Farmasi Ha Nazen

Farmasi Ha Nazen NAZEN MEDICARE SDN.BHD
(1396710-K)

HANYA DI   !! PAYDAY SALES KEMBALI LAGI DENGAN HARGA YANG TERPALING JIMAT !!OCTOBER PAYDAY SALES KALINI BERMULA 24 OKTOB...
24/10/2024

HANYA DI !! PAYDAY SALES KEMBALI LAGI DENGAN HARGA YANG TERPALING JIMAT !!
OCTOBER PAYDAY SALES KALINI BERMULA 24 OKTOBER SEHINGGA 31 OKTOBER 2024 SAHAJA !!
Untuk promosi kalini, banyak produk dan barangan kesihatan yang ditawarkan dengan harga yang luar biasa JIMAT !!
Antaranya ialah :-
๐Ÿ’ฅ CONTOUR PLUS ELITE STARTER KIT + STRIP 25'S ๐Ÿ‘‰๐Ÿป RM49.90 SAHAJA
๐Ÿ’ฅ CHAMPS VIT C 100MG BLACKCURRANT 100'S ๐Ÿ‘‰๐Ÿป RM29.90 SAHAJA
๐Ÿ’ฅ BEROCCA EFFERVESCENT ORANGE 30'S ๐Ÿ‘‰๐Ÿป RM49.90 SAHAJA
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga dengan SUPER JIMAT ini. PROMOSI KALINI SAH SEHINGGA 31 OKTOBER 2024 SAHAJA !!
Jadi, jom sama2 rebut peluang keemasan ini untuk menikmati potongan diskaun untuk setiap item promosi dengan harga yang lebih murah dan jimat.
Kunjungi cawangan-cawangan Farmasi Nazen berdekatan dengan anda SEKARANG JUGA !!
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan ๐Ÿฅณ
Farmasi Nazen, Pasir Mas (www.wasap.my/601115168595/FARMASINAZEN)
Farmasi Anazen, Rantau Panjang (www.wasap.my/601158939871/FarmasiAnazen)
Farmasi BA Nazen, Tanah Merah (www.wasap.my/601110990673/FarmasiBaNazen)
Farmasi Ta Nazen, Kuala Krai (www.wasap.my/6099660673/FarmasiTaNazen)
Farmasi Sa Nazen, Tendong (www.wasap.my/6097183673/FarmasiSaNazen)
Farmasi Ja Nazen, Ketereh (www.wasap.my/6097888033/FarmasiJaNazen)
Farmasi Ha Nazen, Bandar Baru Tunjung (www.wasap.my/6097486673/FarmasiHaNazen)
Farmasi Kha Nazen, Pengkalan Chepa (www.wasap.my/6097981673/FarmasiKhaNazen)
Farmasi Da Nazen, Pasir Mas (www.wasap.my/60107976673/FarmasiDaNazen)
Farmasi Dzal Nazen, Machang (www.wasap.my/60175307369/FarmasiDzalNazen )
Farmasi Ro Nazen, Pasir Puteh (www.wasap.my/6097867673/FarmasiRoNazen )
Farmasi Zai Nazen, Pasir Mas (www.wasap.my/60179589073/FarmasiZaiNazen )
Farmasi Sim Nazen , Pasir Tumboh (www.wasap.my/6097643615/FarmasiSimNazen)
Farmasi Syim Nazen, Wakaf Bharu (www.wasap.my/6097199673/FarmasiSyimNazen)
Farmasi Sod Nazen, Kedai Lalat@Kota Jembal (www.wasap.my/601156600818/FarmasiSodNazen)
Farmasi Dhad Nazen Melor (www.wasap.my/60174059963/FarmasiDhadNazen)
Farmasi Dzo Nazen, Pengkalan Kubor (www.wasap.my/60136147090/FarmasiDzoNazen)
Nazen Healthcare Pasir Mas (www.wasap.my/601110658595/NazenHealthcare)


%

Tahukah anda penjagaan telinga sangat penting๐Ÿ‘‚๐Ÿผโ“Terdapat 2๏ธโƒฃ fungsi telinga iaitu:- pendengaran- โ keseimbanganTelinga pe...
24/10/2024

Tahukah anda penjagaan telinga sangat penting๐Ÿ‘‚๐Ÿผโ“

Terdapat 2๏ธโƒฃ fungsi telinga iaitu:
- pendengaran
- โ keseimbangan

Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.

Apabila kesihatan telinga tidak dijaga dengan baik, anda berisiko untuk mengalami gangguan pendengaran.

Tanda-tanda masalah pendengaran adalah seperti:
- Telinga berdesing
- โ Dengar, tapi tak faham
- โ Sukar mendengar dengan jelas
- โ Menonton televisyen atau mendengar radio terlalu kuat
- โ Selalu salah faham maksud perbualan
- โ Bercakap dengan suara yang kuat

โš ๏ธ Pelihara pendengaran anda dan ahli keluarga. Pastikan anda mendengar dengan selamat. Sayangi telinga anda ๐Ÿ‘‚๐Ÿผโ€ผ๏ธ

Kami kongsikan cara menjaga kesihatan telinga sebagai panduan bersama.

Sumber gambar dan info: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)




๐ŸŽ‰Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang seb...
22/10/2024

๐ŸŽ‰Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran.

Katarak mempunyai empat jenis iaitu:
โ€ข Katarak Nuklear โ€“ Menjejaskan bahagian tengah kanta mata
โ€ข Katarak Kortikal โ€“ Menjejaskan bahagian hujung kanta mata
โ€ข Katarak Sub-kapsular Posterior โ€“ Menjejaskan bahagian belakang kanta mata
โ€ข Katarak Kongenital โ€“ Katarak yang wujud sejak dari lahir lagi

Simptom dan tanda-tanda mata mempunyai katarak adalah:
โœ…Penglihatan berkabus atau kabur
โœ…Warna mungkin tidak kelihatan cerah seperti biasa
โœ…Cahaya, lampu, atau cahaya matahari kelihatan terlalu terang atau kelihatan Halo (lingkaran cahaya yang muncul di keliling sesuatu objek bercahaya, terutamanya matahari dan bulan, semasa cuaca berkabus) boleh muncul di sekitar lampu
โœ…Tidak dapat atau mengalami kesulitan melihat pada waktu malam
โœ…Penglihatan berganda atau berbilang imej dalam satu mata. Simptom ini mungkin hilang apabila katarak menjadi lebih teruk
โœ…Perubahan preskripsi yang kerap pada cermin mata atau kanta sentuh anda

๐ŸŽ‰Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat.

๐ŸŽ‰Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.

๐ŸŽ‰Sekiranya anda mengalami sebarang gejala tersebut, anda perlu mendapatkan penilaian doktor mata yang profesional untuk diagnosis yang tepat dan perancangan rawatan yang sesuai.

Info dan sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Hello Doctor




๐Ÿ“Œ Disebabkan oleh kutu Sarcoptes scabiei var. hominis yang   mengorek lapisan atas kulit๐Ÿ“Œ Kutu betina bertelur di dalam ...
15/10/2024

๐Ÿ“Œ Disebabkan oleh kutu Sarcoptes scabiei var. hominis yang mengorek lapisan atas kulit
๐Ÿ“Œ Kutu betina bertelur di dalam laluan yang dilaluinya
๐Ÿ“Œ Telur & protein kutu menyebabkan tindak balas alahan seperti kegatalan & ruam yang menjadi ciri utama penyakit ini

Peringatan!
๐Ÿ“Œ Basuh cadar & pakaian yang telah digunakan 72 jam lebih awal sebelum rawatan dengan air panas
๐Ÿ“Œ Bagi item yang tak boleh dibasuh, bungkus dalam beg plastik selama 72 jam
๐Ÿ“Œ Permukaan perabot & permaidani haruslah dinyahjangkit dengan haba atau menggunakan penyedut hampagas

Sumber gambar:




Apakah faktor risiko menghidap kanser payudara?Terdapat faktor risiko tertentu yang perlu anda ketahui tentang punca kan...
08/10/2024

Apakah faktor risiko menghidap kanser payudara?
Terdapat faktor risiko tertentu yang perlu anda ketahui tentang punca kanser payudara. Ini termasuk:

1. Jantina wanita (kanser payudara lebih kerap berlaku pada wanita)
2. Sejarah keluarga berkenaan kanser payudara
3. Pembawa mutasi gen BRCA (BRCA 1 dan BRCA 2)
4. Sejarah lalu kanser payudara
5. Kehadiran ketulan payudara
6. Mempunyai anak pertama pada usia yang lebih tua
7. Tidak pernah mengandung (tidak pernah hamil)
8. Penggunaan terapi penggantian hormon
9. Penggunaan alkohol dan rokok
10. Usia lanjut
11. Pendedahan sinaran (daripada rawatan terapi sinaran)
12. Hadi bermula pada usia yang lebih muda (sebelum 12 tahun)
13. Menopaus pada usia yang lebih tua (selepas 55 tahun)
14. Berat badan berlebihan atau obes

Info dan sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)



Influenza atau turut dikenali sebagai flu adalah sejenis penyakit yang mudah merebak dan menjangkiti saluran penafasan (...
30/09/2024

Influenza atau turut dikenali sebagai flu adalah sejenis penyakit yang mudah merebak dan menjangkiti saluran penafasan (hidung, tekak, dan paru-paru).

Bagaimana cara untuk mencegah influenza?

1. Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung atau topeng muka.

2. Amalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti sering membasuh tangan menggunakan sabun dan hand sanitizer.

3. Amalkan adab batuk yang elok dengan menutup hidung dan mulut ketika bersin dan batuk sama ada dengan tisu atau sapu tangan, sekiranya tiada, tutup dengan menggunakan lengan dan siku.

4. Elakkan daripada mengunjungi tempat awam dan rehat di rumah sekiranya mengalami tanda influenza.

5. Dapatkan vaksinasi (vaksin influenza) secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di fasiliti kesihatan swasta.

Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia




Apa itu minyak ikan ? ๐Ÿ‘‰๐ŸปMinyak ikan atau โ€˜fish oilโ€™ diperoleh daripada tisu ikan terutamanya ikan laut seperti tuna, ika...
26/09/2024

Apa itu minyak ikan ?

๐Ÿ‘‰๐ŸปMinyak ikan atau โ€˜fish oilโ€™ diperoleh daripada tisu ikan terutamanya ikan laut seperti tuna, ikan tenggiri, dan makeral.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSumber yang kaya dengan asid lemak omega-3 bagi membantu menyokong kesihatan yang baik.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMinyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 iaitu asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA).

๐Ÿ‘‰๐ŸปDianggarkan 30% dari minyak ini adalah asid lemak omega-3, manakala baki adalah daripada lemak lain.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSesetengah daripadanya juga mengandungi beberapa jenis vitamin seperti vitamin A dan Vitamin D.

Cara pengambilan dos yang betul:

๐Ÿ‘‰๐ŸปDos pengambilan minyak ikan mestilah bergantung kepada kandungan EPA & DHA.

๐Ÿ‘‰๐ŸปDos yang selamat adalah tidak lebih dari 3 gram sehari.

Kesan pengambilan yang berlebihan:

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Sakit perut atau cirit-birit.
๐Ÿ‘‰๐Ÿปโ€˜Oxidative stressโ€™ dan kerosakan DNA yang terdedah kepada kanser prostat.

Semoga dengan perkongsian berkenaan dengan khasiat minyak ikan boleh dijadikan panduan yang bermanfaat kepada semua.



๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐”๐›๐š๐ญ ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ๐ŸŒฟSemua ubat tradisional adalah di bawah kawalan Akta Jualan Dadah 1952. Oleh itu, ...
24/09/2024

๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐”๐›๐š๐ญ ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ๐ŸŒฟ

Semua ubat tradisional adalah di bawah kawalan Akta Jualan Dadah 1952. Oleh itu, penjual ubat tradisional perlu mematuhi peruntukan akta tersebut.

Ubat tradisional yang berdaftar mempunyai nombor MAL diikuti 8 digit dan berakhir dengan huruf โ€œTโ€.

Contohnya : MAL 20041234 T

Semakan nombor pendaftaran boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara iaitu NPRA Product Status di Google Play Store atau Apple App Store๐Ÿ“ฑ

๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’–๐’‚๐’•๐’Œ๐’–๐’‚๐’”๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ญ๐’‚๐’“๐’Ž๐’‚๐’”๐’Š: ๐‘จ๐’ˆ๐’†๐’๐’”๐’Š ๐‘ท๐’†๐’๐’†๐’“๐’‚๐’‹๐’– ๐‘ซ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’†๐’“๐’‚๐’๐’ˆ๐’Š ๐‘ฑ๐’†๐’๐’‚๐’š๐’‚๐’‰ ๐‘ญ๐’‚๐’“๐’Ž๐’‚๐’”๐’†๐’–๐’•๐’Š๐’Œ๐’‚๐’



Sumber ๐Ÿ“Œ
Poster kredit kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor.



Tahukah anda bahawa โ€œTahi Telingaโ€ adalah BUKAN Tahi โ“โ“Ia adalah sejenis bahan berlilin yang dihasilkan oleh kulit dibah...
23/09/2024

Tahukah anda bahawa โ€œTahi Telingaโ€ adalah BUKAN Tahi โ“โ“

Ia adalah sejenis bahan berlilin yang dihasilkan oleh kulit dibahagian lubang telinga.

Fungsi tahi telinga
โœ… Mengeluarkan kotoran dan habuk dalam saluran telinga.

โœ… Bersifat asid untuk melembabkan kulit halus sekitar saluran telinga.

โœ… Bersifat kalis air untuk mencegah air daripada meresap masuk ke salur telinga.

โœ… Menghalang kemasukan serangga kecil seperti semut, lalat dan nyamuk

โœ… Bersifat antibakteria untuk melindungi telinga daripada jangkitan, pembiakan bakteria dan kulat.

Kesan mengorek telinga
โ›” Menolak tahi telinga dengan lebih dalam boleh menyebabkan ia mengeras dan menyumbat lubang telinga.

โ›” Saluran lubang telinga yang terluka boleh mengakibatkan kuman masuk dan terjadinya jangkitan telinga.

โ›” Boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga dan mengakibatkan pesakit boleh menjadi pekak.

Cara betul membersihkan telinga
1๏ธโƒฃ Gunakan ubat titis telinga khas untuk membersihkan telinga.

2๏ธโƒฃ Gunakan minyak zaitun atau baby oil untuk membantu melembutkan dan memecahkan pengumpulan tahi telinga.

3๏ธโƒฃ Bilas telinga dengan air
* Isi picagari dengan air suam, pastikan air tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.
* Letakkan berhampiran saluran telinga dan picit dengan berhati- hati.
* Condongkan kepala sebelah di sinki supaya air dan tahi telinga mengalir keluar.

Credit to : Public Health Malaysia



INSOMNIA ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Adalah suatu gangguan tidur dengan gejala-gejala seperti selalu berasa letih dan lelah sepanjang hari, menga...
19/09/2024

INSOMNIA
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Adalah suatu gangguan tidur dengan gejala-gejala seperti selalu berasa letih dan lelah sepanjang hari, mengalami kesulitan untuk tidur, atau selalu terbangun di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur secara berterusan.

PENGKELASAN INSOMNIA โ“

โ€ข Insomnia Sementara โฐ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Berlangsung untuk beberapa hari
Insomnia sementara berlaku sekiranya terdapat perubahan jangka pendek kepada keadaan persekitaran atau emosi seperti melancong, kemasukan ke hospital atau kegairahan. Biasanya, gelaja masalah tidur ini akan hilang selepas beberapa hari dan tidak sepatutnya menyebabkan masalah tidur yang serius.

โ€ข Insomnia Jangka Pendek โฐ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Berlangsung daripada beberap hari sehingga 3 minggu
Insomnia jangka pendek biasanya menyusuli kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan seseorang seperti kematian ahli keluarga/saudara yang dekat, dibuang kerja atau penceraian. Gejala masalah tidur mungkin akan berlanjutan lebih daripada beberapa hari, tetapi tidak sepatutnya berlanjutan lebih daripada 3 minggu.

โ€ข Insomnia Kronik โฐ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Berlangsung daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun
Insomnia kronik berlaku sekiranya insomnia jangka pendek tidak ditangani dengan baik. Insomnia kronik mungkin akan berlanjutan daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Gelaja masalah tidur mungkin akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh keresahan, pengambilan ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol/ dadah dan masalah perubatan lain.

NASIHAT UNTUK AMALAN TIDUR YANG BAIK IALAH SEPERTI BERIKUT โ€ผ๏ธ
โ€ข Mengamalkan waktu tidur dan waktu bangun tidur yang tetap
โ€ข Kurangkan tidur waktu siang
โ€ข Melakukan senaman harian tetapi elak daripada waktu berdekatan dengan masa tidur
โ€ข Gunakan tempat tidur untuk tidur atau seks sahaja
โ€ข Jangan membaca atau menonton televisen di tempat tidur
โ€ข Jangan makan malam yang terlalu berat sebelum tidur
โ€ข Amalkan amalan tetap sebelum tidur (cth: berus gigi dan basuh muka)
โ€ข Memakai pakaian yang selesa semasa tidur
โ€ข Mendapat pendedahan kepada cahaya yang mencukupi pada siang hari

SUMBER ๐Ÿ“Œ
http://myhealth.moh.gov.my/insomnia/



APA ITU CACAR MONYET (MONKEYPOX)๐Ÿ“ŒVirus cacar monyet bukanlah virus baharu. Cacar monyet ialah penyakit zoonotik virus ya...
15/09/2024

APA ITU CACAR MONYET (MONKEYPOX)

๐Ÿ“ŒVirus cacar monyet bukanlah virus baharu. Cacar monyet ialah penyakit zoonotik virus yang jarang berlaku yang disebabkan oleh genus Orthopoxvirus dalam keluarga Poxviridae.

๐Ÿ“ŒIa berjangkit melalui sentuhan bersemuka dengan ruam, kudis atau cecair badan individu yang dijangkiti dan melalui sentuhan langsung dengan permukaan atau kain yang tercemar dengan virus.

๐Ÿ“ŒSIMPTOM CACAR MONYET

โœ…Demam
โœ…Keletihan
โœ…Sakit kepala
โœ…Sakit otot
โœ…Sakit belakang
โœ…Sakit sendi
โœ…Nodus limfa bengkak
โœ…Ruam biasanya berlaku dalam masa 1 hingga 5 hari selepas gejala awal. Ia bermula pada muka sebelum merebak ke bahagian lain badan yang termasuk mulut, alat kelamin dan dubur. Ruam mungkin menyakitkan atau gatal.

๐Ÿ“ŒTempoh inkubasi (tempoh dari pendedahan kepada simptom awal) untuk cacar monyet biasanya 6 hingga 13 hari tetapi boleh berlanjutan antara 5 hingga 21 hari. Dalam kebanyakan kes, simptom reda dalam masa 2 hingga 4 minggu.

CACAR MONYET DISEBARKAN MELALUI

๐Ÿ“ŒSentuhan langsung dengan ruam, kudis atau cecair badan orang yang dijangkiti. Sentuhan secara langsung termasuk sentuhan bersemuka yang berpanjangan, memeluk, mencium, berpegangan tangan dan hubungan seksual.
๐Ÿ“ŒObjek, fabrik dan permukaan yang tercemar dengan virus.

LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN DARI CACAR MONYET

๐Ÿ“ŒBagi mereka yang melancong ke negara yang mempunyai kes aktif, berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan virus cacar monyet:

โœ…Amalkan kebersihan tangan yang baik pada setiap masa. Basuh tangan anda dengan sabun dan air atau gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol.

โœ…Elakkan sentuhan langsung dengan cecair badan dan bahan tercemar seperti peralatan tempat tidur, dan pakaian yang digunakan oleh individu yang dijangkiti.

โœ…Bincangkan kesihatan seksual anda dan sebarang gejala yang mungkin anda alami dengan pasangan seksual anda.

โœ…Elakkan bersentuhan dengan haiwan liar dan/atau sakit yang boleh menyimpan virus.

Info dari :
https://gleneagles.com.my/ms/health-digest/monkey-pox-cacar-monyet

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขJom jadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harianTanpa perlu mengeluarkan kos anda boleh membakar kalori secara percum...
08/09/2024

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขJom jadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

Tanpa perlu mengeluarkan kos anda boleh membakar kalori secara percuma hanya dengan melakukan aktiviti harian.

Selain dapat mengekalkan berat badan ideal, aktiviti fizikal juga banyak memberikan manfaat lain seperti:
๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธmencegah sakit kronik
๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธmenguatkan otot
๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธmengurangkan stress
๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธmerangsang hormon gembira
๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธmenguatkan ingatan

Senaman tidak memerlukan rutin yang rumit dan tempoh yang lama. Hanya 30 minit sebanyak 3 kali seminggu sudah mencukupi.

Jom bersenam hari ini.

Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

Address

PT 383 (PT1296) TINGKAT BAWAH PUSAT PERNIAGAAN BANDAR BARU TUNJUNG
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 21:45
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+6097486673

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Ha Nazen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Ha Nazen:

Share