Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pengajar Unisza

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pengajar Unisza Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultan Zainal Abidin

13/05/2026
12/05/2026

Jom sama-sama dengarkan perkongsian menarik tentang Terapi Oksigen Hiperbarik: Rawatan Luka Moden dan Masalah Selaman dalam program Manis-Manis Pagi @ ManisFM!

Bersama pakar jemputan, Dr Azlie bin Hassan (Pakar Perunding Perubatan Kecemasan), Ketua Unit Perubatan Hiperbarik HoSZA, yang akan berkongsi ilmu tentang Terapi Oksigen Hiperbarik.

๐Ÿ—“ Rabu, 13 Mei 2026
โฐ 9:15 pagi
๐Ÿ“ LIVE di Facebook Manis FM

Jangan lupa set reminder!

Selamat Hari Jururawat 2026 12 Mei 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jururawa...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat 2026 12 Mei 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jururawat atas dedikasi, komitmen serta pengorbanan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

โ€œOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Livesโ€

Semoga segala jasa, keprihatinan dan usaha murni yang dicurahkan terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara.

Ikhlas daripada
Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)

07/05/2026

Lawatan ke Jabatan Kecemasan & Trauma serta Unit Hiperbarik HoSZA oleh YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab , Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia

05/05/2026
Program ๐˜—๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜Œ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜บ & ๐˜Š๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜œ๐˜ญ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜”๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด dan ๐˜š๐˜œ๐˜Š๐˜Š๐˜Œ๐˜š ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜Œ๐˜น๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ 202...
02/05/2026

Program ๐˜—๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜Œ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜บ & ๐˜Š๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜œ๐˜ญ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜”๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด dan ๐˜š๐˜œ๐˜Š๐˜Š๐˜Œ๐˜š ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜Œ๐˜น๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ 2026

29 & 30 April 2026 | Rabu & Khamis

Telah dianjurkan Program ๐˜—๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜Œ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜บ & ๐˜Š๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜œ๐˜ญ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜”๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด dan ๐˜š๐˜œ๐˜Š๐˜Š๐˜Œ๐˜š ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜Œ๐˜น๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ dibawah Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan perasmian program dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Arif bin Nik Mohamed selaku Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma HoSZA. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pengajar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) yang bertempat di Trauma OT, Jabatan Kecemasan & Trauma HoSZA.

Program selama dua hari ini melibatkan penyertaan seramai 24 orang peserta terdiri daripada pakar perubatan kecemasan, pakar anaesteologi dan pakar perubatan keluarga daripada pelbagai hospital universiti dan hospital awam di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan fasilitator yang diketuai oleh Prof. Dr. Shaik Farid bin Abdull Wahab (HoSZA), Prof. Madya Dr. Mohd Hashairi Fauzi (HPUSM), Dr. Mohammad Zikri Ahmad (HPUSM), Dr. Sufian Safaai (HTAA), Dr. Shahzuwaty Saad (HSAH) dan Dr. Muhammad Aslam Ayob (HRPZ II).

Program Basic Point of Care Ultrasound 202627 & 28 April 2026 | Isnin & SelasaProgram Basic Point of Care Ultrasound tel...
02/05/2026

Program Basic Point of Care Ultrasound 2026

27 & 28 April 2026 | Isnin & Selasa

Program Basic Point of Care Ultrasound telah dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) yang bertempat di Trauma OT, Jabatan Kecemasan & Trauma HoSZA.

Program selama dua hari ini melibatkan penyertaan seramai 18 orang peserta terdiri daripada doktor - doktor daripada pelbagai hospital universiti dan hospital awam di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan fasilitator HoSZA yang diketuai oleh Prof. Dr. Shaik Farid bin Abdull Wahab, Prof. Madya Dr. Azizul Fadzli bin Wan Jusoh@AB Rahim, Dr. Syed Mohd Aizuddin bin Syed Hasan, Dr. Ahmad Bukhari bin Muhammad Nor dan Dr. Muhamad Hafiq bin AB Hamid.

25/04/2026

Hari Bersama Pelanggan & Majlis Pengenalan Unit Perubatan Hiperbarik HoSZA 2026

23 April 2026, Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZAALS Megacode Competition 2026 bertempat di OT Trauma ETD HOSZA sebagai ...
23/04/2026

23 April 2026, Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA

ALS Megacode Competition 2026 bertempat di OT Trauma ETD HOSZA sebagai satu inisiatif memperkukuh budaya pembelajaran berterusan serta kecemerlangan dalam perkhidmatan kecemasan dan trauma.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran klinikal dan kompetensi petugas kesihatan dalam pengendalian situasi kecemasan kritikal berasaskan protokol Advanced Life Support (ALS). Pertandingan ini turut menjadi platform menguji kecekapan, kepantasan membuat keputusan serta koordinasi kerja berpasukan dalam simulasi pengurusan resusitasi.

Melalui penglibatan peserta dan komitmen semua pihak, program ini mencerminkan usaha berterusan jabatan dalam memperkasakan kesiapsiagaan, profesionalisme serta mutu penyampaian perkhidmatan demi keselamatan dan kesejahteraan pesakit.

Semoga penganjuran ALS Megacode Competition ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti amalan klinikal, pengukuhan semangat berpasukan serta kecemerlangan berterusan dalam bidang perubatan kecemasan dan trauma.

HARI BERSAMA PELANGGAN & MAJLIS PENGENALANUNIT PERUBATAN HIPERBARIK HoSZA 22 April 2026 | Kuala Nerus - Unit Perubatan H...
23/04/2026

HARI BERSAMA PELANGGAN & MAJLIS PENGENALAN
UNIT PERUBATAN HIPERBARIK HoSZA

22 April 2026 | Kuala Nerus - Unit Perubatan Hiperbarik HoSZA telah menganjurkan Hari Bersama Pelanggan dan Majlis Pengenalan Unit Perubatan Hiperbarik sebagai platform rasmi memperkenalkan perkhidmatan Hiperbarik kepada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, rakan industri strategik, dan penyedia perkhidmatan kesihatan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Salwani binti Ismail, Pengarah HoSZA. Turut hadir, YBhg. Brigedier Jeneral (Dr.) Zulfikar bin Ab Rahim, Ketua Perkhidmatan Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik, Angkatan Tentera Malaysia, Pn. Norfarihan bt Ramli, General Manager Salam Specialist Hospital, Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him, Timbalan Pengarah (Klinikal), Prof. Dr. Shaik Farid bin Abdull Wahab, Timbalan Pengarah (Sokongan), Prof. Madya Dr. Nik Arif bin Nik Mohamed, Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma HoSZA dan Dr. Azlie bin Hassan, Ketua Unit Perubatan Hiperbarik HoSZA.

Usai perasmian, program diteruskan dengan sesi pembentangan oleh Dr. Azlie bin Hassan serta sesi soal jawab yang membuka ruang perkongsian ilmu secara langsung.

Objektif program ini adalah untuk pemperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan hiperbarik, memperkukuh jaringan kerjasama antara hospital, agensi kerajaan dan sektor swasta, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan dan indikasi rawatan hiperbarik.

Para jemputan turut berpeluang menyertai lawatan eksklusif ke Unit Perubatan Hiperbarik bagi melihat sendiri fasiliti serta teknologi yang ditawarkan.

Penganjuran ini bukan sekadar sesi pengenalan, tetapi menjadi platform strategik dalam membina sinergi antara pelbagai pihak. Dalam dunia kesihatan masa kini, kolaborasi adalah kunci melangkaui sempadan organisasi demi memastikan pesakit menerima rawatan terbaik, pada masa yang tepat.

Diharapkan melalui inisiatif ini, lebih banyak kerjasama dapat diwujudkan dalam aspek rujukan pesakit bagi memacu bidang perubatan hiperbarik ke tahap yang lebih tinggi di Malaysia.

Address

Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)
Kampong Gong Badak
21300

Telephone

+6096687836

Website

https://fp.unisza.edu.my/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pengajar Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pengajar Unisza:

Share

Category