Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Bharu-UPKKB

Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Bharu-UPKKB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Bharu-UPKKB, Kota Bharu.

Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Stro...
06/04/2026

Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.

Kenali tanda-tanda awal strok haba

➡️ Letih melampau
➡️ Pening
➡️ Dahaga
➡️ Kulit rasa panas atau kering

Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.

Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.





Credit : KKM

🚨 PENGESANAN AWAL KUSTA @ LAKAR 🚨📢 Ambil langkah proaktif demi kesihatan komuniti!Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu ak...
02/04/2026

🚨 PENGESANAN AWAL KUSTA @ LAKAR 🚨
📢 Ambil langkah proaktif demi kesihatan komuniti!
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu akan mengadakan program pengesanan awal bagi mengenal pasti tanda-tanda penyakit kusta dengan lebih cepat dan tepat.
🗓 Tarikh: 4 April 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Kg Sungai Keladi
⚠️ SEGERA KE KLINIK KESIHATAN JIKA ANDA:
• Pernah kontak dengan pesakit kusta
• Mempunyai tompok putih atau merah pada kulit
• Kawasan kulit TIDAK gatal tetapi kurang atau hilang deria sentuhan
💡 Ingat: Pengesanan awal = Rawatan awal = Cegah komplikasi
🤝 Ayuh hadir dan berikan kerjasama kepada pasukan kesihatan demi kesejahteraan bersama.
📣 Kesedaran anda, perlindungan komuniti kita!

Adakah anda atau ahli keluarga mengalami:🤢 Muntah💧 Cirit-birit😖 Sakit perut⚠️ Ini mungkin tanda awal jangkitan gastroint...
02/04/2026

Adakah anda atau ahli keluarga mengalami:
🤢 Muntah
💧 Cirit-birit
😖 Sakit perut
⚠️ Ini mungkin tanda awal jangkitan gastrointestinal!
👉 Tindakan anda sangat penting!
📲 Imbas QR & buat laporan segera
🤝 Laporan anda membantu pihak kesihatan memantau dan mengawal penularan penyakit dalam komuniti
💬 Ingat:
“Satu laporan, lindungi ramai!”
📍 Laporkan jika ada gejala – ianya sukarela tetapi amat membantu

Lindungi diri daripada cuaca panas terik.Gunakan topi atau payung jika keluar rumah.
01/04/2026

Lindungi diri daripada cuaca panas terik.

Gunakan topi atau payung jika keluar rumah.

🔥 JOM AKTIF LEPAS RAYA! 🔥Cabar diri, bakar kalori, dan raih ganjaran lumayan!💥 CABARAN 300,000 LANGKAH📅 15 April – 15 Ju...
01/04/2026

🔥 JOM AKTIF LEPAS RAYA! 🔥
Cabar diri, bakar kalori, dan raih ganjaran lumayan!
💥 CABARAN 300,000 LANGKAH
📅 15 April – 15 Jun 2026
Lepas raya bukan masa untuk “rehat lama”… ini masa untuk restart gaya hidup sihat! 💪
🚶‍♂️ Jalan sikit hari-hari, kumpul langkah sampai jadi JUARA!
🎁 20 HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!
🏆 Pemenang dengan langkah tertinggi bakal bawa pulang hadiah eksklusif
📜 Semua peserta layak terima E-Certificate
✨ Kenapa anda kena join?
✔️ Kurangkan berat badan lepas raya
✔️ Tingkatkan stamina & kesihatan
✔️ Cabar diri bersama rakan sekerja
✔️ Peluang menang hadiah BEST!
📢 Kepada semua staf PKD Kota Bharu 2026
Jangan lepaskan peluang ini – setiap langkah anda ada nilai!
💬 Ayuh daftar sekarang & mula langkah pertama anda hari ini!
Tag kawan sekerja anda – kita gerak sama-sama! 👇


I've just joined this virtual steps challenge "Cabaran Jom Aktif Lepas Raya PKD Kota Bharu" on BookDoc app. Why don't you join me?
https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3426

can use this link or u can get the link from the challenge also

📢 NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA 📢Dimaklumkan bahawa Klinik Kesihatan Chempaka akan ditutup sementara bermula:📅 05 April 2026...
31/03/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA 📢

Dimaklumkan bahawa Klinik Kesihatan Chempaka akan ditutup sementara bermula:
📅 05 April 2026

Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf bangunan utama.

Klinik akan dibuka semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian:
📞 09-7414800 (PKD Kota Bharu)

Kami dari PKD Kota Bharu memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Terima kasih atas kerjasama dan pemahaman warga Kota Bharu semua.

Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu

























Waspada musim panas
29/03/2026

Waspada musim panas

Cuaca panas ☀️ sedang melanda di beberapa kawasan di Malaysia❗⚠️ Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh ya...
29/03/2026

Cuaca panas ☀️ sedang melanda di beberapa kawasan di Malaysia❗

⚠️ Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.

✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuac...
29/03/2026

✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

Pendedahan kepada cuaca panas ☀️ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan...
29/03/2026

Pendedahan kepada cuaca panas ☀️ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak 💧 tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.

⚠️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba.

‼️Sila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.

Anak-anak selalunya akan leka bermain walaupun di bawah panas terik. Ini meningkatkan risiko dehidrasi dan kejadian stro...
29/03/2026

Anak-anak selalunya akan leka bermain walaupun di bawah panas terik. Ini meningkatkan risiko dehidrasi dan kejadian strok haba.

Awasi anak anda semasa bermain. Jangan biarkan mereka bermain di bawah panas terik.

Ikut tip ini untuk berhari raya pada musim panas✔️ Gandakan pengambilan air kosong✔️ Elak minuman berkafein dan air pana...
29/03/2026

Ikut tip ini untuk berhari raya pada musim panas

✔️ Gandakan pengambilan air kosong
✔️ Elak minuman berkafein dan air panas
✔️ Pakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah
✔️ Mandi dengan kerap
✔️ Awasi aktiviti kanak-kanak dengan memastikan mereka minum air secara berkala

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

Address

Kota Bharu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Bharu-UPKKB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share