
14/09/2022
“BUSUKNYA FIKIRAN”
Bila melihat seseorang membuat sesuatu, mesti ramai yg s**a menilai kan?. S**a membuat tanggapan dan andaian sendiri. Sama ada baik atau buruk.
Bagus kalau ianya tanggapan yg baik. Namun kebanyakannya, tanggapan yg di buat adalah tanggapan yg negetif dan yg buruk-buruk.
Ada sebuah kisah. Seorang Guru Sufi ditanya tentang dua keadaan manusia. Yg mana lebih teruk.
*Pertama*, Manusia rajin sekali ibadahnya, namun sombong, angkuh dan selalu merasa suci.
*Kedua*, Manusia yang sangat jarang ibadah. Namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun dan lembut.
Lalu Sang Guru Sufi menjawab: _“Keduanya baik”_
Boleh jadi suatu saat si ahli ibadah yang sombong menemukan kesadaran. Dan dia bertaubat lalu berubah pribadinya ke arah kebaikan
Dan yang kedua, mungkin sebab kebaikan hati nya. Allah akan menurunkan hidayah kepadanya lalu menjadi ahli ibadah.
Kemudian orang tersebut bertanya lagi: _lalu siapa yang tidak baik kalau begitu?_
Sang Guru Sufi menjawab:
Yg tidak baik adalah kita semua, iaitu orang ketiga. Orang yg mana, hanya mampu menilai orang lain. Namun lalai dari menilai diri sendiri.
Benar kan? ya, kadang-kadang automatik jadi menilai apa yg orang buat. Ataupun terlalu jelas keburukan seseorang itu.
Namun, itu bukan tiket untuk kita menghukumnya, mengaibkannya, menjatuhkannya. Tapi cukup lah sekadar mengambil iktibar untuk diri sendiri.
Jadi, jaga hati dan fikiran kita. Jangan dikotorkan dengan perkara-perkara yg sebegini. Nampak kecil, namun mungkin impaknya begitu besar.
Ikhlas
Ustazah Nora
Admin Group