18/08/2022
TENTANG REZEKI
Dulu,saya ingat... solat dhuha, solat tahajjud,
membaca Al Qur'an dan membaca zikir itu dapat menjadi penyebab terbukanya pintu rezeki.
Dan saya menyangka bahawa rezeki itu adalah berupa wang, gaji yang besar, banyak order,
banyak job, urusan kerja lancar, banyak simpanan di bank, banyak aset
seperti kenderaan, properti disana-sini , intinya rezeki itu adalah : "HARTA".
Namun setelah mencari lebih dalam tentang apa makna rezeki dalam Islam, ternyata saya SALAH BESAR.
Ternyata, langkah
kaki yang dimudahkan
untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah rezeki.
Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjemaah di masjid adalah rezeki.
Hati yang Allah jaga jauh dari sifat iri hati, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.
Mempunyai sahabat yang soleh dan saling
mengingatkan dalam
kebaikan, itu juga rezeki. Saat keadaan susah serta penuh rintangan itu juga rezeki, kerana mungkin jika kita dalam keadaan sebaliknya justeru akan membuat kita condong bersikap kufur, sombong,
angkuh dan mudah lupa diri.
Mempunyai orang tua yang sakit sakit, ternyata itu adalah rezeki, kerana itu merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita tulus ikhlas menguruskannya.
Tubuh yang sihat adalah rezeki.
Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa. Dan mungkin akan ada jutaan list lainnya bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak
sedar.
Suami isteri dan anak-anak sihat itu rezeki, anak-anak dapat bersekolah lancar itu rezeki... Hidup aman dengan jiran itu juga rezeki.
Bahkan bila Anda mendapatkan kiriman
kajian tausiah keagamaan yang mengajak dan
mengingatkan tentang kebajikan, itu juga rezeki, kerana Anda akan mendapatkan ilmu darinya.
Justeru yang harus kita berwaspada ialah ketika hidup kita serba mencukupi, penuh dengan kemudahan dan kesenangan, Padahal begitu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan.
Mari sebarkan kebaikan dan nikmati rezeki-rezeki yang Allah amanahkan
kepada kita.
ﺇﻻ ﻣﺘﻊ ٱﻟﻐﺮﻭﺭ
Peringatan untuk diri dan sahabat semua.
copy&paste
Ahad, Nov 24