13/03/2026
Setuju 200%..
Kenapa anak B40 susah nak jadi T20?
Ramai orang jawab mudah.
“Pasal malas.”
Tapi kalau kita fikir betul-betul, bukan semudah itu.
Sebenarnya dari awal, garis mula memang tak sama.
1️⃣ Garis mula berbeza
Anak B40 biasanya membesar dalam keadaan macam ni.
Mak ayah fikir:
• duit makan
• duit sekolah
• bil rumah
Fokus keluarga ialah cukupkan hidup dulu.
Anak T20 p**a membesar dengan keadaan berbeza.
Mereka ada:
• tuisyen private
• kelas tambahan
• exposure
• peluang travel
Fokus mereka ialah bangunkan potensi diri.
Anak T20 bermula 1 KM didepan.
2️⃣ Modal kewangan
Bila habis universiti, keadaan masih berbeza tapi disini ada turning point kalau Anak B40 pandai. Baca point No 6. Tapi kebiasaannya
Anak B40:
• graduate
• ada hutang PTPTN
• mula kerja gaji biasa
Anak T20:
• graduate
• tiada hutang
• boleh mula melabur awal
Sebab itu kehidupan mereka bergerak dengan kelajuan berbeza.
3️⃣ Network
Ramai orang tak sedar.
Banyak peluang datang daripada kenalan.
Anak T20 kadang peluang datang macam ni:
Uncle kenal CEO syarikat tu. Kau nak try intern situ?
Terus dapat internship.
Terus dapat peluang kerja.
Anak B40 p**a biasanya bermula dari bawah:
• hantar resume
• pergi interview
• cari sendiri peluang
4️⃣ Exposure tentang duit
Apa yang anak nampak sejak kecil akan bentuk cara dia berfikir.
Ramai anak B40 nampak:
• kerja makan gaji
• cukup makan
• hidup sederhana
Sampai dia rasa ini lah kehidupan. Tak perlu ubah
Ramai anak T20 nampak:
• bisnes
• pelaburan
• hartanah
• ownership
Mindset ini terbentuk sejak kecil.
Mereka faham fungsi duit
5️⃣ Risiko
Untuk naik taraf hidup, kadang perlu ambil risiko.
Contohnya:
• buat bisnes
• melabur
• cuba peluang baru
Tetapi risiko perlukan safety net.
Kalau anak T20 gagal, masih ada sokongan keluarga.
Kalau anak B40 gagal, boleh lingkup, tanggung beban hutang besar bertahun2.
6️⃣ Tapi anak B40 masih ada jalan utk kejar
Ini paling penting.
Walaupun anak T20 ada advantage,
anak B40 masih boleh kejar balik.
Salah satu jalan paling terbukti berkesan dan murah ialah pendidikan.
Bermula dari SPM.
Kalau anak B40 cemerlang SPM, banyak pintu akan terbuka.
• boleh dapat biasiswa
• boleh masuk universiti terbaik
• boleh belajar luar negara
Di situ dia akan jumpa network baru yang setanding anak T20
Kawan2 yang bakal jadi doktor/engineer hebat
Pakar Ekonomi/IT
Bakal Milionaire/Bilionaire
Hidup dia boleh berubah
7️⃣ Di situlah generasi keluarga berubah
Memang anak T20 ada advantage.
Itu rezeki mereka.
Tapi kalau anak B40 cemerlang dalam pendidikan,
dia boleh kejar jurang itu.
Dan bila dia berjaya nanti,
anak dia p**a tak bermula dari B40 lagi.
Sebab itu kalau kita keluarga B40,
satu perkara kita kena jaga betul-betul.
Pendidikan anak.
Kerana kadang-kadang,
SPM yang cemerlang boleh ubah nasib satu keluarga.
Nak anak belajar Teknik menjawab dari Guru Sekolah berpengalaman secara PERCUMA, klik link dibio eTuisyen