Set Pengurusan Jenazah - "Barzakh"

  • Home
  • Set Pengurusan Jenazah - "Barzakh"

Set Pengurusan Jenazah - "Barzakh" Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Set Pengurusan Jenazah - "Barzakh", Bandar Baru Bangi, .

😱BARZAKH DISERBU JAKIM?! BIAR BETUL?😱“Siap masuk berita N5 RTM secara langsung dari Kompleks Putrajaya. Eh eh”Masha Alla...
25/01/2018

😱BARZAKH DISERBU JAKIM?! BIAR BETUL?😱
“Siap masuk berita N5 RTM secara langsung dari Kompleks Putrajaya. Eh eh”
Masha Allah. Alhamdulillah. Terima kasih pihak JAKIM kerana “menyerbu” dan temuduga team Barzakh kami di HQ Bangi Sentral.
Semoga menjadi asbab perkenalan kepada lebih ramai umat Islam berkenaan set pengurusan jenazah Barzakh kami untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dgn lebih cepat, mudah dan sempurna dengan Izin Nya. Amiiin amiiin.

Terima kasih fans of Barzakh. Sudilah klik link di bawah utk kenal kami dgn lebih lanjut ya. 😉

N5 diteruskan dengan lintas langsung ke Kompleks Islam Putrajaya Bersama KHAIRUNISA' ABDUL HALIM.

Allahumma ya Muhyi, Dengan Nama-Mu Dzat yang Menghidupkan kami, Maka Dengan Nama-Mu ya Mumit Dzat yang akan Mematikan ka...
22/01/2018

Allahumma ya Muhyi, Dengan Nama-Mu Dzat yang Menghidupkan kami, Maka Dengan Nama-Mu ya Mumit Dzat yang akan Mematikan kami.

Sesungguhnya Kami hanyalah Hamba yang akan Pulang ke Pangkuan-Mu, Izinkanlah ya Allah saat kami Pulang ke pangkuan-Mu, kami Dijemput dengan Baik Husnul Khotimah. Jadikan Kubur kami Taman-taman SyurgaMu dan Jadikan Kami Kekasih-Mu yang Sentiasa Merindui-Mu.

Sebagai Kekasih di Dunia ini, Kami selalu Mempersiapkan diri berwangi-wangian dengan pakaian yang Cantik. Maka sebagai Kekasih-Mu ya Wadud yang Maha Pencinta, Saksikanlah Cinta kami dengan Selalu Zikir Mengingati-Mu dan Bersiap sedia Menuju Kpg Halaman yang Abadi yakni Kpg Akhirat. Di Alam Barzakh nanti adalah Alam Akhirat kami yang Pertama maka inilah Set Pakaian BARZAKH kami menghadap-Mu. Bersih Sucikan lah Hati kami Ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil agar kami Pulang ke Pangkuan-Mu dalam Keadaan Bersih Suci. Ameen ya Mujib ya Rabbal'alamin

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling...
11/01/2018

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

Moga bertemu di syurga.

Uhibbukum fillah.

JomToJannah

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Olahan : Mardhiah Mustapha
Kapsul : 06

Link Kuliah Penuh (Open Via Fb)
👇👇👇
https://goo.gl/xHZof7

Assalamualaikum sahabat,"MATLAMAT HIDUP ADALAH MATI. Oleh itu marilah kita buat Persediaan Menuju Kematian."-Syeikhuna.K...
29/12/2017

Assalamualaikum sahabat,

"MATLAMAT HIDUP ADALAH MATI. Oleh itu marilah kita buat Persediaan Menuju Kematian."
-Syeikhuna.

Kita Hanyalah Hamba yg akan Pulang ke Pangkuan-Nya, Maka Mati itu Tidak Perlu Ditakuti, Malah Dinanti-nanti, Namun Sbg umat Islam Tidak Boleh Bunuh Diri, Maka Selagi Hidup Teruslah Berbakti, Menjalankan Sebaik-baik Tugas sbg Abdi dan KhalifahNya di Muka Bumi ini ❤.

*BICARAHATI SET BARZAKH*

Allahumma ya Muhyi, Dengan Nama-Mu Dzat yang Menghidupkan kami, Maka Dengan Nama-Mu ya Mumit Dzat yang akan Mematikan kami.

Sesungguhnya Kami hanyalah Hamba yang akan Pulang ke Pangkuan-Mu, Izinkanlah ya Allah saat kami Pulang ke pangkuan-Mu, kami Dijemput dengan Baik Husnul Khotimah. Jadikan Kubur kami Taman-taman SyurgaMu dan Jadikan Kami Kekasih-Mu yang Sentiasa Merindui-Mu.

Sebagai Kekasih di Dunia ini, Kami selalu Mempersiapkan diri berwangi-wangian dengan pakaian yang Cantik. Maka sebagai Kekasih-Mu ya Wadud yang Maha Pencinta, Saksikanlah Cinta kami dengan Selalu Zikir Mengingati-Mu dan Bersiap sedia Menuju Kpg Halaman yang Abadi yakni Kpg Akhirat.

Di Alam Barzakh nanti adalah Alam Akhirat kami yang Pertama maka inilah Set Pakaian Terakhir kami menghadap-Mu. Bersih Sucikan lah Hati kami Ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil agar kami Pulang ke Pangkuan-Mu dalam Keadaan Bersih Suci.

Ameen ya Mujib ya Rabbal'alamin🌷

Untuk Tempahan
Whatsapp

📲 www.wasap.my/60122426257
📲 www.wasap.my/60122426257
📲 www.wasap.my/60122426257



Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami, Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar. Ya Allah Ya...
09/12/2017

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami, Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar. Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Engkau Jaga dan Peliharalah penduduk-penduduk Palestin agar mereka terus kuat Ya Qowiy untuk Menegakkan Syiar Islam.
Ya Allah Ya Syahid, Engkau yg Maha Menyaksikan, maka Engkau Saksikanlah Pertumpahan Darah Rakyat-rakyat Palestin yang berjuang demi Agama-Mu yang mulia iaitu Islam. Ya Allah Ya Dhorru, Engkau yg Maha Memudaratkan maka Engkau Turunkanlah musibah ke atas Musuh-musuh Islam yg cuba Menjatuhkn Agama-Mu ini supaya mereka dpt melihat akan Kekuasaan-Mu Ya Allah.Ya Allah Ya Waliy, Engkau yg Maha Melindungi, maka Engkau Lindungilah Baitulmaqdis Ya Allah drpd diambil alih oleh musuh-musuh Islam.

Penaklukan Baitul Maqdis itu Menunjukkan Tanda Kiamat berdasarkan Sabda Kekasih-Mu Nabi Muhammad S.a.w. Maka ya Allah ya Baaqi ya Haq, Kekalkan Kami Seluruh Umat Islam berada dalam Kebenaran hingga Akhir hayat kami. Sesungguhnya Baitulmaqdis itu adalah milikMu Ya Malik Ya Dzul Jalali Walikram...

ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin, Lindungilah saudara seislam kami di Palestin dan di seluruh dunia ini. Satukanlah Hati-hati Kami Seluruh Umat Islam dengan Kasih Sayang-Mu Ya Rahman ya Rahim ya Jaami'. Kami yakin Kesempitan yang Engkau berikan didunia ini ya Qobidh akan Memberi Kelapangan di Akhirat nanti ya Wasi'.Ya Baith, Engkau Bangkitlah semangat jihad dlm diri penduduk palestin dan kami semua Umat Islam seluruh Dunia kerana Engkau akan Membantu org yg Membantu AgamaMu...

Allahumma ya Mumit, Matikan lah kegerunan umat palestin dan kami semua terhadap Makhluk (Musuh) kerana Makhluk Tiada daya melainkan Daya dariMu ya Qowiy. Walaupun jasad mereka lemah ya Allah,Namun kami Yakin Hati & Roh penduduk palestin mendapat kekuatan dariMu ya Aziz,ya Qowiy,ya Matin. Allahu ya Quddus ya Jalil, Sucikan Masjid Al-Aqsa drpd Cengkaman Yahudi. Kembalikanlah semula Masjid itu pada Kaum Muslim ya Mu'id.

Ya Allah ya Fattah ya Razzak, Kurniakanlah Syurga-Mu buat Pejuang² Agama-Mu . ya Aliy ,ya Muta'ali, Engkau Tinggikanlah Martabat Pejuang2 AgamaMu ini diAkhirat nanti..Ya Allah, Sebagaimana Engkau Tundukkan Seluruh Alam ini untuk Berzikir kepada-Mu, Engkau Tundukkanlah juga Musuh Islam, ya Qohar ya Jabbar.

Ya Allah ya Karim, Sesungguhnya hanya Engkau yg dapat Memakbulkan segala Doa dan Permintaan. Kabulkanlah Doa hamba-Mu yg Dhoif ini kerna Engkau Maha Mendengar ya Sami' lagi Maha Memakbulkan Doa ya Mujib. Ameen ya Rabbal'alamin.

===================================DOKUMEN WAJIB WARIS KENA 'STANDBY'===================================Lepas ahli kelua...
07/12/2017

===================================
DOKUMEN WAJIB WARIS KENA 'STANDBY'
===================================

Lepas ahli keluarga kita meninggal, contoh mak kita atau ayah kita, suami atau isteri selepas jenazah dah selesai disempurnakan, kita sebagai waris apa lagi yang perlu kita `settle’kan untuk bab duniawi? Banyak lagi yang perlu kita buat sebenarnya. Daripada pembahagian pusaka atau proses faraid, tuntutan insuran, tanggungan hutang, proses tukar nama/hakmilik dan seumpamanya. Baca pon dah serabut. Untuk `settle’kan urusan-urusan macam tu waris kena la ‘prepare’ dan ‘keep handy’ beberapa dokumen untuk mudahkan urusan tersebut. Fotostat la banyak-banyak atau `scan’ supaya mudah nak guna.
---------------
SIJIL MATI
---------------
Sijil mati memang wajib kena ada. Kena mohon di JPN. Bawa surat pengesahan kematian/daftar kematian dari hospital atau polis, permit perkuburan dan IC simati. Jangan lupa bawa sekali original dan salinan IC pemohon semasa mohon sijil di JPN. Setakat ni tiada bayaran di kenakan. Sijil mati ahli keluarga yang lain, pasangan, contoh kalau mak atau ayah yang dah lama meninggal dulu pon kena cari balik.
------------------------------
SURAT NIKAH/CERAI
------------------------------
Surat nikah kena ada. Tujuan nak sahkan pasangan ni betul ke pasangan yang sah. Selalunya di gunakan di mahkamah syariah masa perbicaraan bab faraid. Sijil nikah 'made in Thailand' (tanpa kebenaran) tak diperakukan sah semasa bicara hehehe jangan buat naya kat isteri ingat tu.
-------------------
SIJIL FARAID
-------------------
Mahkamah syariah mempunyai kuasa untuk keluarkan arahan faraid dan di dokumenkan dalam sijil faraid. Proses dia mula dengan isi borang. Beberapa salinan dokumen kena `submit’ sekali. Pegawai mahkamah akan bantu kita dan akan maklumkan bila tarikh perbicaraan didepan Tuan Hakim. Semasa bicara jangan lupa bawa dokumen original dan berpakaian kemas nak hadap Tuan Hakim. Tak perlu bawa peguam bagai tapi kita kena bawa seorang saksi. Boleh tanya terus pegawai berkaitan masa `submit’ borang tu untuk pengesahan.
-------------------------------------------
IC WARIS YANG MASIH HIDUP
-------------------------------------------
Selalu untuk ‘submit’ ke mahkamah berhubung faraid atau ke badan pemegang amanah contoh macam Amanah Raya Berhad.
Pembetulan dan penambahan di alu-alukan dari anda semua, terutama dari yg lebih arif perihal bab-bab sebegini. Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan malu-malu.
Jangan lupa tekan LIKE page ni untuk dapatkan tips dan info untuk manfaat kita bersama.


===========================BANTUAN MENGURUS JENAZAH===========================Mungkin ramai yang dah tahu, tapi nak 'hig...
07/12/2017

===========================
BANTUAN MENGURUS JENAZAH
===========================

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi nak 'highlight' jugak bagi yang kurang tahu supaya kita semua tahu. Semua pesara kerajaan termasuk pesara Perkhidmatan Awam, Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP yg meninggal pada 15 Oktober 2010 atau tarikh selepasnya layak memohon bantuan ini.
Jumlah bantuan yang diperuntukan adalah RM3000.00. Cara memohon adalah dengan memuat-turun borang (download) dan hantarkan kepada Jabatan Perkhdmatan Awam Malaysia.
Boleh semak syarat-syarat, alamat dan cara memohon di alamat web
http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html
Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada email mypesara@kwap.gov.my atau telefon 03 8887 8777
Semoga Bermanfaat.

