Hawfiplus-kuala lumpur-

  • Home
  • Hawfiplus-kuala lumpur-

Hawfiplus-kuala lumpur- Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hawfiplus-kuala lumpur-, .

27/10/2023
Tips MBB Kenapa masuk petang (Asar) jer simtom datang.  ⁃ Jadi berat kepala  ⁃ Jadi tegang leher ⁃ jadi telinga berdesin...
22/10/2023

Tips MBB Kenapa masuk petang (Asar) jer simtom datang.
⁃ Jadi berat kepala
⁃ Jadi tegang leher
⁃ jadi telinga berdesing, kedap
⁃ jadi perut berangin sendawa
⁃ jadi pening.

Adakah semua ini gangguan setan ? Saya dah jumpa perawat Islam yang ‘BERTAULIAH”. Dia maklumkan tiada gangguan, jadi apa yang sebenarnya saya alami sekarang kalau bukan gangguan jin ?


Bila masuk petang, suhu persekitaran akan turun. Badan perlu naikkan suhu badan…kalau tak sejuk menggeletar la jadinya. Badan kawal selia suhu dengan Histamine (1).

Untuk membolehkan Histamine buat kerja, Cortisol perlu dikurangkan. Sebab Cortisol menghalang Histamine dari dikeluarkan (2).


Fakta Bonus MBB


Cortisol akan makin kurang dan makin kurang mula dari petang sehingga kita masuk tidur. Cortisol bersifat anti radang dan anti allergic. Perasan tak orang sakit chronic macam cancer, paru paru berair akan demam setiap kali malam. Dan kalau orang yang demam nie, akan demam lagi teruk waktu malam. Sebabnya adalah cortisol yang makin kurang. Masuk pagi jer, secara automatic demam kurang dan boleh rehat. Ini sebab masuk pagi jer cortisol akan mula dihasilkan semula.

INGAT takkkkkk~ masa sakit Gastrik, GERD, Anxiety duluuuuu masa sebelum HAWFI Plus dan MBB. Malam jer susah nak tido…tapi masuk subuh jer baru boleh tido…sebab hal inilah yer



Jadi bila histamine nie mula dihasilkan untuk naikkan suhu tubuh badan, dan orang tue tak cukup enzim Diamine oxidase untuk urai histamine, dia akan hadapi masalah histamine intolerance.


Apa itu histamine intolerance dan Diamine Oxidase


1. Histamine intolerance adalah badan mula reaksi allergic.
2. Diamine Oxidase adalah enzim untuk urai histamine.

Kurang Diamine oxidase bersedialah kena symptom histamine intolerance bila masuk petang macam nie
⁃ Jadi berat kepala
⁃ Jadi tegang leher
⁃ jadi telinga berdesing, kedap
⁃ jadi perut berangin sendawa
⁃ jadi pening.

Diamine oxidase nie hampir 90 peratus dihasilkan oleh bakteria usus. Kalau ada masalah angin, confirm akan berlaku masalah kat atas waktu petang…sebab Diamine oxidase tak cukup nak urai histamine yang dhasilkan untuk nak naikkan suhu tubuh badan.


Jadi apa nak buat.


Selesaikan masalah SIBO, pulihkan kesihatan bakteria usus, Ini membolehkan bakteria usus hasilkan Diamine oxidase untuk urai penghasilan histamine.
Follow jer formula MBB yang ribu orang amal dan berkesan.

*Cara buang racun dari ubi dan pucuk ubi*Ubi sama ada akar atau daun ubi itu sendiri adalah makanan ruji penduduk asia t...
28/09/2023

*Cara buang racun dari ubi dan pucuk ubi*

Ubi sama ada akar atau daun ubi itu sendiri adalah makanan ruji penduduk asia tenggara. Ubi tak mengandungi Gluten tetapi ianya mengandungi racun Cyanide, Linamarin dan lotaustralin yang mana tumbuhan guna racun ini untuk melindungi dirinya dari pemangsa. Jika diambil mentah akan mengakibatkan keracunan makanan dan jika tidak disediakan dengan cara yang betul akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di masa hadapan.


So saya bagi tips cara penyediaan ubi dan daun ubi dengan betul.
*NOTA TERSANGAT PENTING* Dalam MBB bahan berasaskan ubi tidak digalakkan ambil kerana ianya merengsa usus. TERUTAMA YANG ADA MASALAH METABOLIC SEPERTI KENCING MANIS.


Racun cyanide linamarin yang terkandung dalam ubi dan daun ubi terurai dengan haba. Jadi kita ada beberapa pilihan dekat sini.

*Pilihan 1 : Pengeringan*

Mengeringkan ubi kayu bawah matahari untuk urai Cyanide bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk keadaan cuaca dan ketebalan hirisan ubi kayu.

Kaedah:

1. Kupas dan HIris Ubi Kayu: Mulakan dengan mengupas dan potong ubi kayu nipis kira-kira 1/8 hingga 1/4 inci tebal.. Semakin nipis hirisan, semakin cepat ia akan kering.
2. Mencegah Pencemaran: Basuh bersih bersih hirisan ubi kayu untuk pastikan bebas daripada sebarang pencemaran seperti tanah atau serangga sebelum dikeringkan.
3. Proses pengeringan: Masa yang diperlukan untuk mengeringkan ubi kayu di bawah matahari bergantung kepada cuaca. Secara am, ia mengambil masa kira-kira 2 hingga 4 hari dengan sinaran matahari yang konsisten untuk mengeringkan hirisan ubi kayu dengan baik.
4. Pusing dan Putar: Semasa proses pengeringan, penting secara berkala kita pusing dan putar hirisan ubi kayu untuk memastikan pengeringan yang sekata. Ini akan bantu elakkan kulat dan memastikan semua hirisan dikeringkan dengan baik.
5. Dah siap ke ?: Nak tahu dah siap atau belum, kita ambil satu hiris dan patahkannya dengan mematahkannya. Jika ia patah dengan keras, bermaksud dah siap ler tue.. Jika ia lentur tanpa patah, ia memerlukan lebih banyak masa pengeringan.
6. Penyimpanan: Setelah irisan ubi kayu dikeringkan dengan baik, simpan dalam bekas kedap udara di tempat yang sejuk dan kering. Ubi kayu yang dikeringkan dengan betul boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

*Penting* linamarin boleh dikurangkan tetapi tidak dapat dihapuskan sepenuhnya melalui pengeringan di bawah matahari sahaja. Nak kurangkan lagi kandungan linamarin, ubi kayu boleh direndam dalam air dan kemudian dijerukkan, Ini adalah amalan biasa dalam banyak kaedah penyediaan ubi kayu tradisional untuk mengurangkan risiko berlakunya keracunan makanan.

*Pilihan 2 : Rendam dan rebus*

Linamarin dari ubi kayu boleh diurai dengan kaedah rendaman dan rebus,

1. Kupas dan Potong: Mulakan dengan mengupas ubi kayu dan kemudian potong menjadi kepingan kecil. Ini akan meningkatkan luas permukaan dan memudahkan proses penguraian linamarin semasa rendaman dan rebus.
2. Rendaman: Letakkan kepingan ubi kayu dalam bekas atau periuk besar dan tutup dengan air. Biarkan sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman. Proses rendaman ini akan bantu menyingkirkan sebahagian linamarin, menjadikan ubi kayu lebih selamat untuk dimakan.
3. Toskan dan Bilas: Selepas rendam, toskan dan bilas dengan air bersih. Ini bantu kurangkan lagi linamarin dan kotoran lain.
4. Rebus: Didihkan air dan kemudian kecilkan api menjadi api perlahan. Rebus ubi kayu selama kira-kira 15-20 minit. Pastikan periuk ditutup separa jer.
5. Tukar Air: Buang air rebusan pertama kerana ianya mengandungi linamarin, dan gantikan dengan air bersih.
6. Didihkan Semula: Kembalikan periuk ke atas api dan didihkan air sekali lagi. Kecilkan api kepada api perlahan dan rebus selama 15-20 minit lagi. Ulangi proses ini tukar air dan rebus ini sebanyak dua atau tiga kali lagi.
7. Dah siap ke: Ambil sekeping dan rasa untuk pastikan bahawa ubi kayu telah dimasak sepenuhnya, selamat untuk dimakan atau belum. Ia sepatutnya rasa neutral. Jika berasa pahit, teruskan rebus dan tukar air sehingga ianya rasa neutral.

*Penting* linamarin boleh dikurangkan tetapi tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Ianya bertujuan untuk mengurangkan risimo berlakunya keracunan makanan.

Cara penyedian pucuk ubi.

1. Menuai atau Membeli Daun Segar: Dapatkan daun ubi kayu segar. Boleh tuai sendiri dari pokok ubi kayu atau beli dari pasar
2. Pisahkan Daun-Daun: Pisahkan daun dari batangnya. Kita nak guna pucuk muda yang lembut untuk masak, sebab kandungan linamarin kurang.
3. Bilas Daun-Daun: Bilas daun dengan teliti bawah air mengalir untuk buang kotoran.
4. Kaedah rebus:�a. Masukkan pucuk ubi kayu dalam periuk besar.�b. Masukkan air secukupnya untuk rendam sepenuhnya daun-daun tersebut.�c. Didihkan air.�d. Rebus daun-daun selama kira-kira 15-20 minit. Proses ini bantu mengeluarkan linamarin.�e. Buang air rebusan. Air ini mengandungi linamarin. �f. Bilas daun yang telah direbus dengan air bersih untuk menghilangkan lagi linamarin dan rasa pahit yang masih ada.
* Boleh masak dah: Sekarang, anda boleh masak pucuk ubi kayu dengan menggunakan resipi pilihan anda. Kaedah yang biasa termasuk menggoreng, menumis, atau menyediakannya sebagai sup dengan bahan-bahan lain.
* Enjoy: Setelah pucuk ubi kayu dimasak dengan cara betul, ianya dah selamat untuk dimakan. Selamat menikmati hidangan pucuk ubi kayu anda!

*Penting* linamarin boleh dikurangkan tetapi tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Ianya bertujuan untuk mengurangkan risimo berlakunya keracunan makanan. Kelembutan daun dan jenis tanaman ubi kayu yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi kandungan linamarin, jadi adalah amalan yang baik untuk memilih pucuk muda yang lembu sebab ianya rendah linamarin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera family MBB ❤️*MBB MERDEKA PROMO**27 Ogos 2022 Hingga Jumaat 31 Ogos 2023**Family MBB...
26/08/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera family MBB ❤️

*MBB MERDEKA PROMO*
*27 Ogos 2022 Hingga Jumaat 31 Ogos 2023*

*Family MBB Update*

1. Alhamdullilah, September ini Team MBB akan disertai oleh Psychologist dan Psychiatrist. Ini akan bantu family MBB memahami lebih jelas akan masalah yang dihadapi. Takderlah nak Anxiety dan panic lagi.
2. Penubuhan klinik MBB pertama. Ini saya akan maklumkan kelak lokasi dan service yang ditawarkan.
3. Saya paling EXCITED nak introduce line up produk MBB terbaru pada bulan depan yang mana akan bantu mengurangkan histamine intolerance 80% lebih cepat dari sebelum ini.

Berkenaan promo kali ini, Alhamdullilah rata rata ahli keluarga MBB sudah boleh bersenam semula. Bila kita masuk fasa ini. Happy D dan Real B sangat penting untuk bantu bina otot. Bagi yang dah boleh bersenam langsung tanpa simptom minta untuk amal Microbal dan Real C untuk “locked” progress.

*NOTA Penting* Bagi yang nak dapatkan Happy D minta dapatkan dengan kadar segera yer. Sebab bakal masuk fasa preorder seperti apa yang berlaku pada real B pada bulan lepas.

Terima kasih semua ! Tak sabar nak tunggu September ini. Tarikh yang mana kita semua mengorak satu lagi mengubah perjalanan perubatan dunia.

*Dietect Azwan Zainal*

*Ringkasan MBB MERDEKA PROMO*

HAWFI Plus

1 kotak : RM89 (💲✂️Jimat RM10)
Set 2 kotak : RM168 (💲✂️Jimat RM 30)
Set 3 kotak : RM237 (💲✂️Jimat RM 60) ⭐ Paling Jimat

Real B / Real C / Microbal

1 unit : RM71 (💲✂️Jimat RM10)
Set 2 unit : RM136 (💲✂️Jimat RM26)
Set 3 unit : RM195 (💲✂️Jimat RM48) ⭐ Paling Jimat

HAPPY D

1 unit : Rm117 (💲✂️jimat RM 12)
Set 2 unit : Rm228 (💲✂️jimat RM 30)
Set 3 unit : Rm330 (💲✂️jimat RM 57) ⭐Paling Jimat

MBB Coffee “BOOST” & “RELAX”

1 unit: RM42 (💲✂️jimat RM 7)
2 unit Combo: RM78 (💲✂️jimat RM 20) ⭐ Paling Jimat

Dermat I Dermaforming face serum I

1 unit : RM 59 (💲✂️jimat RM 20)
2 unit : RM 118 (💲✂️jimat RM 40)
3 unit : RM 177 (💲✂️jimat RM 90) ⭐ Paling Jimat

Calming Massage Lotion

1 unit : RM 35 (💲✂️jimat RM 5)
2 unit : RM 70 (💲✂️jimat RM 10)
3 unit : RM 90 (💲✂️jimat RM 30)⭐ Paling Jimat

*Belian MBB MERDEKA PROMO boleh terus dibuat dari Dietect dan MBB Ambassador*

Promosi merdeka!!!!!
26/08/2023

Promosi merdeka!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera family MBB ❤️*🛍️MBB PROMO HARGA LAMA* 28 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 (4 hari sah...
30/07/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera family MBB ❤️

*🛍️MBB PROMO HARGA LAMA* 28 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 (4 hari sahaja)

“Takder ke promo harga macam sebelum nie tuan sebelum naik harga bulan depan ni ?”
“Tuan, kali nie jer last buat promo macam harga promo sebelum ni”

Baik, saya ni khenn~ macam mana sekalipon akan penuhi segala permintaan family MBB sebaik mungkin selagi mampu.

S**a cita saya maklumkan *MBB PROMO HARGA LAMA* dari 28 julai hingga 31 julai khas untuk family MBB tersayang.

Jadi ambil kesempatan promo ini untuk stock up product MBB yer.

Saya sekali lagi mohon maaf atas harga baru bermula pada 1 Ogos ini. Ini untuk membolehkan kita terus berkembang hasilkan product dan servis yang lebih bagus dari sekarang.

Yang sedia berkhidmat:
Dietect Azwan Zainal.

Nota: Real B dah masuk preorder jadi order sesiaplah yer.

Penghantaran Real B adalah:
- 15hb ogos untuk order pada 28hb july.
- 19 Ogos untuk order 29hb july.
- 21 Ogos untuk order 30hb july.
- 23 ogos untuk order 31hb july.

*Ringkasan 🛍️MBB PROMO HARGA LAMA*

28 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 (4 hari sahaja)

HAWFI Plus

1 kotak : RM79 (💲✂️Jimat RM10)
Set 2 kotak : RM149 (💲✂️Jimat RM 29)
Set 3 kotak : RM219 (💲✂️Jimat RM 48) ⭐

Real B / Real C / Microbal

1 unit : RM69 (💲✂️Jimat RM10)
Set 2 unit : RM132 (💲✂️Jimat RM26)
Set 3 unit : RM189 (💲✂️Jimat RM48) ⭐

HAPPY D

1 unit : Rm107 (💲✂️jimat RM 12)
Set 2 unit : Rm208 (💲✂️jimat RM 30)
Set 3 unit : Rm300 (💲✂️jimat RM 57) ⭐

MBB Coffee “BOOST” & “RELAX”

1 unit: RM42 (💲✂️jimat RM 7)
2 unit Combo: RM78 (💲✂️jimat RM 20) ⭐

Dermat I Dermaforming face serum I

1 unit : RM 59 (💲✂️jimat RM 20)
Set 2 unit : RM 118 (💲✂️jimat RM 40)
Set 3 unit : RM 177 (💲✂️jimat RM 90) ⭐

http://Wasap.my/60183811787/hawfi
http://Wasap.my/60183811787/hawfi
http://Wasap.my/60183811787/hawfi
Untuk belian boleh terus hubungi Dietect dan MBB Ambassador

Business Account

28/07/2023

MBB Live SEKARANG! Makanan yang Gastrik GERD Anxiety baru practice MBB Tak boleh makan dan cara nak introduce makanan ini dalam diet semula 👉 https://fb.watch/m1BWhoxTrm/

26/07/2023

JADUAL PEMAKANAN MBB TAHAP PERMULAAN

ISNIN
berpuasa atau skip breakfast dgn 14-16 jam jarak selpas mkan mlam.

SELASA
breakfast - lunch - dinner (jarak mkan mlm sblumnya kepada sarapan pagi sekurang2 12 jam)

RABU
skip breakfast dgn 14-16 jam jarak selpas mkan mlam

KHAMIS
berpuasa atau skip breakfast dgn 14-16 jam jarak selpas mkan malam

JUMAAT
breakfast - lunch - dinner (jarak mkan mlm sblumnya kepada sarapan pagi sekurang2 12 jam)

BAGI SABTU DAN AHAD BOLEH TUKAR ANTARA DUA HARI INI. MEMANDANGKAN IA HARI KELUARGA

SABTU
berpuasa atau skip breakfast dgn 14-16 jam jarak selpas mkan malam ATAU breakfast - lunch - dinner (jarak mkan mlm sblumnya kepada sarapan pagi sekurang2 12 jam)

AHAD
breakfast - lunch - dinner (jarak mkan mlm sblumnya kepada sarapan pagi sekurang2 12 jam) ATAU berpuasa atau skip breakfast dgn 14-16 jam jarak selpas mkan malam

NOTA
1. Pengambilan air manis dan makanan yang bergula tinggi adalah tidak digalakkan, terutama dlam tempoh selepas makan malam sehingga mkanan pertama kita. Memandangkan gula memberi kesan SANGAT buruk pada badan.
2.Pemilihan mkanan di hari dibenarkan sarapan adalah penting dgn sasaran tidak menaikkan tahap insulin,dgn mengambil makanan yg rendah karbohidrat dan berlemak tinggi Contoh sarapan pagi yang baik ialah salad dan telur dimasak bersama cheese, vietnam roll, daging goreng bersama sayur. Jika teringin makan nasi lemak makan lah skli skala atau pindahkan kepada lunch atau dinner.
3.Makan nasi dicadangkan hanya DUA KALI sehari memandngkan ia adlah karbohidrat dgn pegambilan lebih kurang sepenumbuk setiap kali mkan dan boleh dilebihkan sedikit skli sekala mengikut keperluan.
4.Makan dengan melebihkan lauk dan sayuran terutama lemak dari daging kerana ia membantu utk kenyang dengan lebih lama.
5.PERLU DI INGATKAN amatlah disarankan agar dpat mengurangkan pengambilan mkan kepada 2 kali sehari. Ini adalah asas kepala tukar pemkanan kepada 2 kli.
6.Selepas dh sihat kita jadual kn lah sendri pemkanan kita dn diingatkan jgn mkan kerap dan jgn mkn telalu b*k carbo

INI ADALAH CADANGAN JADUAL PEMAKANAN SAHAJA. PEMAKAN PERLU MENGIKUT KEPERLUAN DAN KEADAAN TUBUH BADAN SENDRI. NAMUN MAKAN YANG TERLALU KERAP DAN MAKANAN YG TINGGI KARBOHIDRAT ADALAH TIDAK MENYIHATKAN.

Takut trigger symptom ketika bersenam adalah pekara normal untuk GGA.“Leaky gut” menyebabkan berlakunya “Histamine intol...
17/07/2023

Takut trigger symptom ketika bersenam adalah pekara normal untuk GGA.

“Leaky gut” menyebabkan berlakunya “Histamine intolerance” yang kemudiannya menyebabkan “low cortisol”

Low cortisol membawa maksud “tiada kebolehan untuk berhadapan dengan stress”

“Saya jangankan kata exercise, orang suruh pergi kedai pon dah berdebar jantung. Kena pergi kedai pon stress ke ?”

YES ! Untuk orang “low cortisol”

⁃ Orang nak datang rumah dah debar gelisah.

⁃ Minta tolong pergi kedai dah debar gelisah.

⁃ Masuk mesyuarat dah debar gelisah.

MASALAH MENTAL INI AKIBAT LOW CORTISOL BERPUNCA DARI LEAKY GUT.

Jadi untuk nak mula exercise bebas symptom, perlu kita rawat “leaky gut” untuk selesaikan masalah “low cortisol” dahulu dengan :

1. HAWFI Plus dan practice MBB

2. Pastikan dapat 50 % recovery
⁃ Boleh tidur malam tanpa terkejut.
⁃ Makan 4x sehari dengan berselera.
⁃ Buang air besar max sekali dalam 2 hari
⁃ MOOD harian kembali stabil (resah gelisah sangat kurang)

3. Amal HAPPY D dan Real B dan mula bersenam dengan praktikkan MAF.

MAF adalah maximum aerobic function. Mudah faham “selagi heart rate dibawah MAF, mereka yang mengalami masalah low cortisol tidak trigger penghasilan adrenalin secara akut punca kepada symptom GGA”

Ini bantu bina kembali stamina dan otot yang hilang sekaligus rawat masalah “leaky gut”.

Rujuk gambar 1. Formula MAF adalah

180 - umur sekarang = MAF kita

Hati berlemak, 3 bulan MBB Selesai I MBB testimonial I Tuan Dzulkifli—Bacaan ALT sya dah normal Alhamdulillah sbb sebelu...
09/07/2023

Hati berlemak, 3 bulan MBB Selesai I MBB testimonial I Tuan Dzulkifli



Bacaan ALT sya dah normal Alhamdulillah sbb sebelum ni bacaan Alt 163 ade hati berlemak, sekarang selepas 3 bulan MBB bacaan Alt saya 35…bebas masalah hati berlemak.

Alhamdullilah puan berkat Dietect semua guide saya

Semoga saya terus cepat sembuh. Insya Allah puan


MBB Explained


Dulu dulu khennnnn~ sebelum tahun 1990 nie. Orang yang ada masalah hati berlemak nie hanya yang minum minuman beralkohol. Jarang sangat lah Muslim nak kena penyakit hati berlemak nie (kalau orang melayu Islam minum arak nie…elok taubat nasuha lah yer). Dosa BESAR tue.

Kebelakangan nie masalah hati berlemak dah jadi masalah yang sangat biasaaaaa. Orang tak pelik dah. Ini dipanggil Non alchoholic fatty liver disease. Hati berlemak yang bukan diakibatkan oleh alkohol.

Persoalan, kalau tak disebabkan oleh alkohol…disebabkan oleh apa pulak hati berlemak nie ?

Ini disebabkan oleh stress pemakanan.

Makanan apa yang buat stress nie ? mudah jer :
1. Tepung
2. Minyak sayur
3. Susu pasteurised

3 benda ini sahaja.

Sebab 3 benda ini menyebabkan :
1. keradangan pada usus.
2. Keradangan pada usus ini menyebabkan kita hilang keseimbangan bakteria usus.
3. Hilang jer keseimbangan bakteria usus ini menyebabkan kita terperangkap dalam keadaan “fight or flight”. Fight or flight.
4. Jadi start jer dari sini dia akan menyebabkan penghasilan cortisol, dan histamine secara chronic.
5. Hal ini menyebabkan penghasilan reactive oxygen species (ROS) yang menyebabkan kerosakkan pada hati.
6. Hal ini juga menganggu keseimbangan antara penyimpanan lemak dan uraian lemak pada hati.
7. Ini lah punca utama hati jadi berlemak.

Jadiiiii!!!

Dari sini kita faham. Stress makanan> radang usus> hilang keseimbangan bakteria usus> terperangkap dalam mode “fight or flight”> penghasilan cortisol dan histamine secara chronic> penghasilan reactive oxygen species (ROS) > proses penyimpanan dan penguraian lemak hati terganggu.

Dalam MBB ini kita selesaikan punca masalah dengan:
1. Hentikan pengambilan tepung, minyak sayur dan susu pasteurised > MBB
2. Repair keseimbangan bakteria usus dengan HAWFI Plus dan Microbal
3. Hentikan penghasilan ROS dengan Happy D, real B, real C.

Family GGA MBB saya bagi tips supaya tak trigger symptoms bagi yang baru nak exercise nie. 1. 30 minit sebelum exercise ...
28/06/2023

Family GGA MBB saya bagi tips supaya tak trigger symptoms bagi yang baru nak exercise nie.

1. 30 minit sebelum exercise minum air dulu. Urut bagi sendawa banyak kali, sampai boleh tarik nafas guna perut. Dah rasa nafas lawas baru mula exercise.
2. Mulakan dengan jalan jer dulu. Jalan pon pusing area rumah atau depan rumah pusing pusing situ jer. Nie nak bagi ada confident balik.
3. Pastikan training dalam heart rate MAF.
4. Kalau fikiran pelik pelik datang minum air dan urut bagi sendawa sampai nafas lawas. Lepas tue rehat.
5. Ulang lah tips hari hari.

Pada peringkat awal memang jalan jer. Lepas tue dah jogging. lepas tue dah berlari. Dah boleh main besi untuk bina otot semula. Semua nie step by step. Sebiji sama macam kita rawat "leaky gut" dengan Hawfi Plus dan MBB.

Pelan pelan kayuh sampai jugak .

Done 5km ! Exercise tue supplement jugak yer

12/06/2023

Dalam Family MBB, anda akan rasai satu semangat baru dan akan kembali bangkit!
Gerd Gastrik Anxiety hilang dan disembuhkan. Hidup kembali ceria🤩💪

Address


Telephone

+60183811787

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hawfiplus-kuala lumpur- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hawfiplus-kuala lumpur-:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share