Afyaa Sihat by Anna

Afyaa Sihat by Anna Dapatkan info kesihatan dan tips menarik di sini! Jom sihat bersama Afyaa Hayyiba. COD barang sampai

18/01/2022
Happy weekend ✨
02/01/2022

Happy weekend ✨

Wahhh hari ni banyak ye kereta atas jalan raya. Nampak nya semua keluar bersantai hujung minggu pada hari pertama 2022 🥳...
01/01/2022

Wahhh hari ni banyak ye kereta atas jalan raya. Nampak nya semua keluar bersantai hujung minggu pada hari pertama 2022 🥳🥳🥳

Pasti anda juga ada berjalan - jalan, beriadah, bers**an dan sebagai nya.

Jom kita baca apa faedah senaman berjalan:

TIPS PEMAKANAN UNTUK KOLESTEROL TINGGI
29/12/2021

TIPS PEMAKANAN UNTUK KOLESTEROL TINGGI

Selamat pagi. Stay safe, stay healthy 😊
24/11/2021

Selamat pagi. Stay safe, stay healthy 😊

Selamat petang... 🤩
23/11/2021

Selamat petang... 🤩

Mitos VS Fakta GOUT ??Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
23/11/2021

Mitos VS Fakta GOUT ??

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Stay safe and stay healthy 🥰🤩
10/11/2021

Stay safe and stay healthy 🥰🤩

Apakah itu Habbatus Sauda?Habbatus sauda atau jintan hitam dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuha...
10/11/2021

Apakah itu Habbatus Sauda?

Habbatus sauda atau jintan hitam dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar.

Biji habbatus sauda diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia juga digunakan dalam masakan sebagai rempah di pelbagai negara seperti India, Asia Barat dan Poland. Ia dikatakan mempunyai gabungan rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano.

KESIHATAN MATAMata merupakan organ anugerah tuhan yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira sebag...
10/11/2021

KESIHATAN MATA

Mata merupakan organ anugerah tuhan yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan.

Untuk memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik dan berpanjangan, kita perlu menitikberatkan soal kesihatan mata dan menjaga keseluruhan fungsi penglihatan. Kita perlu mendapatkan pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan fungsi penglihatan adalah baik.

A) Ketika Membaca
~ Jarak membaca

Pastikan membaca pada jarak antara 30 hingga 40cm dari buku ke mata. Jarak yang terlalu dekat akan menyebabkan otot-otot mata menegang untuk memfokus. Hal ini boleh mengakibatkan sakit kepala.

~ Posisi badan ketika membaca

Posisi badan hendaklah sentiasa tegak. Jangan membaca sambil berbaring. Hal ini akan menyebabkan otot-otot mata terpaksa bekerja lebih untuk menfokus pada bahan bacaan. Mata akan menjadi cepat letih dan tidak dapat bertahan lama untuk membaca.

B) Pencahayaan
Cahaya yang mencukupi amat penting ketika membaca. Pastikan pencahayaan yang digunakan tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata.

C) Makanan Untuk Mata
Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata dan dapat mencegah daripada penyakit mata. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata.

Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama lobak dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

Selamat malam semua 🥰
09/11/2021

Selamat malam semua 🥰

Nak Tambah Otot, Patut Makan Telur Mentah Atau Telur Rebus? Mana Lebih Berkhasiat?Telur merupakan makanan yang versatil ...
09/11/2021

Nak Tambah Otot, Patut Makan Telur Mentah Atau Telur Rebus? Mana Lebih Berkhasiat?

Telur merupakan makanan yang versatil dan boleh dihidangkan dengan pelbagai cara. Tanpa telur, tidak kiralah telur rebus atau goreng, makan nasi pun rasa tidak lengkap!

Makanan yang menjadi kegemaran ramai ini juga merupakan satu bahan penting di dalam hidangan melayu.

Contohnya, telur rebus selalunya dipotong kecil dan dimakan bersama nasi lemak. Laksa jika dimakan tanpa telur rebus juga rasa kosong dan tidak lengkap.

Telur goreng p**a menjadi kegemaran rakyat Malaysia sebagai lauk tengah hari. Selain itu, telur separuh masak juga dimakan sebagai sarapan pagi dan kadangkala sebelum tidur sebagai makan malam ataupun supper.

Nampak tak betapa rakyat Malaysia s**a makan telur! Makanan bersaiz kecil namun penuh nutrisi ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikan.

Telur merupakan salah satu makanan yang sihat dan boleh menjadi sumber protein yang baik.

Selain itu, sebiji telur juga mempunyai pelbagai vitamin seperti vitamin A, B2, B12 dan D serta mineral seperti folat dan iodin.

Tahukah anda, berapa banyak telur yang anda boleh makan sehari? Tidak ada sebarang rekomendasi mengenai jumlah maksima telur yang boleh dimakan.

Malah, ada kajian yang membuktikan bahawa anda boleh makan 7 biji telur seminggu tanpa mengalami apa-apa peningkatan risiko sakit jantung!

Namun, anda perlulah masak telur tersebut dengan betul.

Sebagai contoh, anda boleh rebus telur tersebut ataupun buat telur hancur tanpa sebarang garam. Untuk pengetahuan anda, telur yang digoreng mempunyai 50% lebih lemak daripada asal.

Jika anda merupakan pengguna tegar media sosial dan rajin bersenam di gimnasium, anda pasti pernah mendengar mengenai kebaikan memakan telur mentah.

Menurut mereka, telur mentah boleh bantu ahli bina badan untuk membina lebih banyak otot.

Oleh sebab itu, ada yang menambah sebutir dua telur mentah ke dalam minuman ataupun smoothies, sebagai booster yang boleh bantu mereka membina lebih banyak otot dalam masa yang singkat.

Telur yang dimasak mempunyai kandungan protein yang lebih baik.

Address

Kuala Lumpur
50080

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Afyaa Sihat by Anna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share