Portal Bahagian Pencen

👀MISI PENCARIAN PENGEDAR “BARZAKH” BERMULA! 👀👳🏻‍♂🧕🏻PERHATIAN: PIHAK2 MASJID DAN SURAU YANG MEMERLUKAN SET PENGURUSAN JEN...
07/12/2017

👀MISI PENCARIAN PENGEDAR “BARZAKH” BERMULA! 👀
👳🏻‍♂🧕🏻PERHATIAN: PIHAK2 MASJID DAN SURAU YANG MEMERLUKAN SET PENGURUSAN JENAZAH YANG MUDAH, CEPAT DAN DIPERCAYAI…👳🏻‍♂🧕🏻
Salam tuan2 haji dan hajah sekalian. Anda wakil AJK masjid/surau anda? Sedang memikirkan cara untuk memudahkan sistem pengurusan jenazah di taman kediaman anda? In sha Allah, set Barzakh ini dapat membantu in sha Allah…🕌
Harapan saya, Asyraf, setelah mendengar pengalaman badan2 khairat kematian yang telah mengambil “Barzakh” ini, lebih mudah dan cepat system pengurusan jenazah masjid/surau taman kediaman mereka alhamdulillah. Malah mereka lebih seronok lagi dengan pembelian minima sahaja mereka layak mendapat harga special sebagai seorang pengedar set “Barzakh”.
Jadi, tiada lagi isu kekurangan bahan mandian/kafan akibat habis, rosak & reput kerana terlalu lama disimpan dalam stor. Malah yang lebih seronok bagi team2 pengurus jenazah yang menggunakan Set Barzakh ini…pelapis2 muda juga mudah mengendalikan jenazah ketika kematian berlaku secara tiba2 dgn set yang mudah, universal dan cepat ini. Lega dan terharu tuan2 haji dan hajah kan bila ada juga orang muda yang berminat mendukung Fardhu Kifayah ini kan?
Oleh itu…tuan2 haji dan hajah2 selaku wakil AJK masjid/surau anda berminat nak jadi pengedar Set “Barzakh” kami? In sha Allah dengan SERENDAH 5 set sahaja, tuan2 haji dan hajah dapat harga lebih special dan jimat kehendaknya tau.
Caranya? Klik je whatsapp link utk tempahan sebagai seorang pengedar. Asyraf sedia bantu dan tunggu tuan2 haji dan hajah2 ye 😉
📲 www.wasap.my/60123876552/pengedarBarzakh
📲 www.wasap.my/60123876552/pengedarBarzakh
📲 www.wasap.my/60123876552/pengedarBarzakh
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=
APA YG SPECIAL PASAL SET “BARZAKH” NI En Asyraf?
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=
Tak kenal maka tak cinta kan? Jadi jom kita kenali Set Barzakh ni lebih mendalam lagi... ❣
✅ 10 ITEM MEMANDIKAN JENAZAH – Dengan item2 yang dipilih teliti ini, in sha Allah akan membantu membersihkan jenazah dengan MUDAH dan TERURUS sebagai penghormatan terakhirnya. Item2 ini juga menjaga keSELAMATan tukang mandi jenazah di samping SENANG utk pembersihan kawasan mandian.
✅10 ITEM MENGKAFAN JENAZAH – Juga item2 essential sesuai jadi pakaian terakhir jenazah. Yakinlah, bahan2 dan kain2 sudah siap sedia serta dipotong bagi memastikan pengurusan kafan jenazah CEPAT dan KEMAS sebelum beralih ke taman barunya di tanah perkuburan…
✅UNIVERSAL – Set Barzakh ni sesuai baik jenazah lelaki mahupun perempuan, dewasa atau kanak2. Jadi, bila terjadinya kematian tidak diduga, pengurus jenazah dan waris tak mengalami kekalutan dan resah susah dari segi prosedur dan tatacara pengurusan jenazah walaupun ia pengalaman pertama mengendali jenazah.
✅PORTABLE – Set Barzakh ini dipakejkan dalam kotak yang tebal bagi menJAGA isi kandungan penting Set Barzakh ini. Size yang TRAVEL FRIENDLY juga meMUDAHkan set ini disimpan di mana-mana samada rumah, masjid, surau mahupun kereta. SENANG dibawa ke mana2 dan PRAKTIKAL digunakan jika kematian datang secara tiba-tiba.
✅DIIKTIRAF BILAL JENAZAH 🕌 – Trial pack Barzakh telah ditest dan diSAHkan oleh kebanyakan bahagian khairat kematian masjid dan surau. Malah ramai yang borong terus sempena launching Barzakh ini. Bagi mereka, pengurusan jenazah menjadi lebih MUDAH, JIMAT dan CEPAT walaupun mereka golongan “berpengalaman” yang akui kadang2 kurang daya dan tenaga. Sebelum ini, pihak masjid kerugian apabila bahan2 rosak lama disimpan. Kaedah set macam Set Barzakh adalah lebih SESUAI kerana boleh diguna terus pada bila2 masa sahaja saat genting diperlukan
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=
OKAYLAH ASYRAF. SETUJU. PAK AJI/HAJAH BERMINATLAH NAK JADI PENGEDAR BARZAKH KAMU NI. BERAPA KALAU UTK MASJID/SURAU SAYA YA ASYRAF?
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=
Alhamdulillah. Terima kasih tuan haji dan hajah sebab sudi menyahut misi pencarian Pengedar Set Barzakh kami ni. Moga2 asbab persediaan ini tuan haji dan hajah juga tergolong dalam kalangan yang bijak dan sentiasa muhasabah diri, malah diberi balasan pahala melimpah ruah kerana memberi manfaat pada satu taman kediaman, amiiin amiiin.
Jadi…kalau tuan haji dan hajah sekalian nak tahu…
NORMAL PRICE BARZAKH NI SEKARANG:
👉🏻RM 200 sahaja.
Namun...selaku seorang pengedar, dengan hanya perlu ambil minimum 5 set sahaja...
😱SPECIAL PENGEDAR : RM 169/set sahaja! (Save RM31) 💰
😱SPECIAL PENGEDAR : RM 169/set sahaja! (Save RM31) 💰
😱SPECIAL PENGEDAR : RM 169/set sahaja! (Save RM31) 💰
Dan…bukan itu sahaja, alang2 Asyraf nak menggalakkan mereka yang berniat mahu infaq Set Pengurusan Jenazah ini utk masjid atau surau mahupun hospital2 yang memerlukan. Sumbangan seikhlas hati. 🤗
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=
WOW BERPATUTAN TU ASYRAF. OKAY PAK AJI/HJH TEMPAH SKARANG YA. CAMNE NAK TEMPAH TU?
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=
Alhamdulillah. Syukur ya Shakur. Mudah je tuan haji dan hajah…
Hanya Klik whatsapp link di bawah ni je utk sebarang tempahan harga pengedar. In sha Allah Asyraf sedia membantu dan tunggu tuan haji dan hajah ye 😉
📲 www.wasap.my/60123876552/pengedarBarzakh
📲 www.wasap.my/60123876552/pengedarBarzakh
📲 www.wasap.my/60123876552/pengedarBarzakh
P/S:-
Tuan Haji dan Hajah rasa Set Barzakh ini bagus? Boleh memudahkan rakan geng2 masjid yang bertugas menguruskan jenazah ?
Jom TAG dan SHARE pada mereka berkenaan Set BARZAKH ini. Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat buat semua, In sha Allah. Heehee 🤗

=====================================SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.=======================...
07/12/2017

=====================================
SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.
=====================================

Assalamualaikum....
Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu ntah apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar p**a lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships p**a. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain p**a. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa p**ak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. tepuk dahi

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.
Sila LIKE dan Share untuk manfaat bersama!


=====================================Prosedur Umum Jika Berlaku Kematian Di rumah=====================================Ra...
07/12/2017

=====================================
Prosedur Umum Jika Berlaku Kematian Di rumah
=====================================
Ramai yang tak tahu apa nak buat apabila berlaku kematian di rumah. Ya la benda bukan berlaku hari-hari ye tak? Di sini boleh la nak kongsi prosedur secara umum dan ringkas jika terjadi kematian di rumah.
1. Telefon Klinik kesihatan atau 999 untuk maklumkan ada kematian. Doktor bertugas akan datang ke rumah untuk buat pemeriksaan dan akan keluarkan surat pengesahan.
2. Bawa surat pengesahan ke balai polis untuk buat laporan kematian dan polis akan keluarkan permit untuk proses perkuburan.
3. Maklumkan kematian kepada AJK surau atau masjid qariah anda. Beri permit kepada AJK tersebut untuk urusan ‘booking’ petak pusara dan penggalian.
4. Bab memandikan dan mengkafan jenazah bergantung kepada tempat masing-masing, ada yang di bawa ke surau atau masjid, ada juga yang sempurnakan di rumah.
Urusan membawa jenazah ke pusara juga bergantung pada komuniti setempat. Ada tempat yang sudah ada van jenazah ada tempat yang perlu menyewa van dari qariah berdekatan.
Harap prosedur umum ini dapat memudahkan lagi pengurusan pengendalian jenazah.
Sila LIKE dan Share untuk manfaat bersama!


================================Bicara Hati bagi Orang yg Sedang Nazak :================================Bacakan Berulang...
07/12/2017

================================
Bicara Hati bagi Orang yg Sedang Nazak :
================================

Bacakan Berulang kali Al-Fatihah untuk Disedekahkan pada Insan ini.Disamping tu Zikirkan Sebanyaknya 👇🏻:

Ya Muhyi (Yang Maha Menghidupkan)
Ya Mumit (Yang Maha Mematikan)
Ya Awwal (Yang Mencepatkan)
Ya Akhir (Yang MengAkhirkan)

Dan Doa Bicarahati : Allahumma Ya Muhyi, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menghidupkan, andai masih panjang lagi Usia sahabat ini Di Dunia ini, padaMu kami mohon Bukakanlah Jalan Kesembuhan Ya Fattah Ya Salam. Andai ajalnya sudah Hampir, Engkau lah Ya Mumit yang Maha Mematikan, putuskan secara baik roh dan jasadnya ya Barr. Ampunkan Dosa-dosanya Allah Ya Affuw (Maha Pemaaf), Ya Ghaffar (Maha Pengampun), Ya Tawwab (Maha Menerima Taubat), Bersihkan Lah Rohnya, Sucikan Hatinya Ya Quddus Ya Jalil (Maha Bersih ,Suci lagi Sempurna).

Ya Allah sesungguhnya Engkau ya Qodir yg Maha Berkehendak utk mengAkhiri Kesakitan/Nazak itu. Kurniakanlah Ketenangan pada Rohnya Ya Mukmin, PadaMu kami Bergantung harap dan Berserah, Lahaw La Wala Qu Wata illa Billa hil alilyil'adzim. Ameen ya Rabb .

💡Di antara fitnah iblis ketika sakaratul maut seperti ibu memberi susu, isteri datang menanggis2, ayah memanggil dll. Semua ini adalah godaan iblis untuk menyesatkan kita agar tidak melafazkn kalimah tauhid.

Bicarahati memohon perlindungan ketika sakratulmaut:

** Buatkan Zikir penyucian utk org yg sedg nazak, dibuat oleh waris.

Allahumma ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi insan ini dari fitnah sakarul maut. Ya Bathin, hilangkan wajah2 iblis yg menyamar ketika itu. Ya Rahman ya Rahim ya Jami' ya Baaqi', kekalkan hatinya dlm mengingatiMu sehingga akhir hayat. Ya Baaqi ya mukmin, kekalkan iman dalam jiwanya sehingga akhir hayat. Ya Fattah, ya Razzaq, ya Karim, kurniakan syurga buatnya dan kami semua..



  AssalamualaikumLihat kubur, luangkan waktu hanya 2 minit sahaja untuk membacanya:Nasihat Kubur:1). Aku adalah tempat y...
07/12/2017



Assalamualaikum
Lihat kubur, luangkan waktu hanya 2 minit sahaja untuk membacanya:

Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan
TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca
AL-QURAN

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan
SEDEKAH

5). Aku yg menghimpitmu hingga hancur bilamana tidak solat, bebaskan himpitan itu dengan
SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat menyakitan..Bebaskan rendaman itu dengan
PUASA

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawabanmu dengan perbanyakan mengucap kalimah
LAILAHHAILLALLAH

Address

Bandar Baru Bangi

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Set Pengurusan Jenazah - "Barzakh" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram