26/06/2024
KISAH DARI RUMAH SAKIT E1
Selalu kita perati rambut sahaja yang kerinting. Pernah perati bulu-bulu lain kerinting?
Lihat pada anak-anak dan orang sekeliling kita. Ini tanda-tanda yang tidak bagus dan bahaya!
Jika anda bijaksana, cuba teka penyakit apa yg berkait dengan gambar-gambar ini?
Gambar di sebelah berkenaan penyakit kekurangan Vitamin C.
Vitamin C ni sinonim dengan fungsinya sebagai antioksidan, menyokong sistem immmuniti & juga penghasilan kolagen.
Harini saya nak share kes-kes pelik yg saya jumpa sepanjang berkhidmat di hospital. (a.k.a menjonah)
Pernah suatu ketika semasa bekerja sebagai MO pediatrik, kami didatangi seorang pesakit berumur lebih kurang 7-9 tahun.
Pada awalnya kami ingat pesakit ni didera disebabkan dia datang dengan tidak boleh berjalan tiba2.
Kat badan dia p**a, ada banyak lebam-lebam. Tapi lebam dia bukan kat tempat orang biasa kena dera. Very unusual & generalised to whole body.
Lagi p**a adik ni ada masalah utk bercakap, susah nak rule out child abuse.
Macam-macam investigations yang dibuat untuk tahu penyakit adik ni.
Sampai consultant a.k.a HOD kami pun turun wad tgk adik ni.
Boss pun tunjuk dekat bulu kaki dia & minta utk kami teliti betul2.
"Cuba describe bulu kaki dia."
Setelah b*k kali jawab-menjawab, akhirnya muncul keyword yg dia nak; Yes, CORKSCREW HAIR.
Pathognomonic Vitamin C deficiency. Maksudnya kalau ada tanda tu, spesifik utk penyakit tu.
Rupa-rupanya adik tu ada Vitamin C deficiency.
Dia punya Vitamin C takdak sampai dia letih-letih tak boleh jalan, kulit jadi lebam-lebam & bulu di badan pun jadi bentuk corskcrew tu.
Lepas dah admit beberapa hari, kita bagi Vitamin C & kita tgk progress dia dari hari ke hari, finally adik ni pun discharge.
Tapi adik ni kena ambil Vitamin C sepanjang hidup dia.
Satu satisfaction ya🤩🤩🤩 dpt tgk adik ni makin baik & boleh main macam biasa.
Pengajarannya; dah consume Vitamin C ke tu?
Kalau dah start ambil, make sure cukup ikut keperluan & bebas pewarna, perasa & pengawet.
Nak sembang lebih, boleh DM saya.