Rakan Takaful Anda - Prudential BSN Takaful

Rakan Takaful Anda - Prudential BSN Takaful Assalamualaikum & hello! Dapatkan maklumat serta penjelasan yang tepat mengenai takaful bersama kami.

Hello!Ada berita baik untuk orang orang yang macam saya!Iaitu orang yang dah ada sakit dan tak boleh lagi/sangat sukar u...
19/10/2023

Hello!

Ada berita baik untuk orang orang yang macam saya!
Iaitu orang yang dah ada sakit dan tak boleh lagi/sangat sukar untuk dapatkan apa apa produk takaful..

Ini termasuk lah mereka yang mempunyai pekerjaan berisiko tinggi, permohonan takaful dah banyak kali kena reject, dan yang bam bam dan bmi terlebih macam wan mokhsen..

PruBsn dah ada produk baru sekarang ni yang dapat cover untuk orang2 kategori macam di atas tu..

PruBSN Lestari namanya.. Yang penting, PASTI LULUS dan TAKDA PEMERIKSAAN KESIHATAN…

Tapi produk ni adalah produk hibah..maksudnya kalau meninggal atau sakit teruk dapat lah jumlah pampasan..

Ini bukan medical card tau! Sebab ye lah, dah kenapa syarikat takaful nak amik risiko kasik medical card kat orang yang dah sakit 😅

Tapi takpe..untuk yang confused medical card tu apa, hibah tu apa, tapi macam berminat je nak tau lagi pasal produk PruBSN Lestari atau produk produk takaful lain..PM je saya ok?

Jangan malu, jangan segan.. serendah RM50 sebulan tauuuuuuu….

Ok bye!

Hello semua pembaca!Sebelum saya mulakan perkongsian takaful saya nk ajak semua untuk doakan saudara kita di Gaza, semog...
17/10/2023

Hello semua pembaca!

Sebelum saya mulakan perkongsian takaful saya nk ajak semua untuk doakan saudara kita di Gaza, semoga mereka beroleh kemenangan..dan semoga semua manusia yang kejam dan tidak adil terhapus dari bumi ini..amin..

Ok..hari ni saya nk kongsi gambar je sebenar nya, gambar chemoport saya..dan pengalaman saya dengan chemoport ni..

Chemoport merupakan satu alat yang dimasukkan ke dalam badan, untuk memudahkan ubat chemo beredar di seluruh badan..

Walaupun ubat chemo boleh dimasukkan melalui line biasa yang kat tangan tu, tapi bila lepas kena chemo pertama, selalunya urat darah pesakit akan mengecil, jadi doktor akan sarankan untuk pasang chemo port ni..

Masa saya dinasihatkan untuk pasang dulu, ada 3 orang manusia yang sangat menjengkelkan yang menjadi penyokong saya ketika itu..1.nurse saya kat ward chemo dan 2 orang kawan baik saya nani dan s***n yang sambil sambil teman saya chemo tolong bebel kat telinga saya tentang baiknya chemoport ni..

Selepas berfikir, saya pun amik keputusan untuk masukkan chemoport ni..
Ok. Sakit giler ye...post ops tu sakit ya hamat...nak angkat tangan sakit nak gerak sakit dah la badan memang dah sakit sebab ubat chemo tu..yihhh..saya cuma mampu menagis je berhari hari sebab tak tau nak buat apa..

Tapi, bila chemo ke-3 dan seterusnya menggunakan chemoport ni..ehhh best pulak..lepas dah cucuk ubat kat belah dada tu, boleh je saya tolak troli ubat tu merayap la sini sana...

Dan lepas dh habis cycle chemo dan saya perlu lagi masuk hospital lepastu sebab sakit sakit lain, ubat ubat saya semua dimasukkan ikut chemoport ni..tak sakit langsung..best gila..

Selepas saya sembuh dan tidak lagi memerlukan rawatan chemotherapy, saya pilih untuk keluarkan chemoport ni..procedure dia senang je, buat kat klinik doktor tu jugak, takde masuk ot bagai..

Jadi seperti gambar, itu lah chemoport yang dah teman saya pada tahun 2018...

Haritu, saya borak dengan kakak sorang ni, dia pun pesakit kanser ovari, saya tanya dia "akak ada pasang chemoport tak" ..dia cakap "takde...akak masuk ubat semua ikut tangan ni..sakit..ada sekali akak marah nurse tu..heyy sakit lah"

Saya rasa mungkin sebab chemoport ni macam accessory, jadi kalau rawatan di hospital kerajaan tak semua akan dapat chemoport (ini hanya pendapat peribadi)..

Masa saya pasang chemoport ni dulu total procedure dia lebih kurang RM7,000..of kos la utk kes saya yang takut sakit ni, alhamdulillah takaful saya lah bayar kan..

Tapi takpe, siapa yang tiada takaful dan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, jangan risau, fasiliti perubatan di hospital kerajaan kita pun baik jugak..

Cuma, kalau untuk mereka yang masih sihat dan tiba2 baca post ni dah rasa "eh aku pun gedik la mcm minah ni kalau aku sakit..aku tak tahan sakit..apatah lagi kalau tengah sakit kena marah.."
Boleh la hubungi saya untuk saya bantu anda dapatkan medical card... 😁

Ok tu je..bye2 terima kasih sebab membaca..
Dan jangan lupa, mari kita doakan untuk semua orang di gaza..

Hello it's me.. Asyhikin, agen boleh diharapkan untuk anda.Kali ni, pendek je..Sebab kali ni saya nk berkempen..Memandan...
11/10/2023

Hello it's me.. Asyhikin, agen boleh diharapkan untuk anda.

Kali ni, pendek je..
Sebab kali ni saya nk berkempen..
Memandangkan musim pilihan raya dah tamat dan kita sedang menanti manifesto pilihan raya baru nantiiii dilaksana, saya lah sambung berkempen..

Dengan ini, saya berkempen..untuk anda, anda, dan anda semua memiliki satu medical card bagi diri sendiri..

Kenapa? Sebab best sungguh ada medical card ni..
Walaupun nampak macam beban nk bayar tiap bulan 🥲..tapi benefit dia berbaloi bila satu hari nanti anda sakit..

Contoh paling dekat, diri sendiri..
Saya mula membayar untuk medical card sejak tahun 2014, tahun ni genap 10 tahun.. Saya dh buat sumbangan total berjumlah lebih kurang RM35,000 dari Julai 2014 sehingga Sept 2023 ni..

Tapi, sehingga hari ini, saya telah menggunakan lebih dari RM180,000 untuk pelbagai bayaran rawatan hospital saya..

Ini termasuk lah rawatan kimoterapi, pembedahan buang tumor besar bucket kfc, demam gangguan jin dan syaiton (ok tipu, tapi memang tak tau lah demam apa tu, dekat seminggu kat hospital menggigil maghrib maghrib...), masukkan chemoport, patah jari sebab terlalu rajin kahkah, sakit jantung bengkak, sakit paru paru...eh banyak pulak sakit aku ni 😅..tapi ye la, alang alang saya dah ada medical card, sikit sikit sakit saya terus la pergi check...lagi pun bila saya masuk hospital, saya dpt elaun harian RM200 (tapi mmg lebih baik tak dapat RM200 ni la dari kena cucuk, kena potong sini sana🥲).jadi jumlah semua semua tu dah lebih RM130 ribu..

Dan lebih menarik, bila saya semak akaun saya, rupa rupanya akaun saya ni juga adalah investment link, maksudnya sebahagian sumbangan saya dilaburkan, dan sehingga ini, nilai pelaburan saya adalah lebih dari RM11,000 ringgit..yang bermaksud, jika saya keluarkan RM11,000 ni, jumlah sumbangan saya cuma RM25,000 sahaja..

Ok ok..enough with the ringgit and cents sebab saya pun pening bila cakap pasal duit banyak banyak ni 😵‍💫

Cuma, berbalik kepada niat asal saya menulis..saya ingin berkempen kepada semua MARILAH MEMILIKI MEDICAL CARD...

Tak kisah la produk dari syarikat mana, dengan agen apa, asalkan anda ada perlindungan..

