Massage tumpat

Massage tumpat massage tumpat jom

tapak-tangan1ANALISIS telapak tangan “The Sign of Hand” telah lama digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang ...
17/04/2025

tapak-tangan1
ANALISIS telapak tangan “The Sign of Hand” telah lama digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang lalu. Itulah sebabnya analisis telapak tangan merupakan salah satu bentuk analisis yang sangat dianjurkan untuk dilakukan oleh seorang Herbalis ketika hendak merawat penyakit pesakit yang datang berubat kepadanya.

Ketahui rahsia tanda-tanda penyakit
Menerusi jari dan telapak tangan anda

Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia. Apa saja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Di antara bahagian-bahagian tangan yang boleh menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia adalah telapak tangan bahagian atas, semua jari (mulai dari kelingking hingga ibu jari), ruas-ruas jari bahagian atas dan kuku.

Empat jari yang ada hubung kait dengan organ dalaman tubuh :

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Berikut ini kaitan antara jari dan telapak tangan dengan kesihatan anda :

1. Masalah Kolon (Sembelit)

Penyakit bersumber dari masalah usus besar (kolon) dan sembelit merupakan masalah yang paling utama. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah sembelit dan permasalahan kolon adalah sebagai berikut :
Garis-garis ruas jari-jari pada telapak tangan berwarna gelap, semakin gelap warnanya menunjukkan semakin teruk permasalahan sembelitnya.
Garis-garis yang ada pada telapak tangan dan ruas seluruh jari berwarna gelap, semakin gelap warnanya bermakna semakin teruk masalah sembelitnya.
Terdapat bayangan kehitaman secara keseluruhan dari telapak tangan, menandakan lebih kronik dari garis-garis berwarna gelap di ruas jari-jari.
Apabila jari telunjuk dan jari tengah direntangkan terasa sakit, ini menunjukkan adanya masalah sembelit.
Permasalahan usus besar lainnya dapat dilihat pada keadaan ibu jari yang bengkok.
Jari telunjuk bengkok menandakan adanya permasalahan pada usus besar.

Keadaan sembelit yang serius boleh dirawat dengan mesin kolon hydrotherapy, dimana najis-najis yang melekat di usus/kolon akan dikeluarkan dengan bantuan mesin dan biasanya najis berwarna kehitaman.

Sembelit adalah satu penyakit, namun wujudnya kesan daripada penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

2. Masalah Angin

Masalah angin tak dapat dipisahkan dengan masalah sembelit. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah angin adalah terdapat bintik-bintik putih di telapak tangan berwarna kemerah-merahan. Ada dua kemungkinan, jika telapak tangan berwarna merah maka bintik-bintik berwarna putih dan sebaliknya jika telapak tangan berwarna putih maka bintik-bintik berwarna merah. Hal ini diakibatkan oleh gas yang berlebihan di dalam tubuh.

Kesan masalah angin kepada pesakit adalah rasa cepat marah dan beremosi, darah keluar lebih kental bila dibekam, suara tinggi dan pandangan tajam. Masalah angin ini ada hubung kait dengan masalah kolesterol.

3. Masalah Stress

Fikiran menguasai 50% kesihatan manusia. Dalam keadaan tertekan (stress) yang berterusan tubuh akan mengeluarkan hormon steroid yang dapat melemahkan sistem imuniti. Tanda-tanda di tangan pesakit stress adalah terdapat urat-urat biru/hijau di pergelangan tangan, telapak tangan dan disepanjang jari-jari serta sangat terlihat jelas di betis kaki.

Stress menyebabkan pesakit terlalu sedih, cepat marah atau beremosi, tidak nyenyak tidur dan terasa migrain. Masalah stress ini ada hubungannya dengan masalah jantung, paru-paru dan kekurangan vitamin C.

4. Masalah Jantung

Masalah jantung berbeza dengan penyakit jantung. Masalah jantung maksudnya adalah terdapat gangguan–gangguan pada organ jantung. Berlakunya arteriklorosis (penyumbatan arteri) adalah disebabkan terjadinya keadaan stress yang berpanjangan. Tanda-tanda di tangan pasien yang mengalami gangguan jantung adalah sebagai berikut :
Jari kelingking yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung.
Jari Tengah yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung.
Tapak tangan berpeluh atau lembab (tanpa sebarang aktiviti) menandakan seseorang mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.

Kesan dari masalah jantung adalah dada kiri terasa sakit, kebas pada jari-jari, rasa nyeri seperti di tusuk, mudah terperanjat, berdebar-debar, s**ar tidur. Masalah ini ada hubungannya dengan masalah kolesterol atau tingginya kadar LDL (Low Density Lipoprotein) dalam tubuh.

5. Masalah Kolesterol

Masalah kolesterol sangat berkait rapat dengan masalah jantung dan kardiovaskular. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan kolesterol ini adalah sebagai berikut :
Ruas hujung jari-jari berwarna lebih merah atau lebih gelap dari ruas jari di bawahnya. semakin gelap warnanya menandakan kadar kolesterol di tubuh makin tinggi.
Telapak tangan berwarna merah, kelihatan bengkak dan terdapat urat berwarna biru.

Masalah kolesterol mengakibatkan pesakit mengalami masalah emosi atau cepat marah. Masalah kolesterol berkait rapat dengan masalah sembelit, masalah angin.

6. Masalah Alergi

Masalah Alergi atau Sinusitis hampir menimpa kebanyakan penduduk Asia. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan masalah paru-paru (pernafasan) atau asma. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ini adalah terdapat urat-urat berwarna biru/kehijau-hijauan pada telapak tangan di bahagian bawah ibu jari. Ibu Jari bahagian atas kempot, juga menandakan berlakunya masalah sinusitis.

Masalah Alergi menyebabkan bersin-bersin terutama di waktu pagi, rambut gugur, mata gatal-gatal, kaki kebas, cepat lelah, asma. Jika kondisi ini berkepanjangan maka akan menimbulkan masalah keputihan bagi perempuan, atau buasir bagi lelaki.

7. Masalah ketidakseimbangan Hormon

Masalah ketidakseimbangan hormon atau inbalance hormon dapat menyebabkan berlakunya masalah berkurangnya keinginan seks (tapi bukan impotensi), masalah di rahim/peranakan. Masalah ini biasanya berlanjut pada masalah Tiroid, Ovarium, Prostat, Uterus, Fibroid, Endrometris dan kanser rahim.

Tanda-tanda di tangan yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon adalah :
Telapak tangan berwarna pucat merah, terdapat urat berwarna biru dan terlihat sangat jelas.
Telapak tangan licin, kesat dan kulit telapak tangan kering.
Terdapat bulan sabit terbalik hanya di kuku ibu jari menandakan hormon dalam keadaan balance. Sebaliknya apabila bulan sabit terbalik tersebut ada disemua kuku atau ada di kuku-kuku lain selain ibu jari, maka menandakan terdapat masalah inbalance hormon.
Jari Kelingking kempot menandakan berkurangnya kemampuan seks.
Ibu jari bengkok menandakan masalah kesuburan yang rendah.

Akibat dari masalah in balance hormon adalah berkurangnya keinginan seks, perasaan rendah diri, kemurungan yang mendalam bahkan depresi.

8. Masalah Wanita (Rahim dan Uterus)

Masalah wanita yang banyak dialami adalah masalah rahim jatuh atau prolapsus, keputihan, senggugut, fibroid, endrometrosis. Masalah wanita ini apabila berpanjangan akan menyebabkan terjadinya kanser rahim. Beberapa keadaan yang menyebabkan seorang wanita mudah diserang kanser :

(a) Datang darah haid pada usia dibawah 10 tahun.

(b) Berhenti darah haid pada usia di atas 50 tahun.

(c) Tidak melahirkan anak.

(d) Melahirkan anak pada usia 35 tahun terutama anak sulung.

(e) Tidak menyusui anak.

(f) Pernah menderita tumor.

(g) Memiliki sejarah keturunan pesakit kanser.

(h) Pengguna Pil Kesuburan (Hormon).

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan wanita ini adalah :
Jari kelingking meruncing/menirus menandakan masalah rahim/peranakan.
Jari Kelingking bengkok bahagian atasnya saja menandakan rahim jatuh (prolapsus), jika berterusan akan mengarah pada permasalahan tumor.

9. Masalah Buah Pinggang

Masalah buah pinggang yang banyak dialami adalah masalah kebas-kebas di pinggang, kencing tidak lawas, menahan kencing, batu karang, kencing tak keluar (edena), kencing darah dan sebagainya. Masalah Ginjal ada kaitannya dengan masalah hati dan jantung. Perlu diketahui bahawa kerosakan ginjal tidak melebihi 25% belum memberikan kesan sakit pada pesakit. Apabila seorang ayah atau ibu telah mengalami masalah ginjal, maka berdasarkan penelitian di Malaysia sekitar 60% anak yang dilahirkan akan mewarisi masalah ginjal tersebut.

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ginjal ini adalah :
Ruas pertama dari seluruh jari –jari terlihat buncit/bengkak air.
Ruas pertama jari telunjuk berkerut-kerut, menandakan kurang air atau sering menahan air kencing, biasanya juga terlihat kelopak mata berwarna hitam.
Terasa sakit di tiga jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Hujung-hujung jari relatif tidak meruncing menandakan seseorang mengalami masalah ginjal, untuk wanita biasanya letak rahim tidak pada tempatnya.
Mata kaki bengkak atau mata bergelambir menandakan ada masalah ginjal dan jantung.
Ruas hujung jari-jari bengkok ke dalam menandakan adanya masalah batu karang/ginjal dan gout.

10. Masalah Daya Tahan Tubuh (System Imunity)

Dari keseluruhan tanda-tanda yang dijelaskan diatas, adalah baru sebatas dugaan adanya permasalahan pada organ yang bersangkutan. Permasalahan tersebut akan betul-betul wujud pada pesakit apabila system imunity tubuhnya dalam keadaan menurun/rendah. Tanda-tanda sistem imuniti rendah adalah :
Hujung jari manis kelihatan bengkok menandakan menurunnya sistem imunity. Selain itu juga terdapat masalah pada usus kecil dan masalah pencernaan. Ini ada kaitanya juga dengan masalah hempedu dan ulu hati.
Telapak tangan berwarna hitam legam menandakan keadaan daya tahan tubuh lemah dan buruk.
Telapak tangan cekung atau berlopak (cukup dalam) menandakan sistem imuniti yang rendah, juga menandakan adanya ganguan pada saraf dalaman. Jika diiringi rasa sakit di belikat, maka pada wanita ada kaitannya dengan rahim/peranakan. Jika lelaki ada kaitannya dengan tenaga batin.

Contoh kes keadaan pesakit yang melibatkan keadaan telapak tangan cekung :
Pada pesakit yang berusia lebih dari 40 tahun, jika memiliki telapak tangan yang cekung, ruas jari pertama buncit, adanya sembelit, warna telapak tangan kemerahan dan lembab, maka dapat dipastikan pesakit tersebut telah mengidap kencing manis (diabetes).
Pada pesakit wanita dewasa, yang memiliki telapak tangan yang cekung dan juga mengalami gangguan pada hormon tiroid, telapak tangan pucat/kebiru-biruan, masalah angin yang kronik, masalah alergi maka dapat dipastikan pesakit ini telah mengidap penyakit keputihan, fibroid dan endrometriosis.
Hujung jari tengah bengkok, terdapat bintik­-bintik putih, telapak tangan licin, gemuk dan berpeluh, menandakan seseorang mengidap stroke.

11. Masalah-masalah Lainnya

Selain tanda-tanda seperti yang diuraikan di atas, masih terdapat tanda-tanda lain yang boleh di lihat di jari dan telapak tangan, diantaranya adalah :
Apabila kuku bergelombang, bergaris-garis dan telapak tangan keras serta terdapat benjolan, ini menandakan keracunan/toksid heavy metal (logam berat).
Bawah mata dan telapak tangan kelihatan pucat, banyak bintik-bintik putih dan urat berwarna biru tersebar merata menandakan seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah atau anemia. Kondisi ini juga dapat dilihat jika kuku ditekan beberapa saat sampai berwarna putih dan perlu waktu yang lama untuk kembali kekeadaan normal.
Adanya garisan di tepi perut ibu jari, terlihat berwarna biru/hijau, ini menandakan adanya masalah tiroid atau masalah gastrik (angin dalam usus). Simptomnya adalah jika letih, lapar dan terasa sakit di ulu hati.
Tanda kadar gula yang tinggi dapat dilihat di tapak jari-jari di bawah kuku, semakin gelap warnanya maka semakin tinggi kadar gulanya.
Kuku berwarna agak kemerah-merahan (pink) menunjukan seseorang mudah bingung.
Kuku bergelombang menunjukan kelainan (gangguan) pada hati.
Kuku bergaris menunjukkan kelainan atau gangguan pada ginjal.

Kenapa STROKE banyak/ramai yang kena di bilik air?Kerana cara mandian yang salah!Kita selalu dengar orang jatuh dibilik ...
01/01/2025

Kenapa STROKE banyak/ramai yang kena di bilik air?

Kerana cara mandian yang salah!

Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi, kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar kena stroke bila jatuh ditempat lain?

Menurut sumber seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis s**an negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu,

basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala ,

logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

Kredit : Rumah Sihat Urut Bekam

Pernahkah anda merasakan sakit di bahagian punggung atau tulang punggung anda?Kebanyakkan orang sering sakit punggung di...
09/05/2024

Pernahkah anda merasakan sakit di bahagian punggung atau tulang punggung anda?

Kebanyakkan orang sering sakit punggung di bahagian kanan, kiri atau di bawah pinggang berdekatan kawasan tersebut.

Kadangkala ada juga yang mengalami kesakitan yang menjalar dari punggung hingga ke betis.

Jika anda mengalami sakit di bahagian tulang punggung, anda mungkin mengalami Piriformis Syndrome.

Jom kami kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang sakit tulang punggung dan cara untuk anda atasinya.

Definisi Sakit Tulang Punggung
Sakit tulang punggung atau Piriformis Syndrome (PS) merupakan kesakitan yang berlaku pada punggung dan pinggul.

Kesakitan ini berlaku apabila saraf sciatic terganggu oleh otot piriformis.

Saraf sciatic adalah saraf yang besar terletak di bahagian bawah punggung hingga ke kaki anda.

Otot piriformis p**a berada dari bahagian tulang belakang hingga ke atas tulang paha.

Otot ini bertanggungjawab ke atas pergerakan pinggul dan kaki.

Apabila otot piriformis tegang, saraf sciatic boleh tertekan dan akan menyebabkan rasa sakit, semut-semut atau kebas di mana-mana bahagian dari pinggul ke kaki.

Walaupun keadaan ini boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tetapi kajian mendapati PS lebih banyak didapati dalam kalangan wanita dengan nisbah 6:1 berbanding lelaki.

Hal ini kerana tulang pinggul dan otot wanita yang lebih besar dan luas.

Bagaimana Sakit Tulang Punggung Berlaku
Sakit tulang punggung boleh berlaku kerana pelbagai penyebab, antaranya:

Faktor Umur
sakit tulang punggung
Semakin usia meningkat, anda akan lebih berisiko mengalami sakit pada tulang punggung.

Golongan usia yang sering didapati menghadapi kondisi ini adalah 30-60 tahun.

Peningkatan risiko ini dipengaruhi oleh penuaan yang menyebabkan j***m otot berkurang, cecair dalam sendi tulang belakang menipis dan ketumpatan tulang berkurang.

Masalah Tulang Atau Sendi
Masalah dengan tulang dan/atau sendi di bahagian belakang seperti arthritis atau osteoporosis boleh menyumbang kepada penyak.

Selain daripada arthritis, osteoarthritis (OA) adalah keradangan sendi yang biasanya menyebabkan sakit tulang punggung.

Gejala OA menyebabkan hujung tulang bergesel antara satu sama lain, menyebabkan sakit, bengkak dan kekakuan.

Gaya Hidup
Hampir sebahagian besar penyebab sakit tulang punggung adalah disebabkan postur tubuh yang kurang baik.

Postur tubuh yang cenderung membongkok boleh menyebabkan otot-otot punggung meregang.

Regangan otot-otot ini adalah kerana harus bekerja lebih keras untuk menstabilkan posisi tulang belakang.

Selain itu, berat badan berlebihan juga mampu menyebabkan sakit di bahagian tersebut kerana perlu menampung berat badan anda.

Cedera
Cedera juga boleh menyebabkan sakit pada tulang punggung, biasanya disebabkan postur yang tidak tepat semasa melakukan aktiviti.

Contoh cedera semasa bers**an atau jika anda sering mengangkat benda berat dengan postur tidak tepat yang boleh menyebabkan otot dan ligamen koyak.

Simptom Sakit Tulang Punggung
Antara simptom sakit tulang punggung adalah:

Kebas di bahagian pinggul hingga hujung kaki
Sakit di bahagian pinggul bila duduk dalam jangka masa yang panjang
Sakit seperti kejutan elektrik dari bahagian pinggul hingga hujung kaki
Sendi di bahagian pinggul menjadi ketat
Baca Juga

Fisioterapi Tulang Belakang, Kenapa Ia Penting?

Cara Atasi Sakit Tulang Punggung
Amalkan Gaya Hidup Aktif
cara atasi sakit tulang punggung
Biasanya orang yang sakit tulang punggung akan baring atau berehat sehingga sakit berkurang.

Tetapi, salah satu cara untuk mempercepatkan waktu sembuh adalah dengan kekal aktif atau melakukan aktiviti ringan seperti berjalan.

Cumanya, anda perlu elakkan aktiviti lasak terutama yang boleh membebankan punggung.

Posisi Tidur Yang Betul
Kedudukan tidur juga boleh membantu kita untuk mengatasi sakit belakang.

Kedudukan tidur tertentu boleh mengurangkan tekanan pada bahagian belakang.

Contohnya, jika seseorang yang sakit tulang punggung sudah biasa tidur telentang, cuba letakkan bantal di bawah lutut.

Rawatan Fisioterapi
rawatan fisioterapi
Rawatan fisioterapi juga berkesan kerana ahli fisioterapi akan mengajar cara regangan yang boleh mengatasi sakit punggung.

Ahli fisioterapi juga akan membantu kita dengan latihan yang boleh memperbaiki keseimbangan tubuh yang mungkin penyebab kepada sakit ini.

Terdapat juga rawatan lain yang mungkin dinasihatkan oleh ahli terapi fisioterapi berdasarkan punca dan keparahan sakit yang anda alami.

Dapatkan Rawatan Fisioterapi PhysioGo
PhysioGo
Jika anda ingin dapatkan rawatan fisioterapi terbaik, dapatkanlah dengan PhysioGo.

PhysioGo bersedia membantu anda yang mengalami sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan s**an.

PhysioGo menawarkan terapi manual, senaman terapeutik, program rehabilitasi dan nasihat penjagaan.

Semua teknik rawatan PhysioGo berasaskan daripada kajian ilmu yang diperakui oleh saintis dan dibuktikan secara klinikal.

Seperti teknik rawatan di PhysioGo, ahli fisioterapi PhysioGo semuanya berkelulusan dan berkelayakan memberikan rawatan kepada pesakit.

PhysioGo menawarkan waktu rawatan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk dapatkan rawatan sama ada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Pusat rawatan PhysioGo adalah amat mesra pelanggan! Mereka menyediakan ruang khas untuk setiap pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.

PhysioGo turut mengutamakan keselesaan pesakit dengan menawarkan ahli fisioterapi khusus untuk lelaki dan wanita.

PhysioGo juga sedia menerima tempahan untuk melakukan rawatan fisioterapi di rumah anda!

Jangan tunggu sampai sakit tulang belakang anda melarat.

01/05/2024

blockage dalam saluran darah

Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku? ‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang m...
29/04/2024

Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku?

‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku).

Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bers**an dan sebagainya. Dalam aktiviti s**an misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan s**an yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walau bagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam s**an dan aksi yang terlampau agresif.



Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ‘ankle sprain’?

‘Ankle sprain’ secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau‘excessive movement of the joint’. Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:

1) sakit

2) terdengar bunyi crack

3) bengkak

4) lebam

5) berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang

Jika berlakunya ketidakpastian tentang simptom-simptom di atas atau pun simptom-simptom lain seperti kesakitan pada bahagian buku lali, kes**aran untuk berjalan dan kes**aran untuk berdiri, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk memudahkan proses bagi mengenalpasti samada ianya merupakan kecederaan ‘ankle sprain atau pun ‘ankle fracture’.

Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

1) Medial

– Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)

2) Lateral

– ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.

– CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.

– PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.



Kecederaan ligamen p**a boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti berikut:

Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai ‘koyak mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan melompat.
Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.
Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit mengalami kes**aran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.
Rawatan

Secara ringkasnya, rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang utama antaranya adalah:

Rawatan awalan (R.I.C.E)
a) Rest

Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.

b) Ice

Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

c) Compression

Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak

yang keterlaluan.

d) Elevation

Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan s**an kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.



2) Rawatan susulan

a) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki

– Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)

– Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)

– Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)

– Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)

– Balutan kaki (dilakukan 2 – 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)



b) Rehabilitasi

– Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi kecederaan ini, jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF). Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. Aktiviti ‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih sepenuhnya.



– Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan ‘exercise’ pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan. Penggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan ‘exercise’ tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidak terlalu berat) juga dibolehkan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti lariansecara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan kaki.

– Mendapatkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat penting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang. Antara latihan-latihan yang dilakukan adalah:

i) Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata

ii) Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.

iii) Berdiri di atas trampolin

iv) Berdiri di atas ‘wobble board’.

Latihan-latihan di atas adalah diperlukan untuk mengembalikan semula keseimbangan dan kestabilan kaki.



Pencegahan kecederaan dan memulakan semula aktiviti bers**an



Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bers**an seperti sediakala memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya. Penggunaan‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa yang lama (6 – 12 bulan selepas kecederaan). Dengan langkah-langkah pencegahan yang teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk memulakan semula aktiviti s**an yang diceburi seperti sediakala.

11/11/2023

Jm try

Saya pernah jumpa orang sakit urat. Tapi bila dinasihatkan untuk berurut dia kata,“Saya dah banyak kali urut, memang tak...
05/06/2023

Saya pernah jumpa orang sakit urat. Tapi bila dinasihatkan untuk berurut dia kata,

“Saya dah banyak kali urut, memang tak boleh dah”

Gaya cakapnya macam orang dah putus asa. Bila jumpa orang cakap macam tu kita pun jadi malas nak cakap lebih-lebih.

Sebenarnya teknik urut setiap orang tak sama, lain orang lain caranya. Bila lain cara kesannya pun tak sama

===============
APA TEKNIK YANG DIGUNAKAN?
===============

Saya s**a gabungkan 3 elemen dalam rawatan. Sebab setiap elemen mempunyai fungsi tersendiri.

1) Urut Saraf

Fungsi urut saraf ialah untuk melembutkan balik otot & urat yang tegang. Tekanan kena bagi pada point yang tepat dan kena bagi tekanan yang betul baru boleh nampak kesannya.

2) ‘Alignment’ Tulang

Fungsi ‘Alignment’ Tulang ialah untuk melepaskan saraf yang tersepit terutamanya di bahagian tulang belakang. Bila saraf tersepit tak dilepaskan, maka sakit akan kerap berulang walaupun dah urut banyak kali.

3) Regangan otot & sendi

Fungsi Regangan Otot & Sendi ialah untuk meningkatkan kesan urutan & ‘Alignment’ Tulang ke tahap yang lebih tinggi. Teknik regangan yang betul dapat mencapai urat bahagian dalam yang susah nak dicapai dengan urutan.

Ini adalah point yang paling rizuan terasa sakit apabila diurut. Semasa beliau baring meniarap dah ternampak bonjolan Ot...
07/02/2023

Ini adalah point yang paling rizuan terasa sakit apabila diurut. Semasa beliau baring meniarap dah ternampak bonjolan Otot Rhomboid sebelah kiri ini lebih tinggi daripada Otot Rhomboid sebelah kanan. Menunjukkan otot sebelah kiri ini telah mengeras dan ketat.

Jadi urutan akan membantu 'loose' kan dan sekaligus ia dapat melancarkan darah dan menguatkan kembali otot ini

25/10/2022

massage

26/09/2022

urutan belakan lulut

Point ini saya namakan sebagai Urat Betis Dalam. Biasanya mereka yang mempunyai masalah sakit tapak kaki akan terasa teg...
20/05/2022

Point ini saya namakan sebagai Urat Betis Dalam. Biasanya mereka yang mempunyai masalah sakit tapak kaki akan terasa tegang di bahagian ini.

Nama tersebut diberikan sesuai dengan lokasi point tersebut, jangan tersilap p**a ye, perhatikan gambar betul-betul.

Jika ingin mengurut sendiri, maka boleh ikut arah anak panah seperti di dalam gambar, ia akan memudahkan proses urutan dijalankan.

Urat Betis Dalam yang tegang akan terasa sakit apabila diurut dengan tekanan yang mencukupi, berikan fokus untuk melembutkan otot di bahagian ini. Untuk mengurut diri sendiri, point tersebut mudah untuk dicapai dengan menggunakan tapak tangan.

Berapa kali nak ulang tekan?

Urut sehingga sakit menjadi berkurangan, atau sehingga otot yang keras menjadi semakin lembut

Nak buat apa kalau tiba2 tarik mengkarung? (Tarik urat tang betis kaki)》Cari tempat duduk dan sandaq》kalau pakai kasut, ...
12/05/2022

Nak buat apa kalau tiba2 tarik mengkarung?
(Tarik urat tang betis kaki)

》Cari tempat duduk dan sandaq

》kalau pakai kasut, bukak kasut dulu

》Jangan bengkok kaki tau! Kalau dok lentoq boleh menekan sakit lagi kat kawasan otot.

》Bila jari kaki menguncup, tolak pelan-pelan jari kaki biaq menaik guna tangan

》kalau kejang otot dah reda skit, urut tapak kaki tu biar darah mengalir balik dengan baik dan lancar okay!

Address

Kampong Bunohan

Telephone

+60129552646

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Massage tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Massage tumpat:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram