Nur Healing Channel

Nur Healing Channel Norlela Nawi Services available by appointment only.

Paksaan Tidak Mengembangkan PotensiKita perlu mengenal kemampuan diri,menyedari serta menghormati had tenaga dalam setia...
08/01/2026

Paksaan Tidak Mengembangkan Potensi

Kita perlu mengenal kemampuan diri,
menyedari serta menghormati had tenaga dalam setiap usaha yang dilakukan.

Bermula daripada cetusan kesedaran lah lahirnya titik pemula potensi diri,
yang seharusnya bergerak dalam ruang kemampuan dan tanpa memaksa dengan keras.

Inilah proses yang selari dengan hukum tenaga,kerana paksaan tanpa kefahaman akan mengganggu keupayaan tenaga diri untuk berdiri stabil dan matang secara semula jadi melalui penerimaan serta interaksi didikan secara berperingkat dari sistem alam semesta.

Kesedaran yang hadir melalui paksaan,sebenarnya tanpa disedari ia melemahkan nilai diri.

Apabila tenaga ditekan melampaui had keupayaannya,manusia akan semakin jauh daripada dirinya sendiri.

Perubahan dan perkembangan potensi diri berlaku,bukan kerana kefahaman terhadap aliran tenaga diri sendiri,tetapi didorong oleh peniruan dan ikutan semata-mata dari aliran tenaga orang lain serta perbandingan keupayaan diri dengan keupayaan orang lain tanpa kesedaran untuk menstabilkan dan membangunkan tenaga dalaman dari dalam diri sendiri.

Keadaan ini,tanpa disedari,akan mewujudkan ketidakseimbangan tenaga emosi,yang seterusnya memupuk getaran sikap tidak berpuas hati,iri hati,dengki dan kecenderungan mengkhianati nilai tinggi lagi murni diri sendiri.

Apabila ketidakseimbangan ini berlarutan,tenaga minda akan mula menghukum diri,melahirkan persepsi bahawa diri tidak berkualiti,dunia tidak adil dan merasa terhina kerana tidak memiliki potensi yang tersendiri.

Setiap potensi diri memiliki tenaga dan kod daya yang unik.

Oleh itu,potensi tidak boleh ditekan atau dipaksa hingga melangkaui kemampuan asalnya.

Kesannya,samada seseorang itu dianggap berjaya atau gagal,
dia tetap berisiko mengalami tekanan minda,emosi dan jasad yang berpanjangan dan akhirnya mengundang masalah kesihatan mental,emosi dan fizikal.

Potensi diri perlu diurus dan disusun,
mengikut rentak hidup yang bersesuaian dan selari dengan kod penciptaan diri masing-masing,
yang memiliki kecenderungan kepada potensi yang berbeza antara setiap insan.

Apabila potensi ditekan dan dipaksa,
ia boleh berubah tetapi tidak berupaya berkembang tanpa batas.

Jika ia kelihatan berkembang sekalipun,perkembangan itu tidak berlaku secara sihat.

Olehitu,berilah peluang dan ruang yang selamat untuk diri kita dan orang lain berkarya untuk mengenali diri sendiri mengikut minat dan kepuasan mereka sendiri,agar setiap insan dapat menghargai dan menumbuhkan potensi diri masing-masing yang unik dan hebat serta berguna.

Saat manusia menemui potensi dirinya yang unik dan tidak terbatas,
dia belajar menghargai dan mencintai dirinya sebagai ciptaan yang sempurna,bertolak ansur dengan kelemahan dan kekurangan diri sendiri dan orang lain,sehingga terhasil suasana saling menghormati tanpa perlu berlawan dengan dendam dan trauma yang menghantui kehidupan masing-masing.



Niat dan Potensi DiriPotensi diri dalam hukum tenaga bukan menjurus kepada bakat atau kebolehan semata-mata,tetapi berka...
07/01/2026

Niat dan Potensi Diri

Potensi diri dalam hukum tenaga bukan menjurus kepada bakat atau kebolehan semata-mata,
tetapi berkait rapat dengan keupayaan individu memberi daya dan nilai kepada sesuatu benda, perkara atau peristiwa.

Semakin banyak daya dan nilai yang ditambah,semakin besar potensi sesuatu itu untuk berkembang
dan memberi kesan kepada kewujudannya.

Potensi yang tulen dan murni lahir daripada niat dan kehendak yang jelas,jernih serta berasas.

Apabila niat dan kehendak itu menyentuh kepentingan ramai,
ia akan mencetuskan proses tenaga
yang memantulkan peluang-peluang
yang lebih luas,bermakna,berkesan dan bertahan.

Usaha menambah nilai pada sesuatu benda,perkara atau peristiwa
amat bergantung kepada tenaga niat dan harapan.

Niat yang baik akan menggetarkan tenaga harapan dan melalui getaran inilah peluang-peluang yang berada dalam julat frekuensi yang sama
akan tertarik menghampiri.

Tenaga bergerak dengan ketepatan,
tidak mungkin baginya tersilap masa dan alamat.

Ia menguasai ruang dan masa
melalui kesamaan serta keserasian gelombang getaran.

Tenaga hanya bertembung dan menyatu pada titik resonan
dengan apa yang benar-benar sepadan dengannya.

Oleh itu,setiap potensi yang ingin dibina mestilah bersumberkan daripada niat yang jelas dan murni,
serta memberi kesan yang meluas dan jangka panjang kepada sekeliling,kerana dari situlah arah,proses dan hasil akan ditentukan.

Binalah potensi diri kita masing-masing tanpa meletakkan batas,
agar kesannya meluas dan terus mengalir,menguasai ruang dan masa sehingga ke alam kekal abadi.




Rahsia Alam Membentuk Potensi DiriPotensi diri ialah suatu daya yang mengalir dan berkembang.Ia tidak terus menjadi suat...
06/01/2026

Rahsia Alam Membentuk Potensi Diri

Potensi diri ialah suatu daya yang mengalir dan berkembang.

Ia tidak terus menjadi suatu daya yang kuat dan hebat,kerana ia perlu melalui proses kematangan sehingga benar-benar lahir sebagai daya yang berpotensi.

Apabila kita mempunyai kehendak untuk mengubah sesuatu potensi diri,dari potensi lama dan sama kepada potensi baharu yang berbeza dari sebelumnya dan bersifat bernilai serta berkembang,kita perlu sedar bahawa perubahan itu menuntut ruang dan masa.

Potensi tersebut perlu melalui
fasa-fasa kematangan,dari satu tahap ke satu tahap ujian pembentukan nilai diri.

Ujian dan latihan kematangan tenaga
bergantung kepada sejauh mana kuatnya kehendak dan harapan
kita terhadap potensi tenaga
yang ingin kita bangunkan.

Program kematangan tenaga bagi potensi yang kita fokuskan
tidak berlaku secara tersendiri melainkan,ia diselia oleh sistem alam
yang telah siap sempurna dicipta
dalam sistem hukum sebab dan akibat yang adil dan dinaungi tenaga kasih sayang.

Harapan yang tidak terputus akan menjelmakan peluang-peluang yang
akan terus mengalirkan tenaga untuk
membimbing kita menuju kematangan potesi diri yang sebenar.

Setiap potensi baharu yang kita sedari untuk kita uruskan dengan baik,di situlah lahirnya tanggungjawab yang perlu kita kendalikan dengan kesabaran, ketekunan dan sikap tidak berputus asa.

Beginilah sistem hidup bergetar,
mengalir dan berkitar dalam ruang pembentukan kualiti diri kita sebagai manusia yang berfungsi dan mampu menikmati kenikmatan hidup dari dunia dalaman mengalir ke dunia luaran kita.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing




Mengalirkan Sistem Nilai dengan Tenaga KesedaranKualiti manusia terletak pada keupayaannya mengalirkan kekuatan sumber t...
05/01/2026

Mengalirkan Sistem Nilai dengan Tenaga Kesedaran

Kualiti manusia terletak pada keupayaannya mengalirkan kekuatan sumber tenaga daripada kesedaran diri kepada seluruh isi alam.

Apabila akal,jiwa dan tindakan berada dalam keselarasan,tenaga yang terhasil tidak lagi terhenti pada kepentingan diri,tetapi mengalir mempengaruhi persekitaran, hubungan dan sistem kehidupan secara menyeluruh.

Kesedaran yang lengkap bukan untuk mempertenagakan individu semata-mata.Ia menjadi bermakna apabila wujud satu kelompok manusia yang sedar dan berfungsi, lalu mampu menyusun sistem nilai awam dengan adil,berasaskan kefahaman dan tanggungjawab bersama.

Tugas mengatur sistem kehidupan dengan hikmah tidak berlaku secara kebetulan.Ia menuntut kesedaran kolektif yang merangsang tenaga masyarakat untuk mengurus kehidupan dengan kembali kepada fitrah,bukan melalui paksaan, ketakutan atau manip**asi nilai.

Apabila kesedaran awam berjaya dipulihkan dan tenaganya kembali seimbang dengan nilai diri, maka terbinalah tamadun kehebatan nilai manusia yang berteraskan keseimbangan,kasih sayang dan keadilan bukan berteraskan ketakutan dan trauma.

Di sinilah kualiti nilai manusia menjadi tenaga penggerak kepada suatu perubahan.

Perubahan mestilah tanpa paksaan.
Perubahan berlaku dalam keadaan manusia saling memahami,saling menghormati dan saling menyokong proses peralihan serta perkembangan nilai diri setiap individu dalam masyarakat.

Dan di sinilah lahirnya tamaddun umat manusia yang benar-benar hebat kerana ia terbina dari kekuatan dalaman individu dalam masyarakat bukan semata kekuatan fizikal dan kemashyuran dan kemegahan kejayaan luaran semata.

Kekuatan sebenar tamadun berciri pada nilai kesedaran diri yang hidup dan mengalir.Peralihan tenaganya difahami,dipelihara dan diurus bersama,bukan dipaksa,bukan dimanip**asi dan bukan didominasi oleh sesuatu golongan atau kelompok semata-mata.

Apabila nilai menjadi kesedaran bersama,ia tidak memerlukan paksaan untuk dipatuhi,tidak memerlukan dominasi untuk berfungsi kerana manusia memilih untuk menjaganya atas kefahaman dan kesefahaman serta tanggungjawab dan amanah bersama.

Di sinilah tamadun berdiri kukuh
kerana nilai yang hidup dalam setiap insan mengalir harmoni dalam keseluruhan sistem kehidupan.

Nur Healing Channel
Holistic Healing



GANGGUANSering kali apabila kita berada di tempat sunyi dan gelap,kita rasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena,temp...
04/01/2026

GANGGUAN

Sering kali apabila kita berada di tempat sunyi dan gelap,kita rasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena,tempat itu terasa keras dan seakan berpenunggu.

Kubur atau tempat yang berkait dengan kematian juga mudah menimbulkan rasa seram.

Begitu juga rumah atau ruang lama yang kosong dan ditinggalkan,sering dikaitkan dengan gangguan jin yang menumpang dan menguasai tempat tersebut.

Hukum tenaga menjelaskan bahawa,kejadian yang menakutkan berkait rapat dengan tenaga minda manusia,yang menyimpan memori ketakutan dan tidak dibersihkan melalui kesedaran.

Sejak akal mula berfungsi,
bahkan sejak dalam rahim ibu lagi,
manusia telah terdedah kepada maklumat ketakutan yang dikaitkan dengan bayangan,entiti dan perkara menakutkan.

Semua maklumat ini tersimpan dalam minda bawah sedar.

Apabila seseorang berada dalam keadaan takut yang selari dengan frekuensi memori tersebut,maka maklumat lama itu akan muncul semula dalam bentuk rasa diperhati, bayangan,kelibat,bunyi-bunyian,
suara-suara atau sebarang bentuk sangkaan gangguan.

Naratif ketakutan yang diulang-ulang dalam masyarakat bukan sekadar cerita,tetapi membentuk pola kepercayaan kolektif yang mengikat tindak balas rasa takut dari generasi ke generasi.

Ketakutan yang diulang akan menjadi kepercayaan dan apabila kepercayaan berubah kepada suatu keyakinan maka akan terjadilah sesuatu seolah-olah realiti.

Apabila kita melalui situasi ketakutan yang sama,secara tidak sedar kita akan melakukan tindak balas yang sama terhadap punca ketakutan kita itu.

Kita adalah apa yang kita percaya.
Jika sesuatu kepercayaan yang kita warisi semenjak turun-temurun tanpa kita tapis dengan ilmu yang membawa kepada kesedaran,
maka ketakutan dan trauma yang sama akan terus diulang dan berulang dalam kehidupan kita dan dalam kehidupan generasi anak cucu kita.

Kesedaran mempunyai daya untuk memutuskan kitaran ketakutan kepada gangguan.

Kesedaran juga boleh mematikan suara-suara dan bayangan-bayangan ghaib dalam minda serta boleh menyelamatkan diri dari terperangkap dalam syak wasangka,tuduhan dan fitnah.

Ketakutan bukan musuh,tetapi ia menjelma hanya sebagai ujian kesedaran.

Individu yang mengurus ketakutan dengan menambahkan sangkaan, kerisauan dan kebimbangan sebenarnya sedang menjauhkan diri daripada kesedaran.

Gangguan memang ada, tetapi ia tidak mempunyai kuasa kecuali apabila kita gagal menguasai diri untuk menjadi lebih kuat dan berani menempuhi halangan hidup yang berpunca dari dalam diri kita sendiri.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing




SAKASaka adalah tenaga dari luar kesedaran.Ia ialah tenaga luar yang menumpang,diwarisi atau terikat melalui perjanjian ...
03/01/2026

SAKA

Saka adalah tenaga dari luar kesedaran.
Ia ialah tenaga luar yang menumpang,diwarisi atau terikat melalui perjanjian samada persetujuan perjanjian secara sedar atau tidak sedar.

Tenaga saka hanya serasi dengan tenaga yang mirip dengannya.

Ia tidak mampu mendekat dan melekat pada kesedaran yang stabil dan tinggi.

Secara fitrahnya,tenaga saka adalah lemah,namun ia akan mendominasi tenaga manusia yang lebih rendah daripadanya.

Tenaga saka menjadi semakin kuat apabila manusia bergantung dan meletakkan harap kepadanya.

Kebergantungan itu sendiri adalah pintu kemas**an tenaga saka.

Semakin manusia takut dan risau terhadap pengaruh saka,semakin kuat getaran tenaga saka menguasai dirinya.Takut ialah makanan utama tenaga ini.

Namun, pengaruh saka juga boleh menjadi penanda aras kesedaran diri.

Ia hadir sebagai isyarat jelas bahawa ada bahagian diri yang masih lemah pada tahap kesedaran dan menuntut perhatian supaya sedar dan berusaha berubah.

Apabila tahap kesedaran semakin tinggi,tenaga saka akan semakin lemah kerana ia tidak mampu bertahan dalam ruang sedar yang jelas lagi terang.

Tenaga dalaman manusia menjadi tinggi apabila manusia menyucikan diri dari kekotoran batin dan meningkatkan nilai diri ke arah akhlak yang murni lagi terpuji.

Yang paling jelas adalah;
Apabila manusia tidak membina jati diri,maka saka akan membina dirinya di dalam jiwa manusia.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing




Apakah Kita Berada Dalam Kesedaran?Kesedaran tidak memerlukan pengesahan orang lain untuk mengiktiraf sesuatu kebenaran ...
01/01/2026

Apakah Kita Berada Dalam Kesedaran?

Kesedaran tidak memerlukan pengesahan orang lain untuk mengiktiraf sesuatu kebenaran sebagai benar.

Ia tidak bergantung pada sokongan luar baru lah mempercayai,bahawa dirinya berada di jalan kebenaran.

Kebenaran tidak memerlukan jumlah yang ramai.

Ia berdiri kerana kekuatan akal yang jujur mencari kebenaran,bukan kerana persetujuan majoriti yang kabur.

Kekuatan seseorang bukan terletak pada ramainya pengikut,
tetapi pada kejernihan akalnya yang berfikir dan menilai dengan sedar.

Apabila seseorang telah cukup sedar,
dia tidak menunggu pengesahan ramai untuk menerima sesuatu itu sebagai kebenaran.

Orang yang berada dalam kesedaran
yakin dengan akalnya sendiri.

Dia tidak goyah dengan pilihan dan pendiriannya,
tidak takut untuk tidak diterima,
tidak malu untuk melaksana dan
tidak berputus asa mencari jawapan kerana akalnya berselirat dengan soalan-soalan untuk sesuatu keyakinan dan kepastian.

Akal dan fikiran orang lain
hanyalah bahan untuk dipertimbangkan,dipilih dan diproses
bukan untuk ditelan tanpa sedar,diikut tanpa soal,dibuat tanpa faham dan disebarkan tanpa yakin.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing





New Year Kesedaran & Pemulihan DiriTahun demi tahun berlalu,jika kita hanya membandingkan siapa yang paling kuat,paling ...
31/12/2025

New Year
Kesedaran & Pemulihan Diri

Tahun demi tahun berlalu,
jika kita hanya membandingkan siapa yang paling kuat,paling hebat,paling kaya,paling pop**ar,kita lupa sebenarnya tentang siapa yang paling berani jujur dengan diri sendiri?

Setinggi mana pun kejayaan kita dan serendah mana pun titik terendah kita,selagi kita berlaku jujur kepada diri sendiri,selagi itulah kita semakin mengenal diri,menyayangi dan mengasihi diri sendiri seterusnya kita layak berada dalam ketenangan dan kedamaian jiwa.

Saya melalui pelbagai fasa peralihan diri,mengamati kekurangan dan kelemahan diri melalui tanda-tanda disekeliling kehidupan saya.

Diketika saya berhadapan dengan kisah s**a duka,
diketika saya sihat dan sakit,
diketika saya bertemu dengan orang yang serasi dan tidak serasi dengan saya,
semuanya ada petunjuk bagi menyingkap kelemahan,kebodohan, kedegilan,keegoan dan kesombongan diri saya selama ini.

Saya belajar bahawa perubahan baik
bukan berlaku dalam sekelip mata,saya perlu menempuhi suatu perjuangan yang hebat.

Ada perkara yang tersangat s**ar untuk saya memulakan perubahan,

Ada perkara p**a teramat payah untuk meneruskan perubahan.

Ada perkara yang mungkin saya belum sedar lagi untuk saya mulakan perubahan.

Tahun 2025 bila saya amati secara mendalam,saya pada 1 Januari 2026 bukan lagi diri saya setahun yang lalu.

Saya sudah melalui berbagai fasa peralihan nilai diri melalui berbagai episod didalam cerita di 'time line' saya selama ini.

Tahun baharu ini,
adalah berakhirnya diri saya yang lama bagi setahun yang lalu dan bermulanya diri saya yang baru untuk tahun 2026 sekarang ini.

Hukum tenaga akan terus mengalir pada tahun 2026 ini,cuma saya perlu menguruskan aliran tenaga saya supaya ia senantiasa bergerak dan bergetar dengan seimbang selari dengan fitrah gelombang alam.

Tenaga adalah potensi dan ia tidak berakhir dengan cara terhapus tetapi ia berakhir bilamana ia mula bertukar kepada potensi baru.

Saya faham bahawa potensi diri saya perlu mengalir keluar dan ia tidak boleh tersimpan,tidak boleh tersekat dan perlu dilepaskan.

Selama ini saya memahami bahawa 'prime time'saya sudah berakhir dan diusia yang melewati senja ini saya tidak perlu lagi bercerita tentang potensi diri.

Sehinggalah ilmu frekuensi menyedarkan saya bahawa tenaga dalaman kita perlu diuruskan dan tidak boleh dibiarkan statik.

Potensi dan keupayaan kita tiada limit,cuma kita perlu menggerakkan aliran ekspresi potensi itu dari masa ke semasa sampai bila-bila selagi ada hayat kita.

Keupayaan diri manusia terlalu luas untuk dibatasi oleh ruang dan masa. Ia bergetar dan bergerak mengikut niat, kesedaran serta harapan yang hidup dalam diri.

Tanpa kesedaran,jika kita tidak berfikiran terbuka dan tidak berpandangan jauh,kita tidak mampu menggali potensi diri sendiri.

Potensi diri bukan pada besarnya hasil, tetapi pada kesanggupan menggerakkan daya selagi kita masih terdaya.

'2026 usaha ku untuk memahami diri ku sendiri🥰'

Nur Healing Crystal
Holistic Healing




Buke mudoh kito nok ppere nga diri sendiri...mugo banyok kkaro keno tilik bekki..payoh wei...kade tu wok asal balik asil...
31/12/2025

Buke mudoh kito nok ppere nga diri sendiri...mugo banyok kkaro keno tilik bekki..payoh wei...kade tu wok asal balik asil...nyo bbalik ko style lamo smula😇

Kalu demo braso demo cukup sifat doh gak..demo silap bbenar

Ado bahagie kawe lemoh...tapi demo keno ingat ado bahagie lain kawe bulih kkiro...hahaha
jadi gak jange duk kato,sindir kawe deh..kito samo-samo nesio

Kalu kito ppakat ccaro bekki diri masing-masing tak dok
masaloh lah idup ni...

Kito pakat bui sokongan gitu...jange jjatuh...ppatoh semangat ore..tok baik deh🤭 #

Hok peting skali kito nok beruboh...
Tok kae bulih uboh sekelip mato..dok gitu boh🥰

Kawe buke ahli silap mato..
Kawe buke sep woli2...jauh samo skali ngaku tuhe..tuhe gak kun payakun....jadi slalu😱

Jadi gak kito ppakat sobar nga perubahan kito masing-masing..ko rano

Kade2 kawe sdiri tok sobar nga kerenoh anok2..braso hari ni ngapek,pah hari ni jugok nok biar anok jadi juruh slalu huhuhu

Kawe ngepek kato ko diri kawe sdiri ni deh...tak dok sakut paut nga ore lain kato mengato ko ambo stakat loni😅
braso tok sedak tubuh...hungga mari mandi kole air panah tok bok sepukul✅

Line Clear..
Jalan Terus🚒🚒🚒

Nur Healing Crystal
Holistic Healing



Kesianlah pada diri sendiri.Jangan biarkan dirimenjadi pilihan terakhir.Jangan izinkan diriterus dilukai oleh kata,keada...
30/12/2025

Kesianlah pada diri sendiri.
Jangan biarkan diri
menjadi pilihan terakhir.

Jangan izinkan diri
terus dilukai oleh kata,
keadaan atau pilihan
yang tidak adil untuk jiwa sendiri.

Belajarlah meletakkan diri
di tempat yang selamat.

Bukan kerana mementingkan diri,
tetapi kerana diri ini
terlalu berharga
untuk disakiti dan dikhianati.

Tiada siapa yang benar-benar
akan memahami kita,
selain diri sendiri.

Maka kita bina perisai untuk diri,
kita lindungi diri
dengan keyakinan
bahawa kita juga
punya kemampuan tersendiri.

Nilai diri kita
bermula daripada pilihan sendiri.
Siapa yang terus menambah nilai diri,
dialah yang lebih ke hadapan
menguasai dirinya sendiri.

Dan sekeliling kita
akan memberi nilai
berdasarkan nilai
yang kita berikan
kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Nur Healing Crystal
Healing with Aura & Energy



Menerima dan Menilai dalam KesedaranKeduanya bukan perkara yang saling bertentangan,tetapi dua tahap yang berurutan.Mene...
29/12/2025

Menerima dan Menilai dalam Kesedaran

Keduanya bukan perkara yang saling bertentangan,
tetapi dua tahap yang berurutan.

Menerima bermaksud
kita membenarkan sesuatu hadir tanpa menolak,
tanpa melawan,
tanpa kebencian,
tanpa rasa sakit di hati,
tanpa memaksa diri untuk segera sempurna.

Pada tahap ini,kesedaran berfungsi sebagai ruang selamat untuk melihat dan menilai dengan jujur,apa yang sedang berlaku pada tubuh,emosi, fikiran dan jiwa.

Menilai p**a bukan dengan terus menghakimi,bila diri telah memilih untuk menerima,kita perlu lah berusaha memahami.

Di sinilah akal sedar membaca tanda,
membezakan mana yang perlu dipelihara,dididik,dibelai dan dimanjai,dan...

mana p**a yang perlu dibutakan, dilupakan dan dilepaskan
dengan redha,
tanpa menyalah dan...
tanpa rasa bersalah.

Tanpa penerimaan,
penilaian menjadi keras dan membuta.

Hidup dalam kesakitan,
menyuburkan marah,geram dan benci.

Jiwa yang sakit cenderung menyakiti,
menyindir,membisu,mengutuk,
mengherdik,menampar,menyepak dan mengamuk.

Tanpa penilaian,
penerimaan boleh berubah
menjadi pasrah tanpa arah.

Hidup dalam kekeliruan, kebuntuan,kerisauan dan kemurungan.

Kesedaran menyatukan penerimaan dan penilaian yang membina.

Menerima dengan tenang.
Menilai dengan jujur.

Sabar melayani masa peralihan
yang bergerak ke arah keserasian
dalam hukum keseimbangan.

Di situlah pemulihan dan penyatuan bermula dan perubahan terus membina serta berkembang.

Ia bukan datang daripada penafian
atau penolakan dari ego dan kesombongan diri,
tetapi daripada kesedaran dan kefahaman yang lembut,
berakar dan jujur.

Terima dan nilai lah dengan baik,agar kita menjadi orang baik kepada seluruh isi alam.

Nur Healing Crystal
Healing with Aura & Energy




29/12/2025

“Ibarat berada dibawah naungan awan hitam,
begitulah fikiran yang sempit,terhalang
cahaya,tertutup kebenaran"

Address

Lot 444 Kg Pasir Hor
Puchong
47100

Telephone

+60142693155

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Healing Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram