30/11/2025
PeKa B40 bersama Sham Poliklinik Sdn Bhd dan Klinik Pusrawi Jenaris Kajang - menyampaikan amanah kerajaan kepada rakyat.
Istimewa program kali ini bertempat di Dewan Terbuka Jenaris pada Sabtu, 15 November 2025 yang lepas, bukan sahaja ramai malah penduduk daripada luar kawasan juga telah hadir memeriahkan Program Saringan Kesihatan PeKa B40 demi merebut manfaat kesihatan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat secara percuma. Peluang percuma macam ni rugi kalau dilepaskan.
Jadi apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan saringan kesihatan PeKaB40 anda hari ini!
Apa itu PeKa B40?
PeKa B40 ialah program saringan kesihatan percuma khusus untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berumur 40 tahun ke atas, termasuk pasangan berdaftar. Banyak manfaat boleh dinikmati, seperti bantuan alat perubatan, insentif kesihatan, dan pelbagai sokongan lain.
Dapatkan saringan kesihatan anda bersama Sham Poliklinik hari ini!
📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut: 019-405 9515