17/11/2022
Seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental juga perlu dijaga, untuk menjamin kesejahteraan pada masa depan. Antara tip yang boleh dikongsikan ialah:
1. SENAMAN
– Kesihatan fizikal dan mental itu berkait rapat. Badan yang sihat dapat membina minda yang sihat, dan sebaliknya.
– Aktiviti bersenam tidak semestinya perlu ke gimnasium. Boleh sahaja aktiviti di ladang, mendaki tangga, bermain bola, melayan anak-anak dan pelbagai lagi.
2. KOMUNITI
– Hubungan interaksi sosial yang berkualiti dapat membantu kita untuk menyihatkan lagi mental kita.
– Usaha untuk menambahbaik kualiti hidup orang lain melalui aktiviti sukarelawan, sudah pasti akan meningkatkan kualiti hidup kita juga.
– Menjadi sebahagian daripada kumpulan dapat menimbulkan rasa “sense of belonging” dan ianya sangat baik untuk kesihatan mental kita.
3. MAKANAN
– Fizikal dan minda itu saling berkaitan.
– Pemakanan yang sihat akan membawa kepada kesihatan fizikal dan kesihatan mental.
4. SEIMBANG
– Stress itu pasti, dan tidak dapat dihilangkan. Ianya penting untuk kita mendapat ‘drive force’. Sebab itu, penting untuk KAWAL. Stress yang terkawal dapat membantu kita mempunyai hidup yang seimbang.
– Keluar daripada kesibukan dunia, stress seharian, dan nimatilah masa seronok tersebut. Alang-alang, dapat tingkatkan hormon gembira, dan tambah baik imuniti badan, betul tak?
5. BANTUAN
– Ia dipanggil “Mental Illness”, dan bukan “Mental Weakness.”
– Bukan salah atau kelemahan anda sekiranya mempunyai sesebuah penyakit mental. Ia juga bukan berkait dengan lemahnya iman seseorang.
– Seperti mana-mana penyakit fizikal, penyakit mental juga perlu dititikberatkan kepentingannya, dan ia bukan bermaksud “Gila”, “Sewel” atau “Dirasuk”.
– Tiada apa yang perlu dimalukan untuk meminta bantuan yang lebih pakar dalam hal kesihatan mental. Kita tak malu untuk jumpa doktor ketika kita demam, kan? Maka ini perkara yang sama.