Pejabat Kesihatan Daerah Besut

Pejabat Kesihatan Daerah Besut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Health & Wellness Website, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Kampung Raja.

WOW TRUCK:POCKET TALK DAERAH BESUTTarikh : 27/4/2026Masa : 8.00 pg - 1.00 tghariTempat : SJK (C) CHUNG HWA, JERTEHPROGRA...
28/04/2026

WOW TRUCK:POCKET TALK DAERAH BESUT

Tarikh : 27/4/2026
Masa : 8.00 pg - 1.00 tghari
Tempat : SJK (C) CHUNG HWA, JERTEH

PROGRAM INI MELIBATKAN SERAMAI 298 PESERTA DARI SJK(C) CHUNG HWA, JERTEH
YANG TERDIRI DARI 263 ORANG PELAJAR DAN 35 ORANG GURU.

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN TERDAPAT PAMERAN KESIHATAN DARI KLINIK PERGIGIAN JERTEH, OT & FISIO DAERAH BESUT, SARINGAN KESIHATAN DARI NCD PKD BESUT, WOW TRUCK (AKTITY FIZIKAL) DARI UPK JKNT DAN CERAMAH KESIHATAN.

SEKIAN TERIMA KASIH

*ACTIVE CASE DETECTION ( ACD) LOKALITI KG PADANG LENGKUAS* Tarikh.  : 23.4.2026Masa.   :9.30 pagiAnggota terlibat:1.Pasu...
25/04/2026

*ACTIVE CASE DETECTION ( ACD) LOKALITI KG PADANG LENGKUAS*

Tarikh. : 23.4.2026
Masa. :9.30 pagi

Anggota terlibat:
1.Pasukan Tb Daerah
2.Pasukan Tb Klinik Kesihatan Jabi

Satu aktiviti ACD di kawasan kes Tibi di Kg Padang lengkuas, melibatkan pasukan TB/ Kusta Dan pasukan TB Klinik Kesihatan Jabi berikutan kejadian kes TB di lokaliti tersebut. ACD di jalankan setelah menerima 2 kejadian kes PTB Smear Positive di lokaliti tersebut. 1 kes telah berjaya sembuh( 2025) manakala 1 lagi kes meninggal dunia (2026) semasa dalam rawatan.

Saringan dibuat bertujuan mengesan lebih banyak kontak dikalangan kontak sosial melibatkan kawasan kejiranan kedua2 kes yang dilporkan.

Ringkasan aktiviti;
Bil rumah dilawati:20 buah rumah
Bil disaring: 10 orang
Mantoux test:10 orang
Pemeriksaan Kesihatan:10 orang
Bilangan dirujuk cxr:
Sputum AFB diambil: 1 org

Pendikan kesihatan diberi secara individual Dan perbincangan kumpulan kecik serta agihan pamphlet.

24/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (ππŠπƒ) BESUT πŠπ„ ππŠπƒ PASIR PUTEH

23 April 2026- Pegawai Kesihatan Daerah dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut , Dr Hafizuddin bin Awang telah mengetuai delegasi Klinik Kesihatan Kota Putera seramai 15 orang mengadakan kunjungan bermaklumat ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Puteh serta Klinik Kesihatan Pasir Puteh. Delegasi ini turut disertai oleh Dr Mohammad Azmi bin Che Mat selaku Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Kota Putera.
Lawatan ini bertujuan mempelajari serta melihat sendiri pelaksanaan LEAN HEALTHCARE di PKD Pasir Puteh khususnya di Klinik Kesihatan Pasir Puteh.

Delegasi disambut dengan ucapan aluan dari Dr Saidah Adilah binti Mohamed Yusof
Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Pegawai Kesihatan Keluarga )PKD Pasir Puteh mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Puteh.
Sesi taklimat pengenalan LEAN HEALTHCARE dan pelaksanaannya telah disampaikan oleh Dr Rusni binti Dollah, Pakar Perubatan Keluarga KK Pasir Puteh.
Delegasi dibawa meninjau setiap ruang fasiliti KK Pasir Puteh bagi melihat aliran kerja dari awal bermula dari sistem triage luar klinik sehinggalah berakhir di farmasi.
Pengalaman lawatan ini membuka mata dan idea bagi delegasi untuk melaksanakan LEAN HEALTHCARE di KK Kota Putera.

PKD Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PKD Pasir Puteh atas kesudian menerima kunjungan lawatan bermaklumat ini. Semoga segala perkongsian, perbincangan dan pengalaman sepanjang sesi kunjungan ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua daerah.



Program Sekolah Sihat Stail Kita* Soal Selidik Pasca Intervensi Pemakanan Sihat* Serahan Bahan Advokasi PemakananTarikh ...
23/04/2026

Program Sekolah Sihat Stail Kita
* Soal Selidik Pasca Intervensi Pemakanan Sihat
* Serahan Bahan Advokasi Pemakanan

Tarikh : 23 April 2026
Tempat : SK Beting Lintang
Peserta : Murid Tahun 5 & Tahun 6

Fasilitator : PSP Lina Husniyah & PSP Mohammad Aliff

Objektif :
1.Menjalankan soal selidik pasca berkaitan pemakanan sihat kepada murid
2.Mempromosi amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal 3. Menggalakkan pengambilan air kosong dalam kalangan murid

Semoga program ini memberikan impak yang positif dalam mewujudkan persekitaran amalan sihat di kawasan sekolah.


PROGRAM PEMERKASAAN KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU DAERAH BESUTPada  23 April 2026 bertempat di Dewan Sri Anjung H...
23/04/2026

PROGRAM PEMERKASAAN KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU DAERAH BESUT

Pada 23 April 2026 bertempat di Dewan Sri Anjung Hospital Besut telah diadakan Mesyuarat dan Aktiviti Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Daerah Besut.

Program yang dijalankan ini telah disertai oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dari Hospital Besut, Klinik Kesihatan & Klinik Desa di daerah Besut.

Aktiviti yang dijalankan ialah :
1.Mesyuarat perlantikan ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu daerah Besut bagi Tahun 2026.
2. Taklimat Pengenalan Peranan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu
3.Advokasi 1000 Hari Pertama Kehidupan dan Beban Berganda Malpemakanan
4. Advokasi pengendalian garam beriodin dan kesan kekurangan iodin kepada Bayi, Kanak-Kanak dan Ibu Hamil
5. Pendidikan berkenaan teknik dan kemahiran Penyusuan Susu ibu.
6. Merancang aktiviti Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu utk tahun 2026

πŸ”–Sokongan terhadap amalan penyusuan susu ibu secara berterusan menjadi kunci kepada kejayaan amalan penyusuan susu ibu. Ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu atau dikenali sebagai pembimbing penyusuan susu ibu adalah sama ada daripada kalangan anggota kesihatan atau orang awam yang dilatih tentang penyusuan susu ibu dan kemudiannya dilantik secara sukarela. Mereka berperanan mempromosi, menyokong, membantu & melindungi penyusuan susu ibu.

Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program hari ini.




itu saya

KURSUS REFRESHER KOSPEN PERINGKAT DAERAH BESUTβ€œSempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia”Tarikh : 23.4.2026(Khamis)Masa. :...
23/04/2026

KURSUS REFRESHER KOSPEN PERINGKAT DAERAH BESUT
β€œSempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia”
Tarikh : 23.4.2026(Khamis)
Masa. : 8.00 pagi-3.00 petang
Tempat : Dewan Alamanda, Tingkat 4, Bangunan Wisma Persekutuan Besut
Peserta : 40 org Sukarelawan dari 3 lokaliti serta 2 guru KEMAS dan 2 wakil JPNIN

Objektif Program :
1. Memberi penerangan berkenaan garis panduan perlaksanaan Kospen di komuniti
2. Memberi pendedahan kepada sukarelawan berkenaan faktor risiko dan beban penyakit NCD dlm komuniti serta intervesi yang perlu dijalankan
3. Memberi kesedaran kepentingan saringan awal kanser kolorektal
4. Meningkatkan kemahiran sukarelawan dalam mengendalikan bantuan awal psikologi kepada mangsa trauma (PFA) apabila berlaku bencana
5. ⁠Melatih sukarelawan dalam memberi bantuan awal kecemasan (CPR)

Aktiviti yang dijalankan merangkumi :
1.Pengenalan Kospen dan pelaksanaan di komuniti oleh Dr Zaleha bt Mohd Zaid, Pegawai Perubatan KK Padang Luas
2.Taklimat Faktor risiko dan Penyakit NCD utama oleh Dr Mohd Fadhullah b Dungun , Pegawai Perubatan KK Kota Putera
3.Ceramah Kanser Kolorektal oleh Dr Nur Lazima binti Muhamad Lazim, Pegawai Perubatan, NCD PKD Besut
4.Psycological First Aid oleh En. Mohd Zakaria bin Mustafa, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut
5.Sesi latihan CPR oleh En. Mohd Solehin bin Husain, Penolong Pegawai Perubatan, KK Pasir Akar
6.Pameran Klinik Berhenti Merokok, CBS & Kanser Kolorektal
7.Saringan kanser kolorektal kepada sukarelawan yg berumur 50-75 tahun
8.Penyerahan peralatan saringan, plak rumah Bebas Asap Rokok dan sijil lantikan kepada sukarelawan
9.Sesi bergambar





(KOSPEN)pkdb

Sekarang musim panas. Pastikan anda minum air yang cukup setiap hari.
23/04/2026

Sekarang musim panas. Pastikan anda minum air yang cukup setiap hari.

Strategi ini membahagikan pengambilan air kepada 8 waktu spesifik sepanjang hari. Pendekatan ini membantu badan mendapat hidrasi yang konsisten untuk fungsi fisiologi dalam badan, mengawal suhu tubuh, perkumuhan dan sistem penghadaman yang baik.

Jom ikuti cadangan waktu minum air kosong berikut demi memastikan anda kekal hidrasi:

6 am Selepas bangun tidur
7 am - Selepas sarapan pagi
10 am - Semasa minum pagi
12 am - Sebelum makan tengah hari
2 pm - Selepas makan tengah hari
5 pm - Semasa minum petang
8 pm - Selepas makan malam
10 pm - Sebelum tidur





LAWATAN AKADEMIK PELAJAR SARJANA KESIHATAN AWAM JABATAN PERUBATAN MASYARAKAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SESI 2025/2026 KE...
23/04/2026

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR SARJANA KESIHATAN AWAM JABATAN PERUBATAN MASYARAKAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SESI 2025/2026 KE PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT

21 April 2026(Selasa) – PKD Besut telah menerima lawatan delegasi daripada Jabatan Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia bagi pendedahan berkenaan pelaksanaan program kesihatan keluarga di PKD Besut terutamanya Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja dan Program Kesihatan Lelaki di Klinik Kesihatan Kota Putera dan Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut. Delegasi telah diketuai oleh Prof Madya Dr Tengku Alina Binti Tengku Ismail dan Dr Raishan Shafini Bakar selaku pensyarah di jabatan terbabit. Seramai 30 orang delegasi dari kedua-dua PKD telah menyertai lawatan ini.

Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr Mohammad Azmi Che Mat selaku Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga KK Kota Putera. Majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat berkenaan program kesihatan keluarga di PKD Besut oleh PJK Che Juleynawani Binti Jalil, kemudiannya diteruskan dengan taklimat program kesihatan lelaki oleh Dr Muhammad Hariz Bin Zulkepli pegawai perubatan KK Kota Putera dan taklimat program perkhidmatan kesihatan mesra remaja oleh Dr Silawati Abdul Rashid, pegawai perubatan y/m KK Kota Putera. Delegasi juga telah dibawa melawat sekitar KK Kota Putera bagi memperkenalkan sudut dan bilik yang disediakan bagi pelaksanaan program remaja yang berkesan.

Sesi seterusnya diteruskan dengan sesi tayangan dokumentari berkaitan Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut termasuk skop-skop teknikal yang diterajui oleh unit, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, serta pencapaian yang telah dicapai sepanjang penubuhan. Sesi soal jawab dan perkongsian pendapat antara delegasi dan anggota-anggota PKD Besut juga turut berlangsung bagi memastikan impak lawatan berkesan.
Pejabat Kesihatan Daerah Besut merakamkan jutaan terima kasih kepada delegasi daripada Jabatan Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia atas kesudian mengadakan lawatan ke PKD Besut. Semoga dengan lawatan ini akan dapat memberikan pendedahan sedikit sebanyak berkenaan pelaksanaan program-program kesihatan keluarga di pejabat kesihatan daerah.

23/04/2026

PROGRAM KERJASAMA JARINGAN KOMUNITI DAN AKADEMIK KESIHATAN KELUARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN PKD BESUT TAHUN 2026

22 April 2026 (Rabu) - PKD Besut telah bekerjasama bersama para pelajar sarjana kesihatan awam Jabatan Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia dalam mengadakan satu program komuniti di lokaliti di daerah Besut iaitu FELDA Tenang.

Program telah diserikan dengan pelbagai sesi dan aktiviti-aktiviti menarik:
i-Pemeriksaan Kesihatan kepada komuniti melalui National Health Screening Initiative oleh pasukan NCD & QEC PKD Besut.
ii-Aktiviti Kesihatan Wanita: Kerjasama pasukan USM dan UKK PKD Besut
-Ceramah ringkas
-Myth busting dan kuiz
-Saringan kanser serviks di lapangan (HPV DNA) melalui penggunaan inovasi booth bergerak yang diperkenalkan oleh UKK PKD Besut
-Pameran Kesihatan Wanita : Apa itu kanser serviks?, Jom cegah kanser payudara! Pameran perancang keluarga .
-Pameran Imunisasi sempena Sambutan Minggu Imunisasi Kebangsaan bertemakan "Vaksin: Perlindungan Kini ,Masa Depan Dan Sepanjang Hayat".
iii-Aktiviti Kesihatan Kanak-kanak : USM
-Pertandingan mewarna adik-adik Tabika KEMAS FELDA Tenang : Makan sihat jadi kuat!
-Sukaneka bertemakan makan sihat
iv-Aktiviti Warga Emas: Kerjasama USM serta unit Fisioterapi & Primer PKD Besut
-Chairobic dan resistance band exercise
-Ceramah menua dengan sihat
-Demonstrasi bantual awal CPR dan Choking
v-Booth Minda sihat: Unit Terapi Cara kerja & NCD PKD Besut
vi- Pameran Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak. Antara aktiviti di reruai tersebut adalah:
-Demontrasi Penyedian Menu Snek Sihat Bebola Nasi Rainbow untuk Kanak-kanak
-Pameran Snek Sihat Vs Snek Tidak Sihat untuk Kanak-kanak
-Kempen 1000 Hari Pertama Kehidupan.
Vii-Booth Tabung Haji
viii- Cabutan bertuah dan kuiz di setiap booth dengan hadiah-hadiah menarik.

Untuk majlis penutup ucapan aluan telah disampaikan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr Hafizuddin Bin Awang, Pegawai Kesihatan Daerah Besut serta ucapan ringkas oleh En. Sapawi selaku wakil pengurusan Felda Tenang. Upacara perasmian kemudiannya telah disempurnakan oleh AP Dr Wan Zahiruddin bin Wan Mohammad, Ketua Jabatan Perubatan Masyarakat USM.
Pejabat Kesihatan Daerah Besut merakamkan jutaan terima kasih kepada delegasi daripada Jabatan Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia atas kesudian mengadakan Kerjasama bersama PKD Besut dan FELDA Tenang. Semoga dengan Kerjasama ini dapat memberikan manfaat dan mendorong penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada komuniti.

TAKLIMAT SARINGAN KESIHATAN PARU-PARU DAN PUBLIC HEALTH PERFORMANCE INDICATORS(PHPI) UNIT NCD PKD BESUTTarikh : 22 April...
22/04/2026

TAKLIMAT SARINGAN KESIHATAN PARU-PARU DAN PUBLIC HEALTH PERFORMANCE INDICATORS(PHPI) UNIT NCD PKD BESUT

Tarikh : 22 April 2026 (Rabu)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kesihatan Daerah Besut

Peserta : Pegawai-pegawai perubatan NCD KK, penolong pegawai kesihatan persekitaran NCD, penolong pegawai perubatan kanan KK, penolong pegawai perubatan setiap KK.

Satu sesi taklimat tentang pelaksanaan saringan kesihatan paru-paru di setiap fasiliti kesihatan PKD Besut dan Public Health Performance Indicators (Indikator Prestasi Kesihatan Awam) telah disampaikan oleh Dr Nur Lazima binti Muhamad Lazim selaku pegawai perubatan NCD daerah.

Sesi hands on dan demonstrasi pengisian ke dalam portal TDS NCD juga telah dibuat bagi memastikan pelaksanaan saringan yang berkesan.

Ini bertujuan untuk mengukur keberkesanan sistem kesihatan dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan komuniti dan pelaksanaan pola kerja yang lebih bersasar.

Semoga dengan taklimat yang disampaikan dapat memberikan pencerahan tentang kepentingan program dan pelaksanaan berkesan dapat dilakukan.

PENGHARGAAN GRED A DI BAWAH AKTA MAKANAN 1983 & PERATURAN BERKAITAN22hb April 2026 – Pejabat Kesihatan Daerah Besut mela...
22/04/2026

PENGHARGAAN GRED A DI BAWAH AKTA MAKANAN 1983 & PERATURAN BERKAITAN

22hb April 2026 – Pejabat Kesihatan Daerah Besut melalui Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan di Kantin SK Tempinis.

Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Besut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua premis yang terlibat atas pencapaian cemerlang memperoleh Gred A di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Diharapkan kejayaan ini dapat menjadi contoh dan inspirasi kepada semua pengusaha premis makanan di daerah Besut khususnya dan negeri Terengganu amnya untuk terus mengamalkan serta mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang optimum, demi melindungi kesihatan pengguna.



Ceramah Keselamatan Makanan (Homebased Food KKM)- Bengkel Pembangunan β€˜Home-Based’ Food Anjuran Angkatan Koperasi Kebang...
22/04/2026

Ceramah Keselamatan Makanan (Homebased Food KKM)- Bengkel Pembangunan β€˜Home-Based’ Food Anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

πŸ“…21hb April 2026 (Selasa)
πŸ“Tanjung Demong Beach Resort
πŸ“€Bengkel Pembangunan β€˜Home-Based’ Food Anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) πŸ§‘πŸ»β€πŸ« Ceramah Telah Disampaikan Oleh Pn Nor Iluni Hayati bt Mohd Nor Azman, Pegawai Teknologi Makanan dari Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Besut.

πŸ“€Pecahan Topik & Aktiviti
1. Homebased Food KKM (Garis Panduan, Borang dan Senarai Semak)
2. Kuiz keselamatan makanan

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin atas komitmen sepanjang program ini berlangsung. Semoga memberi manfaat kepada semua pengusaha untuk menghasilkan produk yang bersih, selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985



Address

Pejabat Kesihatan Daerah Besut
Kampung Raja
22200

Telephone

+6096958700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share