Eika Chan

Eika Chan Vitamin C from natural source. No sugar added, no preservatives, non GMO

Secara umum minyak goreng jangan digunakan berulang kali lebih daripada 2–3 kali.Kenapa tak elok guna banyak kali?1. Pen...
04/09/2025

Secara umum minyak goreng jangan digunakan berulang kali lebih daripada 2–3 kali.

Kenapa tak elok guna banyak kali?

1. Pengoksidaan
Setiap kali minyak dipanaskan, lemak tak tepu dalam minyak akan pecah dan teroksida dan terbentuk radikal bebas yang bahaya untuk sel badan.

2. Pembentukan bahan toksik
Guna minyak berulang kali boleh hasilkan acrolein (bau hangit) dan aldehid toksik. Bahan ni dikaitkan dengan keradangan, risiko penyakit jantung dan kanser.

3. Trans fat
Minyak yang dipanaskan berulang boleh bertukar kepada lemak trans, yang memang terbukti meningkatkan kolesterol jahat (LDL) dan menurunkan kolesterol baik (HDL).

4. Rasa dan kualiti makanan
Minyak lama buat gorengan rasa tengik, warna hitam, dan makanan serap lebih banyak minyak, kurang sedap dan terlampau oily.

Tips kalau nak guna semula :
▶️ Tapis minyak lepas guna, buang sisa makanan.
▶️ Simpan dalam bekas tertutup dan gelap.
▶️ Elakkan guna semula minyak yang dah terlalu
gelap atau berbau tengik.
▶️ Untuk gorengan deep fry, maksimum 2–3 kali sahaja.

Jadi, lagi kerap guna semula minyak, lagi tinggi risiko toksin + radikal bebas.

Maka lebih baik dihadkan, dan jika mampu, boleh guna minyak fresh untuk setiap gorengan penting contohnya makanan untuk anak kecil.

Semoga bermanfaat!

-Eika Chan

Follow Eika Chan untuk lebih banyak info sihat yang akan dikongsikan.

Minyak sayuran selalu digembar-gemburkan sebagai sihat, tapi sebenarnya yang lebih penting, adakah ia minyak yang selama...
03/09/2025

Minyak sayuran selalu digembar-gemburkan sebagai sihat, tapi sebenarnya yang lebih penting, adakah ia minyak yang selamat?

Fikirkan ia semula selepas korang selesai baca ni.

Minyak yang diproses tinggi (refined oils) seperti minyak jagung, minyak soya, minyak bunga matahari, minyak kanola, biasanya melalui proses pemurnian, pemutihan, dan deodorisasi.

Proses ni boleh menukarkan lemak tak tepu menjadi bentuk yang lebih mudah teroksida, jadi boleh menyumbang kepada inflamasi dalam badan.

Banyak minyak sayuran tinggi omega-6, tapi kurang omega-3. Jika omega-6 terlalu banyak dalam diet dan ini biasa dengan penggunaan minyak sayuran untuk gorengan, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan, yang dikaitkan dengan risiko inflammation dan penyakit kronik!

Apabila minyak sayuran dipanaskan pada suhu tinggi iaitu goreng deep fry, lemak tak tepu mudah teroksida menyebabkan terbentuknya radikal bebas dan boleh merosakkan sel!

Jadi dah fahamlah kan kenapa inflammation tak reda-reda walaupun kononnya dah guna “minyak sihat”?

Maka kesimpulannya, minyak sayuran tidak semestinya sihat dan selamat, terutamanya jika sudah diproses atau digoreng pada suhu tinggi. Ia bukan ‘musuh’ mutlak, tapi penggunaan berlebihan dan cara masak boleh menimbulkan risiko.

Alternatif lebih baik untuk menggoreng ikan, ayam, atau deep fry, boleh gunakan minyak kelapa sawit. Namun penggunaannya tetaplah dalam kadar bersederhana.

Daan, perlu diingat ya!

Bagi yang GERD, gastrik, angin dan alahan teruk kenalah elakkan makanan berminyak untuk fasa permulaan. Semua ini kita ajarkan dalam protokol Redox.

- Eika Chan

Sambil balut parcel klien ni, saja la nak bagitahu. Contest masih berjalan tau. Berpeluang menang gold bar bulan ni.Cuba...
01/09/2025

Sambil balut parcel klien ni, saja la nak bagitahu. Contest masih berjalan tau. Berpeluang menang gold bar bulan ni.

Cubalah, mana tahu yang bertuah itu kamu. 😊



Ramai salah faham bila dengar “cut sugar”.Terus fikir kena buang semua karbo termasuk nasi?Sebenarnya bukan sampai macam...
31/08/2025

Ramai salah faham bila dengar “cut sugar”.
Terus fikir kena buang semua karbo termasuk nasi?

Sebenarnya bukan sampai macam tu,
Karbohidrat semulajadi macam nasi,
Penting untuk badan! Terutama bagi wanita.

Kenapa karbohidrat penting?

Ia sumber tenaga utama otak dan otot kita.
Otak kita guna lebih kurang 120g glukosa sehari.
Tak boleh survive kalau langsung tak ada.

Ia juga bagi rasa kenyang lebih lama dan stabilkan tenaga. Dengan syarat pilih karbo baik, seperti nasi dan ubi.

Ia juga dapat elakkan letih dan cranky.
Kalau terlalu rendah karbo, badan terpaksa pecah otot dan lemak badan. Dan kita jadi lemah, pening, cepat letih dan cepat marah.

Yang SEBENARNYA KITA KENA CUT
Ialah gula tambahan iaitu gula putih, air manis, coklat
Kuih manis, roti, biskut dan minuman proses.

Jadi jangan takut makan nasi ya.
Tetap makan nasi, tapi kawal kuantiti dan
Pilih beras lebih sesuai untuk yang ada leaky gut.

Kalau korang nak guidance macam mana
Cara cut sugar dengan betul tanpa perlu seksa diri,
Dan tetap ada tenaga, InshaAllah saya boleh bantu
Guide korang protokol Redox.

-Eika Chan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 🇲🇾Semoga Malaysia terus kekal aman, makmur dan bersatu hati. Juga tidak lupa do...
31/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 🇲🇾

Semoga Malaysia terus kekal aman, makmur dan bersatu hati. Juga tidak lupa doa buat saudara-saudara kita di seluruh dunia yang masih berjuang untuk kebebasan dan kesejahteraan.

Ayuh, bersama kita terus kuat, penuh semangat dan konsisten membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang berdepan masalah Angin & Alahan.

Salam Kemerdekaan dari kami,
Team Redox

Jenis bahan periuk boleh mempengaruhi kesihatan kita dan keluarga.Kalau salah pilih, bahan kimia dan logam berat boleh m...
28/08/2025

Jenis bahan periuk boleh mempengaruhi kesihatan kita dan keluarga.

Kalau salah pilih, bahan kimia dan logam berat boleh masuk dalam makanan secara perlahan-lahan.

Mari kenal bahan yang lebih selamat dan tahan lama:

1. Stainless Steel (Food Grade)
🟢Tahan karat, tak mudah calar
🟢Tak serap bau dan rasa
🟢Senang dibersihkan dan nampak kemas
🟢Selamat untuk masak makanan berasid (tomyam, kari, makanan bercili)

2. Kaca (Glass Cookware)
🔵 100% bebas toksik, tiada logam berat
🔵 Tak serap warna & bau masakan
🔵 Sesuai untuk simpan makanan dalam peti juga
🔵 Kita nampak makanan sedang masak, lagi senang kawal api

3. Cast Iron (Besi Tuang)
🟣Tahan lasak, boleh turun ke cucu cicit
🟣 Panas sekata - masakan jadi lebih sedap
🟣 Kalau dijaga betul, ada lapisan natural non-stick (tak perlu kimia PFOA/PTFE)

4. Periuk tanah
🟤 Panas sekata dan perlahan
🟤 Masakan rasa lebih sedap, asli & beraroma
🟤 Kekalkan nutrisi makanan (slow cooking)
🟤 Sesuai untuk sup, kari, bubur, lauk berkuah
🟤 Ada “earthy flavor” yang unik
🟤Bebas bahan kimia dan logam berat
(selagi dibuat tanpa glaze berbahaya)

Dengan pilih periuk & kuali dari bahan stainless steel, cast iron, kaca atau periuk tanah, kita bukan saja dapat masakan lebih sedap dan sihat, tapi juga lindungi kesihatan keluarga dari toksin tersembunyi.

Ingat ya, kesihatan bukan hanya dari bahan makanan, tapi juga dari apa yang kita guna untuk memasak.

Follow saya, untuk lebih info ya 😊

Kalau kita selalu guna peralatan aluminium terutama yang murah dan tak dilapisi dengan baik, ada risiko aluminium tu lar...
27/08/2025

Kalau kita selalu guna peralatan aluminium terutama yang murah dan tak dilapisi dengan baik, ada risiko aluminium tu larut masuk dalam makanan!

Ini terjadi bila :
▶️ Masak makanan berasid (contoh: kari, tomyam, sambal, sup tomato).
▶️ Masak makanan bergaram tinggi.
▶️ Peralatan tu dah calar atau lama.

Bila aluminium masuk badan, ia tak keluar dengan cepat, sebaliknya terkumpul sedikit demi sedikit.

Mengikut kajian dan laporan kesihatan, antara kesan jangka panjang :
❤️‍🩹 Ganggu otak & saraf
Berisiko Alzheimer, hilang fokus, cepat lupa.
❤️‍🩹 Bebankan buah pinggang
Kena tapis aluminium yang berlebihan.
❤️‍🩹 Ganggu tulang
Berkaitan kerapuhan tulang (osteoporosis).
❤️‍🩹 Radang usus & perut
Boleh menyebabkan masalah pencernaan.

Kalau sekali-sekala tak bahaya, tapi kalau hari-hari, bertahun-tahun, memang boleh beri kesan toksik!

Jom follow saya untuk ubah gaya hidup lebih baik mudah-mudahan.

- Eika Chan

Jom sama-sama ubah.
26/08/2025

Jom sama-sama ubah.

Jom tengok testimoni Redox Ultra Wallgut dari klien kita.Baru tiga bulan launching, Alhamdulillah dah dapat feedback yan...
22/08/2025

Jom tengok testimoni Redox Ultra Wallgut dari klien kita.

Baru tiga bulan launching, Alhamdulillah dah dapat feedback yang baik dari klien.



😍 Special Merdeka Contest ! 😍
21/08/2025

😍 Special Merdeka Contest ! 😍

Menangi Gold Bar Merdeka!

✅ Terhad 700 unit sahaja
✅ Sah sehingga 30 September sahaja!

Bila perut sakit, hidup pun tak bebas.Merdeka sebenar bila kita bebas dari rasa kembung, pedih, senak dan lesu.Itulah se...
21/08/2025

Bila perut sakit, hidup pun tak bebas.

Merdeka sebenar bila kita bebas dari rasa kembung, pedih, senak dan lesu.

Itulah sebab saya pilih Redox Ultra.

Support pemulihan perut dan sistem imun.
Badan rasa ringan, minda pun lapang.

Special Merdeka Contest untuk pembeli Redox Ultra akan bermula lusa!

Stay tuned kalau nak hadiah best 🎁”

Ramai mintak air barli tapi tak sedar ia adalah kombinasi bahaya untuk mereka yang leaky gut!Gluten + Gula !Itu yang lep...
19/08/2025

Ramai mintak air barli tapi tak sedar ia adalah kombinasi bahaya untuk mereka yang leaky gut!

Gluten + Gula !

Itu yang lepas minum barli, rasa gatal dan sebu perut.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eika Chan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Eika Chan:

Share