19/04/2021
😱 Baru tahu, susu UHT kalau dibuka perlu dihabiskan dengan segera jika tidak disimpan di peti sejuk. Kalau terbiar lama-lama di luar peti sejuk, adakah susu ini perlu dibuang? Jom lihat ketahanan susu seperti di bawah.
Susu botol/kotak (Pastur)
- Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka - tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
- Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 3 hari.
- Jika diletakkan diluar - habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.
Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
- Kotak yang belum dibuka - Tahan sehingga tarikh luput
- Jika dibuka - perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
- Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.
Susu tepung
- Belum dibuka - boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama - tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.
Susu frozen
- Tahan 3 bulan.
- Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.
Yougurt
- Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 2 minggu
- Jika dibuka - habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.
*Penting:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.