Sumosauna Sabah_Keningau

Sumosauna Sabah_Keningau kami menjual Prodak Sumosauna di seluruh Malaysia. kami juga membantu sesiapa saja yang ingin mencar

Kita ni jangan malas sangat ye lagi-lagi waktu PKP ni nak bersenam. Alasan tak boleh keluar rumah la apa lah. Haloo kece...
27/08/2021

Kita ni jangan malas sangat ye lagi-lagi waktu PKP ni nak bersenam. Alasan tak boleh keluar rumah la apa lah. Haloo kecergasan diri ni dari dalam rumah pun boleh dijaga tau dan benda ni sangat penting sebab:

💙Boleh menjimatkan wang. Apa kaitan pulak? Ehhh off course ada kaitan sebab kalau ualls tak jaga kecergasan badan, senang la penyakit masuk, bila penyakit masuk lagi banyak la ualls akan habis duit. Jadi better jaga kesihatan tu dulu dari awal.

💙Tingkatkan jangka hayat dan mengelakkan kecederaan sebab orang yang rajin senam ni dia punya kekuatan otot ni jauh lebih baik. So tak da la senang tercedera.

💙Jadi lebih sihat. Yang ni tak payah cakap sebab memang kebaikan utama yang kita dapat ni adalah jadi lebih sihat sebab bila bersenam ni otot dan tulang kita akan jadi lagi kuat tauu. So kalau dah berumur pun masih cergas lagi.

Jadi jagalah kecergasan diri ualls tu betul-betul. Semua untuk menjaga kesihatan kita sendiri. Nanti kalau dah sakit lagi banyak kita kena melabur.

Semua orang tahu jantung adalah organ paling penting. Tapi tak semua orang tahu macam mana nak jaga jantung kita dengan ...
27/08/2021

Semua orang tahu jantung adalah organ paling penting. Tapi tak semua orang tahu macam mana nak jaga jantung kita dengan sihat. Meh sini kak sumo bagi tips.

💙 Korang kena kekalkan berat badan yang sihat kerana berat badan yang sihat dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dengan tekanan darah anda.

💙Amalkan diet yang baik untuk jantung. Pilihlah makanan yang rendah lemak tepu dan berkolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak dan kurangkan makanan bergoreng.

💙Kekalkan tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah dalam lingkungan normal. Lakukan pemeriksaan tahunan supaya dapat mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amalkan diet yang seimbang.

💙 Lakukan aktiviti fizikal. Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat.

💙 Akhir sekali, elakkan daripada tekanan stres berlebihan. Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita.

Moga tips ini dapat bantu korang sedikit sebanyak bagi mengekalkan kesihatan jantung kita.

Adoiiiii sakitnya segala sendi kat badan ni. Nak duduk tak boleh, diri pun tak selesa. Apa nak buat ni? Okay jom Kak Sum...
27/08/2021

Adoiiiii sakitnya segala sendi kat badan ni. Nak duduk tak boleh, diri pun tak selesa. Apa nak buat ni? Okay jom Kak Sumo share.

💙Untuk ualls yang ada masalah sakit sendi yang ringan, ualls boleh reda kan sakit sendi tu dengan biarkan sendi tu berehat. Jangan buat apa-apa yang memaksa sendi ualls tu bekerja.

💙Kerap menggunakan “cold pack” pada bahagian sendi yang tercedera ni tau. Paling kurang 30 min untuk kurangkan bengkak dan keradangan.

💙Lepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas. Dan ualls boleh la urut dengan lembut ya sendi yang cedera tu.

💙Guna ubat penahan sakit macam paracetamol tu ke untuk legakan segala kesakitan yang ualls alami.

Please alert okay ualls. Sistem imun badan ni perlu di jaga dengan betul untuk elakkan ualls jatuh sakit. Ualls nak tau ...
27/08/2021

Please alert okay ualls. Sistem imun badan ni perlu di jaga dengan betul untuk elakkan ualls jatuh sakit. Ualls nak tau tak apa penyebab sistem imun badan ni jadi lemah?

💙Stres. Ualls mesti pernah rasakan berada dekat dalam keadaan stress. Semua sakit masa tu, badan la kepala la, jadi bila segala sakit-sakit tu bergabung maka senang lah ualls jatuh sakit.

💙Kurang aktif. Tolong la jangan malas sangat bersenam tu ye ualls. Rajin-rajin la keluarkan peluh. Kalau malas sangat keluarkan peluh dengan sauna.

💙Kurang tidur. Ualls kena tau ye masa kita tidur ni pun, sel-sel dalam badan ni masih bekerja untuk melawan jangkitan kuman dan penyakit. Jadi kalau tidur ualls terganggu, maka terganggu lah benda lain.

💙Dehidrasi. Kekurangan air dalam badan pun antara penyebab utama badan kita ni senang untuk dijangkiti penyakit.

💙Kurang pengambilan nutrisi yang diperlukan. Jangan memilih sangat makanan tu ye. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan untuk tingkatkan lagi sistem imun dalam badan ualls.

Kalau dah satu hari hidup huru hara nak uruskan rumah nak uruskan anak-anak lagi mesti stress and penat tauu. Kadang tu ...
27/08/2021

Kalau dah satu hari hidup huru hara nak uruskan rumah nak uruskan anak-anak lagi mesti stress and penat tauu. Kadang tu sepanjang hari rasa nak marah.

So untuk suri rumah, why not ualls ambik masa 10-15 min setiap hari lebih afdhal pada waktu malam sebelum tidur untuk manja kan diri ualls dengan bersauna. In sha Allah esok pagi ualls akan lebih segar nak memulakan hari yang baru.

Jangan peduli dengan mereka yang ingin menjatuhkan mu. Kerana orang yang ingin menjatuhkan mu akan sentiasa berada dibaw...
27/08/2021

Jangan peduli dengan mereka yang ingin menjatuhkan mu. Kerana orang yang ingin menjatuhkan mu akan sentiasa berada dibawah mu.

Kita kalau bekerja memang sampai tak hirau pasal fizikal kita. Yang penting siap! Sebenarnya guys, ualls kena risau angg...
27/08/2021

Kita kalau bekerja memang sampai tak hirau pasal fizikal kita. Yang penting siap! Sebenarnya guys, ualls kena risau anggota badan lagi-lagi pinggang kita ni.

Nak guna lama, sampai tua. Nanti belum tua lagi dah ada yang bongkok. Korang boleh guna tips ini supaya pinggang kita terjaga :

💙Menjaga Postur Badan
Elakkan dari membongkok semasa anda bekerja. Jika anda terpaksa duduk untuk masa yang lama, biasakan diri untuk duduk bersandar dengan tegak.

💙Bersenam dan membuat regangan. Senaman dan regangan boleh membantu melegakan ketegangan dan tekanan pada tubuh badan. Anda boleh lalukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

💙Berjalan-jalan Sebentar
Apabila badan mula terasa lenguh, digalakkan untuk bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan sebentar.

Berjalan di sekeliling pejabat selama seminit dua sudah cukup untuk mengubah postur badan dan menjana pengaliran darah.

Sayangi korang punya pinggang ya

27/08/2021

Jangan la percaya kalau laki ualls bebel ualls beli sauna tau. Takut jadi macam ni haa.

Kita selalu masak sedap sangat sampai suami kita buncit. Alamak! Rupanya ada satu aktiviti yang boleh kekalkan perut kit...
27/08/2021

Kita selalu masak sedap sangat sampai suami kita buncit. Alamak! Rupanya ada satu aktiviti yang boleh kekalkan perut kita maintain iaitu PLANK. Tahu tak korang?

Bagitau suami korang aktiviti ini supaya nampak kelihatan handsome dekat mata kita. Tapi agak-agak nak PLANK pun tak sempat tak apa sebab sauna kan ada.

Adoiiii stressnya la duduk rumah tak boleh keluar ni. Ualls, stress tu stress jugak tapi ualls tau tak yang stress tu ad...
21/08/2021

Adoiiii stressnya la duduk rumah tak boleh keluar ni. Ualls, stress tu stress jugak tapi ualls tau tak yang stress tu ada dua jenis.

💙Eustress. Eustress ni dia adalah stress yang positif sebab dia macam merangsang seseorang tu jadi lebih baik. Cth stress nak kahwin, stress nak mula kerja kat tempat baru.

💙Distress. Stress ni tak helok sebab stress ni boleh menyebabkan seseorang tu patah semangat. Contohnya macam stress putus cinta ke, stress kena buang kerja ke. Sebab dia boleh effect mental health kita.

So antara cara nak hilangkan stress ni dengan bersauna la ualls. Baru hilang sikit segala beban kat kepala tu. Semangat sikit nak mulakan hari baru.

Yang kerja asik nak tidur tu je boleh skip eh posting ni sebab hari ni Kak Sumo nak fokus pada yang susah sangat nak jag...
20/08/2021

Yang kerja asik nak tidur tu je boleh skip eh posting ni sebab hari ni Kak Sumo nak fokus pada yang susah sangat nak jaga tidur. Ualls tau tak kenapa tidur ni sangat penting dalam hidup kita.

💙Untuk merangsang memori dan proses pembelajaran. Ualls tau tak yang ada kajian kata orang yang tidur lepas belajar ni keputusan ujian dia lebih baik. Sebab tu kalau ualls perasan diorang yang tidur sekejap selepas belajar ni lagi senang untuk ingat apa yang diorang belajar.

💙Mengawal metabolisme dan berat badan. Waktu tidur yang kurang antara punca berat badan senang naik sebab masa tidur pun badan kita ni masih membakar kalori.

💙Penting untuk kesihatan diri dan orang sekeliling. Kalau dah malam tak cukup tidur memang siang asik letih je la. Bila siang letih tu yang kadang tertidur masa memandu atau masa bekerja. So kan bahaya tu.

💙Mengekalkan mood yang baik. Bila letih dan mengantuk ni kita jadi susah tau nak kawal mood. Tu yang jadi senang marah. So kan tak best tu.

💙Penting untuk kesihatan jantung. Ualls tau tak yang gangguan tidur yang teruk ni dia boleh meningkatkan risiko penyakit jantunh sebenarnya.

💙Meningkatkan sistem imun. Bila tidur kita ni tak menentu, sistem badan kita pun terjejas tau termasuk sistem imun. So ualls senang dapat penyakit tau nanti.

Jadi make sure dapatkan tidur yang cukup. Tapi jangan pulak ualls tidur sepanjang hari. Itu tak sihat namanya. Kalau nak dapat kan tidur yang lena ualls boleh bersauna sebab salah satu manfaat bersauna adalah untuk bantu dapatkan tidur yang lena.

Address

Keningau

Telephone

+60133309592

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sumosauna Sabah_Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram