16/07/2025
20dB Hearing mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tufayl Aiman atas kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di INTI International University & Colleges pada 15 Julai 2025. 🎓👏🏻
Sebagai pengguna Implan Koklea Advanced Bionics, Tufayl telah membuktikan bahawa kehilangan pendengaran bukan halangan untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun kerjaya. Kejayaan ini mencerminkan peranan penting teknologi pendengaran moden, sokongan keluarga, dan sistem pendidikan yang inklusif.
Kami percaya bahawa dengan sokongan yang betul, lebih ramai individu dengan masalah pendengaran mampu menyerlahkan potensi sebenar mereka dan terus cemerlang dalam kehidupan.
Laman Web: www.20dbhearing.com/my
Nombor Bebas Tol: 1800 88 2032
WhatsApp: 012 942 7729
TAHNIAH TUFAYL AIMAN 👏🏻
Seluruh warga Hear Me Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tufayl Aiman. Salah seorang anak Hear Me iaitu anak kepada Pn.Norziba yang telah graduasi pada 15 Julai 2025 di INTI International University dalam bidang Computer Science.
Tufayl merupakan seorang individu masalah pendengaran yang menggunakan alat bantu pendengaran implan koklea (CI) dan telah membuktikan bahawa masalah pendengaran bukan penghalang untuknya berjaya.
Kami percaya, dengan sokongan keluarga, masyarakat dan sistem pendidikan yang inklusif, lebih ramai anak-anak hearing dapat mencapai potensi penuh dalam diri mereka.
Harapan kami, agar lebih ramai pihak membuka mata dan hati terhadap kebolehan luar biasa anak-anak pekak yang memakai alat dan terus memberi ruang serta sokongan untuk mereka berkembang, menyumbang dan bersinar dalam bidang masing-masing.
Mari kita raikan kejayaan ini sebagai inspirasi untuk semua anak Hear Me dan ibu bapa di luar sana.
Hear Me Malaysia "Suara didengari, bicara menyusuli."