01/08/2018
:: Hari Ini hari yang paling bersejarah.. Hari yang dinanti-nantikan. Hari Penyerahan Hospital Kuala Krai daripada JKR kepada KKM. Terima Kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dalam menjayakan pembinaan projek ini.
Banyak kenangan s**a dan duka di alami. Projek ini pernah suatu ketika dikatakan tidak akan mampu disiapkan. Nah.. Ini buktinya.. Ianya telah pun diserahkan.. Ramai yang berkhidmat bersama projek ini telah bertukar, ada yang dah pencen dan ada juga yg telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah untuk arwah.. Semoga jasa dan khidmat yang pernah dicurahkan untuk projek ini dapat memberi manafaatnya.
Dalam projek ini banyak perkara dipelajari.. Siku liku alam pengurusan pembinaan. Bukan semudah dikatakan.. Ianya perit untuk digambarkan. Tetapi akan muncul kemanisan di penghujungnya.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak samada terlibat secara langsung atau pun tak langsung. Pengorbanan anda amatlah dihargai.
Kepada pihak pengurusan Kontraktor samada Utama atau Sub termasuklah Perunding .. Andalah denyut nadi pembinaan projek ni. Tahniah.. Dan Terima Kasih..
Kepada sahabat-sahabat yang berada di JKR, terima kasih dan tahniah juga sepatutnya diterima oleh Anda.. Sbb jasa dan peranan Anda sememangnya tidak akan dirasai oleh orang lain.. TETAPI kami ditapak semamngnya terasa peranan anda.. Kami ucapkan Tahniah dan Terima Kasih..
Kepada Rakan-rakan PBT, Utiliti dll, peranan anda juga sama penting... Dan Anda sememangnya layak untuk menerima ucapan tahniah dan terima kasih.
Kepada End User.. Tahniah.. Dan terima kasih di atas kerjasama yg telah diberikan selama ini. Selamat menerima Bangunan Baru Hospital Kuala Krai.. Semoga kalian bertambah semangat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk setempat...
Dipetik dari fb