada pancaran matahari secara terus apabila berada di luar rumah.

⛅🌞Cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jeragat, penuaan, kulit terbakar serta kanser kulit jika terdedah bagi tempoh yang panjang.

✅Terdapat 2 jenis krim pelindung yang boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian iaitu terdiri daripada ‘sunscreen’ fizikal dan ‘sunscreen’ kimia.

📌 ‘Sunscreen’ fizikal lazimnya dikenali sebagai ‘mineral sunscreen’ berfungsi sebagai penghalang fizikal sinar UV yang bertindak dengan memantulkan sinar UV daripada permukaan kulit.

📌 Manakala, ‘sunscreen’ kimia berfungsi menyerap sinar UV sebelum diserap oleh kulit.
Oleh itu, orang ramai perlu menyapu krim pelindung matahari atau 'sunscreen' untuk melindungi kulit daripada sinar UV sebelum keluar rumah.

Address

39-B, Jalan Abdul Samad, Kolam Ayer
Johor Bahru
80100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Susu kacang vegan merawat tulang dan sendi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share