Husna Beauty & Healthy Spa

  • Home
  • Husna Beauty & Healthy Spa

Husna Beauty & Healthy Spa Perkhidmatan Spa & bekam

MANFAAT RAWATAN BEKAM DARI SUDUT SAINTIFIK“Berdasarkan kajian daripada pakar fisiologi dan akunpuntur dari TCM (Traditio...
18/02/2025

MANFAAT RAWATAN BEKAM DARI SUDUT SAINTIFIK

“Berdasarkan kajian daripada pakar fisiologi dan akunpuntur dari TCM (Traditional Complimentry Medicine), kaedah bekam didapati berkesan dalam mengurangkan keradangan disamping melegakan tisu badan”

Antara Manfaat Bekam Sunnah (Point Badan)

1. Melegakan masalah gastrik.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah (masalah kitaran haid tidak lancar).
3. Mengatasi bisul, jerawat dan gatal–gatal kulit.
4. mengatasi kelesuan badan.
5. Membantu membuang angin dalam badan.
6. Melegakan pernafasan.
7. Meningkatkan sistem perkumuhan.
8. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan sendi.
9. Meningkatkan mutu tidur.
10. InshaAllah mendapat hikmah dan faedah kerana menghidupkan Sunnah Nabi SAW.

📱 Jom tempah sekarang👇
010-5187966

Feedback bekam ,18.10.2022,selasa(21 Ra.Awwal)
20/10/2022

Feedback bekam ,
18.10.2022,selasa
(21 Ra.Awwal)

*MANFAAT BEKAM SUNNAH*1. Menguatkan daya ingatan.2. Melegakan masalah gastrik.3. Menghilangkan kejang dan ketidakselesaa...
09/10/2022

*MANFAAT BEKAM SUNNAH*

1. Menguatkan daya ingatan.
2. Melegakan masalah gastrik.
3. Menghilangkan kejang dan ketidakselesaan pada otot.
4. Melegakan penyakit mata dan rabun serta menajamkan penglihatan.
5. Memperbaiki aliran pembuluh darah.
6. Mengatasi bisul, jerawat dan gatal–gatal kulit.
7. mengatasi kelesuan badan.
8. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
9. Membantu membuang angin dalam badan.
10. Melegakan pernafasan.
11. Meningkatkan sistem perkumuhan.
12. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
13. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan sendi.
14. Meningkatkan mutu tidur.
15. Membantu melegakan stress (tekanan).
16. InshaAllah mendapat hikmah dan faedah kerana menghidupkan Sunnah Nabi SAW.

HADIS SARANAN BERBEKAM

"Hendaklah kalian melakukan pengubatan dengan hijamah di qamahduah, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 (tujuh puluh dua) penyakit”. [Riwayat At-Thabrani]

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Hijriyyah), maka ia sembuh dari segala macam penyakit”. (HR Abu Daud)

www.wasap.my/60105187966
www.wasap.my/60105187966
www.wasap.my/60105187966

TERAPI BEKAM VS KEBAS DAN KESEMUTAN (PARESTHESIA)Secara umumnya, kebas dan kesemutan atau dalam bahasa perubatan dikenal...
21/09/2022

TERAPI BEKAM VS KEBAS DAN KESEMUTAN (PARESTHESIA)

Secara umumnya, kebas dan kesemutan atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai PARESTHESIA berlaku apabila terdapat saraf yang ditekan, diiritasi atau mengalami radang (radiculopathy) selain berpunca daripada kerosakan saraf (neuropathy) itu sendiri. Radiculopati boleh berlaku apabila terdapat akar saraf yang ditekan atau diiritasi oleh diska yang terkeluar dari posisi asal (herniated disk), penyempitan kanal laluan saraf, terdapat j***m seperti tumor yang menekan saraf dsbnya. Manakala neuropati p**a berlaku apabila terdapatnya saraf yang mengalami kerosakan yang boleh berpunca daripada gula darah yang terlalu tinggi, penyakit autoimun, penyakit ginjal, penyakit hati, strok, tumor otak, kekurangan vitamin B1, B6, B12 & E, jangkitan kuman dsbnya. Sebenarnya aliran darah yang kurang lancar seperti dalam Penyakit Arteri Periferal/PAD juga boleh menyebabkan kondisi kebas dan kesemutan yang biasanya berlaku pada anggota bawah tubuh.

Kebanyakan orang pernah mengalami kebas dan kesemutan sementara pada suatu ketika dalam hidup mereka apabila mereka duduk dengan kaki bersilang terlalu lama, atau tertidur dengan kepala di atas lengan. Ia boleh berlaku apabila tekanan berterusan diletakkan pada saraf. Namun apabila ia berlaku terlalu kerap dalam jangka waktu yang panjang walaupun kita tidak melakukan tindakan serupa di atas, ia mungkin antara gejala kepada penyakit atau kondisi tertentu. Sekiranya masalah berterusan, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk dilakukan pemeriksaan dan menjalani rawatan.

Rawatan untuk mengatasi masalah kebas atau paresthesia ini akan bergantung kepada punca yang telah dikenalpasti melalui ujian-ujian tertentu. Jika ia berpunca daripada herniated disk, pada tahap awal rawatan biasanya doktor akan memberi ubat penahan sakit (NSAID) atau suntikan steroid keatas diska yang terkeluar dengan bantuan x-ray. Jika masalah berlarutan pembedahan adalah pilihan terakhir. Jika ia disebabkan oleh tumor otak, doktor mungkin akan melakukan pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi dsbnya mengikut jenis, saiz, lokasi tumor selain tahap kesihatan pesakit secara keseluruhan. Jika paresthesia berpunca daripada kekurangan B1, B6, B12 & vitamin E, doktor biasanya akan memberi suplemen bagi mengatasi masalah kekurangan nutrien tersebut secara oral. Apa jua jenis rawatan akan bergantung kepada punca yang telah dikenalpasti dan kondisi semasa pesakit.

Dalam aspek perubatan tradisional, beberapa kaedah rawatan tertentu termasuk terapi bekam dilaporkan berkesan untuk mengatasi masalah paresthesia yang merupakan salah satu daripada pelbagai gejala yang terdapat pada penyakit atau kondisi tertentu. A.Michalsen et al 2009 melakukan kajian kesan bekam keatas 56 orang pesakit Carpal Tunnel Syndrome yang dibahagikan kepada 2 kump**an. Kump**an pertama/intervensi terdiri daripada 26 orang menjalani terapi bekam. Manakala kump**an kedua/kawalan, juga 26 orang hanya menjalani terapi pemanasan setempat. Penilaian aspek VAS, kesakitan leher, ketidakupayaan fungsi dan kualiti hidup dinilai sebelum dan selepas 7 hari rawatan. Keputusan: terdapat pembaikan ketara pada aspek VAS, kesakitan leher, ketidakupayaan fungsi dan kualiti hidup termasuk kebas dan kesemutan pada kump**an bekam berbanding kump**an kawalan.

Kajian oleh N. Hussain et al 2020 mendapati bahawa bekam berupaya menurunkan pelbagai parameter darah dan parameter biokimia termasuklah gula darah (FBS) dengan ketara. Kawalan paras gula yang lebih baik boleh mewujudkan persekitaran dalaman yang boleh membantu melancarkan proses penyembuhan saraf yang rosak selain menurunkan risiko kerosakan saraf yang lain.

H. Baghdadi et al 2015 merumuskan bahawa bekam berupaya menyingkir keluar serum autoantibodi (antibodi yang menyerang sel saraf secara silap sehingga menyebabkan kerosakan saraf) dan ia terbukti apabila parasnya menurun dengan ketara di dalam darah berbanding sebelum terapi bekam dilakukan. Dalam kes penyakit autoimun yang lain seperti tiroiditis hashimoto umpamanya, Obeid et al 2022 mendapati terapi bekam mampu mengurangkan paras autoantibodi seperti thyroglobulin antibody dengan ketara. Penyingkiran CPS seperti autoantibodi boleh mengurangkan keterukan gejala-gejala berkaitan termasuklah kebas dan kesemutan selain memudahkan proses penyembuhan saraf yang rosak.

Kebas dan kesemutan yang berpunca daripada tekanan saraf akibat daripada otot yang menegang lebih mudah diatasi melalui terapi bekam berbanding jika ia disebabkan faktor patologikal. Hanya dengan bekam kering atau luncur, tekanan negatif yang terhasil mampu mengendurkan otot-otot tegang yang menekan saraf selain meningkatkan aliran darah setempat melalui pelepasan nitric oxide sehingga mampu meredakan kebas dan kesemutan dalam jangkamasa yang singkat.

Kebas dan kesemutan yang berpunca daripada tekanan keatas akar saraf yang berpunca dari "slip disc" umpamanya, kadangkala boleh berkurangan atau reda melalui terapi bekam apabila diska yang tergelincir kembali ke tempatnya ("back into place") melalui mekanisme-mekanisme bekam tertentu. Kebas dan kesemutan yang berpunca daripada kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E, mengambil nutrien yang kaya dengan vitamin tersebut juga mampu mengatasi kondisi itu dalam suatu jangka waktu tertentu.

Keberhasilan rawatan bekam untuk kondisi kebas dan kesemutan akan banyak bergantung kepada kawalan faktor-faktor penyebabnya. Kebas dan kesemutan yang berpunca daripada himpitan atau tekanan keatas saraf boleh diatasi dalam jangka waktu yang "singkat" berbanding jika ia berpunca daripada kerosakan saraf akibat daripada penyakit-penyakit tertentu. Saraf rosak biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 6 minggu untuk pulih sekiranya punca kerosakan telah diatasi atau dapat dikawal dengan baik. Manakala kebas dan kesemutan akibat himpitan saraf oleh otot yang menegang umpamanya, boleh reda dalam tempoh singkat sebaik otot berkenaan longgar atau "relaks" kesan daripada terapi bekam.

MA SABRI

Ref:

1. Effects of traditional cupping therapy in patients with carpal tunnel syndrome: a randomized controlled trial. Andreas Michalsen, Silke Bock, Rainer Lüdtke, Thomas Rampp, Marcus Baecker, Jürgen Bachmann, Jost Langhorst, Frauke Musial, Gustav J Dobos. The journal of pain 10 (6), 601-608, 2009

2. The effects of cupping therapy as a new approach in the physiotherapeutic management of carpal tunnel syndrome
Shirin Mohammadi, Mohammad Mohsen Roostayi, Sedigheh Sadat Naimi, Alireza Akbarzadeh Baghban
Physiotherapy Research International 24 (3), e1770, 2019

3. The effect of wet-cupping therapy (hijama) in modulating autoimmune activity of Hashimoto’s thyroiditis: a pilot controlled study
Amal M Obeid, Faiza A Qari, Soad K Aljaouni, Sawsan Rohaiem, Ahmed A Elsayed, Maha M Alsayyad, Ezzuddin A Okmi
Saudi Medical Journal 43 (1), 45, 2022

4. The effects of wet cupping therapy on fasting blood sugar, renal function parameters, and endothelial function: a single-arm intervention study
Nik-Rosmawati Nik Husain, Suhaily Mohd Hairon, Rehanah Mohd Zain, Mujahid Bakar, Tee Get Bee, Mohamed Saat Ismail
Oman Medical Journal 35 (2), e108, 2020

5.Ameliorating role exerted by Al-Hijamah in autoimmune diseases: effect on serum autoantibodies and inflammator mediators
Hussam Baghdadi, Nada Abdel-Aziz, Nagwa Sayed Ahmed, Hany Salah Mahmoud, Ayman Barghash, Abdullah Nasrat, Manal Mohamed Helmy Nabo, Salah Mohamed El Sayed
International journal of health sciences 9 (2), 207, 2015

Credit to : Medic Sabri Osman

Info kolesterol
01/12/2021

Info kolesterol

MINUM KOPI BOLEH MENYEBABKAN TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI?

Kebanyakan kita minum kopi setiap pagi. Tetapi bolehkah kopi yang kita minum meningkatkan kolestrol dalam tubuh kita?

Kopi O yang kita minum selalunya tidak ada mengandungi kolestrol. Namun begitu ada beberapa jenis kopi boleh meningkatkan tahap Low-Density Lipoprotein (LDL) atau kolestrol jahat. Antaranya French press coffee, Turkish coffee dan espresso.

Peningkatan tahap LDL atau kolestrol jahat dalam tubuh boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah. Sementara peningkatan High-Density Lipoprotein (HDL) atau kolestrol baik, bagus untuk tubuh.

Tetapi jumlah kolestrol jahat dalam kopi O walaupun dari jenis yang disebutkan tadi adalah terlalu rendah.

Ramai yang bertanya saya, walaupun mereka kurus tetapi tahap kolestrol jahat masih tinggi. Adakah disebabkan minum kopi setiap?

Sebenarnya yang menjadi masalah adalah faktor keturunan (genetik) yang mempengaruhi tahap kolestrol dalam tubuh kita. Ia menjadi lebih buruk jika kita memilih makanan yang salah. Jadi tahap LDL tidak berkurangan walaupun kita tidak lagi mengamalkan kopi.

Namun tren terbaharu adalah minum kopi dengan penambahan gula yang banyak dan 'whipped cream' di atasnya diminum bersama kek dan donut yang manis.

Ini bukan masalah kopi. Masalah peningkatan kolestrol disebabkan oleh kream dan karamel yang tinggi dengan gula dan kalori.

Seolah-olah kita sedang mengambil makanan berat untuk tengahari atau malam. Minuman kopi sebegini mempunyai 50gm atau lebih dan kandungan kalori p**a 600 kalori atau lebih.

Apatah lagi diambil bersama kek dan donut yang manis.

Jadi pengambilan kopi O secara sederhana adalah selamat sementara pengambilan kopi dengan gula dan kream, boleh menyebabkan peningkatan kolestrol dalam tubuh.

Sempena bulan anniversary admin & suami, sess mau bagi diskaun atas pembelian item2 YL. 15% + FREE postage. Bah jdi bole...
03/07/2021

Sempena bulan anniversary admin & suami, sess mau bagi diskaun atas pembelian item2 YL. 15% + FREE postage. Bah jdi boleh pilih2 yerr mana berkenan yer. 😍

Harga tertera sebelum diskaun😉. After diskaun laaagi murah🤩

Hello July!Promo Julai sudah tiba! Jom cepat2 dapatkan dari distributor anda.Atau jika anda suda ahli.. Jom aktifkan kea...
02/07/2021

Hello July!

Promo Julai sudah tiba! Jom cepat2 dapatkan dari distributor anda.

Atau jika anda suda ahli.. Jom aktifkan keahlian anda😉

Bagaimana Guna Minyak Pati (eo)
24/06/2021

Bagaimana Guna Minyak Pati (eo)

Apa itu Eo @ Essential Oil Young Living?
08/06/2021

Apa itu Eo @ Essential Oil Young Living?

𝗧𝗜𝗥𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗦𝗟𝗜? 𝗛𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗟𝗜 Adalah sangat penting untuk mendapatkan sesuatu produk dari sumber asal ...
29/05/2021

𝗧𝗜𝗥𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗦𝗟𝗜? 𝗛𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗟𝗜

Adalah sangat penting untuk mendapatkan sesuatu produk dari sumber asal untuk jaminan kualiti terbaik.

Seperti kes sambal Nyet tiruan ini, begitu juga keadaannya dengan essential oil Young Living. Bersepah fake version di pasaran.

Dengan teknologi zaman sekarang, sangat mudah sebenarnya untuk seseorang meniru label dan pembungkusan. Tapi isinya sudah tentu berbeza.

Bayangkan kalau produk tiruan mengandungi bahan berbahaya yang menganggu kesihatan? Sangat menakutkan! Beli untuk sihat, tapi sakit p**ak yang dapat😰

Oleh itu, janganlah beli essential oils Young Living dari 3rd party platform seperti Shopi, Lazadah malah Fesbuk group dan marketplace.

Jika anda risau terbeli produk tiruan, cara paling selamat adalah dengan membeli terus dengan syarikat pengeluar produk.

Caranya mudah sahaja iaitu dengan menjadi ahli Young Living untuk membuka akaun shopping.

Tiada kewajipan untuk membeli setiap bulan.
Tiada kewajipan untuk menjual.
Tiada kewajipan untuk beli borong buat stok

Beli untuk kegunaan sendiri sahaja pun dah boleh.

Yang dah jadi ahli, boleh beli terus Di virtual office. Jika Ada masalah nak guna VO, hubungi enroller/pendaftar atau saya.

Educate your friends and family untuk beli produk dari sumber yang betul. Be their referral so that they can be member and have YL shopping account.

Referral : masa nak daftar jadi ahli tu kena letak maklumat enroller dan sponsor. Letak nombor ahli YL anda ya.

Credit to Piqahoilerganu

Hello May!This is special for Young Living member.Last pic, details about FREEgift yang capai 120pv dan ke atas.Grab you...
03/05/2021

Hello May!

This is special for Young Living member.

Last pic, details about FREEgift yang capai 120pv dan ke atas.

Grab yours 11th ni, jgn tunggu lama2 while stock last!

Haaaa MEO is at it again.Dia mai lagi gaess.Apa MEO ni??MEO : Minimum Enrollment Order is all time favorite kit. Kenapa ...
15/04/2021

Haaaa MEO is at it again.
Dia mai lagi gaess.

Apa MEO ni??

MEO : Minimum Enrollment Order is all time favorite kit. Kenapa favorite kit? Sebab bila u beli set ni u terus dapat free membership for a year. Nanti you boleh lah beli semua barang YL lepas ni dengan member price and entitled for all YL promo item. Tayah dah nak tanya distributor, kak tak boleh kurang lagi ke? Lepas ada set ni you terus boleh beli semua barang- barang YL dengan member price dengan semangatnya. Tayah dah minta minta kurang ni. Hihi.

So macam mana nak lock your all time favourite kit ni? Lekaslah cepat lah DM kita ye.

Best tau set ni sebab ada new diffuser, ada collagen, ada lavender rc and spearmint. Nanti kita cerita detail lagi bila u DM.

Kenapa tunggu lagi?
Kita semua nak cantik nak sihat untuk persiapan bulan puasa dan raya nanti. Mana tau lepas ni boleh rentas negeri boleh jumpa sanak saudara di kampung dengan semangat baru gituuuuyyy.
Eh rindu lah kat mak kt kampung kan. Sayu p**ak.
Okay jangan lupa DM cepat2 ye.
Credit card juga diterima.
Ask me how.
Kedai minyak kita buka 24jam.

Share with ❤️,
Mrs Ndey🌹
Your favourite Young Living Distributor

Address

Telipok

88450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60178321769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Husna Beauty & Healthy Spa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram