06/05/2026
JULUNG KALI! EYECARE4U PENSIANGAN BERSAMA PERSATUAN PERUBATAN & KEBAJIKAN HOSPITAL KENINGAU
Jabatan Oftalmologi Hospital Keningau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Perubatan & Kebajikan Hospital Keningau atas sokongan padu dan kerjasama dalam menjayakan Program EYECARE4U Pensiangan 2026.
Ini adalah aktiviti julung kali di bawah naungan persatuan yang menjadi tunjang kebajikan warga Hospital Keningau. Komitmen dan dedikasi persatuan dalam menyokong inisiatif outreach kami membuktikan bahawa kebajikan kakitangan dan khidmat komuniti dapat berjalan seiring untuk memberi impak positif kepada masyarakat.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Sokongan ini menjadi pemangkin semangat buat seluruh pasukan Jabatan Oftalmologi untuk terus komited menyampaikan perkhidmatan kesihatan mata berkualiti kepada komuniti luar bandar.
Semoga kerjasama strategik ini berterusan demi manfaat bersama warga Hospital Keningau dan komuniti setempat.