LPPKN Negeri Pahang

LPPKN Negeri Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LPPKN Negeri Pahang, Marriage Therapist, Tingkat Bawah, 1 & 2, NO. 64 & 64A, Jalan Putra Square 1, Kampong Kuantan.

Jom like page LPPKN Negeri Pahang untuk dapatkan info mengenai kesihatan reproduktif, perancang keluarga, tips keibubapaan, tips remaja, bual bicara secara dalam talian, dan hasil dapatan kajian.

28/04/2026
27 April 2026 - LPPKN Negeri Pahang telah mengadakan program "Reset Minda, Recharge Jiwa" sempena Minggu Sejahtera Warga...
28/04/2026

27 April 2026 - LPPKN Negeri Pahang telah mengadakan program "Reset Minda, Recharge Jiwa" sempena Minggu Sejahtera Warga LPPKN (MSWL) Negeri Pahang Tahun 2026 yang telah diadakan di Taman Gelora. Kuantan. Program ini diadakan bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan kesihatan, gaya hidup yang seimbang dan kesejahteraan mental, emosi dan fizikal warga kerja LPPKN.

28/04/2026

MINGGU SEJAHTERA WARGA LPPKN (MSWL) NEGERI PAHANG

27 April 2026 - Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awan (UPPA) LPPKN Negeri Pahang telah menganjurkan Minggu Sejahtera Warga LPPKN (MSWL) yang telah diadakan pada 27 April 2026 (Isnin) bertempat di Taman Gelora Kuantan, Pahang.

Program ini adalah program yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk mengekalkan tahap kesihatan mental dan fizikal yang baik bagi semua warga kerja LPPKN Negeri Pahang selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap penjawat awam berada dalam keadaan sihat.

Selain itu, program ini juga selari dengan Tagline LPPKN iaitu K.A.S.I.H. dimana huruf S di dalam tagline tersebut adalah mewakili perkataan SIHAT.

Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah dan Ketua-Ketua Unit LPPKN Negeri Pahang.

25 April 2026 Karnival Keusahawanan Strike yang berlamgung di SK Kempadang
28/04/2026

25 April 2026 Karnival Keusahawanan Strike yang berlamgung di SK Kempadang

PROGRAM PARENTING@WORK SIRI 16 BERSAMA LYNAS RARE EARTH23 April 2026 - LPPKN Pahang dengan kerjasama AKPK dan LYNAS Rare...
24/04/2026

PROGRAM PARENTING@WORK SIRI 16 BERSAMA LYNAS RARE EARTH

23 April 2026 - LPPKN Pahang dengan kerjasama AKPK dan LYNAS Rare Earth Pahang telah menganjurkan Program Parenting@Work Siri 16 pada 23 April 2026 (Khamis) bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan.

Seramai 40 orang kakitangan LYNAS dari pelbagai latarbelakang bidang tugas telah hadir dalam program yang dianjurkan selama 2 hari ini.

Peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik kemahiran keibubapaan, pengurusan tekanan dan kemahiran mengenalpasti serta menganalisis konflik antara keluarga dan kerjaya.

Kesemua slot telah disampaikan oleh pegawai dan family coach daripada LPPKN Negeri Pahang.

17/04/2026

Program Family Wellbeing anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah berlangsung dengan jayanya pada 14 hingga 16 April 2026 bertempat di Hotel Avillion, Cameron Highlands.

Program kolaborasi bersama LPPKN ini telah melibatkan seramai 25 orang peserta daripada kumpulan pelaksana kakitangan awam Kementerian Pertahanan Malaysia.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti interaktif dan pengisian yang memfokuskan kepada kesejahteraan keluarga, pengurusan emosi, komunikasi berkesan serta pengukuhan hubungan kekeluargaan.

Diharapkan program ini dapat memberi impak positif dalam membina keluarga yang lebih harmoni, sejahtera dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

malaysiamadani FamilyWellbeing LPPKN MINDEF KesejahteraanKeluarga EmosiSihat KomunikasiBerkesan

17/04/2026

🎤TERAPI KELOMPOK
“Sembang Rohani : Surah Al-Kahfi”🎤

🏫 Taman Gelora
🗓️ 1️⃣7️⃣ April 2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣

* Membudayakan al-Quran: Menjadikan bacaan Surah Al-Kahfi sebagai amalan rutin mingguan.

* Perlindungan Rohani: Memohon perlindungan daripada fitnah Dajjal, terutama dengan menghafal 10 ayat terawal.

* Tadabbur & Penghayatan: Memahami kisah Ashabul Kahfi, Nabi Musa & Khidir, serta Zulqarnain untuk panduan hidup.

🎤TERAPI KELOMPOK “Sembang Rohani : Surah Al-Kahfi”🎤🏫 Taman Gelora🗓️ 1️⃣7️⃣ April  2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣* Membudayakan al-Quran: M...
17/04/2026

🎤TERAPI KELOMPOK
“Sembang Rohani : Surah Al-Kahfi”🎤

🏫 Taman Gelora
🗓️ 1️⃣7️⃣ April 2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣

* Membudayakan al-Quran: Menjadikan bacaan Surah Al-Kahfi sebagai amalan rutin mingguan.
* Perlindungan Rohani: Memohon perlindungan daripada fitnah Dajjal, terutama dengan menghafal 10 ayat terawal.
* Tadabbur & Penghayatan: Memahami kisah Ashabul Kahfi, Nabi Musa & Khidir, serta Zulqarnain untuk panduan hidup.

16/04/2026

KURSUS ILMU KELUARGA@LPPKN SIRI 6/2026

16 April 2026 - Telah berlangsung kursus Ilmu Keluarga@LPPKN Siri 6/2026 anjuran LPPKN Negeri Pahang pada 16 April 2026 (Khamis) bertempat di OUM Kuantan, Pahang.

Seramai 35 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah hadir ke kursus ini.

Tema yang dipilih pada kali ini ialah "BIJAK MENGURUS WANG, POKET TENANG"

Dua slot telah disampaikan oleh penceramah LPPKN iaitu En Nurazizi Nasir, Penolong Pegawai Penerangan dan En Amirul Azwar, Family Coach LPPKN Pahang

Address

Tingkat Bawah, 1 & 2, NO. 64 & 64A, Jalan Putra Square 1
Kampong Kuantan
25300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LPPKN Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share