19/01/2025
Bismillah
Takaful Bukan Untuk Orang Kaya Sahaja
==============================
Hari ni Dr. Norzila nak bebel sikit. Bebel-bebel sayang, sebab ada sedikit ilmu yang rasa rugi kalau tak dikongsi. Ramai dah tahu saya juga perunding takaful, kenap saya sanggup terjun ke dunia takaful? Pasti ada alasan yang kukuh. Sebab bil saya dah faham dan ada ilmu saya rasa nak beritahu satu dunia kenapa penting sangat-sangat ambil perlindungan takaful.
Sahabat-sahabat semua, pernah tak rasa macam ni?
“Eh, takaful ni untuk orang kaya je. Aku ni nak cukupkan makan pun susah, nak bayar takaful macam mana?”
Haa, salah tu. Sebenarnya takaful ni bukan soal kaya atau miskin. Ia soal persediaan, soal perlindungan. Kalau nak ikut logik, orang yang cukup-cukup makan lah yang paling patut ada takaful. Sebab apa? Sebab kalau berlaku sesuatu yang tak dijangka seperti kemalangan, sakit, hilang punca pendapatan, kita ada backup. Kita ada pelampung kewangan supaya tak terus tenggelam.
Bayangkan, seorang ayah yang jadi tulang belakang keluarga tiba-tiba jatuh sakit dan tak boleh bekerja. Kalau tak ada takaful, apa akan jadi? Simpanan mungkin habis untuk bayar rawatan. Anak-anak mungkin kena berhenti sekolah sebab tak mampu bayar yuran. Kalau ada hutang rumah, mungkin terpaksa gadai rumah sebab tak ada sumber nak bayar pinjaman. Allahu…
Kalau ada takaful, lain ceritanya. Rawatan dilindungi. Keluarga masih boleh teruskan hidup tanpa terbeban. Anak-anak tetap boleh belajar. Rumah tetap ada tempat berteduh.
Kenapa Takaful Penting untuk Semua?
———————————————————-
1. Lindungi Kewangan
Hidup ni tak boleh dijangka. Bila ada takaful, sekurang-kurangnya kita tahu kita tak perlu risau kalau berlaku musibah yang perlukan kos besar.
2. Pelan yang Mampu Milik
Jangan fikir semua pelan mahal. Ada je pelan yang sesuai dengan bajet. Ambil yang asas dulu. Ingat, sikit lebih baik daripada tiada langsung.
Jaminan untuk Keluarga
Kalau apa-apa berlaku, waris kita tetap terjaga. Anak-anak takkan terpaksa berhenti sekolah, dan pasangan kita tak perlu pikul semua tanggungjawab seorang diri.
Tenang Hati
Bila kita tahu kita dah bersedia, hati pun lebih tenang. Kita boleh fokus pada usaha, tahu yang keluarga kita ada perlindungan.
3. Jangan Tunggu Kaya
Sahabat-sahabat semua, takaful ni bukan pasal siapa kaya, siapa miskin. Ia tentang siapa yang bijak merancang untuk masa depan. Jangan tunggu ada duit lebih, sebab kalau musibah datang dulu, kosnya jauh lebih besar daripada bayaran bulanan takaful.
Kita sanggup bayar untuk telefon baru, pergi bercuti, makan sedap-sedap. Tapi kenapa bila bab perlindungan, kita rasa macam mahal sangat? Fikir balik ya.
Bebel ni tanda sayang. Harap sahabat semua dapat ambil sedikit masa untuk fikirkan tentang ni. Mulakan dengan apa yang mampu. Jangan tunggu hingga terlambat. Sebab bila terlambat, kita takkan dapat balik masa yang dah berlalu.
Jadi, langkah kecil hari ni mungkin jadi penyelamat besar untuk esok. Nak hidup lebih tenang? Pastikan takaful ada dalam perancangan kita. InsyaAllah, Allah mudahkan segalanya.