Qhawlah Care

Qhawlah Care Ajakan ke arah mengubah gaya hidup untuk SIHAT secara alami. Kempen 1 rumah 1 D7 Ionik Extra.

2. وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِErtinya: "Siapa ya...
04/09/2023

2. وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Ertinya: "Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga." (HR Muslim, no. 2699).

Tahukan anda sekarang ini kita mempunyai 5 juta Remaja Islam yang perlu kita santuni, mereka ini berada di IPT, Sekolah Menengah dan sebahagiannya di alam pekerjaan.

Kita mesti letakkan azam utk usahakan agar mereka menjadi Remaja Islam yang Mukmin/Mukminah.

Kita mesti korbankan segala2 yang kita ada untuk mendekati mereka ini walau apapun keadaan mereka.

Mereka ini semua hebat2 belaka, cuma dek kelemahan saya dan kita semua, sebahagian mereka belum menyerlah potensinya sahaja lagi.

Maka mulai hari ini saya dan kita semua perlu mula mendekati mereka semua...

📢ICOMMM 2023 REGISTRATION STILL OPEN...!!!We are happy to announce that registration for participants is still open for ...
31/08/2023

📢ICOMMM 2023 REGISTRATION STILL OPEN...!!!

We are happy to announce that registration for participants is still open for the International Conference on Malay Medical Manuscripts 2023

📌We have prepared an insightful programme with the Theme: “TOWARDS MAINSTREAMING MALAY MEDICAL MANUSCRIPTS"

📆Conference Date: 5-6 September 2023

🖥️Platform: ZOOM

Don't miss this incredible opportunity to be part of this transformative event. What are you waiting for? Visit http://bit.ly/icommm2023.

Selamat tahun baru 1444H
30/07/2022

Selamat tahun baru 1444H



10/05/2022
Syaaban kian berlalu Ramadhan melambai-lambaiIntai-intailah semaian di huluKerana kan tiba musim menuaiSyaaban lambang c...
25/03/2022

Syaaban kian berlalu
Ramadhan melambai-lambai
Intai-intailah semaian di hulu
Kerana kan tiba musim menuai

Syaaban lambang cinta
Ramadhan membawa barakah
Tertib susunan 16 anggota
Ini masanya geraklah langkah

"Ya Allah, sampaikan aku ke Ramadhan dalam keadaan selamat. Ya Allah, selamatkan aku semasa Ramadhan dan selamatkan amal ibadahku di dalamnya sehingga menjadi amalan yang diterima.”
(HR at-Thabrani: 2/1226)

Marhaban Ya Ramadhan
22 Syaaban 1443H

Assalamualaikum WBTRamai di kalangan kita hari ini sedang memulakan sesuatu yang baru sama ada dari segi pekerjaan, peng...
10/01/2022

Assalamualaikum WBT

Ramai di kalangan kita hari ini sedang memulakan sesuatu yang baru sama ada dari segi pekerjaan, pengajian, tak kurang juga yang nekad memulakan amalan baru ke arah kehidupan dan kesihatan yang lebih baik. Jadi, apa jua kisah kita hari ini..mari mulakan dengan Bismillah. Harapan kita agar NIAT kita dalam apa jua perubahan dalam hidup kita hanya sanya kerana Allah S.W.T. Titik mula dan noktah kembali kepada-Nya jua. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup kita sebagai ibu bapa, suami, isteri, anak, majikan, pekerja, penuntut ilmu dan juga sebagai hamba Allah hendaknya.

Sihat Secara Alami, layari :
https://qhawlahcare.sihat2u.net



07/01/2022-Salam Sayyidul Ayyam, Jumaat yang penuh barakah.Alhamdulillah kerja2 bagi Blok 04 yang menempatkan ruangan Ma...
07/01/2022

07/01/2022-Salam Sayyidul Ayyam, Jumaat yang penuh barakah.

Alhamdulillah kerja2 bagi Blok 04 yang menempatkan ruangan Makmal Islamik Bio-Energiologi (MiBE) telah siap sepenuhnya. Manakala Blok 03-Asrama, Surau & Bilik Kuliah sudah 87%.

Jutaan terima kasih pada yang telah menyumbang dan merealisasikan ke arah pembangunan Perubatan Tradisional Melayu.

Dengan ini sesiapa yang ada berhajat boleh terus menyumbang semampu yang mungkin memandangkan projek ini masih memerlukan sumber kewangan utk disiapkan dengan segera.

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan di bawah :-

» https://www.billplz.com/ndchdlet7

atau

Nama Akuan : Pusat Tahfiz Medik
Bank : CIMB Islamik
No. Akaun : 8601520720

Nurbaiti Muhamad Shukri
Pelatih SiHAT2U
****************************
Sihat Secara Alami, layari
https://qhawlahcare.sihat2u.net

2 hari menuju 2022. Dan adakah kita sedang bergerak selaras dengan ruang dan masa yang betul? Bersusah2 dahulu, bersenan...
29/12/2021

2 hari menuju 2022. Dan adakah kita sedang bergerak selaras dengan ruang dan masa yang betul? Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Biarlah seberat mana ujian dan tanggungan yang bakal dan sedang kita lalui moga2 dengan ini turunnya rahmat dan hidayah buat diri dan orang lain. Perubahan tidak datang tanpa susah payah. Perubahan perlu datang bersama2 kehendak, ilmu, kitab dan guru yang benar. Ganjarannya nanti dinikmati kita sendiri. Sebaliknya keburukan juga terpalit pada diri sendiri. Kerana "kejahilan menghantui kehidupan".

https://qhawlahcare.sihat2u.net


17/12/2021

17/12/2021-Rayuan Khas Dana Tahfiz Medik

Salam Sayyidul Ayyam, Jumaat yang penuh barakah.

Alhamdulillah kerja2 kemasan dan penyiapan dalaman bagi Blok 04-Makmal dan Dapur Utama telah siap sepenuhnya termasuk kerja2 eletrik dan aircond. Manakala Blok 03-Asrama, Surau & Bilik Kuliah sudah 80%.

Jutaan terima kasih pada yang telah menyumbang.

Dengan ini sesiapa yang ada berhajat boleh terus menyumbang semampu yang mungkin memandangkan projek ini masih memerlukan sumber kewangan utk disiapkan dengan segera.

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan di bawah :-

» https://www.billplz.com/ndchdlet7

atau

Nama Akuan : Pusat Tahfiz Medik
Bank : CIMB Islamik
No. Akaun : 8601520720

Nurbaiti Muhamad Shukri
Pelatih Sihat2U
*****************
Sihat secara alami, layari
https://qhawlahcare.sihat2u.net

Salam Sayyidul AyyamJumaat yang damai. Kita sudah tiba di pertengahan bulan. Menariknya hari ini bakal terjadinya 2 feno...
19/11/2021

Salam Sayyidul Ayyam

Jumaat yang damai. Kita sudah tiba di pertengahan bulan. Menariknya hari ini bakal terjadinya 2 fenomena alam. 1 fenomena alam luar dari kebiasaan iaitu Gerhana Bulan. Dan juga seperti kebiasaannya iaitu Bulan Purnama. Kedua-duanya adalah fenomena alam yang Allah tetapkan atas faktor yang berbeza. Satu adalah rutin alam dan satu lagi adalah penyelarasan medan magnetik graviti bumi.

Telah dikatakan alam adalah kita, kita adalah alam. Maka tidak boleh tidak kita akan turut terkesan dengan kedua-dua fenomena alam ini. Akibat dari ketidakseiringan kita dengan alam maka terjadilah kesan atau gejala ketidakseimbangan pada hayat(jiwa, emosi, minda, fizikal) dan juga jasad(anatomi dan fisiologi). Kerana itu kita disarankan melakukan amalan-amalan tertentu pada waktu dan frekuensi yang resonan dengan alam agar kita juga sama-sama menyelaras dan menyeimbangi sistem pada diri kita juga.

Bagi orang Islam, waktu Gerhana Bulan kita disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana dan juga amalan-amalan sunat yang lainnya. Bukanlah panduan ini dijadikan sia-sia melainkan kebaikannya buat diri kita semata-mata. Pencipta hakiki tidak lalai dalam menetapkan sesuatu namun kita yang lalai dalam mengikut panduan yang ditetapkan. Utamakan yang utama sebelum mencari di luar dari panduan-Nya. Agar amalan kita tidak menjadi sia-sia nantinya.

Bagi yang ingin menyumbang dipersilakan 👇 https://www.billplz.com/ndchdlet7

Semoga kita semua dikurniakan keseimbangan kehidupan dan urusan dunia hingga akhirat dipermudahkan Allah SWT. Aaminn.

Nurbaiti Muhamad Shukri
Pelatih Sihat2u
********************
Sihat Secara Alami, layari
https://qhawlahcare.sihat2u.net


Perhatikan apa yang kita hidangkan pada hati, perut dan kulit. Jika betul sumber, proses, bahan dan kuantitinya maka ten...
16/11/2021

Perhatikan apa yang kita hidangkan pada hati, perut dan kulit. Jika betul sumber, proses, bahan dan kuantitinya maka tenaga itulah yang akan mencetuskan minda dan akal yang sihat. Jika sebaliknya, perhatikan sikap kita dan keupayaan akal fikiran dalam bertindak atas satu2 perkara sama ada ianya terganggu atau tidak. 1 hingga ke 2 bulan atau 44 hari adalah sekurang2nya satu tempoh paling singkat untuk memperbetulkan akal. Nak betulkan akal betulkanlah hati, perut dan kulit. Apa yang kita fikir, apa yang kita makan, apa yang kita serap bakal mempengaruhi akal fikiran yang sihat. Akal yang sihat hasilnya datang dari tubuh yang juga sihat. Maka ketahuilah mencegah itu lebih baik dari mengubati.


BERPASANG-PASANG. Terkandung ia di dalam 4 prinsip asas penciptaan manusia yang mana pertamanya ialah BERPASANG-PASANG, ...
14/11/2021

BERPASANG-PASANG. Terkandung ia di dalam 4 prinsip asas penciptaan manusia yang mana pertamanya ialah BERPASANG-PASANG, yang kedua..sebaik-baik ciptaan, yang ketiga...sama tapi tak serupa, serupa tapi tak sama dan yang akhir sekali ialah masa mempengaruhi tenaga, tenaga mempengaruhi jasad.
Adanya lelaki maka ada perempuan. Cerahnya siang, gelapnya malam. Kelamnya hitam, bersinarnya putih. Puncaknya tinggi, dasarnya rendah. Api yang panas, air yang sejuk. Langkah kiri, langkah kanan. Adanya awal maka ada yang akhir. Turunnya ujian beserta dengan pasangannya iaitu penyelesaian. Itulah SUNNATULLAH.
Dan ia turut diperkatakan dalam al-Quran. Disebut 7 kali dalam al-Quran. Salah satunya dalam surah Yassin, surah ke-36 pada ayat yang juga ke-36. 36:36!!!

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."




Sihat atau tidak diri kita, kita yang tentukan. Hisab lah diri sendiri, kalau rasa bercelaru hari ni sesungguhnya kita s...
12/11/2021

Sihat atau tidak diri kita, kita yang tentukan. Hisab lah diri sendiri, kalau rasa bercelaru hari ni sesungguhnya kita sedang dalam ketidakseimbangan iaitu dalam bahasa mudahnya..tidak sihat. Tidur terganggu, buat sesuatu kerja tidak menjadi, sensitif, cepat marah, tak tenteram, kalut ribut, hilang fokus, tak khusyuk, asyik nampak salah orang. Ini bukan penyakit, jadi apa nak dikisah? Sesungguhnya penyakit itu tidak timbul melainkan didahului pe'el perangai yang seangkatan seperti di atas. Jadinya, asbab tidak kisah kita tu lama2 terzahirlah penyakit. Nak salahkan siapa? Salahkan diri sendiri yang tidak perbetulkan apa yang perlu diperbetulkan sebelum terbitnya penyakit itu. Kasihanilah diri sendiri sebelum kita dikasihani. Zalimnya diri ini... Namun begitu, jika sakit itu telah bertukar menjadi nikmat sesungguhnya itu tandanya kita telah sihat atau dengan kata lainnya telah hadirnya keseimbangan pada diri walau pada jasadnya telah hilang fungsi sebenarnya. Dan sesungguhnya peringkat sakit bertukar jadi nikmat ini bukannya mudah bagi kita orang awam. Jadi, cegahlah sebelum parah kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati.


BIRU bermulanya waktu Subuh, HIJAU p**a tanda bermulanya waktu Dhuha. Hikmah waktu solat yang sama frekuensinya dengan w...
10/11/2021

BIRU bermulanya waktu Subuh, HIJAU p**a tanda bermulanya waktu Dhuha. Hikmah waktu solat yang sama frekuensinya dengan waktu dan warna alam. Terkandung padanya rahsia perhubungan dan perasaan. Maka ketahuilah kita jika terganggu kedua2nya menandakan ini masanya perlu kepada pembetulan baik dari segi amalan(roh), sifat(tenaga/hayat) mahupun pada fizikal(jasad). Jangan lalai dan jangan lupa. Kerana keseimbangan alam dan diri kita bergantung kepada ketiga2 komponen ini iaitu roh, hayat dan jasad. Menyusutnya salah satu dari komponen ini tanda susutnya keseimbangan roh, hayat dan jasad. Ketahuilah, kesihatan dan kesembuhan bukan datang dari sudut jasad semata2. Melainkan meliputi ketiga2 komponen ini iaitu ROH, HAYAT dan JASAD.


MASA. Zohor bakal berlalu pergi, Asar bakal menyusul nantinya. Masa...nilai ukurannya bukan semata-mata mengikut detik j...
29/10/2021

MASA. Zohor bakal berlalu pergi, Asar bakal menyusul nantinya. Masa...nilai ukurannya bukan semata-mata mengikut detik jam tetapi nilai sebenarnya mengikut waktu alam kerana alam adalah kita, kita adalah alam. Resonan, seiringnya kita bergerak beriringan dengan alam maka pertembungan ini lah yang dikatakan menepati masa. Dan waktu alam itu amat2 berkait rapat dengan waktu solat. Kerana itu, ketahuilah keseiringan itu berlaku apabila waktu solat kita dijaga. Maka dengan itu kita telah bergerak seiring dengan alam. Hasilnya, tidak lain tidak bukan ialah keberkatan masa. Inilah nilai sebenar MASA. Urusan kita dirasakan mudah, lancar, dengan masa dan waktu yang cukup tanpa ada rasa ketidakcukupan masa. Dengan kata lain, jika masih merasai ketidakcukupan masa maka tidak boleh tidak perkara pertama yang perlu disemak dan diperbaiki adalah solat. Demi MASA, sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian!!

22 RABIULAWAL 1443H

Sekilas info menarik 📌📌Telah dikatakan saripati zaitun D7 Ionik Extra itu bukanlah ubat namun satu2 formulasi yang mengu...
27/10/2021

Sekilas info menarik 📌📌
Telah dikatakan saripati zaitun D7 Ionik Extra itu bukanlah ubat namun satu2 formulasi yang menguja sistem keseimbangan tubuh agar kembali mencapai julat keseimbangan. Kerana apabila tercapainya julat keseimbangan itu dengan sendirinya tubuh akan ada self-healing tanpa kita perlukan apa2 ubat.

Namun begitu, self-healing hanya akan berlaku bila tubuh berada dalam julat keseimbangan. Tidak hairanlah ramai yang sudah mendapat manafaat dari penggunaan D7 secara konsisten bagi pencegahan atau perawatan satu2 gejala yang dihadapi.

Secara teorinya, nilai D7 jika diukur frekuensinya ialah 7.82Hz menyamai frekuensi satu juzuk organ penyelaras yang dinamakan hipotalamus yang fungsinya menyelaras sistem organ dan kelenjar tubuh. Pada 7.82Hz Fisiologi Hipotalamus akan berada pada fungsi yang optimun, dapat menyelaras segala fisiologi organ yang hiper atau hipo ke julat asal.. Kerana itu, penggunaannya secara konsisten adalah lebih baik, guna sedikit tapi secara kerap lebih besar manafaatnya bagi menjaga medan elektromagnetik tubuh kita yang sentiasa bereaksi setiap saat. Itulah yang dikatakan "Manusia sebaik-baik ciptaan".

Namun hari ini, faktor ujaan luaran dan dalaman tubuh kita mempengaruhi keseimbangan itu. Jadi, tidak salah jika kita mencuba sesuatu yang asli dan diakui langsung tidak memudaratkan malah memanafaatkan bagi tujuan mengembalikan keseimbangan yang telah hilang. Maka s**a saya nyatakan secara khusus bahawa Terapi melalui aplikasi Saripati Tumbuhan Terpilih(D7 Ionik) di mana Mandian Ais, Bilasan Mandian Ais, Aplikasi Sapuan D7 Ionik selepas Wuduk, Spray D7 Ionik, Terapi Ais pada Anggota yang Sakit dan sebagainya adalah terapi keseimbangan pada sifat tenaga berasaskan kepada Komponen Jasad Sistem Tubuh.

Namun jika anda memilih untuk merawat setelah sakit adalah merupakan satu kerugian yang amat besar, malah pada satu-satu keadaan adalah merupakan kezaliman yang mengakibatkan kepada penderitaan yang berpanjangan. Ayuh bertindak segera, kami di Rangkaian Pusat Terapi Rawatan Alami Melayu (Rumah Sihat) bersedia untuk membantu anda. "KESEIMBANGAN KEHIDUPAN DAN KESIHATAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI".

Info lanjut,klik link di bio ☝☝

Nurbaiti Muhamad Shukri
Pelatih Sihat2u
*****************

Jom Sihat Secara Alami, Layari https://qhawlahcare.sihat2u.net

Masa mempengaruhi tenaga, tenaga mempengaruhi jasad. Tenaga atau Hayat iaitu Jiwa, Emosi, Minda dan Fizikal itu diikat o...
26/10/2021

Masa mempengaruhi tenaga, tenaga mempengaruhi jasad. Tenaga atau Hayat iaitu Jiwa, Emosi, Minda dan Fizikal itu diikat oleh Roh yang ghaibnya mutlak yg ukurannya bukan pada kebendaan tapi pada amalan yg sohih. Jasad p**a anatomi dan fisiologi tubuh yang terbentuk dari organ2 luaran dan dalaman tubuh. Apabila amalan itu terlalai sama ada dari segi waktu, kaedah, pemahaman, taharah dan istiqomah nya ketahuilah kita bahawa ketidakseimbangan Roh, Hayat dan Jasad itu sedang terganggu. Bantulah hamba Mu yang lalai..bimbinglah hamba Mu yang leka 🤲🤲



Address

Kajang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qhawlah Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Qhawlah Care:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram