KampongCats

KampongCats Rescue Nursing Rehome (RNR)
Cats Therapy
IG: kampongcats.official Semua bermula sebelum kami berkahwin lagi. Pendek kata naturalist. Semakin lama semakin banyak.

*************
SIAPA KAMI?
*************

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya Aishah Suhaimi dan suami Musyawawee adalah rescuer sejak 14 tahun lepas. Saya mempunyai 16 ekor kucing dan suami mempunyai 4 ekor. Kami insan biasa-biasa yang Allah hadirkan sedikit terlebih rasa Ya Rahman Ya Rahim. Terlebih rasa kasih sayang dan cinta terhadap haiwan. Bahkan bukan sahaja haiwan, alam sekitar juga menjadi keutamaan kami. Kami menghargai rasa ini dan meneruskan perjuangan membantu lebih banyak kucing jalanan. Kami cuba yang terbaik untuk merawat dan memberi kehidupan yang selesa buat mereka semua. Dalam jagaan kami pernah cecah 60 ekor. Kami berpengalaman mengurus kucing jalanan yang sakit kronik seperti sporo, parvo dan felv. Tidak lupa juga kes-kes selesema, sakit mata, buasir, buah pinggang, kurap dan lain-lain. Sangat sukar untuk kami biarkan atau hentikan perjuangan ini walaupun timbul pelbagai isu yang mancabar. Kami pernah cuba berhenti. Berikan kucing-kucing kami semua kepada orang. Alhamdulillah ada yang selamat namun ada juga yang tidak mendapat nasib yang baik. Kami juga pernah ditipu oleh Omiey Kingdom dan mengorbankan hampir 30 ekor kucing jalanan yang kami selamatkan dan jaga dari kecil hingga besar. Kami tidak akan membuat kesilapan sebegitu sekali lagi. Jadi walau sukar, walau sesak, walau terpaksa kami gagahkan juga menjaga kebajikan anak-anak bulus kami. Terkini kami mempunyai 27 ekor kucing dewasa dan remaja. 4 ekor kitten yang baru diselamatkan 2 minggu lepas. Alhamdulillah semua sihat. Hanya 4 ekor selesema, 2 ekor masalah buah pinggang dan 1 ekor masalah buasir. Mereka semua yang kami kutip dari merata tempat. Paling jauh dari Melaka. Semua ini bukan lah mudah namun kami hargai nikmat ini. Semua dari Allah. Kami cuba yang terbaik. Semoga semua ini termasuk dalam timbangan amal soleh kami sebagai khalifah di dunia yang fana ini.


--------------------------------------------------------
MENGAPA KAMI SELAMATKAN KUCING JALANAN?
--------------------------------------------------------

Kami yakin semua sedar yang kita dihidupkan di bumi Allah ini sebagai KHALIFAH. Tugas KHALIFAH adalah mengetuai, menjaga, memelihara, memberi dan membimbing. Ini adalah jihad kami. Bukan sahaja mengetuai, menjaga, memelihara, memberi dan membimbing keluarga kecil kami sendiri bahkan haiwan, alam sekitar juga. Allah hadirkan rasa, kekuatan dan keupayaan untuk melaksanakan jihad ini. Untuk agama, anak bangsa dan juga negara. Dengan adanya sikap empati terhadap haiwan yang dipupuk melahirkan generasi yang penyayang, lembut hati dan saling membantu. Perjuangan ini juga membantu memupuk sikap menjaga kurniaan Allah. Kami rasa amat kasihan terhadap kucing jalanan. Tidak sampai hati membiarkan mereka dalam kesejukkan malam, kepanasan terik matahari disiang hari. Ada yang kehausan kelaparan dan sakit. Allahu.. Sedangkan kami dalam rumah selesa, ada kipas, ada aircond, cukup makan dan pakai bahkan kadang-kadang bermewah-mewahan. Benar ada ramai lagi insan-insan yang dalam kesusahan untuk dibantu. Insan-insan yang perlukan bantuan. Tapi kita ada zakat, baitulmal, dermawan hartawan yang berinfaq, bantuan kerajaan dan lain-lain. Kucing jalanan? anjing jalanan? Di halau, jijik dilihat, diracun, didera, di potong anggota kerana meminta atau mencuri makanan demi mengisi perut. Terbaru dijadikan mangsa melepaskan geram dan jadi content social media. Astagfirullah. Jadi inilah sebab mengapa kami rasa perlu untuk kami yang Allah kurniakan terlebih rasa empati bangkit membantu haiwan jalanan. Untuk anda yang tidak dapat buat apa yang kami buat, mungkin Allah hadirkan anda untuk membantu insan seperti kami. Anda memainkan peranan amat penting dalam ecosistem ini. Bantu kami untuk bantu kucing-kucing jalanan.

30/05/2024

Kucing tak leh kencing? Kencing Berdarah 👇

08/01/2024
21/11/2023

The reason of why we help these animals. They need out help kerana kita adalah khalifah bumi ini.
Kan?

01/09/2023
15/05/2023

ANDA PENCINTA KUCING?
Anda s**a dan sayang kucing, nak main selalu dengan kucing;
🐱 Tapi tak boleh bela kucing dirumah
🐱 Tak dapat main kucing selalu
🐱 Anda nak belajar bagaimana uruskan kucing dengan betul dan baik
🐱 Anda nak tahu cara rawat kucing sakit dengan cara berkesan dan jimat (sakit-sakit biasa)
🐱 Nak belajar masak 'homemade cat food' yang berkesan untuk atasi cirit-birit kucing
🐱 Anda tinggal disekitar Kajang, Bangi atau Semenyih
🐱 Sihat tubuh badan dan aktif
Jika jawapan anda adalah ❗ YA ❗
Anda dijemput menyertai kami sebagai KampongCats KRU 😃.
Banyak PENGALAMAN, ILMU PENJAGAAN KUCING dan ILMU MENYELAMATKAN kucing stray bakal anda perolehi.
Yang penting RAJIN, IKUT PERATURAN, BERSEMANGAT, IKHLAS BANTU KUCING.
🐱 Elaun disediakan
🐱 Latihan lengkap disediakan
🐱 Trainer berpengalaman 20 tahun dalam merawat dan menguruskan shelter
💪 BERMINAT?
Daftar disini - https://bit.ly/KCKRU
Anda akan kami hubungi dalam masa 1 minggu.



PROGRESS KAMPONGCATIO (Part 2) Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama siap. Usaha keras founder dan juga sedikit bantuan d...
11/05/2023

PROGRESS KAMPONGCATIO (Part 2)

Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama siap. Usaha keras founder dan juga sedikit bantuan dari AJK Surau mampu membangunkan 3 rumah kucing untuk kucing stray kawasan ini.

Ia menjadi titik tolak bahawa dengan adanya impian, usaha dan pengorbanan sesuatu mampu berada di dalam genggaman.

Nanti update lagi kucing-kucing masuk p**a 😍

Re-post. Sila share.TIPS JAGA ANAK KUCING.BERDASARKAN 20 TAHUN PENGALAMAN JAGA KUCING DAN KITTEN. SURVIVAL RATE 60-80%. ...
11/05/2023

Re-post. Sila share.
TIPS JAGA ANAK KUCING.
BERDASARKAN 20 TAHUN PENGALAMAN JAGA KUCING DAN KITTEN.
SURVIVAL RATE 60-80%. INSYA ALLAH.

Tambah Nano Perak (utk masalah selesema/sakit mata/fungus/kurap/cacing)

Semoga membantu

10/03/2023

Wahai manusia, bukankah kau mempunyai akal?

11/02/2023

Address

Kajang
Kajang

Telephone

+60132097982

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KampongCats posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to KampongCats:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram