WARAK : "Inspirasi masyarakat sejahtera"

WARAK : "Inspirasi masyarakat sejahtera" WARAK adalah Exco Wanita, Remaja dan Kanak-kanak yang merupakan salah satu Exco yang berada dalam PA

9 Mei 2025, Putrajaya - Pegawai Perhubungan PAPISMA ke KPWKM, Dr. Jannatul Madihah telah mewakili Pertubuhan Amal Peruba...
14/05/2025

9 Mei 2025, Putrajaya - Pegawai Perhubungan PAPISMA ke KPWKM, Dr. Jannatul Madihah telah mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Advokasi dan Pembangunan Kapasiti Bil 1/2025 di Aras 25, Kemeterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, YBrs. Dr. Faridah Awang merupakan platform penting bagi pemantauan dan penyelarasan usaha antara agensi kerajaan dan NGO dalam menangani isu Keganasan Rumah Tangga (KRT).

Mesyuarat kali ini membincangkan pembentangan laporan ahli mesyuarat untuk suku tahun pertama 2025 dan laporan tahun 2024, serta perancangan gerak kerja untuk tahun 2025.

PAPISMA akan terus komited menyumbang kepakaran dalam usaha ini, bersama-sama dengan agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan bagi memperkukuh usaha advokasi, memperkasa institusi keluarga serta melindungi mangsa keganasan domestik.





🌺WEBINAR WANITA DAN RAMADAN 🌺Sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac 2025LIVE NOW📍SIRI 1: TERAPI AL-QURAN & PENGURUSAN EMOSI W...
01/03/2025

🌺WEBINAR WANITA DAN RAMADAN 🌺
Sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac 2025

LIVE NOW📍

SIRI 1: TERAPI AL-QURAN & PENGURUSAN EMOSI WANITA
✨ “Ketenangan Hati, Kesejahteraan Diri” ✨

Wanita memikul pelbagai tanggungjawab, namun adakalanya jiwa perlu diisi dengan ketenangan. Bagaimana Al-Quran dapat menjadi terapi dalam menghadapi ujian hidup? Bagaimana mengurus emosi dengan panduan Ilahi dan ilmu psikologi?

Jom sertai webinar anjuran Exco Wanita, Remaja & Kanak-kanak PAPISMA untuk mendalami hikmah Al-Quran dalam membentuk wanita yang lebih tenang dan sejahtera.

📆 Sabtu, 1 Mac 2025
⏰ 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
🎥 LIVE di YouTube: Warak Papisma Malaysia

🔗 https://www.youtube.com/live/BLHIM7gbtAk?si=RvHBG_IqWP_MmXcB

Manfaatkan Ramadan dengan ilmu dan inspirasi! 🌸

✨ WEBINAR WANITA & RAMADAN ✨Sempena Hari Wanita Sedunia 2025📢 2 Webinar Bersiri – Percuma & Terbuka untuk Semua!📌 Siri 1...
28/02/2025

✨ WEBINAR WANITA & RAMADAN ✨
Sempena Hari Wanita Sedunia 2025

📢 2 Webinar Bersiri – Percuma & Terbuka untuk Semua!

📌 Siri 1: Terapi Al-Quran & Pengurusan Emosi Wanita
📆 Sabtu, 1 Mac 2025
⏰ 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

📌 Siri 2: Wanita Berinspirasi Membina Legasi
📆 Sabtu, 8 Mac 2025
⏰ 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

🎥 LIVE di YouTube: Warak Papisma Malaysia

📍 Daftar Sekarang!
🔗 https://forms.gle/zzZWJZRBaZYRAZXZ6

📌 Anjuran:
🕌 EXCO WANITA DAN KANAK-KANAK PAPISMA

Jom manfaatkan Ramadan dengan ilmu dan inspirasi! 🌸

Alhamdulillah, hari ini Dr. Jannatul Madihah telah membawa mandat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Advokasi dan Pembang...
21/11/2024

Alhamdulillah, hari ini Dr. Jannatul Madihah telah membawa mandat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Advokasi dan Pembangunan Kapasiti di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sebagai wakil Exco WARAK, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) secara bersemuka.

Tidak dilupakan juga Dr. Radhiahtul Akmal, Dr. Nafsah Dulajis, Dr. Azirawati dan Puan Norazizah Kadil yang turut meluangkan masa untuk hadir secara atas talian.

Mesyuarat kali ini membentangkan program yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun lepas dan tahun akan datang. Selain itu, terdapat juga pembentangan daripada Yayasan Kebajikan Negara yang berkongsi pencapaian mereka dalam menyediakan perkhidmatan PSSS iaitu Pusat Sokongan Sosial Setempat. Tahniah YKN!

Semoga dengan perbincangan sebegini dapat meningkatkan lagi perkhidmatan dan kolaborasi strategik antara Kementerian dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Perjalanan yang masih jauh dalam menangani Keganasan Rumah Tangga (KRT) ini memerlukan kerjasama dan komitmen yang padu daripada semua pihak.

Insya-Allah, dengan kesedaran yang semakin bertambah dan pelbagai program yang dijalankan, diharap angka KRT dapat diturunkan.






Wahai wanita...Sedarilah insan istimewaBahawa kelembutan bukan kelemahanBukan jua penghinaan dari TuhanBahkan sebagai hi...
07/03/2024

Wahai wanita...
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wahai wanita..
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Jangan lupa temujanji kita
Masa : 8.3.24
Masa :9 malam

Live : https://www.facebook.com/groups/1095187804596308/?ref=share

Selamat Hari Wanita
8 Mac 2024

Assalamualaikum & salam sejahteraBulan March adalah bulan wanitaJom, jom, jom🤗🤗Kami ingin kongsikan salah satu cara harg...
03/03/2024

Assalamualaikum & salam sejahtera
Bulan March adalah bulan wanita
Jom, jom, jom🤗🤗
Kami ingin kongsikan salah satu cara hargai kita
Kita semua Wanita HEBAT!!🥰🥰
Wanita solehah sebaik- baik perhiasan dunia🥰

Mohon share, like and comment

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WARAK : "Inspirasi masyarakat sejahtera" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to WARAK : "Inspirasi masyarakat sejahtera":

Share