Metro Kini

Metro Kini Keluarga Malaysia https://isinar.kwsp.gov.my/faq

RXZ Members 6.0: SJR Diperbanyak, Bakal Pertimbang Batal Permit Jika Banyak Pelanggaran Undang-UndangKetua Polis Terengg...
09/09/2024

RXZ Members 6.0: SJR Diperbanyak, Bakal Pertimbang Batal Permit Jika Banyak Pelanggaran Undang-Undang

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin menekankan kepada penganjur dan peserta agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita dah beberapa kali melakukan perjumpaan dengan penganjur. Itulah kita tekankan untuk pastikan kehadiran peserta mematuhi undang-undang.

"Mungkin kita boleh ambil kira (tidak memberi lesen kepada penganjur jika ada banyak pelanggaran undang-undang).

"Selain itu, kami ada mencadangkan kepada penganjur letak wang cagaran kepada pihak berkuasa tempatan tetapi mungkin perkara ini akan dikaji semula supaya penganjur ambil tanggungjawab untuk mendisiplinkan peserta RXZ Members," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Op Khas Motosikal Sempena Program RXZ Members 6.0 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pada Isnin.

Menurut beliau, program yang akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, dari Jumaat hingga Sabtu ini, dijangka bakal menarik 80,000 peserta dari seluruh negara.

Dalam pada itu, pihak polis akan melakukan rondaan di semua daerah, siang dan malam, terutamanya di kawasan perumahan, serta menjalankan sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Kuala Terengganu.
"Kita meningkatkan SJR dengan memberi fokus pada lokasi 'hotspot' di sekitar Kuala Terengganu.

"Kita juga akan mengadakan penutupan di jalan utama Litar Permotoran Terengganu. Hanya motosikal dibenarkan masuk bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menjaga ketenteraman awam sepanjang program itu berlangsung," ujarnya.

Selain itu, peserta juga diingatkan agar tidak melakukan kesalahan serius termasuklah mengubah suai ekzos kenderaan.

"Pastikan semua peserta yang hadir mempunyai lesen memandu selain kenderaan yang ditunggang mempunyai cukai jalan yang sah.

"Kami mengalu-alukan kehadiran peserta RXZ Member 6.0 ke Terengganu, namun ingin saya tegaskan agar semua peserta mematuhi undang-undang jalan raya telah ditetapkan.

"Penunggang motosikal dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan untuk berehat di lorong-lorong kecemasan sebaliknya berehatlah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang sedia ada bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku," tambahnya.

PELAJAR HILANG | Seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Hulu Terengganu dipercayai menghilangkan diri dari...
09/09/2024

PELAJAR HILANG | Seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Hulu Terengganu dipercayai menghilangkan diri dari asrama sejak Sabtu lalu.

01/08/2024

Sy duduk puncak alam tapi boleh tanya orang puncak alam sendiri confirm tak pernah nampak saya.. jarang sekali nak nampak.. sebab saya banyak duduk dalam rumah buat keje atau berada di luar puncak alam..
Saya seorang introvert, bila saya duduk dalam ramai.. tenaga dalaman saya selalu pancit cepat.. jadi sy selalu jarang duduk dalam ramai.
Tapi sejak saya mula bina 9 department untuk misi delivery.. saya dah tak ada kerja.. semua chief ambil alih termasuk programming.. so entah macammana tiba2 saya mula aktif dalam komuniti puncak alam..
Mula rasa sayang pada kejiranan macam keluarga.. mula rasa puncak alam macam rumah sendiri.. sy mula ronda2 puncak alam jaga kebersihan, baiki apa yg patut, tutup lubang bahaya.. setiap hari selalu belanja warga puncak alam ape2 dalam app misi..
Team kata saya dh mcm YB.. takmaulah saya.. tak minat politik langsung..
Saya s**a macam ni.. tenang2 tak usik sape2, bina masyarakat ke arah akhlak Baginda SAW.. sebab sy lihat kekurangan masyarakat hari ini ialah akhlak kebaikkan. Kita selama ini lebih memilih kebencian, perpecahan dan diajar untuk menunggu perubahan.
So jomlah bina masyarakat komuniti kawasan masing2.. kembalikan cara kampung, muafakat, gotong royong.. indah..

27/03/2024
Harap tiada lagi kes sebegini selepas ini. Ikuti 15 tip elak perkara seumpamanya  berulang
26/03/2024

Harap tiada lagi kes sebegini selepas ini. Ikuti 15 tip elak perkara seumpamanya berulang

HUBUNGAN antara guru wanita dan seorang remaja meraih perhatian. Ia susulan tularnya satu video di laman sosial yang mendedahkan seorang guru wanita

25/03/2024
23/03/2024

LAHAD DATU - Dituduh mencuri RM85 punca seorang pelajar kolej maut dipukul oleh pelajar lain di asrama sebuah kolej vokasional di sini pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Lahad Datu,...

😢
23/03/2024

😢

NILAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut dipercayai tercampak dari kenderaan dinaikinya selepas terbabit kemalangan di Kilometer 283 Lebuhraya...

23/03/2024

LAHAD DATU - Keluarga pelajar yang maut akibat dipukul di asrama sebuah kolej di sini, meminta diberikan ruang daripada memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian...

Address

Kwsp
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Metro Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram