24/09/2020
ENOM, Khamis — Kerajaan akan menaiktaraf Jalan Luar Bandar (JALB) sepanjang 35.6 kilometer di Ulu Tomani, Tenom, membabitkan kos berjumlah RM189,068,550.00
Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, ketika ucapan pelancaran JALB di sini berkata, kementerian percaya projek naik taraf ini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi masyarakat sekitar jajaran dari Kuala Tomani ke Ulu Tomani.
Projek ini adalah projek menaiktaraf jalan sedia ada kerana keadaan jalan berlubang-lubang, berlumpur dan licin semasa musim hujan serta berhabuk ketika musim panas. Jalan ini merupakan jalan penghubung dari Kuala Tomani ke Kg. Ulu Tomani (Kg. Bekuku) dan seterusnya ke Kg. Kang/ Kg. Alutok. Jalan ini terletak 60km dari Pekan Tenom, iaitu di Kemabong yang melibatkan Skim Penempatan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Kuala Tomani, Klinik Ulu Tomani dan juga lima (5) buah sekolah, tadika serta perpustakaan Desa Ulu Tomani.
Datuk Dr Latiff yakin projek naiktaraf JALB dapat dimanfaat penduduk sekitar dan pengguna jalan dari Kuala Tomani ke Ulu Tomani yang mengurangkan masa perjalanan dari 3 jam kepada 45 minit dan akses perhubungan yg lebih baik dan selesa kepada kira-kira 5000 penduduk meliputi 11 buah kampung. Di samping itu, dengan terbinanya jalan ini akan menjadi pemangkin ekonomi dan pembangunan di kawasan luar bandar amnya serta memudahkan mengangkut keluar hasil pertanian ke bandar.
Menteri Pembangunan Luar Bandar juga turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan 102 projek JALB dengan peruntukan sebanyak RM6bilion bagi pembinaan jalan luar bandar di Negeri Sabah sepanjang Rancangan Malaysia KeSebelas (RMK-11).
SAYANGI SABAH