Pusat Rawatan al-Mateen

Pusat Rawatan al-Mateen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Rawatan al-Mateen, Medical and health, Pusat Rawatan al-Mateen Lot 1929 Kampung Kubang Tuman, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

[Pengubatan Kerohanian Melayu]

Kami mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja yang ingin berikhtiar mengubat dari segala jenis gangguan jin, sihir atau zat jahat.

KHADAM + HUBUNGANNYA DENGAN SAKAKhadam merujuk kepada makhluk halus (jin) yang “berkhidmat” kepada seseorang, biasanya b...
14/04/2026

KHADAM + HUBUNGANNYA DENGAN SAKA

Khadam merujuk kepada makhluk halus (jin) yang “berkhidmat” kepada seseorang, biasanya berkait dengan amalan tertentu dalam tradisi lama seperti ilmu pendinding, pengasih atau perbomohan.

Dalam kefahaman masyarakat, khadam dilihat sebagai “pembantu”. Namun dari sudut hakikat, ia adalah hubungan antara manusia dan jin yang terbina melalui:

• Amalan tertentu
• Perjanjian (secara sedar atau tidak)
• Wirid atau ritual yang melibatkan makhluk halus

°°° °°° °°°

BAGAIMANA KHADAM BERFUNGSI?

Khadam boleh memberi kesan seperti:

• Membantu dalam perkara tertentu (contoh: “menjaga”, memberi isyarat)
• Menguatkan keyakinan pemilik terhadap sesuatu amalan
• Menjadi perantara dalam perkara luar kebiasaan

Namun, perlu difahami bahawa:
Segala bentuk bantuan daripada jin tetap mempunyai risiko dan kesan jangka panjang.

°°° °°° °°°

DARIPADA KHADAM MENJADI SAKA

Satu perkara penting yang sering berlaku:

Khadam tidak “hilang” apabila tuannya meninggal dunia sebaliknya ia akan terus mencari “tuan baru” dalam kalangan waris atau kekal dalam keturunan sebagai satu ikatan berterusan.

Di sinilah bermulanya apa yang disebut sebagai saka.

Ringkasnya:
Khadam semasa hidup → menjadi saka selepas kematian jika tidak diputuskan.

°°° °°° °°°

PERSPEKTIF ISLAM

Dalam Al-Quran, dinyatakan bahawa jin itu wujud, namun manusia tidak dibenarkan bergantung kepada jin.

Hubungan yang melibatkan pergantungan boleh membawa kepada mudarat akidah.

Apa yang dilihat sebagai “khidmat”, boleh berubah menjadi ikatan yang membebankan bukan sahaja kepada diri, tetapi juga kepada keturunan

°°° °°° °°°

KESIMPULAN

Khadam bukan sekadar “pembantu ghaib”, tetapi satu bentuk hubungan yang berpotensi berpanjangan.

Jika tidak difahami dan tidak diputuskan dengan betul, ia boleh berterusan dalam keturunan dan dikenali sebagai saka.

APA ITU SAKA?Saka ialah istilah dalam budaya Melayu yang merujuk kepada warisan makhluk halus (jin/khadam) yang diturunk...
14/04/2026

APA ITU SAKA?

Saka ialah istilah dalam budaya Melayu yang merujuk kepada warisan makhluk halus (jin/khadam) yang diturunkan daripada seseorang kepada keturunannya.

Biasanya ia berkait dengan:

1) Ilmu lama (ilmu kebal, pengasih, pendinding, perbomohan)

2) Perjanjian dengan jin

3) Amalan tertentu yang melibatkan bantuan makhluk halus

Maksud mudah:
Saka = “jin warisan keluarga” yang pernah dipelihara atau dipakai oleh ibubapa, nenek moyang.


BAGAIMANA SAKA BOLEH TERJADI?

1. Perjanjian Lama :
Nenek moyang buat perjanjian dengan jin (sedar atau tidak)

Contoh: untuk kekuatan, perlindungan, atau kelebihan tertentu

2. Amalan Ilmu :
Ilmu batin, ilmu pengasih
Ada “khadam” yang membantu

3. Pemindahan Sebelum Mati
Orang tua “serah” saka secara langsung
Kadang melalui mimpi, sentuhan, atau lafaz tertentu

4. Tanpa Sedar (Warisan Automatik)
Bila pemilik asal meninggal, jin mencari waris. Biasanya pilih keturunan yang “sesuai”


TANDA-TANDA ADA SAKA

🔹 Tanda Fizikal
Sakit berpindah-randah (scan hospital tiada punca jelas)
Badan berat terutama waktu malam
Lenguh atau kebas tertentu

🔹 Tanda Emosi & Mental
Cepat marah / emosi tidak stabil
Rasa ada “dua suara” dalam diri
Kadang rasa bukan diri sendiri

🔹 Tanda Gangguan
Mimpi pelik (ular, orang tua, makhluk)
Nampak bayangan / lembaga
Takut tanpa sebab

🔹 Tanda Khusus Saka
Ada “kelebihan pelik” (boleh scan, rasa benda halus)


BENTUK-BENTUK SAKA

Antara jenis yang biasa disebut:

1) Saka Harimau – kuat, panas, agresif
2) Saka Ular – berkait mimpi ular, gangguan batin
3) Saka Penjaga (Guardian) – jaga tuan tapi ganggu waris
4) Saka Ilmu – datang bersama ilmu tertentu
5) Saka Bomoh / Dukun – paling berat biasanya

Hakikatnya: semua ini tetap jin, cuma “peranan” dan sifat berbeza.


KESAN SAKA DALAM KEHIDUPAN

1. Gangguan Diri
Sakit misteri
Gangguan emosi

2. Gangguan Rumah Tangga
Mudah bergaduh
Rasa tak serasi

3. Gangguan Rezeki
Bisnes susah naik
Banyak halangan pelik

4. Gangguan Spiritual
Susah fokus ibadah
Rasa berat nak zikir / solat


PERSPEKTIF ISLAM

Dalam Islam, jin memang wujud.
Bergantung atau bersekutu dengan jin adalah dilarang.

📌 Saka bukan “anugerah”, tetapi:
Amanah yang salah tempat atau gangguan yang perlu dibersihkan

Bertahun-tahun menderita, akhirnya Allah beri jalan sembuh.Sejak usia muda, pesakit ini sering mengalami kerasukan.Pelba...
14/04/2026

Bertahun-tahun menderita, akhirnya Allah beri jalan sembuh.

Sejak usia muda, pesakit ini sering mengalami kerasukan.

Pelbagai tempat sudah berubat, namun belum menemui kesembuhan yang sebenar.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Selepas 3 sesi rawatan, kini tiada lagi kerasukan berlaku. Keadaan pesakit semakin stabil dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Suaminya p**a hanya mengalami gangguan ringan serta sakit fizikal dan turut menunjukkan perkembangan yang baik selepas rawatan.

Setiap penyakit ada penawarnya. Yang penting usaha & tawakal.

Untuk temujanji mengubat sila tekan link di bawah :

Wasap.my/+601153616769/NakBerubat
Wasap.my/+601153616769/NakBerubat
Wasap.my/+601153616769/NakBerubat

Sebahagian orang silap faham. Semua sakit disangka gangguan. Hakikatnya, gangguan ada simptomnya. Dan bila simptom itu h...
14/04/2026

Sebahagian orang silap faham. Semua sakit disangka gangguan. Hakikatnya, gangguan ada simptomnya. Dan bila simptom itu hilang, maka gangguan juga telah berakhir.

Kes ini jelas:
Sebelum rawatan → ada simptom gangguan.
Selepas rawatan → semua simptom hilang.
Yang tinggal hanya rasa nyucuk di kaki.

Itu bukan gangguan. Itu kemungkinan besar masalah saraf.

Diagnosis yang tepat sangat penting agar rawatan kita tidak melencong dan agar perawat tidak kebingungan.

Untuk temujanji mengubat sila tekan link di bawah :

Wasap.my/+601153616769/NakBerubat
Wasap.my/+601153616769/NakBerubat
Wasap.my/+601153616769/NakBerubat

3 beradik serentak diuji dengan gangguan jin & zat jahat. Hari-hari mereka tidak tenang. Ada masa badan rasa pelik, emos...
14/04/2026

3 beradik serentak diuji dengan gangguan jin & zat jahat. Hari-hari mereka tidak tenang. Ada masa badan rasa pelik, emosi terganggu, dan keadaan makin merunsingkan.

Mereka cuba bertahan, sampai akhirnya ambil keputusan untuk berubat.

Dengan izin Allah, selepas rawatan dilakukan secara berperingkat, perubahan mula dirasai, badan makin ringan, gangguan makin berkurang sehinggalah satu tahap

“Ok dah… simptom semua dah tak ada.”

Alhamdulillah. Kini ketiga-tiga mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa, tenang & stabil.

Kadang gangguan ni bukan nampak pada mata tapi jelas pada rasa dan perubahan diri.

Jika anda alami sesuatu yang pelik pada diri atau keluarga, jangan tunggu sampai makin berat.

Tekan link whatsapp dibawah untuk berubat :
Wasap.my/+601153616769/NakBerubat
Wasap.my/+601153616769/NakBerubat
Wasap.my/+601153616769/NakBerubat

𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 Sedang alami :✅ Sakit badan tanpa sebab?✅ Rasa gelisah, mudah marah?✅ Mimpi pelik atau ditindi...
12/04/2026

𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨

Sedang alami :

✅ Sakit badan tanpa sebab?
✅ Rasa gelisah, mudah marah?
✅ Mimpi pelik atau ditindih?
✅ Gangguan pada rumah?
✅ Diganggu jin atau disihir?

Kami bantu anda melalui kaedah :

1️⃣ Penggunaan upaya roh
2️⃣ Pengubatan ringkas dan tidak menyakitkan
3️⃣ Ikhtiar secara Syar’ie serta bebas dari minda khurafat dan akal tahyul

💠 𝙍𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙨𝙚𝙙𝙞𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙟𝙖𝙧𝙖𝙠 𝙟𝙖𝙪𝙝.

📍𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 : 𝟭𝟵𝟮𝟵 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗞𝘂𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗮𝗻, 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗖𝗵𝗲𝗽𝗮 𝟭𝟱𝟰𝟬𝟬 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗕𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻.

Tekan link di bawah untuk konsultasi & temujanji rawatan :

Wasap.my/+601153616769/NakBerubat
Wasap.my/+601153616769/NakBerubat
Wasap.my/+601153616769/NakBerubat

Gangguan bertahun-tahun sejak sebelum kahwin lagi.Bukan gangguan biasa, makhluk halus yang kuat dan degil.Masuk alam rum...
11/04/2026

Gangguan bertahun-tahun sejak sebelum kahwin lagi.

Bukan gangguan biasa, makhluk halus yang kuat dan degil.

Masuk alam rumah tangga, masih menghantui. Hidup jadi tak tenang, emosi terganggu, badan pun tak stabil. Tapi dengan izin Allah, hanya 3 sesi rawatan sahaja. Hari ini tiada lagi gangguan, badan kembali ringan, hidup lebih tenang & normal

“Alhamdulillah lepas berubat setakat ni, dah tak ada apa-apa dah.”
Itu sendiri pengakuan pesakit.

Air rawatan juga dibekalkan sebagai ikhtiar tambahan.

Jangan biar lama-lama kerana gangguan jenis ni tidak hilang sendiri, boleh jadi makin kuat, boleh ganggu rumah tangga & emosi

Rawatan yang betul + izin Allah = Boleh selesai walaupun kes lama.

PM sekarang untuk konsultasi & rawatan :

Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik


Pesakit ini datang dengan keadaan:1) Gangguan jin yang sudah lama2) Zat jahat dalam badan3) Sakit dan lenguh dipinggul b...
11/04/2026

Pesakit ini datang dengan keadaan:

1) Gangguan jin yang sudah lama
2) Zat jahat dalam badan
3) Sakit dan lenguh dipinggul berpanjangan kesan bisa ular
4) Badan lemah, kurang peluh (tanda sistem tubuh terganggu)

Selepas rawatan:

✓ Lenguh di pinggul hilang.
✓ Badan mula berpeluh (tanda tubuh kembali normal).
✓ Rasa semakin sihat & bertenaga.
✓ Gangguan semakin lemah dan hilang.

“Dulu jarang berpeluh, sekarang rasa sihat dan berpeluh” (pesakit)

👉 Ini petanda badan sudah kembali berfungsi secara normal setelah gangguan dibersihkan.

Hanya dengan 3 sesi rawatan, keadaan pesakit berubah dengan izin Allah.

Jangan biar gangguan lama bersarang dalam badan. Semakin lama dibiarkan, semakin sukar untuk dirawat.

Dapatkan rawatan segera!
Ikhtiar + tawakal = jalan kesembuhan

Untuk temujanji mengubat sila tekan link di bawah :

Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik

Seorang pesakit datang dengan masalah sukar tidur (insomnia) yang berpanjangan.Bila malam, mata segar, badan letih tapi ...
11/04/2026

Seorang pesakit datang dengan masalah sukar tidur (insomnia) yang berpanjangan.
Bila malam, mata segar, badan letih tapi langsung tak boleh lena.

Setelah diperiksa, didapati ada gangguan halus yang berpunca dari tempat kerja.

Saya lakukan clearing di tempat gangguan.
Rawatan dilakukan pada pesakit.
Dibekalkan air rawatan untuk amalan harian.

Alhamdulillah, perubahan mula dirasai. Dah boleh tidur. Tidur semakin lena. Konsisten bertambah baik. Bahkan selepas tempoh yang agak lama, bila ditanya semula, keadaan masih baik. Tidur sudah kembali normal.

Kita berikhtiar, Allah yang menyembuhkan.

Jika anda atau ahli keluarga mengalami: -Sukar tidur tanpa sebab jelas.
-Rasa gelisah waktu malam.
-Badan letih tapi mata segar.
Mungkin itu bukan sekadar fizikal

Hubungi saya untuk pemeriksaan & rawatan
Pusat Rawatan Al-Mateen
(Tuan Yusuff)
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik

“Gangguan bertahun-tahun akhirnya Allah izinkan sembuh.”Pesakit mengalami gangguan yang berlarutan lama. Selepas sesi ra...
11/04/2026

“Gangguan bertahun-tahun akhirnya Allah izinkan sembuh.”

Pesakit mengalami gangguan yang berlarutan lama. Selepas sesi rawatan, pesakit dibekalkan air rawatan untuk diminum dan dibuat bilasan mandi.

Hari pertama minum, pesakit mengalami reaksi kuat : badan terasa sakit seluruhnya, lemah seperti “kain buruk”, tidak mampu bangun. Ini adalah tanda proses pembersihan sedang berlaku.

Namun pesakit teruskan ikhtiar menggunakan air rawatan dengan istiqamah.

Hari seterusnya alhamdulillah, keadaan semakin pulih. Sakit sendi hilang, tiada lagi gangguan, tidur kembali tenang.

Dengan izin Allah, gangguan yang bertahun akhirnya terangkat. Tidak perlu lagi sesi rawatan seterusnya.

Untuk temujanji mengubat sila tekan link di bawah :

Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik

[ KES GANGGUAN SELEPAS MEMBERSIHKAN SEMAK ]Nampak macam biasa, tapi rupanya ada sesuatu yang “terganggu”.Seorang pesakit...
11/04/2026

[ KES GANGGUAN SELEPAS MEMBERSIHKAN SEMAK ]

Nampak macam biasa, tapi rupanya ada sesuatu yang “terganggu”.

Seorang pesakit datang dengan aduan
1) Kulit terasa merenyam & gatal tanpa sebab jelas
2) Sakit urat yang mencucuk-cucuk
3) Badan jadi tidak sedap selepas kerja membersihkan kawasan semak tebal menggunakan jentolak

Pada awalnya disangka hanya keletihan atau alahan biasa, namun selepas didiagnos, didapati terdapat gangguan jin serta zat jahat yang melekat pada tubuh.

Kawasan semak tebal & lama terbiar bukan sekadar tempat biasa, ada yang “menghuni” tanpa kita sedari.

Alhamdulillah, dengan izin Allah selepas rawatan, rasa merenyam & gatal hilang, sakit urat semakin berkurang, badan kembali ringan dan stabil

Pengajaran : Tidak semua sakit datang dari fizikal, ada yang berpunca dari gangguan yang tidak terlihat oleh mata kasar.

Jika anda alami simptom pelik selepas
- Masuk hutan / semak
– Kerja berat di kawasan lama
– Atau tiba-tiba badan berubah tanpa sebab
Jangan tunggu sampai melarat.
Pusat Rawatan Al-Mateen sedia membantu.

Untuk temujanji mengubat sila tekan link di bawah :

Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik

Kadang kita sangka biasa, Rupanya ada gangguan halus pada suasana.Bila rumah dibersihkan, Anak yang tadinya menjerit tan...
11/04/2026

Kadang kita sangka biasa, Rupanya ada gangguan halus pada suasana.

Bila rumah dibersihkan, Anak yang tadinya menjerit tanpa sebab kembali tenang seperti sediakala.

Alhamdulillah, semua dengan izin Allah.

Untuk temujanji mengubat sila tekan link di bawah :

Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik
Wasap.my/+601153616769/RawatanMistik

Address

Pusat Rawatan Al-Mateen Lot 1929 Kampung Kubang Tuman, Jalan Pengkalan Chepa
Kota Bharu
15400

Telephone

+601153616769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan al-Mateen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan al-Mateen:

Share