Jus Delima Asli Untuk Ibu Hamil

Jus Delima Asli Untuk Ibu Hamil BERKONGSI MANFAAT DAN KEBAIKAN JUS DELIMA UNTUK IBU MENGANDUNG KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA

4 TIPS MENGAWAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG1) MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECILIbu mengandung disarankan agar makan lebi...
09/05/2023

4 TIPS MENGAWAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG
1) MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL
Ibu mengandung disarankan agar makan lebih 300 ke 400 kalori sahaj berbanding biasa untuk tumbesaran bayi yang sihat.
2) PASTIKAN MINUM AIR SECUKUPNYA
Pengambilan air yang mencukupi, berat badan dapat dikawal semasa hamil kerana dapat mengurangkan keinginan untuk makan antara waktu makan.
3) KURANGKAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS
Apabila makanan bergula dikurangkan, badan akan menggunakan sumber tenaga yang tersimpan sekaligus membantu mengurangkan berat badan ibu.
4) REHAT YANG MENCUKUPI
Rehat yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan pertambahan berat badan, hal ini kerana tahap metabolism yang menurun dan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan.

6 MAKANAN SUNNAH UNTUK IBU MENGANDUNG1) BUAH DELIMABuah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat m...
08/05/2023

6 MAKANAN SUNNAH UNTUK IBU MENGANDUNG
1) BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat mengimbangi tekanan darah di mana ianya baik untuk ibu mengandung yang mengalami pre-eklampsia. Ianya bagus untuk ibu hamil yang ada hemoglobin rendah dan kencing manis.
2) KURMA
Kurma kaya dengan protein dan pelbagai vitamin. Kurma juga menyelaras sistem saraf kerana ia mengandungi gula semula jadi. Kalsium di dalam kurma dapat menguatkan otak bayi anda dan dapat menambahkan tenaga sepanjang kehamilan.
3) BUAH TIN
Buah tin kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi. Buah tin mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak dan dipercayai bagus untuk kecerdasan otak.
4) MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun kaya dengan polyphenols sejenis antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan. Ia juga kaya dengan asid lemak sihat seperti Omega 3 dan Omega 6. Asid lemak ini dapat membantu untuk perkembangan bayi.
5) MADU
Madu mengandungi antibiotic semula jadi dan mampu mengurangkan kesan alergi atau alahan.
6) SUSU
Susu merupakan satu produk tenusu yang memberikan nutrisi yang baik untuk ibu mengandung. Susu juga boleh membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada ibu mengandung dan juga kandungan.

6 NUTRIEN PENTING UNTUK IBU MENGANDUNG1) ASID FOLIKAsid folik merupakan vitamin B yang penting untuk pembahagian sel dan...
08/05/2023

6 NUTRIEN PENTING UNTUK IBU MENGANDUNG
1) ASID FOLIK
Asid folik merupakan vitamin B yang penting untuk pembahagian sel dan pembentukan organ. Nutrien ini dapat membantu mencegah kecacatan otak dan saraf tunjang pada bayi dan anemia pada ibu mengandung.
2) ZAT BESI
Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Pengambilan zat besi yang tidak mencukupi boleh menyebabkan anemia pada ibu mengandung.
3) VItamin A
Vitamin A berfungsi untuk menggalakkkan pertumbuhan sel dan tisu, dan juga boleh mencegah rabun malam. Ibu mengandung boleh mendapatkan Vitamin A dari sumber makanan seperti telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran (contohnya, labu, bayam dan brokoli)
4) KALSIUM
Ibu mengandung dan juga kandungan sangat memerlukan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat. Antara sumber kalsium yang baik ialah susu, keju dan yogurt. Antara makanan lain yang mengandungi kalsium ialah tauhu, sayur-sayuran berdaun hijau, ikan bilis serta susu soya.
5) Vitamin C
Vitamin C diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam tulang, otot dan saluran darah. Bagi ibu mengandung disyorkan untuk mendapatkan Vitamin C daripada sumber makanan asli seperti buah-buahan.
6) ASID LEMAK OMEGA-3
Asid Docosahezaenoic (DHA), salah satu daripada asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk perkembangan otak dan mata. Antara sumber makanan yang kaya dengan DHA ialah ikan salmon, sardin, tuna dan telur.

5 MAKANAN YANG BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG1. BUAH DELIMABuah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan...
07/05/2023

5 MAKANAN YANG BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
1. BUAH DELIMA
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.
2. BUAH TIN
Buah tin dapat membantu mengurangkan kelelahan, pembuangan toksin, dan dapat mengawal tekanan darah.
3. MADU LEBAH
Madu lebah dapat memberikan kesan yang baik jika mengalami masalah gastrik semasa hamil. Ibu hamil dan masalah gastrik memang tidak dapat dipisahkan, jadi ibu hamil boleh ikhtiar dengan mengamalkan madu lebah.
4. KEKACANG
Kekacang sangat penting dalam pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain bagi bayi di dalam kandungan anda. Selain itu ia juga membantu menjaga kesihatan otot dan saraf anda.
5. BUAH EPAL
Membantu melancarkan proses pencernaan, sekaligus dapat mngelakkan masalah sembelit. Selain itu, buah epal juga dapat mengurangkan rasa mual dan mengurangkan bengkak pada tangan dan kaki ibu mengandung.

Jus delima asli dengan aroma buah delima yang sungguh lazat. Jus Delima Organik Sihate adalah 100% tulen dari buah delim...
02/05/2023

Jus delima asli dengan aroma buah delima yang sungguh lazat. Jus Delima Organik Sihate adalah 100% tulen dari buah delima yang berkualiti dan kaya dengan pelbagai khasiat bahan semula jadi.
Antara kelebihan jus delima organik Sihate :
- Diiktiraf halal Jakim
- 100% asli & organik tanpa sebarang gula tambahan atau bahan pengawet
- Bebas dari gluten yang membawa kepada kesan sampingan

Bakal mommies semestinya dilema untuk memilih pemakanan yang tepat semasa hamil. Masalah mual, loya dan pening boleh men...
02/05/2023

Bakal mommies semestinya dilema untuk memilih pemakanan yang tepat semasa hamil. Masalah mual, loya dan pening boleh mendatangkan ketidakselesaan sehingga mengganggu rutin harian ibu hamil.
Bakal mommies yang mengalami masalah ini boleh cuba mengamalkan Jus Delima.
Antara khasiat jus delima untuk ibu hamil :
- Mencegah anemia
- Padat dengan asid folik
- Mengelakkan lenguh badan & kekejangan
- Meningkatkan imunisasi tubuh badan
- Membekalkan zat yang mencukupi

Bakal mommies mesti pernah alami masalah macam ni kan?Kebanyakkan ibu hamil akan rasa terganggu dan tidak selesa pada aw...
19/04/2023

Bakal mommies mesti pernah alami masalah macam ni kan?
Kebanyakkan ibu hamil akan rasa terganggu dan tidak selesa pada awal kehamilan. Namun masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dah berkhasiat.
Bakal mommies yang mengalami masalah ini boleh cuba mengamalkan Jus Delima. Jus Delima dari Sihate 100% organik tanpa sebarang campuran gula tambahan. Rasa masam manis kelat 100% daripada perahan buah delima.

19/04/2023

Jus Delima semestinya menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang sangat sedap! Masam masam manis buah delima. 100% perahan buah delima.Tanpa sebarang gula tambahan.
Antara khasiat Jus Delima:
- Baik untuk penghadaman
- Membantu mengurangkan masalah loya, mual, "Morning Sickness" bagi ibu mengandung
- Membantu menaikkan HB bagi ibu mengandung

Address

TAMAN AL QARI
Kota Bharu
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jus Delima Asli Untuk Ibu Hamil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share