Cuma kalau inginkan perkhidmatan dari agen yang comel dan baik dan yang penting berpengalaman luas (dalam bidang masuk keluar hospital sebagai pesakit la..bukan sebagai agen wahkakaka) marilah mendaftar dengan saya...ok sekian itu lah kempennya.. segera DM PM saya di 0197603292.

Disertakan sedikit gambar keluar masuk hospital sebab kalau post takde gambar nanti orang bosan..😅

Bye bye..terima kasih sebab membaca!
Assalamualaikum

Assalamualaikum, Hello! Saya Asyhikin, agen Takaful boleh harap untuk anda😁Jadi hari ini, saya ceritakan sedikit, kenapa...
11/10/2023

Assalamualaikum, Hello! Saya Asyhikin, agen Takaful boleh harap untuk anda😁

Jadi hari ini, saya ceritakan sedikit, kenapa saya berminat menjadi agen takaful...

Ceritanya bermula sejak 2018, selepas saya sembuh dari kanser...
Alhamdulillah, selepas bersenang lenang mendapat rawatan di sebuah hospital swasta, saya terfikir betapa selesanya proses rawatan yang saya terima dan saya merasakan yang saya perlu berkongsi dengan orang lain mengenai manfaat tabung takaful..

Jadi, saya pun menghadiri kelas pertama bersama agensi takaful..TETAPI malangnya, saya tidak tertarik langsung dengan kelas tersebut..ini kerana, sewaktu kelas tu, saya di "brainwash" mengenai kelebihan dan kemewahan wang dan material yang saya akan dapat selepas menjadi agen..secara peribadi saya kurang berminat dengan perkara tersebut, jadi saya "lari" dari kelas tersebut (dan lari juga dari agen yang memperkenalkan saya 😅)

Selepas, beberapa tahun masa berlalu, kehidupan bertukar, saya telah mendapat kerja di sebuah organisasi yang elok..dan alhamdulillah, organisasi itu memberikan saya kehidupan work-life balance yang sangat baik dan saya mempunyai banyak masa terluang..

Saya mencari cari apa yang perlu saya lakukan untuk mengisi masa lapang saya..dan...secara tidak sengaja, saya terjumpa lagi dengan agen takaful saya😅..
Sekali lagi, dengan konsisten agen saya memujuk saya supaya menyertai team mereka..

Dan...sekali lagi saya pergi ke kelas takaful..
Alhamdulillah, kali ini kelas yang saya sertai diajar oleh guru yang baik..yang fokus kepada kelebihan takaful kepada pencarum, dan bukannya kelebihan takaful kepada saya sebagai agen..

Dan, oleh sebab itu, hati saya terbuka untuk meneruskan niat saya untuk memberitahu dunia mengenai kepentingan takaful...

Jadi semoga saya dapat terus berkongsi kelebihan takaful berdasarkan pengalaman saya sendiri..

Dan dengan ini, saya perkenalkan, agen saya yang tidak jemu jemu "memujuk" saya untuk menyertai team mereka...syuriani majid

Semoga saya konsisten dan ikhlas mempromosikan takaful sebagai mana dia 🙂

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 🙂Kami merupakan agen takaful yang bergerak di bawah bimbingan Muqmeen Group HQ.Kam...
19/08/2023

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 🙂

Kami merupakan agen takaful yang bergerak di bawah bimbingan Muqmeen Group HQ.

Kami memasarkan produk-produk takaful PruBsn yang komprehensif serta dapat disesuaikan mengikut keperluan dan kepentingan setiap individu dan keluarga…

Selain dari tu, kami akan berkongsi dan membantu anda mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai Takaful secara umum dan produk-produk Takaful yang tersedia secara khusus..

Kami juga akan berkongsi pengalaman pengalaman peribadi kami serta perjalanan hidup kami sebagai penyumbang tabung Takaful PruBsn, penerima manfaat Takaful PruBsn sehingga bagaimana kami terbuka hati untuk menjadi agen Takaful PruBsn.

Terima kasih kerana sudi membaca. Selamat berhujung minggu :)

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Telephone

+60197603292

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Takaful Anda - Prudential BSN Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share