16/11/2017
Assalamualaikum & Selamat Pagi
Alin nak kongsikan 5 kehebatan PROTEIN:-
1. Protein adalah makronutrien iaitu sejenis kelas makanan yang diperlukan dalam jumlah yang besar.
2. Di dalam badan manusia, protein adalah sebatian kedua yang paling banyak didapati selepas air.
3. Protein sangat penting kerana ia membentuk struktur asas bagi setiap sel hidup, termasuklah hormon, enzim dan antibodi serta terlibat dalam pelbagai interaksi metabolisme.
4. Di dalam badan manusia, protein terlibat dalam banyak proses penting seperti mengawal tahap gula dalam darah, penghadaman makanan, menghalang jangkitan, pengecutan otot, pembekuan darah, membaiki sel, penghantaran sistem saraf dan banyak lagi.
5. Ringkasnya, protein adalah penting dalam kehidupan manusia kerana amat diperlukan untuk fungsi badan, kecergasan dan kesejahteraan.