Hadhanah healthcare

  • Home
  • Hadhanah healthcare

Hadhanah healthcare CONFINEMENT EXPERT AND HOMESPA SERVICES BY MOBILE

“Saya mengambil pakej berpantang 7 hari bersama Hadhanah Healthcare dan telah dijaga oleh CL Ani. Saya sangat berpuas ha...
26/11/2025

“Saya mengambil pakej berpantang 7 hari bersama Hadhanah Healthcare dan telah dijaga oleh CL Ani. Saya sangat berpuas hati dengan layanan serta penjagaan yang diberikan. CL Ani sangat lembut, penyabar dan amat memahami keperluan saya. Beliau peka dengan tahap kesakitan saya dan sentiasa menyesuaikan rawatan mengikut keadaan. Contohnya, apabila saya susah untuk bangun dan baring di katil, beliau sentiasa membantu. Jika rendaman kaki atau tangas terasa terlalu panas, beliau cepat-cepat laraskan suhu supaya saya selesa. Walaupun mandi herba sepatutnya saya sediakan sendiri, CL Ani sanggup tolong rebuskan setiap hari supaya saya boleh menggunakannya tanpa rasa terbeban.
Perbezaan antara hari pertama dan hari terakhir saya bersama beliau memang ketara. Pada mulanya saya masih menahan sakit dan sering sakit kepala, tetapi menjelang hari terakhir saya rasa jauh lebih segar, kuat dan bertenaga. Soalan paling penting. Adakah perut jadi lebih kemas dan ramping? Ya, memang nampak perubahannya! Selain itu, CL Ani juga buat urutan muka, bonus yang sangat saya hargai. Sampai suami pun kata saya nampak lebih muda, haha!

Bukan saja penjagaan untuk saya, tetapi cara beliau menguruskan bayi juga sangat meyakinkan. Dari mandi, tuam hingga urutan bayi. Semuanya dilakukan dengan penuh yakin dan teliti. Bayi saya yang awalnya ada masalah perut pun dapat dikenal pasti oleh beliau, dan alhamdulillah kini bayi saya jauh lebih selesa. Banyak nasihat berguna yang beliau kongsikan sepanjang tempoh berpantang.

Secara keseluruhan, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada CL Ani. Saya benar-benar tidak tahu bagaimana keadaan saya sekarang tanpa bantuan dan layanan beliau. Sangat dicadangkan untuk ibu-ibu yang sedang mencari penjagaan berpantang yang berkualiti!”

Terima kasih Puan kamaliah dari woodland

25/11/2025
Hi mommies out there,We are moving to new place at bandar dato Onn JbPlease feel free to visit or WhatsApp our admin. Fo...
07/10/2025

Hi mommies out there,
We are moving to new place at bandar dato Onn Jb

Please feel free to visit or WhatsApp our admin. For more info about confinement package 🥰

💆‍♀️ Nak belajar skil urutan & penjagaan rambut asas?Kini peluang anda terbuka luas dengan Bengkel Asas Urutan & Rambut ...
15/09/2025

💆‍♀️ Nak belajar skil urutan & penjagaan rambut asas?
Kini peluang anda terbuka luas dengan Bengkel Asas Urutan & Rambut anjuran Hadhanah Health Care & I Cute Hair Studio!

Ramai orang rasa urutan dan penjagaan rambut ni cuma kerja spa atau salon. Sebenarnya, ia ilmu asas yang semua orang boleh pelajari — untuk jaga diri sendiri, keluarga, ataupun jadi pintu rezeki baru dalam bidang kecantikan & kesihatan 🌸

📌 Dalam bengkel 1 hari ini, anda akan belajar:
✅ Kelas Urutan Asas (RM99) – teknik asas urutan yang selamat & mudah dipraktikkan.
✅ Kelas Rambut Asas (RM129) – cara asas mencuci & menggayakan rambut dengan betul.

✨ Apa kelebihan bengkel ini?
• Hands-on training (praktikal terus, bukan teori semata-mata)
• Terbuka untuk beginner, tiada syarat kelayakan
• Suasana santai, mudah faham & mesra pelajar
• Sijil penyertaan disediakan

📅 19 Oktober 2025
🕘 9 pagi – 6 petang
📍 Sandakan

💡 Jangan lepaskan peluang belajar kemahiran asas yang bermanfaat sepanjang hayat. Tempat adalah terhad untuk pastikan setiap peserta dapat bimbingan rapi.

📲 Daftar segera:
👉 WhatsApp 010-308 3887 (Admin Anesa)
atau terus scan QR code di poster untuk booking.


09/09/2025

NR Mothercare Confinement

A big thanks to our beloved repeated customer 🥰I'm thrilled to share my wonderful experience with Hadhanah Healthcare fo...
06/09/2025

A big thanks to our beloved repeated customer
🥰

I'm thrilled to share my wonderful experience with Hadhanah Healthcare for the second time! The massage services provided by CL Kak Yatt exceeded my expectations. Her infectious positive energy and happy-go-lucky attitude made every session a joy. Not only did she work wonders on my body, but she also shared valuable tips and personal anecdotes that added a personal touch to the experience.

I was so impressed that I extended my 5-day package to 7 days, and the results were amazing – I noticed significant belly slimming and weight loss! The Hadhanah team deserves huge praise for their affordability and exceptional service.

I'd wholeheartedly recommend Hadhanah Healthcare to anyone looking for top-notch care and a supportive team. Thanks again, Kak Yatt and the Hadhanah team, for an unforgettable experience! I'd give 100% recommendation!

❓ Assalamualaikum  maaf nak tnya sikit  perlepasan pantang ibu 44hari , seeloknya mandi air bunga @ air rebusan herba mo...
20/08/2025

❓ Assalamualaikum maaf nak tnya sikit perlepasan pantang ibu 44hari , seeloknya mandi air bunga @ air rebusan herba mohon pencerahan.

✅ Selepas seminggu, luka mula stabil. Dari minggu 2–6, ibu lazimnya akan amal mandian herba

Kesan mandian herba :

1️⃣ Peredaran darah
☑️ Haba dan fitokimia hangatbantu lancarkan aliran darah, percepatkan pemulihan luka dan kurangkan bengkak.

2️⃣ Peluh dan detoks
☑️ Haba aktifkan kelenjar peluh yang bantu keluarkan lebihan air/garam, hilangkan rasa kembung dan angin.

3️⃣ Otot dan sendi
☑️ Haba relakskan otot, kurangkan sakit pinggang, kekejangan rahim dan radang sendi.

4️⃣ Kulit
☑️ minyak atsiri sebagai antibakteria ringan yang menjadikan kulit lebih segar, bersih serta kurangkan bau nifas.

5️⃣ Psikologi
☑️ Aroma wangi herba bantu tenangkan saraf, stabilkan emosi serta kurangkan risiko postpartum blues.

Bila masuk 44 hari ke atas, badan dianggap pulih dan stabil. Jadi, ibu boleh fokus pada keseimbangan emosi dan spiritual. Masa ini mandi bunga bagus sebagai penutup pantang

Kesan mandi bunga :

1️⃣ Keseimbangan ( air bunga neutral)
☑️ Bantu tutup pori, stabilkan haba badan

2️⃣ Sistem saraf
☑️ Aroma bunga bungaan (rose, melur, kenanga) tenangkan jantung, redakan stres serta memberi rasa damai.

3️⃣ Kulit dan penampilan
☑️ Bunga kaya antioksidan yang membuatkan kulit jadi lebih lembut, wangi, segar

Secara ringkas ⤵️

➡️ Minggu 2 hingga minggu ke 6 : Mandian herba fokus pada pemulihan tubuh (lancar darah, buang angin, lawan radang, jaga kulit, stabilkan emosi).

➡️ Hari ke-44 ke atas (penutup pantang): Mandi bunga sebagai penyeimbang ( untuk tenang, segar, naik seri, menaikkan mood, keyakinan, aura emosi positif)

Yang nak belajar kelas bersemuka mandi bunga boleh whatsap 0162949906. Yuran hanya RM 99 puluh ringgit saja tau.

🩷🩷🌸🌺

Address

02-03 Jalan Sri Stulang

80250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hadhanah healthcare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hadhanah healthcare:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram