30/01/2026
Adakah anda ingin MENDAFTAR PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH FARMASI bagi pengambilan bekalan ubat susulan dari fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)??
Kini menjadi lebih MUDAH dan CEPAT dengan menggunakan APLIKASI TELEFON PINTAR "MyUBAT"!!
MyUBAT kini menawarkan dua jenis perkhidmatan iaitu:
1. SISTEM TEMUJANJI: Pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat susulan di fasiliti kesihatan pada tarikh temu janji yang telah dipersetujui antara pesakit dan pihak farmasi.
2. UBAT MELALUI POS (UMP): Bekalan ubat susulan pesakit dipos terus ke lokasi pilihan pesakit dengan caj tertentu.
Fasiliti kesihatan di Daerah Melaka Tengah telah menawarkan penggunaan sistem berkenaan iaitu:
1. Klinik Kesihatan Ayer Keroh
2. Klinik Kesihatan Ayer Molek
3. Klinik Kesihatan Batu Berendam
4. Klinik Kesihatan Bukit Rambai
5. Klinik Kesihatan Cheng
6. Klinik Kesihatan Jalan Gereja
7. Klinik Kesihatan Klebang Besar
8. Klinik Kesihatan Peringgit
9. Klinik Kesihatan Seri Tanjung
10. Klinik Kesihatan Sungai Udang
11. Klinik Kesihatan Tengkera
12. Klinik Kesihatan Ujong Pasir
Jika berminat, boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan pegawai farmasi di kaunterπ