13/03/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐จ๐๐๐ โจ๐
๐ ๐๐ ๐๐๐ซ๐๐ก (๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ)
โฐ ๐:๐๐ โ ๐:๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐
๐ ๐๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐ข๐ณ๐๐ซ, ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ข๐ฆ๐๐ฃ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ญ๐๐ง (๐๐๐), ๐๐จ๐๐๐
Alhamdulliah, Jabatan Pengimejan Perubatan (JPP) HoSZA telah mengadakan Sesi Quran Time & Tazkirah Ringkas. Program ini dapat memberi ruang kepada semua untuk bersama-sama meluangkan masa membaca dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran serta mendengar perkongsian tazkirah yang bermanfaat.
๐ ๐๐๐๐๐๐ง & ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ก๐๐ง ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง:
๐๐ถ๐ณ๐ข๐ฉ ๐๐ฃ๐ณ๐ข๐ฉ๐ช๐ฎ (๐๐บ๐ข๐ต 34-42)
๐ฟ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐๐ฒ๐๐ญ-๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง
๐๐ถ๐ณ๐ข๐ฉ ๐๐ฃ๐ณ๐ข๐ฉ๐ช๐ฎ (๐๐บ๐ข๐ต 34-42)
๐ท๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐โ ๐๐ฃ๐ณ๐ข๐ฉ๐ช๐ฎ ๐๐ฆ๐๐ก 34-42, ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ธ๐ข๐ซ๐ช๐ฑ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐บ๐ถ๐ฌ๐ถ๐ณ ๐ข๐ต๐ข๐ด ๐ฏ๐ช๐ฌ๐ฎ๐ข๐ต ๐๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ต๐ข๐ฌ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ช๐ต๐ถ๐ฏ๐จ, ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐จ๐ข ๐ด๐ฐ๐ญ๐ข๐ต, ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฉ๐ช๐ฏ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช ๐ด๐บ๐ช๐ณ๐ช๐ฌ, ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฏ๐จ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ฑ ๐ฃ๐ข๐ญ๐ข๐ด๐ข๐ฏ ๐ข๐ป๐ข๐ฃ ๐ฃ๐ข๐จ๐ช ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ป๐ข๐ญ๐ช๐ฎ.
* Menghargai Nikmat dan Bersyukur: Manusia tidak mampu menghitung nikmat Allah, namun seringkali zalim dan kufur nikmat.
* Tauhid dan Menjauhi Syirik: Nabi Ibrahim berdoa agar diri dan keturunannya dijauhkan daripada menyembah berhala, kerana berhala menyesatkan ramai manusia.
* Kepentingan Mendirikan Solat: Solat adalah asas ketakwaan dan ibadah utama yang ditekankan oleh Nabi Ibrahim untuk dirinya dan anak cucunya.
* Doa Nabi Ibrahim AS: Doa untuk keamanan (Mekah), rezeki yang halal, dan keteguhan iman (tauhid) dalam keluarga.
* Allah Maha Mengetahui: Tiada apa yang tersembunyi bagi Allah, baik yang zahir mahupun yang batin.
* Peringatan Terhadap Orang Zalim: Allah tidak melupakan perbuatan orang zalim; mereka akan menerima azab yang dahsyat pada hari pembalasan (kiamat).
* Kepentingan Bersyukur & Bertawakal:Menjadikan syukur sebagai respons atas nikmat dan bertawakal hanya kepada Allah atas segala urusan
๐ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ณ๐ค๐ข๐ซ๐๐ก: ๐๐ฎ๐๐ง Aizatul Hidayah Binti Yusof
๐ ๐๐๐ฃ๐ฎ๐ค ๐๐๐ณ๐ค๐ข๐ซ๐๐ก: Peristiwa Bersejarah Yang Berlaku Dalam Bulan Ramadan.
๐ธ ๐๐ง๐ญ๐ข๐ฉ๐๐ญ๐ข ๐๐๐ณ๐ค๐ข๐ซ๐๐ก
๐๐ข๐ฎ๐ข๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ณ ๐ฃ๐ถ๐ญ๐ข๐ฏ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ด๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ช๐ฃ๐ข๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ฑ๐ถ๐ข๐ด๐ข, ๐ต๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ช๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ถ๐ฑ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ถ๐ญ๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ข๐ต๐ข๐ต๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ช๐ด๐ต๐ช๐ธ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ด๐ฆ๐ซ๐ข๐ณ๐ข๐ฉ ๐ต๐ข๐ฎ๐ข๐ฅ๐ถ๐ฏ ๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ.
๐. ๐๐๐ง๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ก๐ฒ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ (๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง)
Peristiwa paling utama ialah penurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadan, 13 tahun sebelum Hijrah. Baginda menerima lima ayat pertama daripada Surah al-Alaq melalui Malaikat Jibril di Gua Hiraโ.
๐. ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ซ
Pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah, berlaku pertempuran besar pertama antara umat Islam Madinah dan musyrikin Mekah yang dikenali sebagai Perang Badar. Pasukan Islam yang hanya berjumlah 313 orang berjaya menewaskan tentera musuh yang berjumlah lebih 1,000 orang.
๐. ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ค๐๐๐ง ๐๐จ๐ญ๐ ๐๐๐ค๐๐ก
Pembukaan semula kota Mekah pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Nabi Muhammad SAW memimpin 10,000 tentera dari Madinah masuk ke Mekah tanpa pertumpahan darah yang besar. Selepas menguasai kota tersebut, Baginda mengarahkan pembersihan 360 berhala di sekeliling Kaabah.
๐. ๐๐๐ฐ๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐จ๐ค๐จ๐ก ๐๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ
Ramadan juga mencatatkan tarikh kewafatan individu penting dalam keluarga Nabi SAW. Saidatina Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Baginda yang merupakan penyokong utama dakwah dari segi kewangan dan moral, wafat pada bulan Ramadan tahun ke-10 kenabian. Selain itu, puteri Baginda, Saidatina Fatimah Az-Zahra, juga wafat pada 3 Ramadan tahun ke-11 Hijrah, iaitu enam bulan selepas kewafatan Nabi SAW.
๐. ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ง ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ญ
Pada 25 Ramadan tahun 658 Hijrah. Tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Saifuddin Qutuz daripada kerajaan Mamluk berjaya menewaskan tentera Mongol yang pada waktu itu dianggap tidak pernah dikalahkan. Kemenangan ini sangat signifikan dalam sejarah dunia kerana ia menghalang kemaraan tentera Mongol yang sebelum itu telah memusnahkan banyak kota Islam termasuk Baghdad.
๐. ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ค๐๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก ๐๐ง๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐
Dari sudut perluasan wilayah, tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad berjaya memasuki Semenanjung Iberia (Andalusia) pada 28 Ramadan tahun 92 Hijrah. Kemenangan dalam pertempuran ini memulakan era pemerintahan Islam di Eropah yang bertahan selama hampir 800 tahun.
๐๐๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง
Kesemua peristiwa ini membuktikan bahawa puasa tidak pernah menjadi penghalang kepada produktiviti dan kekuatan fizikal. Oleh itu, umat Islam seharusnya menjadikan catatan sejarah ini sebagai motivasi untuk meningkatkan usaha dan disiplin dalam setiap urusan, sama ada dalam urusan agama, pekerjaan mahupun kehidupan seharian.
๐ Hashtag