Olive House Putra Mahkota

Olive House Putra Mahkota Mengedarkan minyak zaitun OLIVIE PLUS 30X dan pelbagai rangkaian produk keluaran OLIVE HOUSE

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-MULKMari kita merebut tawaran hebat dari Allah SWT iaitu dengan membaca Surah al-Mulk ketika ...
02/11/2025

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-MULK

Mari kita merebut tawaran hebat dari Allah SWT iaitu dengan membaca
Surah al-Mulk ketika hendak masuk tidur. Terlalu banyak kelebihan membaca surah ini seperti mana yang dinukilkan perawi di dalam hadis riwayat:
1. Surah ini dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga ia diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT (Hadis Riwayat Abu Daud)

2. Surah ini juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT(Hadis Riwayat Thabrani).

3. Surah ini menjadi penghalang bagi pembacanya daripada terkena azab kubur (Hadis Riwayat Nasa'i).

4. Surah al-Mulk adalah diantara Surah yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika hendak masuk tidur (Hadis Riwayat Tirmizi).

Selamat membaca dan beramal dengan surah Al-Mulk.

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-MULK

Surah al-Mulk adalah salah satu daripada Surah yang dikategorikan sebagai Surah Munjiat (Penyelamat). Surah ini terletak dalam al-Quran pada Juz 29. Diantara kelebihan membaca surah ini ialah:

1. Surah ini dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga ia diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْأن، ثَلَاثُوْنَ اَيَةً؛ تَشْفَعُ لِصَاحِبِهَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ: تَبَارَكَ الَّذِيْ بِيَدِهِ اْلمُلْكُ

“Ada surah dari Al-Qur’an yang terdiri dari 30 ayat. Surah tersebut dapat memberikan syafa’at bagi pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga ia diampuni dosanya, iaitu surah تَبَارَكَ الَّذِيْ بِيَدِهِ اْلمُلْكُ (Hadis Riwayat Abu Daud)

2. Surah ini juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT. Sabda Nabi SAW:

سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ

“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ (Hadis Riwayat Thabrani)

3. Surah ini menjadi penghalang bagi pembacanya daripada terkena azab kubur. Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَرَأَ تَبَارَكَ الذِّيْ بِيَدِهِ المُلْكُ كُلَّ لَيْلَةٍ مَنَعَهُ اللهُ بِهَا مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَكُنَّا فِيْ عَهْدِ رَسُوْلِ الله صلى الله عليه و سلم نُسَمِّيْهَا اْلمَانِعَةَ وَإِنَّهاَ فِيْ كِتَابِ اللهُ سُوْرَةٌ مَنْ قَرَأَ بِهَا فِيْ كُلِّ لَيْلَةٍ فَقَدْ أَكْثَرَ وَأَطَابَ

“Barangsiapa membaca surah تَبَارَكَ الذِّيْ بِيَدِهِ المُلْكُ setiap malam, maka Allah menghalangnya, sebab surah tersebut, dari seksa kubur, dan dahulu kami di zaman Rasulullah Saw. menamainya dengan Al-Mani’ah (penghalang). Sungguh surah tersebut bahagian dari kitabullah, barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah banyak berbuat kebaikan.” (Hadis Riwayat Nasa'i)

4. Surah al-Mulk adalah diantara Surah yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika hendak masuk tidur. Daripada Jabir beliau berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ (Hadis Riwayat Tirmizi)

Begitulah antara kelebihan-kelebihan membaca Surah al-Mulk dan semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita mempelajari, mentadabbur dan mengamalkan Surah ini dalam seluruh kehidupan kita.

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/EA412867
13/10/2025

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/EA412867

“Badan dah tak lemah… fikiran pun dah tak lara lagi!”

Ini perkongsian sebenar daripada pengguna selepas mengamalkan Olivie Power Up.

Olivie Power Up kaya dengan polifenol semula jadi, khususnya Hydroxytyrosol & Oleuropein – dua antioksidan yang terbukti menyokong:

✅ Kesihatan jantung & salur darah
✅ Tenaga badan yang lebih stabil
✅ Fungsi otak & emosi yang lebih seimbang

Jadi, tak hairanlah ramai merasai perubahan seperti badan lebih cergas, fikiran lebih positif dah tak lara, dan ibadah pun jadi lebih ringan.

Jom mula ikhtiar cara semula jadi dengan Olivie Power Up untuk badan & minda yang lebih sihat.

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/EA412867
13/10/2025

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/EA412867

Pernah terhiris jari masa potong bawang? Darah keluar sekejap je, lepas tu berhenti sendiri. Perasan tak?

Kenapa agaknya darah boleh berhenti sendiri macam tu? Kenapa dia tak terus mengalir keluar je?

Masa tu, badan terus masuk mode ‘alert’. Platelet pun diaktifkan, cepat-cepat datang ke kawasan luka dan bentuk lapisan fibrin, macam tampalan semula jadi. Lapisan ni tutup luka dan hentikan darah daripada keluar terlalu banyak.

Tapi… tak semua darah beku tu “baik”.
Kadang, tanpa luka pun boleh terbentuk sumbatan/tampalan kecil dalam salur darah.

Contoh, di jantung, otak, atau paru-paru. Bila oksigen tersekat, boleh jadi strok, serangan jantung, atau embolism.

Namun Allah ciptakan sesuatu yang luar biasa, minyak zaitun. Dan antara yang paling kuat kuasanya, ialah Olivie Plus 30x.

Pokoknya hidup di padang pasir yang gersang.
Panas, kering, hampir mustahil untuk tumbuh… tapi dia tetap hidup.

Disebabkan itu, pokok ni hasilkan hingga 30 kali lebih banyak hydroxytyrosol berbanding minyak zaitun biasa.

Apa kaitan dia? Macam mana Olivie Plus 30x ni bantu lawan darah beku?

1️⃣ Kurangkan lekatan platelet
Hydroxytyrosol bantu elak platelet ‘panik’ dan melekat sesama sendiri. Seperti aspirin semula jadi, tapi lembut pada perut, sesuai untuk jangka panjang.

2️⃣ Lindungi dinding salur darah (endothelium)
Antioksidan kuat dalam Olivie Plus 30x baiki dan licinkan dinding salur darah. Bila permukaan tu licin, platelet susah nak “melekat”. Hasilnya, aliran darah lancar, oksigen mudah sampai.

3️⃣ Kurangkan keradangan dan kawal kolesterol jahat (LDL)
Bila keradangan berkurang, dinding salur darah pun kurang luka halus. Luka mikro ni kecil tapi cukup untuk jadi tempat kolesterol dan platelet melekat. Jadi bila keradangan terkawal, risiko darah beku pun menurun.

4️⃣ Stabilkan aliran & kelikatan darah
Asid oleik dalam Olivie Plus 30x jaga kelikatan darah. Tak pekat, tak cair. Bila aliran darah stabil, oksigen pun boleh sampai dengan lebih efisien ke semua organ penting.

Kadang kita rasa sihat sebab tak ada simptom. Tapi darah beku tak tunggu sakit baru nak datang. Dia muncul diam-diam, tanpa tanda. Bahaya.

Jaga gaya hidup, makan real food, cukupkan rehat. Kadang, perubahan kecil yang nampak remeh tu lah yang paling besar kesannya.

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/EA412867
13/10/2025

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/EA412867

Jantung tak pernah berhenti bekerja untuk kita.
Sekarang, giliran kita p**a untuk beri dia perhatian yang selayaknya.

Mulakan perlahan-lahan: berjalan sekejap, makan real food, kawal stres. Dan jangan lupa, amalkan Olivie Plus 30x setiap hari untuk jantung yang lebih kuat dan bertenaga.

Kita jaga jantung, jantung jaga kita.

Jom sama-sama jadi 💚

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/EA412867
13/10/2025

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/EA412867

Anak Dah Tak Batuk Lagi!

“Alhamdulillah, Madu Kyrgyzstan akak bagi anak-anak makan masa batuk hari tu. Memang mujarab sangat! Sekarang anak dah tak batuk lagi. Akak nak order yang besar kalau ada…”

Madu mengandungi hydrogen peroxide semula jadi dan antioksidan yang membantu:

• Lawan bakteria penyebab batuk
• Kurangkan keradangan di tekak
• Tenangkan tekak gatal & kering, di mana tekstur madu yang pekat bertindak sebagai lapisan perlindungan pada kerongkong

Kajian juga menunjukkan, madu mempunyai aktiviti antivirus semula jadi terhadap pelbagai jenis virus seperti:

• Respiratory syncytial virus (RSV)
• Varicella-zoster virus (VZV)
• Adenovirus
• Virus influenza

Selain bantu melegakan batuk, madu juga menyokong sistem imun badan. Sangat sesuai diamalkan terutama waktu musim influenza & selesema macam sekarang ni.

Kalau anak atau anda sendiri masih batuk berpanjangan, bolehlah cuba amalkan Madu Kyrgyzstan asli ini.

Ikhtiar semula jadi. Sedap, berkhasiat & inshaAllah berkesan.

31/05/2025

Aktiviti Taaki Jihad Ramadhan1446HSeronoknya bila dapat membuatkan orang lain tersenyum bahagia berpunca dari kita.  Alh...
30/03/2025

Aktiviti Taaki Jihad Ramadhan1446H

Seronoknya bila dapat membuatkan orang lain tersenyum bahagia berpunca dari kita. Alhamdulillah, dapat mengeposkan hadiah kepada puan Hasanah Abdul Samad.

Inilah antara aktiviti tahunan ejen sebagai usaha mengeratkan ukhuwwah dalam kalangan ejen Olive House.

Semoga ukhuwwah yang bertaut akan berpanjangan dalam keberkatanNya.

Teh Suhaila Tajuddin
CAM CENTRAL

Address

26, Jalan BM2/12, Bandar Bukit Mahkota
Kajang
43000

Telephone

+60106685115

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Olive House Putra Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Olive House Putra Mahkota:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram