20/04/2021
Momugus Montok Tuhun dii Novingkat
Rawatan khas untuk Bentan Urat Selepas Bersalin
Rawatan Termasuk:
Mandian Herba Buang Angin
Urutan Postnatal 10 Herba Seluruh Badan
Tuaman Batu Sungai
Pra Urutan dan Pos Urutan:
Minuman Serai Halia
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Sewaktu berpantang mesti mama pernah dengar ayat ‘bentan’ kan? Selalunya wanita yang baru lepas bersalin akan kena bentan kalau abaikan penjagaan diri semasa berpantang atau ada langgar pantang. Sebab tu orang dulu-dulu mesti akan bising kalau mama tak berpantang betul-betul.
Salah satu Bentan ialah:
BENTAN URAT
Jaga-jaga bentan ni yang selalu menyerang mama baru bersalin. Bentan paling famous! Sekali dah kena, nak bangun pun susah tau. Badan rasa lemah, urat bisa-bisa dan sakit sendi badan. Ada tu sampai menggigil sejuk walaupun cuaca panas.
MACAM MANA NAK ELAK BENTAN?
Mama kena banyakkan berehat dan ingat, JANGAN ANGKAT BENDA BERAT!
Jaga kebersihan diri kerana mama yang baru bersalin mudah kena jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim dan pundi kencing.
Jaga makan. Jangan makan sayur kekacang, kobis, terung. Jangan makan benda gatal (seafood). Jangan makan ikan berbisa (pari, terubuk, keli). Jangan makan atau bau mangga. Jangan makan jering dan petai. Jangan minum air sejuk.
Kena pantang ‘bersama’ suami selagi tak habis nifas (pantang 46 hari, 60 hari, 100 hari)
Kalau mama kena bentan yang teruk sampai tumpah darah dan demam yang tinggi, mama kena dapatkan rawatan doktor. Kalau dibiarkan ia akan membahayakan diri mama sendiri.
Untuk Rawatan Tradisional dengan keadaan mama yg masih stabil boleh mencuba rawatan khas untuk Bentan Urat Selepas Bersalin.
Namun rawatan ini hanya sesuai kepada yg mengalami simptom-simpton seperti badan rasa lemah, urat bisa-bisa dan sakit sendi badan. Menggigil sejuk walaupun cuaca panas. Ini kerana minyak urut yg digunakan lebih bersifat panas berbanding dengan minyak yg biasa digunakan utk Urutan Postnatal.
Temujanji terhad.
https://wa.me/message/FAAIBQ57F6JVF1