Pharmacy Raudhah

Pharmacy Raudhah KAMI ADALAH FARMASI KOMUNITI. KAMI MEMBERI PERKHIDMATAN KAUNSELING UBATAN, VITAMIN, KELENGKAPAN PERUBATAN DAN LAIN-LAIN.

KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SEPERTI:
# TEKANAN DARAH
# KENCING MANIS
# KOLESTROL
# GOUT

02/06/2023

Moga BERMANAFAT buat semua..

07/09/2022

Sekarang kan musim sering sakit.
Saya ada satu petua untuk kembalikan balik tenaga. Fokus dan ketenangan. Yang kerap sakit kepala tu. Ni tonik untuk rawatnya.
Saya namakannya sebagai air hikmat.
- Longan kering
- Kurma merah
- Gojiberries
- Gula kelapa OCOC
(Optional - daun pandan, halia)
Longan kering ni bantu rendahkan kolesterol. Ada serat fiber. Ada potassium. Bagus untuk tekanan darah.
Kurma merah ada 3 anti oksida hebat iaitu flavonoid. Carotenoid dan phenolic acid.
Flavonoids bantu hilangkan inflamasi. Juga dikaji dalam konteks kurangkan risiko diabetes, Alzheimer's dan kanser.
Carotenoids penting untuk kesihatan jantung.
Juga didapati dapat jauhkan risiko penyakit mata seperti katarak dan macular degeneration.
Phenolic acid kurangkan risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
Gojiberries tingkatkan imun sistem dan lindungi dari selesema. Paling disukai ialah bab bantu turunkan berat badan
Gula kelapa lagilah. Ciri unik ada inulin. Tiada dalam gula lain. Nilai GI rendah. Mesra diabetes.
Ramai dah bagi feedback. Sejak tukar gula putih dengan gula kelapa.
Badan rasa sihat. Paling padu ialah berat badan menurun. Hanya amal ni. Percayalah saya bagitahu. Ini kajian sains cakap.
Yang plan nak turun berat sejak 10 tahun lepas tu. Cer check ada ambil gula putih tak?
Nak tahu lagi? Klik https://neuroversiti.com/gula-perang-vs-gula-kelapa-vs.../
Caranya cenggini:
1. Basuh longan kering, gojiberries dan kurma merah.
2. Kurma merah rendam sekitar 15 minit. Nak bagi lembut.
3. Masuk air lebih kurang 1 liter atau 1 liter setengah.
4. Masukkan semua bahan kecuali gula kelapa.
5. Rebus sampai mendidih.
6. Masukkan gula kelapa secukup rasa.
Minum ni setiap minggu terutama ketika mental tengah koyak. Badan penat.
Memang padu! Rasanya pun sedap ala ala lai chi kang.
Tak perlu dah ambil pil "Anda ingat saya ada masa untuk sakit kelapa?"
Kalau nak dapatkan gula kelapa boleh klik:
https://bit.ly/SayaNakGulaKelapa
https://bit.ly/SayaNakGulaKelapa

06/09/2022

Saya macam ni. Letak sahaja kepala atas bantal, terus lena. Dulu saya jenis guling-guling, menerawang entah berapa lama, baru tertidur. Namun, setelah amalkan 10 perkara ini, dah jadi senang tidur.

1. Bila bangun tidur, jangan lengah-lengah dan bermalas-malasan di atas katil terlalu lama. Regang badan sikit, dan terus bangkit dari katil.

2. Bekerja dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan sepenuh hati. Tak usah curi tulang, tak usah mengular. Tidur sejenak selepas Zohor.

3. Minum air kosong secukupnya. Makan hanya pada kuantiti diperlukan, sepadan dengan tenaga yang diperlukan untuk bekerja sahaja.

4. Setelah pulang dari kerja, jika berkesempatan, lakukan senaman atau kerja rumah untuk menghabiskan sisa tenaga yang masih ada.

5. Makan malam sekadar untuk alas perut. Tidak terlalu banyak atau terlalu sikit. Agar perut selesa sepanjang malam.

6. Gosok gigi serta lidah, dan cuci muka. Kosongkan pundi kencing serta usus jika perlu, agar tidur tak terganggu nanti.

7. Pakai pakaian selesa, hidupkan kipas atau pendingin hawa, tutup semua lampu di dalam bilik, dan baring mengiring ke sisi.

8. Pejamkan mata, kosongkan minda, dan relakskan otot. Dengarkan nafas anda turun dan naik. Bayangkan diri anda mengecil.

9. Maafkan semua orang, doakan kebaikan untuk semua umat manusia. Paling penting, maafkan diri sendiri dan doa kebaikan kepada diri.

10. Anggaplah sudah lakukan terbaik hari ini, dan sudah boleh tinggalkan segala urusan dunia. Jika umur panjang, esok buatlah lebih baik.

Cubalah! Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Letak dan Lelap

Sales ❗❗❗Sales ❗❗❗Sales ❗❗❗
06/09/2022

Sales ❗❗❗

Sales ❗❗❗

Sales ❗❗❗

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥"Weeiii... !!! Serious la, Pharmasi Raudhah tengah ada promosi jualan habis-habisan?"Ya bettuullll...!!!. kena...
03/09/2022

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

"Weeiii... !!! Serious la, Pharmasi Raudhah tengah ada promosi jualan habis-habisan?"

Ya bettuullll...!!!. kenapa, tak percaya ka?😅

Jualan runtuh, bukan durian yg runtuh ya.. 😂😂😂

Pasal kami nak menggantikan dengan stok yang baru yang akan masuk tak lama lagi.

📢 📢📢 📢 Diskaus sehingga 50% peratus❗❗❗

🤔🤔🤔🤔 Macam tak percayakan?

Mari datang tengok dulu, free je tengok-tengok😅😅😅

🏃🏃🏃🏃🏃 Jom apa lagi, marilah datang beramai-ramai.

Siapa cepat dia dapat.😄😄😄

07/06/2022
27/04/2022
Salam Ramadhan AlMubarak dari Farmasi Raudhah.Maaf, kami tutup awal untuk memberi ruang pada staff kami untuk mengerjaka...
04/04/2022

Salam Ramadhan AlMubarak dari Farmasi Raudhah.

Maaf, kami tutup awal untuk memberi ruang pada staff kami untuk mengerjakan solat tarawih.

Segala kesulitan kami memohon maaf.

17/03/2022
17/03/2022

👉 Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.

Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Gejala Long COVID ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.

😷 Pengambilan vaksin, amal 3W dan elak 3S, pengudaran yang baik serta pematuhan SOP, mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

❗️ TANDA AMARAN KANSER ❗️⚠️ Pendarahan dari f***j yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid ( menopos )⚠️ ...
07/03/2022

❗️ TANDA AMARAN KANSER ❗️

⚠️ Pendarahan dari f***j yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid ( menopos )

⚠️ Perubahan pada pola membuang air besar

⚠️ Suara garau lebih dari 2 minggu

⚠️ Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara

⚠️ Benjolan di leher yang tidak wujud sebelum inu

⚠️ Pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga berdengung

⚠️ Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tomok-tompok putih dan merah di mulut

⚠️ Sakit atau tidakselesaan pada perut yang berterusan

⚠️ Batuk yang berterusan dan kahak berdarah

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan dan update terbaru covid di http://t.me/drsamhan

Address

Kampong Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 10:00 - 21:00
Tuesday 10:00 - 21:00
Wednesday 10:00 - 21:00
Thursday 10:00 - 21:00
Friday 10:00 - 21:00
Saturday 10:00 - 21:00
Sunday 10:00 - 21:00

Telephone

+601158893001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pharmacy Raudhah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pharmacy Raudhah:

Share