13/05/2016
Tahniah kepada Penguatkuasa Jabatan Perikana Malaysia dalam menjalankan Operasi di Jeti Pelabuhan Pendaratan Perikanan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini. Lihatlah bertapa hebatnya Penguatkuasa Perikanan bila berada di lapangan dgn kekuatan anggota yang begitu bersemangat dalam melaksanakan Operasi ini, Namun kita juga merasa simpati dgn keadaan semasa yang terjadi kepada Peguatkuasa Perikanan yg dahulunya menjadi kegerungan kepada seluruh nelayan kini diibarat seperti jerung kehilangan taringnya, kami Krnk Kelantan merasakan ada beberapa kekangan yang timbul di dalam Jabatan Perikanan dalam melaksanakan tugasan untuk meronda di lautan Samudera, ini mungkin disebabkan masalah bot ronda penguatkuasa Perikanan yang rata-rata dilihat dalam keadaan uzur dan lama, masalah kewangan dan hak kawasan rondaan hanya melibatkan 5 BN kebawah sahaja, Hal ini menyebabkan pergerakan pemantuan dan penguatkuasaan di lautan begitu terbatas.. Namun dgn semangat juang hasil dari aduan Nelayan, Mereka tetap menjalankan amanah Rakyat untuk turun membanteras segala salah laku dan pelangaran syarat lesen yang di benarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Di sini kami Krnk Kelantan menyeru agar pihak Kerajaan Malaysia kaji balik berkaitan dengan hak penguatkuasaan Jabatan Perikanan terutamanya bahagian Penguatkuasaan.. Krnk Kelantan juga mewakili seluruh Nelayan Kelantan memohon agar kuasa Penguatkuasaan Jabatan Perikanan di kembali seperti dahulu.. Kerana kami lebih yakin kepada Penguatkuasaan Jabatan Perikanan dalam membanteras segala salah laku nelayan serta dalam menjaga ekosistem perikanan..ini kerana mereka lebih berpengalaman dalam isu-isu berkaitan penguatkuasan aktiviti nelayan dan harus di ingat bahawasanya Akta Perikanan Adalah milik Jabatan Perikanan.
Sokongan semua pihak diperlukan dalam usaha mengembalikan hak Penguatkuasaan Jabatan Perikanan kepada kami di laut..
Kami perlukan seberapa banyak LIKE tanda anda menyokong kami..👍👍👍👍 Terima Kasih.