Terapis Urutan Melayu

Terapis Urutan Melayu Urutan Melayu yang beri kelegaan pada badan insya Allah. Terapis Lelaki & wanita disediakan. Area KL dan Selangor

18/04/2025

Masalah Sakit Belakang Sliped Disk boleh lega ke jika di URUT?

SIMPTOM SCIATICA (Sakit Saraf Sciatic)Sciatica berlaku apabila saraf sciatic tertekan atau merengsa. Saraf ini bermula d...
16/04/2025

SIMPTOM SCIATICA (Sakit Saraf Sciatic)

Sciatica berlaku apabila saraf sciatic tertekan atau merengsa. Saraf ini bermula dari bahagian bawah tulang belakang dan turun ke kaki.

Simptom Utama:

1. Sakit Menjalar Dari Pinggang ke Kaki
Bermula dari bahagian bawah pinggang, turun ke punggung, peha, betis hingga ke tapak kaki.

Sakit boleh rasa tajam, mencucuk, terbakar, atau berdenyut.
(Biasanya satu kaki sahaja yang terjejas).

2. Kebas atau Semut-Semut (Tingling)
Terasa seperti dicucuk jarum atau semut berjalan.
(Selalunya di bahagian peha, betis atau tapak kaki).

3. Lemah Otot Kaki
Kaki terasa berat, kurang kekuatan bila nak angkat, pijak atau jalan jauh.
Kadang-kadang lutut mudah "terkunci" atau kaki tak boleh diangkat tinggi.

4. Sakit Bertambah Bila Duduk Lama
Duduk terlalu lama atau memandu boleh buat sakit bertambah kuat.
Bila berdiri atau berjalan, mungkin rasa lega sikit.

5. Sakit Bertambah Bila Bersin, Batuk atau Ketawa
Pergerakan ini boleh tingkatkan tekanan dalam tulang belakang, lalu menekan saraf dengan lebih kuat.

6. Sukar Bangun Berdiri atau Solat Lama
Rasa mencucuk dari pinggang ke kaki bila cuba berdiri dari posisi duduk.
Solat dalam posisi berdiri atau sujud lama boleh jadi mencabar.

Ciri-Ciri Tambahan Ikut Lokasi Saraf Terjejas:

Kalau disc L4-L5 terganggu:
- Sakit di bahagian luar peha ke betis.
- Lemah pada otot buku lali.

Kalau disc L5-S1 terganggu:
- Sakit turun ke belakang betis hingga tapak kaki.
- Rasa kebas di jari kaki (terutama jari kecil).
- Lemah otot betis & pergelangan kaki.

Apa Itu Sciatica?Sciatica ialah sakit yang berlaku sepanjang laluan saraf sciatic โ€” saraf paling panjang dalam badan man...
16/04/2025

Apa Itu Sciatica?

Sciatica ialah sakit yang berlaku sepanjang laluan saraf sciatic โ€” saraf paling panjang dalam badan manusia. Ia bermula dari bahagian bawah tulang belakang, turun ke punggung, belakang paha, hingga ke betis dan kaki.

Punca-Punca Utama Sciatica:

1. Herniated Disc/ Slip Disc (Cakera Tergelincir)
Cakera lembut antara tulang belakang menonjol keluar dan menekan saraf sciatic. Biasanya di L4-L5-S1
(Ini punca paling biasa untuk sciatica)

2. Piriformis Syndrome
Otot piriformis (di punggung) menekan saraf sciatic.
Sering berlaku jika duduk lama, bawa beg berat sebelah, atau postur tak betul.

3. Spinal Stenosis (Saluran Tulang Belakang Sempit)
Saluran tulang belakang mengecil, lalu menekan saraf.
(Lebih biasa dalam golongan berusia)

4. Spondylolisthesis
Salah satu tulang belakang tergelincir dari kedudukan asal, lalu menekan saraf.

5. Kecederaan atau Trauma
Jatuh, kemalangan, atau angkat barang berat secara salah boleh mencetuskan tekanan pada saraf sciatic.

6. Kehamilan
Rahim yang membesar boleh memberi tekanan pada saraf sciatic.

7. Berat Badan Berlebihan
Berat badan yang berlebihan memberi tekanan berterusan pada tulang belakang & saraf.

Jadi banyak sebab kenapa mudah kena masalah sakit sciatica.

05/12/2024

Urutan Melayu perlu adab dan tertib semasa urut

Tidak perlu buka semua. Cukup dengan ilmu rasa sentuhan untuk cari urat nya

SAKIT2 BADAN & BENJOLAN LIPOMAMenguruskan urusan rumah dengan anak anak kecil dan rumah di tingkat 4 lagi. Benjolan lema...
30/09/2024

SAKIT2 BADAN & BENJOLAN LIPOMA
Menguruskan urusan rumah dengan anak anak kecil dan rumah di tingkat 4 lagi.

Benjolan lemak di belakang badan akan ganggu dan mudah jadi lenguh di bahagian tersebut.

Mmg biasanya benjolan tu jangan diurut sampai ecah sbb ianya lemak tepu yang berketul

Tidak merbahaya tapi boleh ganggu rutin kita.

Nak rasa ringan badan boleh cuba urut, yang pasti tidaklah sampai demam atau lebam teruk ๐Ÿ˜„

Tukang urut pun kena urut juga. Sahabat saya sendiri tukang urut tapi walau sakit nya dilutut , bnyk bahgian lain yang p...
30/09/2024

Tukang urut pun kena urut juga.

Sahabat saya sendiri tukang urut tapi walau sakit nya dilutut , bnyk bahgian lain yang perlu di urut juga untuk bantu legakan yg sakit

Memng susah nk urut sendiri. Sebab ada bahgian yang susah nak capai.

Alhamdulillah, lega lepas urut
Bengkak makin surut. Dah bole solat

Jom cuba urutan melayu.
Tekanan yang tidaklah kuat sangat. Tapi terus ke tempt yang sakit.bantu legakan badan. Insya allah

Alhamdulillah.. selain dari Urut urat untuk bagi lega badan.Mandi limau perlu juga untuk sesetengah kes. Untuk kesan leb...
28/09/2024

Alhamdulillah.. selain dari Urut urat untuk bagi lega badan.

Mandi limau perlu juga untuk sesetengah kes. Untuk kesan lebih baik

Mcm customer tersayang saya ni, dia kata kena gangguan sihir dan baru habis rawatan dengan ustaz. Jadi ustaz sarankan dia untuk urut buang angin

Jadi semasa urut tu mmg bnyk sangat angin yang keluar, dan saya pun suggest pd beliau supaya mandi limau purut + ice + garam

Badan akan jadi lebih segar dan ringan

Kan betul tu. Dia siap mandi 2x sehari lagi.

Baru urut khamis baru ni, ahad minggu yang sama nak minta urut dan bertungku. Sebab dia nak sembuh cepat. Boleh lasak seperti dulu

Pape pun kita ikhtiar mana yang boleh. Dan segalanya atas izin allah. โ˜บ๏ธ

Customer ni ada masalah satu badan. Sampai jariยฒ kebas tak rasa. Kaki kejang sakit dan sakit pinggangAlhamdulillah, last...
13/08/2024

Customer ni ada masalah satu badan. Sampai jariยฒ kebas tak rasa. Kaki kejang sakit dan sakit pinggang

Alhamdulillah, last minit amik juga.

Dekat 2jam juga setel urut bdn.
Lega terus sume badan.

Teknik Rahsia dia bahgian punggung akan legakan sakit kaki tau. Sakit scatica kaki.

Mcm nk terbang terus kawan tu ๐Ÿ˜

Study Kesan Urutan Melayu & StrokeSapa kata urutan melayu ni tak membantu dalam proses pemulihan?Tapi jika dibuat serent...
06/08/2024

Study Kesan Urutan Melayu & Stroke

Sapa kata urutan melayu ni tak membantu dalam proses pemulihan?

Tapi jika dibuat serentak dengan fisio memang akan lebih effective.

Dalam urutan melayu sendiri pun da senaman/streching/Pasak Sendi dalam seni urutan sendiri.

Itu yang kami terapkan pada customer kami. Streching bukan yang bunyi2 krup krap tulang tu ye. Jangan selalu buat jika takda masalah pd tulang.

Jom cube rawatan dengan kami

Boleh baca untuk knowledge ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Urut Melayu, the traditional Malay massage, had been introduced into three pioneer hospitals in Malaysia, as part of the integrated hospital program. It was introduced primarily for the rehabilitation of poststroke patients. After almost 3 years since ...

01/08/2024

REGANGAN SENDI /PASAK MELAYU

untuk lembutkna sendi yang keras atau tegang. Selain dari urut, regangan sangat membantu utk kelegaan badan.

Jika kena stroke dan perlu fisio, wajib buat fisio sekalikan dengan urut untuk bantu pemulihan.

Berminat nk cube urut dan regangan sendi ni.
Jom PM kam

Nak Bekam?Bekam angin dan Bekam Darah disediakanSecara mobil ke rumah andaPakej gabungan urut dan bekam untuk lebih baik...
01/08/2024

Nak Bekam?

Bekam angin dan Bekam Darah disediakan
Secara mobil ke rumah anda

Pakej gabungan urut dan bekam untuk lebih baik.

TUKANG URUT LELAKI DISEDIAKANDengan harga PROMOSI RM100 saja utk 1jam30minit. Promo harga sehingga hujung bulan ogos 202...
01/08/2024

TUKANG URUT LELAKI DISEDIAKAN
Dengan harga PROMOSI RM100 saja utk 1jam30minit.

Promo harga sehingga hujung bulan ogos 2024 saja. Sehingga kembali ke harga asal.

Berminat boleh wasap saya

Address

Jalan Au 5d/8
Kuala Lumpur
54000

Telephone

+601156677890

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terapis Urutan Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category