Gyas Agro Farm

  • Home
  • Gyas Agro Farm

Gyas Agro Farm Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gyas Agro Farm, .

--UNTUK RUJUKAN BERSAMA----Penyakit lazim kambing dan bebiri KecacinganApabila ternakan memakan rumput yang dicemari ole...
06/03/2018

--UNTUK RUJUKAN BERSAMA----

Penyakit lazim kambing dan bebiri

Kecacingan
Apabila ternakan memakan rumput yang dicemari oleh najis ternakan yang mempunyai telur cacing
-Badan kurus tidak membesar (Bantut_)
-Perut buncit, cirit birit
-Bulu kasar tidak berkilat, pucat kurang airPencegahan
Pemberian ubat cacing
3 minggu atau 2 bulan sekali bergantung pada keadaan
jenis Systemex, Synantic, Nilzal


Penyakit puru
(Contagius ecthyma)
-Berbintil-bintil hitam, lembut, bernanah dan kemudian menjadi keras dan berkeruping terutama pada mulut, kaki dan bagi ibu yang menyusu dibahagian ambing susu
Pencegahan
Suntik Vaksin Contagius ecthyma semua bebiri yang baru cerai susu 3-4 bulan dan dewasa setiap tahun
Rawatan
Membersih dan ubati luka mengunakan iodine atau ubat biru. Suntik antibiotik

Coccidiosis
Penyakit disebabkan protozoa jangkitan pada anak bebiri yang berada dikawasan lembab dan kotor
-Cirit birit
-Najis berbau busuk dan berdarah
-Kurang selera makan
-Lemah, kurus & Dehidrasi
-Kematian
Jenis ubat
Sulphamezathine
Pencegahan
-Berikan keluasan kandang yang cukup untuk ternakan tidak terlalu sesak
Sentiasa bersih dan kering

Kembung
-Perut buncitterutama sebelah kiri
-Bunyi dentuman kuat apabila diketuk pada perut
-Sesak nafas, mengeluarkan air liur
-Membuat bising Rebah sebelah kanan dan menyebabkan kematian
Rawatan
Memberi minum minyak kacang, sayur atau minyak jagung atau air halia
Rawat guna bloat remedy


Penyakit paru-paru
Apabila bebiri sering kena hujan, kandang lembab basah dan sempit dan tidak mempunyai pengudaraan baik
-Kelihatan tidak bermaya, pernafasan cepat, Batuk keluar lendir hinggus
Rawatan
Terramycin L.A. Ampicillin
Clhoramphenicol
Kancing gigi
(tetanus)
-Mengeletar, keempat-empat kaki kejang keras dan lurus, Geraham akan terkancing, kepala mendongak keatas dan tumbang
Rawatan
Vaksin tetanus semasa anak berumur 3 bulan
-Tetanus antitoxin



Jaundice
Akibat keracunan
Termakan banyak Brachiaria Decumbens --Kerosakan hati mata, muka bibir telinga kulit berwarna kuning bengkak dan edema , kencing berdarah
Meronta-ronta dan mati
Rawatan
-Cupramine tablet

Penyakit buruk kaki
(Foot rot)
Bengkak berjalan keadaan tempang
Bahagian tapak reput bernanah dan busuk
Rawatan
Buang/ potong semua tisu kaki reput, rendam kaki dalam larutan formalin 10%, kuprum sulfat dan zink sulfat, Sapu krim antibiotik dan sembur ubat cegah lalat


Penyakit Caseous Lymphadenitis
Bakteria Corynebacterium ovis
Bisul pada nodus limfa membesar dan pecah, kuman-kuman memasuki tubuh
Lemah dan menyebabkan kematian
Rawatan
Tiada
Meliodosis
Bakteria Pseudomonas Pseudomallei
-Demam ringan selera makan kurang
nafas berat kerap batuk berhingus sendi nodus limfa dan buah z***r benkak, tempang, sedikit tanda-tanda tidak waras
Rawatan
Selalunya tidak berkesan

Penyakit Clostridium
Bakteria Clostridia
Keracunan makanan yang melibatkan kerosakan tisu
-Otot membengkak mengandungi air dan gas serta kulit berwarna kehitaman. Tempang, lemah, mulut pucat berwarna kuning, kencing berdarah, lumpuh mati secara tiba-tiba
Rawatan
-gunakan antibiotik spectrum luas bersama antitoxin sebarang rawatan hendaklah diperingkat awal

Penyakit Pasteurellosis
Kadar penurunan berat badan 40% dan kematian 5% disebabkan ketegangan & Stress
-Kematian tiba-tiba tanpa tanda sahih
-Sesak nafas, batuk berlendir dihidung, berhingus mulut berbuih
Rawatan
Suntikan vaksin mencegah penyakit
Dan rawatan penstrep, Oxytetracycline (LM) Amoxyzillin

Penyakit Lidah biru
Virus bawaan nyamuk / agas culicoides membiak dengan banyak selepas bermula musim hujan
-Suhu meningkat tidak mahu makan
-Mengulum-ngulum lidah
-Menjilat bibir Keluar air liur
-Berhingus cair kemudian menjadi pekat
-Hingus kering menutupi lubang hidung
-Hidung berdarah
-Hidung muka lidah bengkak senang luka
-Lidah berwarna kebiru-biruan
kudis-kudis pada lidah , bawah lelangit rahang dan bibir
-Kematian selalunya 6 hari selepas tanda-tanda penyakit
Pencegahan
Bersihkan kandang nyalakan api waktu malam
Sembur dengan ubat mencegah agas dan nyamuk pada waktu musim hujan
Suntik ternakan dengan vaksin

Penyakit kuku dan mulut
Virus senang merebak menyebabkan jangkitan 100% ternakan dalam kumpulan jatuh sakit.
- Muram, monyok, demam
- -terdapat tanda-tanda melepoh gelembung-gelembung kecil mengandungi air dibahagian mulut, lidah kaki celah kuku dan tetek
- gelembung-gelembung ini pecah dan meninggalkan kudis
- Mulut akan mengeluarkan banyak air liur
- Kematian yang tinggi
Pencegahan
Suntikan Vaksin FMD semasa berumur 2 mingu keatas dan sekali lagi 2-3 bulan kemudiannya dan diulang pada setiap tahun


Penyakit Brucellosis
Bakteria yang menyebabkan keguguran
-berlaku keguguran pada 40-50 hari bunting
Rawatan
selalunya tiada kesan
Singkirkan
Bengkak sendi

Joint ill
Jangkitan melalui pencemaran umbilicus pusat ketika dilahirkan
-Tempang , bengkak dan bernanah di satu atau lebih sendi
Rawatan
Suntikan antibiotik

Sumber: http://bukandoktorveterinar.blogspot.my

BAKA KAMBING PEDAGING1.BOERCiri-ciri baka:~Berbadan putih & kepala merah~Telinga yang pendulous~Kadar tumbesaran yang le...
29/08/2017

BAKA KAMBING PEDAGING

1.BOER
Ciri-ciri baka:
~Berbadan putih & kepala merah
~Telinga yang pendulous
~Kadar tumbesaran yang lebih cepat
~Kadar lahir yang tinggi
~Pedaging

~BOER” : bermakna petani/penternak (farmer)
~Dibangunkan di Afrika Selatan pada awal 1900’s
~Dikenali sebagai “Africander”, “Afrikaner”, “South ~African common goat”
~Dipercayai Boer ini adalah hasil kacukan antara baka Namaqua Bushmen & Bantu
~Baka kambing yang POPULAR di dunia
~Tahan penyakit dalam pelbagai cuaca
~Kadar kelahiran :160 %
~Berat dewasa jantan : 110-135 kg
~Berat dewasa betina : 90 – 100 kg
~Kadar pertambahan berat badan : 200 g/hari

2.KATJANG
Ciri-ciri baka:
~Badan kecil, pendek dan tanduk melentur ke atas dan ke belakang
~Telinga tegak ke sisi
~Janggut pada kambing jantan
~Biasa berwarna hitam, coklat

3.CASHMERE
~Banyak terdapat di China, Turki,Afghanistan,Iraq & Iran
~Mudah dipelihara & tahan penyakit
~Bulu dicukur 1 kali/tahun
~Sekarang banyak dibiakkan di USA semenjak 1980 , baka diimport dari Australia

4.SAANEN
Ciri-ciri baka:
~Bulu dominan putih
~Hidung lurus dan muka berbentuk segitiga
~Telinga tegak dan mengarah ke depan
~Dwiguna
~Titik hitam pada kawasan hidung,telinga dan kelenjar susu
~Ekor pendek dan tipis
~Ada kekacang pada leher

~Berasal dari Lembah Saanen, bahagian Barat Switzerland
~Kambing ini terlalu sensitif pada cahaya
Berat lahir :
~Jantan : 3.0 kg
~Betina : 3.3. kg
Berat dewasa:
~Jantan : 68-90 kg
~Betina : 36-63 kg

5.TOGGENBURG
~Kambing berasal dari Toggenburg Valley, Switzerland
~Saiz lebih kecil dari Alpine
~Telinga , kaki belakang berwarna putih
~Prestasi paling baik di kawasan beriklim sejuk

6.ALPINE
Ciri-ciri baka:
~Dwiguna
~Telinga sederhana & mengarah ke atas
~Asal : Pergunungan Alpine, Switzerland
~Nama negara baka ini dibiakkan akan ditambah eg : British Alpine, Itali Alpine, Perancis Alpine

7.ANGLO-NUBIAN
Ciri-ciri baka:
~Dwiguna
~Telinga menggantung
~Ambing susu yang besar
~Warna bulu hitam, merah,coklat,putih atau kombinasi
~Asal : Wilayah Nubia,India (sebelah timur laut Afrika)
~Sekarang banyak dipelihara Mesir, Afrika Selatan dan Abessinia

8.JAMNAPARI
Ciri-ciri baka:
~Muka cembung ( Roman Nosed)
~Telinga panjang dan melampai kebawah
~Bulu lebat pada bahagian punggung dan leher

~Berasal dari Wilayah Jamnapari, India
~Paling POPULAR di Asia Tenggara
~Berat kambing pejantan : 90 kg
~Berat kambing betina : 60 kg
~Pengeluaran susu : 235 kg per laktasi (261 hari)
~Sekarang import dari Indonesia (PE)

BAKA-BAKA BEBIRI

1.BARBADOS BLACKBELLY SHEEP
~Dibangunkan di Bahagian barat Kepulauan Hindi
~Bahagian bawah badan & celah kaki berwarna hitam
~ garis hitam (bars) di bahagian depan muka ke ~kening dan mulut
~Bahagian belakang dan sisi badan bervariasi warna
~Jantan & betina : tidak bertanduk

2.SANTA INES
Ciri-ciri baka:
~Juga dikenali sebagai Pelo de Boi de Bahia
~Kacukan antara Morada Nova x Bergamasca x Sahelian
~Tidak bertanduk
~Berat biasa : 40-50kg jika pemakanan yang baik berat sampai 100 kg

3.DAMARA
Ciri-ciri baka:
~Tahan lasak
~Berkaki panjang, fat tail & berbulu pendek
~Asal usul : Hamites ( Timur Asia ) dan Mesir
~Dibangunkan : Namibia & Angola
~Saiz besar bahagian bahu
~Badan panjang berbentuk oval
~Kaki panjang tetapi kuat
~Warna pelbagai

4.DORPER
~Berasal dari Afrika Selatan semenjak 1930 an
~Kacukan antara Dorset Horn dan Blackheaded Persian
~Bentuk badan cantik, bulu pendek
~Dorper : kepala hitam
~Baka bebiri ke-2 terbesar di Afrika Selatan
~Warna dipengaruhi oleh genetik yang dominan
~Dorper > 85% Dorper Sheep Breeders’ Society Afrika Selatan
~Pembiakan tidak bermusim
~Berat umur 4 bulan : 36 kg

Petua mudah untuk beli kambing atau biri-biri. Pastikan soalan-soalan wajib ini ditanya dahulu dengan penjual?1. Selepas...
27/08/2017

Petua mudah untuk beli kambing atau biri-biri. Pastikan soalan-soalan wajib ini ditanya dahulu dengan penjual?

1. Selepas diproses, dagingnya berapa kilogram?

2. Umurnya? Sesuai atau tidak jika bertujuan aqiqah

3. Jantan/betina

Selepas semuanya ditanya dan anda yakin dengan penjual barulah membuat pilihan & perbandingan.

Pendapat saya secara ikhlas, jangan terpedaya dengan harga murah yang dijanjikan oleh penjual.

Terdapat segelintir yang mudah melatah bila bercakap soal harga, terus membanding-bandingkan tanpa berfikir lebih jauh.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat untuk masyarakat Islam.
Cc: Osman Cheyakutty



Jurutera Malaysia ini mengubah padang pasir di Sudan menjadi ladang gandum dengan projek wakaf“Dari padang pasir yang ta...
26/08/2017

Jurutera Malaysia ini mengubah padang pasir di Sudan menjadi ladang gandum dengan projek wakaf

“Dari padang pasir yang tandus bertukar ke ladang gandum yang subur!”

Ini adalah projek wakaf Al Rajhi Group di Sudan. Kendalian jurutera malaysia.

Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai seorang jurutera Malaysia Tuan Hj Zuraimi Isa sebagai Ketua Jabatan – Perkhidmatan Pengurusan Air yang terlibat dalam pembinaan rumah pam, pam pengairan, pembinaan terusan dan pivots.

Beliau ternyata sangat hebat mashaALLAh di dalam bidang kejuruteraan mekanikal apabila kepakarannya sudah di percayai oleh 7 buah negara sepanjang 19 tahun beliau bertugas.

Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf, kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau terlibat.

Apa yang berjaya membuatkan saya terlalu kagum adalah projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan. Hebat mashaALLAH!

Bercerita tentang cabaran. Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti.

Kebanyakan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km.

Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa material yang terdapat di tapak projek.

Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua Afrika. Amin.

Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa adalah keluaran universiti tempatan. Universiti Teknologi MARA. Syabas Tuan. Semoga terus memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang kejuruteraan mekanikal.

Nasihat

Nasihat Tuan Hj. Zuraimi Isa untuk anak-anak muda:

Prinsip utama adalah kejujuran dan ikhlas. Jujur dalam bekerja, jujur dalam berkawan dan juga jujur dalam kehidupan. Bila kita jujur dalam bekerja, tidak menipu walaupun kadang-kadang kita di pihak yang sedikit, ALLAH swt akan bukakan jalan untuk kita.

Sepanjang dalam kerjaya saya, saya tidak pernah meminta untuk dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji.

WAJAH ASAL PADANG PASIR YANG TANDUS SEBELUM BERTUKAR MENJADI SEBUH LADANG GANDUM YANG SUBUR.

Tetapi dengan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan kerja, kenaikan pangkat dan gaji itu datang sendiri. Saya tidak pandai membodek, dan saya terkenal di kalangan rakan sekerja sebagai seorang yang tegas dan garang. Tetapi itulah resepi saya dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.

Kadang-kadang saya juga meragui kemampuan saya sendiri, tetapi saya tidak pernah berundur. Saya sahut cabaran itu dan buktikan saya mampu lakukan!

PAM YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN AIR DARIPADA 800 KAKI DI BAWAH TANAH!

Bukan senang untuk membina keyakinan orang asing terhadap kita sebagai orang Asia. Tetapi, Alhamdulillah kebanyakan warga asing sama ada dari Eropah atau benua lain amat menghormati saya.

KHASIAT AIR KELAPA MUDA UNTUK KESIHATAN.. 1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.2. Boleh dijadikan ...
25/08/2017

KHASIAT AIR KELAPA MUDA UNTUK KESIHATAN..

1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.
6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

Jika posting ini memberikan manfaat pada keluarga anda Dan rakan2 anda yang hadapi masalah kesihatan berkaitan boleh SHARE Dan kongsikan . Semoga Kita Semua sihat sejahtera ;)

DAUN KARI 'KHASIAT DAN KEGUNAAN DAUN KARITumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya ...
23/08/2017

DAUN KARI '

KHASIAT DAN KEGUNAAN DAUN KARI

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun kari ini.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Bunga Pokok Daun Kari
Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...

Bunga pokok daun kari

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:

* 66.3% kelembapan
* 6.1% protein
*1.0% lemak
*16.0% karbohidrat
*6.4% fiber

Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Khasiat Daun Kari Penawar cirit birit dan buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Khasiat Daun Kari Atasi masalah loya dan pening.
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Khsaiat Daun Kari dalam perubatan.
Dari segi perubatannya, khasiat daun kari amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak berdarah. Selain itu khasiat daun kari juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Buah Kari

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan

Khasiat daun Kari mnejadi ubat penyakit diabetis
Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis cuba amalkan memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya, buat sebagai ulam Insya-Allah akan sembuh penyakit tersebut.

Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.

Khasiat Daun Kari untuk Kecantikan & Kesihatan Diri
Manfaatkan Khasiat Daun Kari untuk kecantikan & kesihatan diri dengan cara yang murah & lebih selamat.
Minum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan melegakan sebarang gangguan dalam perut.
Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit.
Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah.
Jika terkena patukan ular,minum campuran daun kari yang telah dikisar dengan kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa dibawa ke hospital.
Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut,minumlah campuran jus daun kari.
Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakkan ia sehingga hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung,campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.
Untuk menghilangkan sembelit,rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.

DAUN KARI DIGUNAKAN DALAM MASAKAN BERSAMA REMPAH RATUS YANG LAIN

kredit ujanasihat.com

Info Tambahan Khasiat Daun Kari
1. Daun Kari Bagus untuk menghitamkan rambut.
2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.
3. Khasiat Daun Kari Baik untuk mencegah kencing manis.
4. Khasiat Daun Kari dapat Mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Baik untuk penghadaman.
6. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung.
7.Selain dari itu, Daun kari boleh digunakan untuk menghalau lalat.

Petua dari kaum India:
Untuk mendapatkan anak atau meramaikan anak, makan daun karipulei ini setiap hari samaada pucuknya untuk dibuat ulam atau daunnya yangg tua dicampur dengan banyak dalam gulai kari.

Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.
Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

~ Kalau kita sebut kari, mesti terbayang bau haruman rempah ratus yang menggoda, bau haruman daun kari rasa kelemakkan kuah yang bergabung dengan rasa pedas, masam dan rasa rempah yang unik ~

Khasiat Buah Tunjuk LangitKhasiat Buah Tunjuk Langit ini sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia...
22/08/2017

Khasiat Buah Tunjuk Langit

Khasiat Buah Tunjuk Langit ini sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, khasiat Buah Tunjuk Langit juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

Apakah Khasiat Buah Tunjuk Langit ini mampu merawat penyakit kronik? Nama Saintifiknya – Sweatania Sky Fruit merupakan sejenis tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae . Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.

Khasiat Buah Tunjuk Langit telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut. Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa khasiat buah tunjuk langit ataupun biji dari buah Mahogany ini mengandungi banyak keistimewaan semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

3 BAHAN AKTIF PENTING

FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah
Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Menghilangkan kelesuan minda
Melambatkan proses penuaan
Memperbaiki insomnia
Menguatkan hati
NUTRITIONAL FACTS : (FAKTA NUTRISI BIJI BUAH TUNJUK LANGIT)

PROTEIN, VITAMIN B1, IRON, VITAMIN D, FOLIC ACID, CARBOHYDRATE, VITAMIN A, DIETARY FIBER, POTASSIUM, VITAMIN E, CALSIUM, VITAMIN B6, MAGNESIUM, SODIUM, VITAMIN B3

ANTARA PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT

Kencing Manis
Darah Tinggi
Kolestrol Tinggi
Gout
Darah Tercemar
Strok Awal
Batu Karang
Buasir
Resdung
Jerawat/Sopak
Masalah Ereksik
Asma
Sakit Sendi
Senggugut
Masalah Haid
Alahan Darah
Kencing tak puas
Angin
Obesiti
Alahan kulit
Sakit Urat
Ejakulasi
Kebas-kebas
Malaria denggi

SIAPA YANG WAJIB AMBIL

Individu sihat yang ingin mengimbangi pengambilan gula berlebihan dan mencegah penyakit kencing manis. 1/5 masyarakat belia berumur 20-30 tahun menghadapi risiko kencing manis,darah tinggi dan kolestrol tinggi berdasarkan amalan pemakanan hari ini ( Rujuk: NADI INSTITUT)
Pesakit darah tinggi,sakit sendi,urat dan kekejangan otot
Pesakit kencing manis,gangguan metabolism dan gastric
Pesakit stroke,lebihan lemak pada perut dan obesiti
Pesakit asma,redung,jangkitan demam denggi dan malaria
Pesakit gout,artitis,lutut,pinggan​g dan keletihan melampau
Pesakit alahan kulit,gatal-gatal,sopak,bu​asir dan keracunan makanan
Pesakit lemah tenaga batin,mati pucuk,ejakulasi pramatang
Pesakit batu karang,kencing tak puas,kencing kerap,prostate dan kegatalan ginjal
Dan mereka yang ingin mencegah dari masalah-masalah penyakit-penyakit merbahaya seperti di atas.

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat!!
p/s : Jika dah ada penyakit, kenelah rawat juga :)

Khasiat Buah Tunjuk Langit Terbukti NO 1.

Khasiat Buah Tunjuk Langit mampu merawat masalah penyakit yang anda alami. Anda akan rasai perbezaan dalam tempoh 7 hari SAHAJA, IN SHAA ALLAH.

Kongsikan Bersama Rakan-Rakan…

"CARA MENANAM PISANG BERANGAN"Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas ...
22/08/2017

"CARA MENANAM PISANG BERANGAN"
Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor.
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutp rapat sehingga hujung pisang.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang ynag mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.
8. Pembajaan:
a. Mula menanam - letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
b. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
c. Telaha umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
d. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok
9. MERUMPUT : Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak utk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.
10. PENYAKIT : Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.
11. MEMETIK BUAH. Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.
Selamat mencuba!

-like fb gyas agro farm

Cermai Manfaat buah cermai1. AntioksidanAntioksidan dapat melawan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh yang sehat....
21/08/2017

Cermai
Manfaat buah cermai

1. Antioksidan

Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh yang sehat. Cermai mengandung banyak antioksidan seperti vitamin C, polifenol dan tanin.

2. Menjaga kadar kolesterol darah

Cermai mempertahankan kadar kolesterol darah dengan menghambat oksidasi LDL (kolesterol jahat). Cermai juga mencegah aterosklerosis (penumpukan plak di arteri) karena memiliki antioksidan yang kuat, sehingga dapat melindungi Anda dari penyakit jantung.

3. Diabetes

Cermai mengandung tingkat polifenol yang tinggi yang dapat melindungi tubuh dari sifat oksidatif gula darah yang tinggi dan mencegah resistensi urine. Selain itu, buah ini juga dapat membantu dalam penyerapan insulin yang bisa memicu penurunan gula darah pada penderita diabetes.

4. Vitamin Anda

Cermai juga dikemas dengan vitamin A yang penting dalam produksi kolagen. Kolagen adalah senyawa yang diperlukan kulit untuk tetap muda dan elastik. Bila diambil semasa perut kosong, kandungan nutrisi dalam cermai dapat memperlambat degradasi kolagen, yang nantinya dapat memanjang proses penuaan.

5. Anti-kanser

Dikemas dengan sifat antioksidan, cermai dapat membantu tubuh melawan kesan berbahaya dari bahan kimia yang bersifat karsinogenik. Buah ini juga dapat menghambat pertumbuhan sel kanker dan mengurangi efek berbahaya dari radiasi dan kemoterapi tanpa mengurangi efeknya dalam pengobatan anti-kanser.

6. Kesehatan seksual

Minum jus cermai sekali sehari dapat membantu meningkatkan kesehatan seksual Lelaki.. Buah ini juga dapat meningkatkan motilitas (kemampuan sperma untuk berenang), kualiti dan produksi sperma pada lelaki yang menderita Oligospermia (suatu keadaan di mana seorang lelaki memiliki jumlah sperma yang rendah).

7. Melindungi hati

Cermai dapat digunakan untuk melindungi hati dari kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh bahan kimia atau alkohol.

Semoga bermanfaat!

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gyas Agro Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram