Wellness Hub Kota Samarahan

Wellness Hub Kota Samarahan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wellness Hub Kota Samarahan, Health & Wellness Website, Wellness Hub Kota Samarahan, Kota Samarahan.

Wellness Hub merupakan satu infrastruktur yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan (One Stop Community Centre) kepada komuniti setempat sebagai satu strategi dalam menggalakkan komuniti mengamalkan cara hidup sihat.

Siapa kata bulan puasa kena tidur je? 😴 Jom kita keluar berpeluh sikit bagi segar badan!Sertai kami di Wellness Hub Kota...
12/03/2026

Siapa kata bulan puasa kena tidur je? 😴 Jom kita keluar berpeluh sikit bagi segar badan!

Sertai kami di Wellness Hub Kota Samarahan untuk sesi Ramadan Kekal Aktif petang esok!

📌 Lokasi: Wellness Hub Kota Samarahan
📌 Jam: 4.00 Petang
📌 Dresscode: Kuning 💛

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

Ayuh warga Samarahan, kita tunjukkan gaya hidup sihat walaupun di bulan Ramadan! 💪Jom sihat bersama! 🤝

11 MAC 2026, Rabu – Wellness Hub Kota Samarahan telah menerima lawatan akademik daripada rombongan Pegawai Perubatan (Ca...
12/03/2026

11 MAC 2026, Rabu – Wellness Hub Kota Samarahan telah menerima lawatan akademik daripada rombongan Pegawai Perubatan (Calon Pakar Perubatan Kesihatan Awam) dari UNIMAS. Sesi lawatan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan Wellness Hub sebagai pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan yang komprehensif.

Pn. Christy Alexander, Pegawai Pendidikan Kesihatan, telah memberikan penerangan mengenai pelbagai kemudahan dan pakej kesejahteraan kesihatan yang ditawarkan bagi meningkatkan taraf kesihatan dan literasi kesihatan komuniti.

Pihak kami sentiasa menggalakkan orang ramai untuk hadir dan memanfaatkan fasiliti yang disediakan secara PERCUMA demi kesejahteraan bersama.

"Kesihatan anda, tanggungjawab bersama. Jumpa anda di Wellness Hub Kota Samarahan!"

🔥 Mereka dah berjaya… kini giliran anda p**a!Peserta Program Pengurusan Berat Badan ’I Fit and Eat Right’ (IFitEr) 2025 ...
06/03/2026

🔥 Mereka dah berjaya… kini giliran anda p**a!

Peserta Program Pengurusan Berat Badan ’I Fit and Eat Right’ (IFitEr) 2025 telah membuktikan bahawa perubahan itu memang boleh dicapai apabila ada usaha, komitmen dan disiplin.

Berat badan turun, badan lebih cergas, keyakinan diri pun meningkat! 💪

👏 Tahniah dan syabas kepada semua peserta IFitEr 2025 atas kejayaan yang membanggakan. Anda adalah inspirasi kepada komuniti!

🚀 Anda juga boleh lakukan perkara yang sama.
Jangan tunggu esok untuk berubah. Mulakan langkah pertama hari ini.

📣 Ayuh warga Samarahan!
Bersedia untuk sertai Program Pengurusan Berat Badan IFitEr edisi seterusnya dan capai versi terbaik diri anda.

✨ Berubah bersama. Sihat bersama. Sihat itu saya. Sihat itu Kita. Sihat itu Malaysia




"RAMADAN KEKAL AKTIF DENGAN AERODANCE! 🌙💃Siapa kata bulan puasa kena duduk diam sahaja? Ayuh kekalkan momentum kecergasa...
05/03/2026

"RAMADAN KEKAL AKTIF DENGAN AERODANCE! 🌙💃

Siapa kata bulan puasa kena duduk diam sahaja? Ayuh kekalkan momentum kecergasan anda bersama kami di Wellness Hub Kota Samarahan. Kita ber-Aerodance dengan penuh gaya dan semangat!

Kenapa anda perlu join?
✅ Tingkatkan stamina walaupun sedang berpuasa.
✅ Aktiviti santai dan menyeronokkan.
✅ Percuma untuk semua!

📌 SAVE THE DATE‼️
📅 Jumaat, 6 Mac 2026
⏰ 4:00 – 5:00 Petang
👚 Dress Code: Baju Merah Jambu🩷🩷

Jumpa anda di sana! Jangan lupa kongsikan post ini dan ajak famili serta rakan-rakan. 🤜🤛

"

4 Mac 2026- Satu sesi libat urus Wellness Hub Kota Samarahan bersama kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (P...
05/03/2026

4 Mac 2026- Satu sesi libat urus Wellness Hub Kota Samarahan bersama kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Samarahan telah diadakan bagi memperkenalkan pakej perkhidmatan kesejahteraan kesihatan yang ditawarkan oleh Wellness Hub Kota Samarahan.

Antara pengisian aktiviti ialah:
- Saringan kesihatan (pemeriksaan tekanan darah dan gula)
- Saringan Komposisi Badan
- Runding Cara Hidup Sihat

Pengisian program turut diselitkan dengan aktiviti ceramah kesihatan bertajuk ’Ke Arah Warga Kerja Sihat & Sejahtera’ yang disampaikan oleh Dr. Nor Hazemi bin Hassan, Pegawai Perubatan (DrPH) UNIMAS dan ceramah ’Perkhidmatan Wellness Hub Kota Samarahan’ yang disampaikan oleh Pn. Nor Ezra binti Hipni, Pegawai Pendidikan Kesihatan.

Hidup lebih bermakna dengan tubuh badan yang sihat.Ikuti tip ini💧 Minum air mineral secukupnya.🥗 Amalkan pemakanan seimb...
05/03/2026

Hidup lebih bermakna dengan tubuh badan yang sihat.

Ikuti tip ini

💧 Minum air mineral secukupnya.
🥗 Amalkan pemakanan seimbang.
🏃‍♂️ Aktif secara fizikal sekurang-kurangnya 1 jam sehari.
🍳 Ambil sarapan yang berkhasiat.
😴 Cukupkan tidur 8 jam sehari
🧹 Kurangkan masa sedentari

Jom kita mula hari ini !

8 Langkah Cegah Obesiti Kanak-Kanak & Remaja 🏃‍♂️🍎Isu berat badan berlebihan dalam kalangan kanak-kanak tak boleh dipand...
05/03/2026

8 Langkah Cegah Obesiti Kanak-Kanak & Remaja 🏃‍♂️🍎

Isu berat badan berlebihan dalam kalangan kanak-kanak tak boleh dipandang remeh. Jom amalkan 8 tip penting ini:

1️⃣ Pilih makanan yang sihat, seimbang & pelbagai.
2️⃣ Makan ikut waktu & elak makan lewat malam.
3️⃣ Wajibkan sarapan pagi.
4️⃣ Ambil 2 sajian buah & sekurang-kurangnya 3 sajian sayur setiap hari.
5️⃣ Hadkan makanan terproses ultra (makanan segera/ringan).
6️⃣ Pilih snek sihat seperti buah & kekacang.
7️⃣ Minum 6-8 gelas air kosong setiap hari.
8️⃣ Kekal aktif setiap hari!

Kesihatan mereka, tanggungjawab kita. Jom kongsikan info ini demi masa depan anak-anak kita! 📢




💪 Sempena Hari Obesiti Sedunia, jom kita ambil langkah proaktif untuk kesihatan diri dan keluarga!JOM CEGAH OBESITI DENG...
04/03/2026

💪 Sempena Hari Obesiti Sedunia, jom kita ambil langkah proaktif untuk kesihatan diri dan keluarga!

JOM CEGAH OBESITI DENGAN 5 CARA INI:

✅ Ambil peduli status Body Mass Index (BMI) anda
Ketahui julat BMI anda dan sasarkan BMI normal untuk kurangkan risiko penyakit.

✅ Makan mengikut konsep Suku-Suku Separuh & Piramid Makanan Malaysia.
Amalkan pemakanan yang seimbang, sederhana & pelbagai dalam setiap hidangan.

✅ Ambil serat mengikut saranan
Pilih lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan & bijirin penuh setiap hari.

✅ Minum air kosong 6–8 gelas sehari
Untuk kekal hidrat & membantu mengangkut nutrien serta bahan buangan dalam badan.

✅ Lakukan senaman berintensiti sederhana selama 150–300 minit seminggu
Contohnya berjalan laju, berbasikal atau berenang - konsisten itu kunci!

✨ Perubahan kecil, jika dibuat secara konsisten, mampu beri impak besar kepada kesihatan.
Mulakan hari ini, demi diri dan keluarga tersayang.






03/03/2026

Petang ini kita akan mengupas topik Sembang Santai: “Nafas Baharu Ramadan & Peranan Pemakanan dalam Membantu Berhenti Merokok”.
Bersama penceramah jemputan kita, Dr. Azie Nur’Auni binti Shbini (Pegawai Perubatan DrPH UNIMAS) & Cik Aina Shuhada binti Mohamad (Pegawai Sains Pemakanan, PKB Samarahan)

Terima kasih kerana menyertai sesi FB Live kami hari ini ☺️

02/03/2026
🌙✨Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga…Ia peluang terbaik untuk reset gaya hidup — termasuk berhenti merokok 🚭...
02/03/2026

🌙✨Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga…
Ia peluang terbaik untuk reset gaya hidup — termasuk berhenti merokok 🚭

Topik Sembang Santai: “Nafas Baharu Ramadan & Peranan Pemakanan dalam Membantu Berhenti Merokok” akan dikupas di Facebook LIVE pada 3 Mac 2026, Selasa jam 2:30 petang.

Bersama penceramah jemputan kita, Dr. Azie Nur’Auni binti Shbini (Pegawai Perubatan DrPH UNIMAS) & Cik Aina Shuhada binti Mohamad (Pegawai Sains Pemakanan, PKB Samarahan)

📜 e-sijil disediakan kepada para peserta

Jangan lepaskan peluang & sebarkan berita baik ini!

Ramadan adalah masa terbaik untuk bina tabiat sihat yang berkekalan 💚
Jom ambil peluang ini untuk nafas baharu, hidup lebih sihat!




02/03/2026

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, ia adalah peluang keemasan untuk "reset" kesihatan kita.

Tahukah anda apa yang berlaku kepada badan sebaik sahaja anda berhenti merokok?

Proses pemulihan bermula seawal 20 minit pertama! Berikut adalah garis masa kesan positif yang akan anda alami:

20 Minit: Kadar nadi anda mula kembali normal.

8 Jam: Tahap oksigen dalam badan kembali ke tahap normal.

2 Hari: Paru-paru mula bekerja membersihkan lendir dan kotoran. Deria rasa dan bau juga akan bertambah baik.

3 Hari: Pernafasan terasa lebih lega dan mudah.

3 Bulan: Fungsi paru-paru meningkat secara keseluruhan.

1 Tahun: Risiko anda untuk mendapat serangan jantung berkurangan dengan ketara.

5 Tahun: Risiko strok semakin berkurang.

Jadikan Ramadan tahun ini sebagai titik perubahan untuk gaya hidup yang lebih sihat dan cergas. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kesejahteraan diri dan keluarga tersayang. ❤️

Address

Wellness Hub Kota Samarahan
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082671232

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Kota Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Kota Samarahan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram