Klinik Kesihatan Tunjang Official

Klinik Kesihatan Tunjang Official Government Health Clinic

23/10/2025

Jangan lupa besok 24 okt 2025 Fun Run KK Tunjang 2025 sempena hari sukan negara......jom pakat mai org tunjang smua

18/09/2025

๐Ÿ“ขโœจ Panggilan untuk semua peminat FUN RUN & gaya hidup sihat! โœจ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿ’จ

Sempena Hari Sukan Negara 2025, buat julung kalinya kami di Klinik Kesihatan Tunjang bawakan kepada anda:

๐Ÿ”ฅ *FUN RUN KLINIK KESIHATAN TUNJANG 2025*๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“… 24 Oktober 2025 (Jumaat)
๐Ÿ“ Klinik Kesihatan Tunjang
โฐ 7.00 pagi

Bukan sekadar larian โ€” tapi penuh aktiviti menarik untuk anda sekeluarga! ๐Ÿ’ฏ

๐ŸŽ Apa yang menanti anda?

โœ… Hadiah untuk 5 pelari kategori Lelaki dan Wanita!

โœ… T-shirt eksklusif & medal finisher untuk semua peserta Fun Run berdaftar!

โœ… Sarapan pagi PERCUMA disediakan untuk peserta FUN RUN

๐Ÿ’ฐ Yuran penyertaan:
๐Ÿ‘‰ RM43

๐Ÿ“† Tarikh tutup pendaftaran: 28 September 2025

๐Ÿ“ฒ Daftar segera di sini:
๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/DSMK4yYSh4o3Kact7
๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/DSMK4yYSh4o3Kact7
๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/DSMK4yYSh4o3Kact7

Pengagihan kit larian๐Ÿ…
๐Ÿ“† 22 & 23 Oktober 2025
๐Ÿ“ Unit Fisioterapi / Cara Kerja KK Tunjang
๐Ÿ• 8pg - 5ptg (Rabu) / 8pg -3.30ptg (khamis)

Jom kita sambut Hari Sukan Negara dengan penuh gaya, sihat & ceria! Ajak kawan-kawan, family, dan geng pejabat โ€” lagi ramai lagi meriah! ๐ŸŽ‰



15/09/2025

๐ŸŒบ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“!

Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September untuk memperingati penubuhan Malaysia dan amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selaras dengan tema Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, marilah kita memperkukuh semangat kebersamaan demi masa depan yang lebih sejahtera. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia

Part 3BERSAMA TEAM DENTALSAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE 68 BERSAMA KELAB WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN TUNJANG
29/08/2025

Part 3
BERSAMA TEAM DENTAL
SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE 68 BERSAMA KELAB WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN TUNJANG

PART2 SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE 68 BERSAMA KELAB WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN TUNJANG
29/08/2025

PART2
SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE 68 BERSAMA KELAB WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN TUNJANG

Part 1SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE 68 BERSAMA KELAB WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN TUNJANG
29/08/2025

Part 1
SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE 68 BERSAMA KELAB WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN TUNJANG

29/08/2025

Nyanyian Lagu Negaraku

29/08/2025

Pengambilan sumber antioksidan membantu mengurangkan risiko kanser.
Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul yang dikenali sebagai radikal bebas yang merosakkan sel-sel dan menyumbang kepada pembentukan sel kanser.

Oleh itu, tingkatkan pengambilan sumber antioksidan khususnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari serta amalkan gaya hidup yang aktif dalam usaha mencapai kesihatan yang optimum untuk mencegah kanser dan pelbagai penyakit tidak berjangkit yang lain.

28/07/2025

โ€œJantung kita bukan besi. Bila dipaksa bekerja lebih, lama-lama dia membesarโ€ฆ lalu tewas.โ€

Jantung yang membesar bukan tanda kekuatan tapi tanda ia sedang tenat. Dalam istilah perubatan, ia dipanggil Cardiomegaly.

๐Ÿ” Bagaimana jantung boleh membesar?

Bayangkan pam air yang terpaksa bekerja lebih kuat kerana salurannya sempit, tekanan tinggi, atau bocor begitulah jantung kita.

Setiap satu memaksa jantung mengepam lebih kuat atau lebih laju daripada biasa. Lama-lama, otot jantung jadi besar tapi lemah.

โš ๏ธ Gejala jantung membesar:

โ€ข Cepat penat walaupun buat kerja ringan
โ€ข Sesak nafas bila naik tangga atau baring
โ€ข Bengkak di kaki, pergelangan atau perut
โ€ข Degupan jantung tak sekata
โ€ข Rasa dada berdebar atau berat

Kalau anda pernah alami gejala ini jangan tunggu. Dapatkan pemeriksaan.
Jantung tak pernah minta untuk membesar. Ia cuma cuba bertahan.

Program KELAB WARGA EMAS KK TUNJANG.โ€ฆAKTIVITI FISIOTERAPI 1.Aerobik ex's, senaman opah, parachute gameAKTIVITI CARA KERJ...
24/07/2025

Program KELAB WARGA EMAS KK TUNJANG.โ€ฆ

AKTIVITI FISIOTERAPI
1.Aerobik ex's, senaman opah, parachute game

AKTIVITI CARA KERJA
1.Aktiviti Domestik

AKTIVITI DIETETIK
1. Saringan MNA-SF

AKTIVITI : Saringan ICOpE bersama MO Dan JK

๐Ÿ“๐Ÿ“Jom sertai kami agar lebih sihat lebih aktif

Sarcopenia ialah satu keadaan di mana berlaku kehilangan j***m otot rangka, kekuatan otot, dan fungsi fizikal secara pro...
22/07/2025

Sarcopenia ialah satu keadaan di mana berlaku kehilangan j***m otot rangka, kekuatan otot, dan fungsi fizikal secara progresif, biasanya berkaitan dengan proses penuaan. Keadaan ini boleh menyebabkan kelemahan, ketidakupayaan untuk melakukan aktiviti harian, serta meningkatkan risiko jatuh dan kecederaan

Ciri-ciri utama sarcopenia:

1. Penurunan j***m otot โ€“ otot menjadi lebih kecil dan kurang padat.

2. Kekuatan otot merosot โ€“ susah untuk angkat objek, berdiri lama, atau berjalan jauh.

3. Fungsi fizikal terjejas โ€“ seperti pergerakan menjadi perlahan atau mudah letih.

Punca utama:

Penuaan

Kurang aktiviti fizikal atau tidak aktif

Pemakanan tidak seimbang (kurang protein)

Penyakit kronik (contoh: diabetes, penyakit jantung)

Keradangan kronik atau hormon tidak seimbang

---

Rawatan atau intervensi:

Senaman rintangan (resistance training) โ€“ untuk bina semula kekuatan otot.

Pemakanan seimbang tinggi protein โ€“ bantu pemulihan dan pembinaan otot.

Fisioterapi โ€“ untuk melatih fungsi fizikal, imbangan, dan kekuatan.

Rawatan perubatan โ€“ jika berkaitan dengan masalah kesihatan lain.

22/07/2025

RM 1.00

Masih ramai tak tahu, caj pendaftaran untuk pemeriksaan gigi di klinik kerajaan hanya RM 1.00 (seringgit) sahaja.

Itu pun masih ramai tak nak periksa gigi . Gigi itu amanah. Jaga gigi untuk hari tua.
Kita memerlukan sekurang-kurangnya 20 batang gigi yang berfungsi dengan baik untuk membolehkan kita mengunyah sebarang makanan. Sekiranya kurang atau tiada gigi, perkara ini akan menjejaskan aktiviti mengunyah dan makan, seterusnya menyebabkan badan tidak menerima nutrisi yang lengkap.

๐ˆ๐๐†๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ, ๐ˆ๐๐†๐€๐“ ๐ƒ๐‘. ๐†๐ˆ๐†๐ˆ
๐‰๐Ž๐Œ ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€ ๐†๐ˆ๐†๐ˆ ๐’๐„๐Š๐”๐‘๐€๐๐†๐๐˜๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‡๐”๐ ๐’๐„๐Š๐€๐‹๐ˆ
๐Ÿ”๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐๐˜๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐€๐“๐€๐๐† ๐†๐ˆ๐†๐ˆ




Address

Jalan Kodiang
Kodiang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049291524

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Tunjang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram