Ceramah Kesihatan Flex Physiotherapy

Ceramah Kesihatan Flex Physiotherapy Team Flex Physiotherapy telah banyak menjalankan ceramah kesihatan di syarikat kerajaan dan swasta.

06/01/2026
06/01/2026
06/01/2026
06/01/2026
06/01/2026
06/01/2026

Minggu lepas, semasa karnival KWAP berlangsung selama 3 hari, Flex Physiotherapy dijemput buka booth dan beri talk kesihatan khas untuk pesara dan bakal pesara.
Dalam sesi itu, kami fokus pada topik “Senaman Ringan di Rumah untuk Aktifkan Otot & Sendi (pesara edition)”.
Ramai peserta risau tentang kesihatan selepas bersara. Ada yang kelihatan gelisah kerana pengalaman sebelum ini membuatkan mereka kurang yakin untuk kekal aktif.
Semasa sesi, kami berikan beberapa tips mudah untuk pesara:

✅Berjalan perlahan di tempat atau di halaman rumah
Aktiviti ini sangat mudah tetapi berkesan untuk mengaktifkan otot kaki, meningkatkan peredaran darah.

✅Regangan lutut
Senaman regangan lutut membantu kurangkan kekakuan sendi. Peserta diajar cara regangan yang selamat tanpa risiko cedera.

✅Squat ringan menggunakan kerusi sebagai sokongan
Squat ni bantu kuatkan otot paha, pinggul, dan belakang.Latihan ini juga membantu kurangkan risiko jatuh dalam aktiviti harian.
Peserta mula mencuba senaman ini semasa sesi dan beri respon positif.
Kami harap mereka akan terus buat senaman ringan ini di rumah supaya otot, sendi kekal aktif dan hari persaraan lebih sihat dan bertenaga.
Disclaimer: Gambar ini diambil semasa Encik Zahid dijemput untuk memberikan talk tentang kesihatan anjuran KWAP.

06/01/2026
06/01/2026
06/01/2026
06/01/2026

Baru-baru ni, kami dijemput untuk sertai “Hari Terbuka Masjid Al-Husna”. Selain membuka booth rawatan, pihak masjid juga minta kami beri taklimat ringkas tentang persediaan fizikal untuk bakal jemaah Umrah.
Dalam taklimat tu, kami tekankan kepada para jemaah untuk kuatkan keekuatan fizikal dan stamina senelum berangkat ke tanah suci.
Bayangkan kaki dan lutut terasa lemah semasa tawaf dan sa’i, nak beribadah pun jadi tak selesa. Ada juga yang terpaksa tangguh ke tahun lain, hanya disebabkan masalah otot dan sendi.
Antara topik yang kami bincangkan:

✅ Kekuatan kaki & lutut
Supaya boleh berjalan jauh dan berdiri lama tanpa sakit.

✅ Ketahanan cardio
Penting untuk stamina, terutama bila cuaca panas dan ramai orang.

✅Imbangan badan
Elak jatuh atau terseliuh semasa bergerak dan beribadah.
Yang bestnya, kami tunjukkan senaman ringkas yang boleh dilakukan di rumah, sesuai untuk semua peringkat umur.
Kami juga cadangkan para jemaah dapatkan rawatan fisioterapi 1–2 bulan sebelum berangkat, supaya badan lebih selesa dan bersedia menghadapi perjalanan panjang ke Tanah Suci.
Ramai pengunjung mula sedar tentang isu ini. Ada yang terus cuba senaman, dan ada yang bercadang nak buat sesi fisioterapi awal supaya ibadah Umrah lebih lancar.
𝘋𝘪𝘴𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮𝘦𝘳: 𝘎𝘢𝘮𝘣𝘢𝘳 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘌𝘯. 𝘡𝘢𝘩𝘪𝘥 𝘥𝘪𝘫𝘦𝘮𝘱𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘭𝘪𝘮𝘢𝘵 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘧𝘪𝘻𝘪𝘬𝘢𝘭 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘫𝘦𝘮𝘢𝘢𝘩 𝘜𝘮𝘳𝘢𝘩 𝘥𝘪 𝘏𝘢𝘳𝘪 𝘛𝘦𝘳𝘣𝘶𝘬𝘢 𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘈𝘭-𝘏𝘶𝘴𝘯𝘢, 𝘉𝘢𝘶𝘯𝘨 𝘉𝘢𝘺𝘢𝘮, 𝘒𝘰𝘵𝘢 𝘉𝘩𝘢𝘳𝘶.

Address

Flex Physiotherapy, PT 1572, Jalan Wakaf Che Yeh 11, Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh
Kota Bharu
15150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ceramah Kesihatan Flex Physiotherapy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ceramah Kesihatan Flex Physiotherapy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram