Kelab Sukan dan Kebajikan PKC

Kelab Sukan dan Kebajikan PKC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Sukan dan Kebajikan PKC, Medical and health, Pejabat Kesihatan Daerah Cheras, Kuala Lumpur.

15/08/2024

Majlis Bacaan Yasin,Tahlil & Doa Selamat untuk staf Pejabat Kesihatan Cheras

1.Allahyarham En Azli bin Ismail (PKC)

2.Allahyarhamah Pn Normah Bt Abu Samah (KKC)

Doa Selamat Buat Kesembuhan

1. PPK Mohd Safri Salim @ OTOQ
( Kanser stage 3 )
-KKC

Tarikh : 15 Ogos 2024 (Khamis)
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Kuarters Integrasi Cheras

Dipimpin oleh : YBhg. Ustaz Muhammad Qaiyum Bin Rosli

Innalillahi Wainnailaihi Rajiun.Salam Takziah buat En Azli & keluarga.Seorang yang lembut tutur bicara, memudahkan urusa...
06/08/2024

Innalillahi Wainnailaihi Rajiun.

Salam Takziah buat En Azli & keluarga.

Seorang yang lembut tutur bicara, memudahkan urusan orang lain dan banyak yang beliau sanggup berkorban demi kebaikan kami. Kami menjadi saksi atas kebaikan-kebaikan arwah.

Semoga Allah menempatkan arwah En Azli dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Surah ini adalah surah yang paling pendek. Ia hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Makkah. Al Kautsar bermaksud s...
02/04/2024

Surah ini adalah surah yang paling pendek. Ia hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Makkah.

Al Kautsar bermaksud sebuah sungai yang mengalir di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu. Warnanya p**a lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika Baginda bersedih atas kewafatan dua orang yang sangat dikasihinya iaitu anak lelaki Ibrahim dan bapa saudara Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar :

1. Jika dibaca 1000 kali, insyaAllah rezeki akan bertambah.

2. Membaca surah ini ketika hujan turun sambil berdoa, mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita.

3. Jika kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan tangan di leher, InsyaAllah hilang dahaga.

4. Jika sering mengalami sakit mata, umpamanya mata berair, gatal-gatal ataupun bengkak, sapukan air mawar yang telah dibaca surah ini sebanyak 10 kali pada mata, insyaAllah sembuh.

5. Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacakan surah ini sebanyak 10 kali, mudah-mudahan Allah memberikan ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.

6. Jika rajin membaca surah ini, hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Sekiranya seseorang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara, bacalah ayat ini sebanyak 71 kali, InsyaAllah pertolongan Allah akan datang kepadanya disebabkan dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.

🕌 KULIAH KHAS RAMADHAN🕌"Kembara Taqwa di Bulan Ramadhan"Disampaikan oleh: Ustaz Azhar YahyaAssalamualaikum w.bt.Biro Aga...
12/03/2024

🕌 KULIAH KHAS RAMADHAN🕌

"Kembara Taqwa di Bulan Ramadhan"
Disampaikan oleh:
Ustaz Azhar Yahya

Assalamualaikum w.bt.
Biro Agama Kelab Sukan dan Kebajikan PKC akan menganjurkan Kuliah Khas sempena Awal Ramadhan seperti ketetapan berikut :

🗓️ Tarikh : 15/3/24 (Jumaat)
⏰ Masa : 2.45PM - 5.00PM
📍 Tempat : Bilik Seminar, PKC

Alhamdulillah.Usai sudah kuliah khas sempena Israk Mikraj yang berlangsung pada hari ini.Jutaan penghargaan buat pencera...
09/02/2024

Alhamdulillah.
Usai sudah kuliah khas sempena Israk Mikraj yang berlangsung pada hari ini.

Jutaan penghargaan buat penceramah dan juga hadirin yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke sesi kuliah pada hari ini. Maaf dari pihak kami sekiranya terdapat kekurangan dan khilaf dalam mengendalikan majlis.

Semoga semuanya mendapat keberkatan dan kebaikan di dunia dan akhirat.

09/02/2024

Disampaikan oleh : Ustaz Ahmad Farkhan Da'ie

Tarikh : 9 Februari 2024
Masa : 2.45 PM
Tempat : Bilik Seminar, Pejabat Kesihatan Ceras

Anjuran : Biro Agama, Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Kesihatan Cheras

🕌 KULIAH KHAS ISRAK MIKRAJ 🕌"Kemanisan Ujian dari Perjalanan Teragung"Disampaikan oleh: Ustaz Ahmad Farkhan Da'ieAssalam...
02/02/2024

🕌 KULIAH KHAS ISRAK MIKRAJ 🕌

"Kemanisan Ujian dari Perjalanan Teragung"
Disampaikan oleh:
Ustaz Ahmad Farkhan Da'ie

Assalamualaikum w.bt.
Biro Agama Kelab Sukan dan Kebajikan PKC akan menganjurkan Kuliah Khas sempena Israk Mikraj seperti ketetapan berikut :

🗓️ Tarikh : 9/2/24 (Jumaat)
⏰ Masa : 2.45PM - 5.00PM
📍 Tempat : Bilik Seminar, PKC

Jangan tinggal solat sunat sebelum subuh ❤️🤲🏻Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang p...
14/01/2024

Jangan tinggal solat sunat sebelum subuh ❤️🤲🏻

Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarik perhatian.

Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.

Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah shallaAllahu alaihi wa sallam menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)

NIAT SOLAT👇🏻

اُصَلِّى سُنَّةَ الفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ ِ للهِ تَعَالىَ

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala

ATAU..yang ini pun boleh

اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالىَ

Sahaja aku solat sunat sebelum subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

ATAU ..

اُصَلِّى سُنَّةَ قبلية الفَجْرِ/الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ

Sahaja aku solat sunat qabliyyah subuh/fajar dua rakaat kerana Allah Taala

Dah tahu? Kongsi amalan ini😊💯

Kredit to owner ☺️

Jom baca surah al Kahfi.❤ Manfaatkan masa kita. Sekali terlepas, hilang peluang nak baca minggu ni. Nak tunggu minggu de...
11/01/2024

Jom baca surah al Kahfi.❤

Manfaatkan masa kita. Sekali terlepas, hilang peluang nak baca minggu ni. Nak tunggu minggu depan entahkan masih bernyawa.

Sumber : Khairul Bariah

Fadilat surah Al-Kahfi.

Peringatan buat kita semua:1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ad...
03/01/2024

Peringatan buat kita semua:

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.

7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.

9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.

11) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

12) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Doa Iftitah.Jangan kerana kita dah hafal sejak usia kanak2 lagi, kita tak mau semak dah bacaan kita. Betul atau tak.Ada ...
22/11/2023

Doa Iftitah.
Jangan kerana kita dah hafal sejak usia kanak2 lagi, kita tak mau semak dah bacaan kita. Betul atau tak.

Ada 4 kesalahan yang kerap berlaku.
(Rujuk Doa dalam gambar)

1. Huruf ر pada kalimah اكبر mestilah dibaca dengan baris hadapan ( 'Allahu Akbaru Kabiroo'.) ✔️
Jangan dimatikan huruf ر tersebut ( Allahu Akbar Kabiroo )✖️

2. Rata2 ada yang Tidak memberhentikan bacaan pada kalimah ini ( مُسْلِمًا ) dan membaca (muslimaa) dan terus sambung bacaan ( وَ مَا ).
Sebutan (Muslimaa) adalah sebutan jika kita berhentikan bacaan.Jika ingin sambung bacaan, sebutannya (Musliman) atau (Muslimau wa maa ) .

3. Ini antara paling kerap berlaku kesilapan menyebutnya.
Kalimah مَحْيَايَ.
Sebutan yang betul - Mahyaaya. Tetapi ramai menyebut - Maa yaa yaa ( مَا يَا يَا ).

4. Ini juga antara paling kerap berlaku.
Kalimah ini bertukar tempat.

Ada yang membacanya terbalik, sepatutnya baca Musyrikin,tetapi membaca Muslimin.Begitulah sebaliknya.

Jelas ia memberi perubahan makna yang sangat besar dan bahaya.

وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
"Dan aku bukan dari kalangan orang Musyrikin (Orang yang mensyirikkan Allah)

Jika diubah
وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Makna ayat akan berubah
"Dan aku bukan dari kalangan orang Islam"

Wa Allahu 'Alam.

Sumber : Norazam Bin Mohd Nordin

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Cheras
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan dan Kebajikan PKC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram