Lesung Kitchen Page

Lesung Kitchen Page 8,752,324 like this

Resepi Sambal Gepuk Simple (Boleh Buat Stok) 🌢️Bahan-bahan:500 gram cili lada merah100 gram cili padi merah100 gram cili...
24/12/2025

Resepi Sambal Gepuk Simple (Boleh Buat Stok) 🌢️

Bahan-bahan:
500 gram cili lada merah
100 gram cili padi merah
100 gram cili padi hijau
1 labu bawang putih

Cara penyediaan:
-Blender semua bahan tanpa tambah air.
-Panaskan kuali dan masukkan lebih kurang 200 ml minyak masak (Β±Β½ cawan).
-Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana.
-Kacau selalu hingga sambal garing, pecah minyak dan cili betul-betul masak.
-Jika sambal cepat kering sebelum masak sempurna, boleh tambah sedikit minyak.
-Perasakan dengan garam secukupnya.
Siap! Sejukkan sebelum disimpan.

Extra Tips (Top!) ✨

🚫 Tak perlu tambah air – cili akan mengeluarkan air sendiri dan rasa sambal jadi lebih padu.
πŸ”₯ Masak sampai betul-betul garing untuk elakkan sambal cepat basi.
πŸ§„ Gunakan minyak secukupnya supaya cili masak cantik dan tak pahit.
🧊 Simpan dalam bekas bertutup, tahan lama dalam peti sejuk atau boleh frozen.
πŸ— Sedap dimakan dengan ayam gepuk, ayam goreng, telur mata, tempe atau tahu goreng.




Sape sini s**a makan apam nasi? Hakak nak share resepi dia. Boleh cuba la buat makan petang.Bahan-bahan:πŸ₯ 2 cawan nasi s...
23/12/2025

Sape sini s**a makan apam nasi? Hakak nak share resepi dia. Boleh cuba la buat makan petang.
Bahan-bahan:
πŸ₯ 2 cawan nasi sejuk
πŸ₯ 2 cawan tepung gandum
πŸ₯ 2 cawan tepung beras
πŸ₯ 1 3/4 cawan gula pasir
πŸ₯ 2 1/2 cawan air
πŸ₯ 2 sudu yis - mauripan
πŸ₯ Kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Cara-cara:
βœ“ Blend nasi dengan air hingga hancur. Setelah hancur, masukkan gula dan blend sehingga sebati.

βœ“ Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.

βœ“ Masukkan nasi yang diblend tadi ke dalam bekas tepung. Kacau hingga sebati. Perap selama 3 jam atau dah naik.

βœ“ Didihkan air dalam pengukus.

βœ“ Sapukan minyak pada acuan dan masukkan adunan. Kukus selama 15 minit.

βœ“ Angkat dan hidang bersama kelapa parut
Kredit:. Nurzahidah abd Razak

MASAK LEMAK KETAM VERSI TAK PEDAS(sesuai untuk anak-anak atau yang tak makan pedas)Bahan-bahan :- 5-6 ekor ketam saiz se...
23/12/2025

MASAK LEMAK KETAM VERSI TAK PEDAS

(sesuai untuk anak-anak atau yang tak makan pedas)

Bahan-bahan :

- 5-6 ekor ketam saiz sederhana dibersihkan dan dipotong dua
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- 2 batang serai (diketuk)
- 1-2 keping asam keping
- Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar (tak pedas)

- 5-6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup

*kalau korang s**a pedas, boleh kisar sekali cili api.

Cara-cara :

1. Masukkan bahan kisar, santan dan air ke dalam periuk. Kacau sebati.
2. Masukkan serai dan asam keping. Masak atas api sederhana sambil kacau supaya santan tak pecah.
3. Bila kuah mendidih perlahan, masukkan ketam.
4. Masak hingga ketam bertukar warna dan masak sepenuhnya (lebih kurang 10–15 minit).
5. Masukkan daun kunyit
6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
7. Siap untuk dihidang!

LAKSAM (s**atan utk 4 org mkn)3 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)2 sudu b...
17/12/2025

LAKSAM (s**atan utk 4 org mkn)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
2 sudu besar minyak
1. Satukan semua bahan di atas kacau sampai tak berketul.
2. Kukus dengan pinggan ikea, saya letak 2 senduk adunan.
3. Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dah suam2 baru gulung.
**guna pinggan plastik dan sapu sikit minyak supaya cantik serta tidak melekat.

Bahan kuah :
1 biji kelapa - ambil santan
*7 ekor ikan sardin rebus
*2 ulas bawang merah
1 inci lengkuas (ketuk)
Gula
Garam
1 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
1. Blend bahan yg bertanda *. Masukkan dlm periuk bersama santan.
2. Masukkan bahan2 lain yg di atas, kacau sampai mendidih..jgn tinggal nanti berketul.
3. Kemudian perasakan dgn gula dan garam.

Bahan hiasan (hiris) :
Kacang panjang
Timun
Kobis
Taugeh
Bunga kantan
Sambal cili

Resepi: Nor Aida

BUBUR PULUT HITAMBahan-Bahan:1 1/2 cawan pulut hitam6 cawan air, untuk merebus pulut1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan sa...
17/12/2025

BUBUR PULUT HITAM

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air, untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
3/4 cawan gula putih
1/2 ketul gula melaka
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:
Cara untuk masak bubur pulut hitam:
Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.

Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.

Kemudian masukkan p**a 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.

Cara untuk kuah santan:
Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

RESEPI NASI BRIYANI AYAM TELUR REBUSMak kita kalau dia sebut sebut tu kira dia teringinlah tu. Kami masak beriani ayam t...
17/12/2025

RESEPI NASI BRIYANI AYAM TELUR REBUS

Mak kita kalau dia sebut sebut tu kira dia teringinlah tu. Kami masak beriani ayam teloq rebuih Loveee sgt kejadian nasik sebutir sebutir

BAHAN-BAHAN :
Bawang merah kecil 3-4 ulas racik halus.
Sedikit halia.
Bawang putih 3-4 ulas
3-4 sudu besar rempah beriani babas
2 sudu serbuk kari daging babas
1 sdk serbuk kunyit
Daun pandan simpulkan
Susu cair 1/2 cwn
Beras basmathi 500 gm rendam 1/2 jam toskan.
Kiub ayam
Ayam 1/2 kg potong kecil
Gajus dan kismis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak sapi 3-4 sudu
Daun pudina dan ketumbar (saya guna daun ketumbar) sbg hiasan.
5 biji telur rebus
Cili padi 5-7 biji.
CARA MEMASAK :

Tumbuk/kasar halia dan bwg putih.

Panaskan minyak sapi, masukkan bawang racik, bahan tumbuk dan daun pandan. Tumis sampai layu.

Masukkan semua jenis rempah dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air.

Bila nampak pecah minyak, masukkan ayam, susu cair, kiub ayam dan garam.

Tutup rice cooker masak 5-7 min.

Buka rice cooker dan masukkan beras dan air agak2. Tabur gajus dan kismis. Tutup semula dan tunggu nasi masak sepenuhnya dlm 15-20 min.

Buka penutup. Tabur daun ketumbar dan cili padi 5-7 biji utk hiasan. Letak telur rebus. Siap.

Beriani ni saya s**a mkn dgn raita. Sedap !
Kredit : Empunya Resepi
SELAMAT MENCUBA

RESEPI ASAM PEDAS JOHORBahan-bahan kisar:2 biji bawang merah besar4 ulas bawang putih1 1/2 inci halia1 inci kunyit hidup...
17/12/2025

RESEPI ASAM PEDAS JOHOR

Bahan-bahan kisar:

2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 senduk penuh cili kering
Sedikit belacan (ikut cita rasa, jika tidak mahu boleh abaikan)
1 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan Lain:

Ikan (boleh guna sebarang jenis ikan)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1-2 kuntum bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis hingga naik bau.
Masukkan cili kering yang telah diblend dan tumis sehingga pecah minyak.
Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih.
Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak sehingga bau harum.
Akhir sekali, masukkan ikan yang telah dikerat dan tambahkan garam secukup rasa.

Kredit: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Resipi Kuih Tok Aji Sarban/Pulut SekayaBahan-bahan:Bahan A (Lapisan bawah):2 cawan beras pulut (Rendamkan selama 2 jam)2...
17/12/2025

Resipi Kuih Tok Aji Sarban/Pulut Sekaya
Bahan-bahan:
Bahan A (Lapisan bawah):
2 cawan beras pulut (Rendamkan selama 2 jam)
2Β½ cawan santan cair
Β½ sudu teh garam

Bahan B (Lapisan atas):
Β½ cawan gula pasir
Β½ cawan gula merah
Β½ cawan air panas
(Gula pasir, gula merah dibancuh dengan air panas & ditapis)
1 cawan santan pekat (Β½ biji kelapa)
Β½ cawan tepung gandum
3 biji telur
Β½ sudu teh garam

Cara-cara:
1. Basuh dan tuskan pulut dan masukkan semua bahan A ke dalam loyang.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik di dalam loyang bulat yang lain bersaiz 8 inci.
4. Tekan pulut yang dikukus tadi supaya mampat dan rata. Kukuskan semula.
5. Bancuhkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam mangkuk.
6. Cakarkan sedikit permukaan pulut dengan garpu dan tuangkan adunan.
7. Kukus lagi selama 30 minit.
8. Sejukkan dan sedia dihidangkan

resepi kuih ulat buluBahan2nya3 cawan tepung pulut2 sdm tepung ubi2 sdm tepung gandum1 sdt pewarna hijau (ikut kesesuaia...
17/12/2025

resepi kuih ulat bulu
Bahan2nya
3 cawan tepung pulut
2 sdm tepung ubi
2 sdm tepung gandum
1 sdt pewarna hijau (ikut kesesuaian)
1/2 sdt garam
1 1/3 cawan air ( boleh tambah sedikit air lagi sekiranya adunan agak keras)
Inti kacang merah secukupnya.
Cara buatnya sama macam buat buah melaka.
Senang je kan.

Kuih Lopes ni antara kuih plg senang nak buat.. cuma leceh sikit. Tapi kalau ikut cara saya mmg sekejap je siap satu jen...
05/12/2025

Kuih Lopes ni antara kuih plg senang nak buat.. cuma leceh sikit. Tapi kalau ikut cara saya mmg sekejap je siap satu jenis kuih utk berbuka puasa. Saya pakai beras pulut susu jadi tak perlu rendam. Masak p**a guna periuk pressure cooker. Tekan 7 minit dah siap masak. Tak perlu nak lenyek2 dan tekap2.. guna je 2 bekas saiz dadih tu.. himpap2 je satu sama lain.. dah terbentuk molek. Kelapa parut tu saya tak kukus pun.. kelapa + garam sikit kemudian masukkan dalam microwave tekan 1 minit je.

Meh saya share buat Kuih Lopes super senang... boleh dapat 9 - 10 biji kuih.. setiap 1 portion timbang 50 gm atau satu genggam.. atau mengikut s**a masing2..

200 gm Beras Pulut Susu (dalam secawan)
1 1/4 cawan Air
1/2 cawan Santan Kotak (jumlah cecair 2 3/4)
1 helai Daun Pandan
secubit dua garam
Pewarna hijau 3 titik je
dalam periuk pressure cooker Noxxa.. 7 minit

2 senduk kecil Gula Merah
2 sb Gula Pasir
1 helai Daun Pandan
1 cawan Air
1/2 sk Tepung Jagung (jika s**a)
semua bahan sehingga gula larut dan sedikit pekat.

1 cawan Kelapa Parut Putih + sedikit garam
sekejap..

Salam Semua..Meh la Pak d Nak share resepi kuih keria.. 1kg keledek Oren2 cawan setengah tepung gandumSatu sudu tepung b...
20/11/2025

Salam Semua..
Meh la Pak d Nak share resepi kuih keria..

1kg keledek Oren
2 cawan setengah tepung gandum
Satu sudu tepung beras
Satu sudu kecil baking powder
Satu sudu majerin

Keledek kukus letak garam sedikit.
Lenyek keledek biar sejuk. Tepung gandum, tepung beras, majerin, baking powder, Gaul rata dan campurkan keledek uli sampai Jadi doh. Dah boleh bentukkan macam Tayar.

Bahan Sira
Satu cawan air
satu cawan Gula
Secubit garam
Masukkan Gula, air, garam biar sampai mendidih. Agak2 da Nak hampir pekat, masukkan keria tadi. Gaul2 sampailah menjadi.

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAPBahan2 dan cara2nya:4biji telur1cawan gula1sk esen vanila( mix semua di atas hingga kemban...
20/11/2025

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAP

Bahan2 dan cara2nya:
4biji telur
1cawan gula
1sk esen vanila
( mix semua di atas hingga kembang)
lepas tu masukkan
1cawan susu pekat
1cawan minyak
ke dalam adunan di atas..( mix sekejap )
ayak...

1cawan 1/2 cawan tepung gandum ( 1 1/2 cawan)
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
sedikittttt garam
1cawan serbuk koko
(kemudian masukkan ke dlm adunan..kacau guna senduk je)
+1/2 cawan susu cair dan 1/2

cawan air panas mendidih.. kacau sebati ( guna senduk)
tuang ke dalam loyang.. kukus 45 minit / ---> masak
topping
Serbuk chocalate ( koko)
susu cair
minyak
(agak2 sendiri kuantiti)
masak secara double boil

Selamat mencuba

Address

Kuala Lumpur
55100

Telephone

+6737275944

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lesung Kitchen Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram